Islamic Widget

Al Quran

Saturday, February 21, 2009

ketawa & menangis

SENYUMAN dan ketawa boleh menjadi penawar duka. Kebuntuan fikiran seolah-olah hilang apabila mendengar suara anak ketawa menyambut kepulangan kita dari tempat kerja.

Ketawa dan menangis adalah sebahagian proses semula jadi yang dianugerahkan Allah kepada kita.

Walaupun sesetengah orang menganggap tangisan itu sebagai satu kelemahan, hakikatnya ia ada fungsi penting dalam kehidupan kita.

Apabila kita ketawa atau menangis, badan mengalami perubahan fizikal dan kimia.

Ketawa dan menangis adalah dua elemen penting yang memberi manfaat kepada fizikal dan emosi setiap orang supaya boleh berfungsi dengan baik.

Berbanding ketawa, menangis adalah proses lebih rumit. Air mata boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

Air mata basal (untuk melembapkan mata).

Air mata refleks (dihasilkan apabila mata mengalami keradangan seperti apabila mengupas bawang atau terkena habuk).

Air mata emosi (dihasilkan apabila badan bertindak balas terhadap perubahan emosi).

Setiap jenis air mata ini mempunyai komposisi hormon dan bahan kimia berbeza. Saintis mendapati air mata emosi mengandungi paras logam mangan dan hormon prolaktin lebih tinggi.

Apabila kita menangis, dua bahan ini diambil daripada badan dan dikeluarkan melalui air mata. Ia membantu meredakan perasaan. Ini sebabnya kita berasa lebih tenang selepas menangis.

Air mata emosi hanya terhasil apabila berlaku perubahan emosi.

Banyak faktor boleh mengakibatkan emosi seseorang berubah, seperti kesedihan kehilangan orang tersayang.

Apabila emosi berubah, sistem saraf bertindak balas dengan merangsang saraf kranial (saraf dari otak) dan menghantar isyarat kepada kelenjar air mata lakrimal (kelenjar air mata paling besar).

Penyelidik percaya, kelenjar ini mengeluarkan jumlah air mata mengandungi bahan kimia dan hormon tertentu untuk menstabilkan semula perasaan seseorang apabila menghadapi tekanan emosi.

Bagi wanita, tangisan dianggap perkara biasa tetapi bagi lelaki, ada yang menganggap ia sebagai satu tanda kelemahan.

Sebenarnya, menangis bukan perkara memalukan atau lambang kelemahan.

Individu yang tidak menangis, terutama apabila mengalami tragedi seperti kematian atau putus cinta, sebenarnya lebih menderita secara fizikal kerana tidak dapat meluahkan keperitan yang dialami melalui tangisan.

Jadi jika anda sedih, tiada salahnya untuk menangis kerana ia antara proses semula jadi untuk mententeramkan semula perasaan dan fikiran.

Jika menangis boleh meredakan perasaan, ketawa pula dianggap sebagai ubat terbaik dalam merawat apa jua masalah.

Pendapat ini ada benarnya kerana badan secara semula jadi berehat apabila kita ketawa.

Diafragma, abdomen, saluran pernafasan, muka, kaki dan bahagian belakang badan secara tidak langsung ‘digerakkan’ serentak untuk bekerja.

Pergerakan ini yang dianggap senaman untuk bahagian tengah badan sebenarnya turut membakar kalori.

Saintis mendapati, ketawa sebanyak 100 kali mempunyai manfaat sama dengan bersenam 10 hingga 15 minit. Ketawa membantu merangsang proses pemulihan dengan merendahkan tekanan darah dan melancarkan aliran darah.

Apabila kita ketawa, badan menghasilkan sel-T iaitu sel darah putih dan sejenis protein yang penting dalam sistem pertahanan badan. Ketawa juga didapati boleh mengurangkan penghasilan hormon tekanan.

Ini sebabnya orang yang menghidap penyakit perlu mendapatkan bantuan kaunseling atau kumpulan sokongan untuk menguatkan semangat kerana kesedihan hanya memburukkan keadaan penyakit mereka.

Kajian mendapati apabila kita ketawa, satu gelombang elektrik terhasil dan mengalir dalam otak.

Banyak bahagian otak, termasuk bahagian yang mengawal emosi, daya intelek dan pergerakan, saling berhubung ketika kita ketawa.

Semua ini dikatakan memberi manfaat kerana ia boleh menguatkan badan.

Ketawa bukan saja boleh meredakan tekanan, tetapi menghilangkan rasa marah.

Antara manfaat ketawa yang lain ialah:

Merendahkan tekanan darah.

Merangsang mood.

Meningkatkan daya ketahanan badan.

Memperbaiki fungsi otak.

Melindungi jantung.

Merapatkan hubungan dengan orang lain.

Melegakan perasaan.

Membuatkan kita berasa selesa.


Malah, ketawa juga boleh meningkatkan keupayaan badan melawan penyakit seperti tekanan darah tinggi, strok, artritis, ulser dan mengelakkan risiko mendapat serangan jantung.

Kajian mendapati seseorang itu berisiko diserang sakit jantung jika sentiasa dalam keadaan tertekan, resah, gelisah dan marah.

Bahkan, ada juga kajian mendapati ketawa boleh melancarkan sistem pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan.

Namun paling penting ialah ketawa boleh mengekalkan kesihatan mental. Apabila kita berfikiran tenang dan melihat masalah daripada sudut positif, ia juga boleh dijadikan bahan ketawa.

Ketawa pada diri sendiri juga boleh mengubah persepsi kita terhadap masalah dihadapi. Mungkin anda tidak sedar, ketawa sebenarnya membolehkan kita menangani masalah atau tekanan dengan lebih baik.

hari yang panjang

semalam kmiorg pergi ke angsana utk bli baju utk bionyte 09 nnt.
ikutnya nk g kul 3.30 tp b'tolak kul 5.00 pas asar.
tp nk g angsana tu pner la ssh, leh lak kmi terlajak n x nmpak fly over tu, so, terpaksa lah mncri u turn. yg ak bnci sai jln kt johor ni, jalan dia lurus tp awat x wat bnyk sket u turn. ktorg dpt u turn kt danga mall, jauh tu. n, ni second time, 1st time aritu ngn ery, malang btoi nseb.
dh smpai tu motor lak wat hal, x da angin. huhuhuhu. dh la kmi lmbat, nseb bek bebdk ni x marah ngt, hehehe.
so, bermula lah journey kami mncri bju, smpai x sdar maghrib dh msuk tp bju still x dpt d jmpai. pas solat, mkn n cri lg bju. tensen nyer sai, akmal ajak men boling tp ak x larat cz pening ngt kpala.
so, kmiorg b'karoke. honestly, ni 1st ak b'karoke wlupun rjin gk ikut kwn ak b'karoke tp sbg p'dengar setia jer. ak nyanyi lgu oh la la dr kru, klu lru ada time tu, mesti nangis diorg cz hncur lebur lagu diorg ak kerjakan, hahahah.
nk dkat kul 11 ktorg blik, tp angsana tu dh tutup. cuak gk cz x jmpa pntu kuar. guard tu kta, kuar ikut pntu kuning, x jmpa pn. nseb bek ikut sorg akak tu, msti dia cuak cz ingt ktorg nk apa2 kan dia. ahhahaha.
smpai kt moto, knci ery lak pada akmal, kne la tnggu akmal patah balik cz dia dh gerak awai sket dr ktorg. huhuhuhuhu.
ak kne blek awai gk cz dh janji nk jmpa bdk len kul 9 tp dpt jmpa kul 11, nseb bek dia cool jer
ingt nk tdo tp bilik panas gle, hai, pe la nseb ak.
skunk ni ak kt lib, nk release tensen. semalam mmg hari yg panjang 4 me

Wednesday, February 18, 2009

baru mula b'blog

tepat jam 3.06 am. 18 feb 2009, telah muncul blog ak. saja jer nk berblog ni. korg nnt support la blog ni. maju lah blog yen demi semua.
yeah.......