Islamic Widget

Al Quran

Monday, August 31, 2009

hepy beday

pada sabtu lepas, 29-08-09, genaplah umur aku menjadi 21 tahun, so, lepas ini, aku boleh menjadi seorang pengundi yang berdaftar, untuk menentukan masa depan negara,chewahhh.
dah 21 tahun aku hidup ek, tapi masih x da jasa2 besar yang aku buat setakat ini. entah sampai berapa tahun lagi aku akan hidup. banyak lagi benda yang aku x capai dalam hidup ini.
orang selalu bergembira tatkala menyambut hari jadi mereka tapi aku, kadang kala risau sebab setiap tahun berlalu, maka makin dekat diri kita pada kematian. bukan aku takut pada mati sebab semua orang akan mati juga cuma sebelum aku mati, aku harap semua impian aku jadi kenyataan.
pada hari yang sama, muzhafar masa aku matrik (KMPh) pun menyambut hari jadi nya juga yang ke-20 dan kalau Michael Jackson hidup, pada tarikh yang sama pun, hari jadi dia.
so, pada sesapa yang menyambut hari jadi pada 29th august, welcome to our club.


p.s. selamat hari jadi pada mayo (3SSA) yang sambut pada 30 ogos.

Thursday, August 27, 2009

pembentangan proposal PSM 1

semalam (26 ogos 09) tepat kul 1600
aku telah menbentangkan tajuk proposal aku yang bertajuk '16S rRNA identification of cyanide degrading bacteria and its application in cyanide degradation'. panjang betul tajuk tu kan, hahahaha.
alhamdulillah, aku telah berjaya menbentangkan dengan agak berjaya dan semua soalan aku dapat jawab, tapi tak tahu betul atau tak cuma ada orang kata, just confident jer masa jawab.
examiner aku sepatutnya P.M Dr zaharah dan Dr. sasha eva tapi Dr. zaharah keluar masa aku present, tak tahu sebab apa tapi baguslah sebab biasanya soalan dia sangat susah, huhuhuhu. lepas present, rasa sangat lega dan senang hati sebab sebelum present, aku telah menempuh halangan yang amat getir, huhuhuhu.
imbas kembali........
slide aku sepatutnya siap hari jumaat (21 ogos 09) tetapi disebabkan ada test yang banyak, aku terpaksa fokus pada test-test dan mengabaikan untuk menyiapkan slide. supervisor aku, Dr. shafinaz dah tanya mengenai slide, ak janji akan bagi pada isnin.
so, sabtu dan ahad tu aku buat betul2 tapi pada jumaat tu, umat islam menyambut 1 ramadhan dan oleh kerana kepenatan, pada sabtu dan ahad, aku lebih banyak tidur, hahahaha. buat slide pun pada malam selepas terawikh.
pada isnin tu, pergilah aku berjumpa Dr shafinaz tetapi dia dah wat appointment dengan student lain dan aku akan berjumpa pada selasa. bolehlah aku baiki slide aku tetapi masalahnya, aku tak tahu apa perlu buat untuk menbsiki slide tu.
hari selasa, aku dijadualkan berjumpa Dr, shafinaz pada kul 1600 tapi dapatjumpa dia pada 1630 sebab sakinah jumpa dia lama sangat, huhuhuhu. so, berbincanglah aku dengan Dr. shafinaz sampai kul 1700 lebih gak la. kitaorang terpaksa stop sebab nak buat persediaan untuk berbuka puasa. Dr kata maybe nak jumpa aku esok.
hari rabu.....
aku dahberdebar nak present. hari ni aku memang tak cukup tidur kerana aku men'edit' slide aku berdasarkan komen dari Dr. aku stay kat bilik JKMKTR dari jam 2200 sampai waktu sahur (0400). tapi agak lega sebab slide aku dah ok dan hanya tunggu nak jumpa Dr jer. pagi tu, aku pergi ke kelas bioremediation sebab kelas sebelum ni aku dah ponteng (bersebab) dan nasib baik juga la sebab Dr shaza buat quiz. masa kuiz tu, aku dapat banyak misscall dari Dr Shafinaz tapi aku x jawab sebab aku x suka jawab hp masa kelas. lepas jer kelas, aku call Dr tapi dia ada hal dan aku pun balik bilik untuk ambil slide dan pendrive.
time ni la masalah muncul, jeng... jeng... jeng....
slide yang aku buat pagi tadi tak dapat dibuka lansung. aku punyalah risau dan tak tahu nak buat apa tapi still stay cool, hahahaha. aku dah tanya akmal dan heri tapi jawapan dari diorang sangat mengecewakan. aku pun nak jumpa Dr tapi Dr x da dalam biliknya. aku pun pergi ke meja sebelah bioinfo lab dan jumpa miey nad dan sasha, miey nad pun x dapat tolong. even Dr shahir yang merupakan pakar it FBB pun x dapat buat apa2.
tapi dengan masa berbaki 4 jam, aku cuba lengkapkan slide aku. hahahaha. memang masa tu stress la cuma aku cuba stay cool. alhamdulillah, slide aku boleh dikira siap cuma tak sesempurna yang sebelum ni. tapi ok la. aku pun masuk dalam bilik meeting biologi C08 untuk bersedia menbentangkan proposal aku.

Sunday, August 23, 2009

selamat menyambut ramadhan al mubarak

Alhamdullilah kerana kita semua diberi kesempatan untuk bertemu kembali dengan bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan, bulan ramadhan al mubarak.
antara 12 bulan yang ada dalam setahun, hanya ramadhan yang menpunyai satu hari yang menpunyai kebaikan bersamaan dengan 1000 bulan.
dibulan ramadhan inilah kita sepatutnya berlumba-lumba melipat kali gandakan amalan dan ibadah kerana segala ibadah yang dilakukan pada bulan ini ikhlas demi mendapat keredhaan dari Nya akan mendapat puluhan kali ganda pahala. pada bulan ini juga semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan semua pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. iblis dan syaitan juga dirantai dan diikat supaya mereka tidak boleh menganggu umat islam beribadah pada bulan ini.
pada bulan ini juga, umat islam diwajibkan berpuasa kerana puasa mengandungi seribu kebaikan dari aspek rohani, fizikal dan juga biologi. puasa dapat menyempitkan saluran darah yang menjadi jalan bagi syaitan dan iblis. puasa juga boleh merehatkan perut kita yang 11 bulan bekerja tak berhenti-henti. sebenarnya, puasa tidak melemahkan kerana walaupun tidak tidak makan hampir separuh hari, badan kita berupaya menghasilkan tenaga melalui proses yang dinamakan gluconeogenesis, protein phosphate pathway dan macam-macam lagi. ini bermakna, apabila kita berpuasa, kita akan menggunakan sumber tenaga simpanan. sumber tenaga ini kalau disimpan terlalu banyak, akan mendatangkan mudarat seperti obesiti, sakit jantung, darah tinggi, arterisclerosis dan bermacam-macam lagi penyakit yang disebabkan banyak makan.
tetapi, harus diingat puasa bukan bermaksud hanya menahan diri dari makan tetapi dari segala perbuatan yang menbatalkan puasa seperti memasukkan sesuatu dalam rongga badan. puasa juga bermaksud menahan diri dari nafsu serakah. puasa juga bertujuan menguji diri kita sama ada kita benar-benar bertakwa pada Allah dan sanggup mengikut arahanNya. ramadhan selalunya jatuh pada hari yang amat panas dan pada bulan ini kita disuruh olehNya agar tidak makan dan minum. ini akan menguji seberapa iman kita di sisi Nya.
tetapi, umat zaman sekarang hanya menjadikan puasa sebagai tradisi yang mesti diikuti tanpa menghayati keberkatan yang dibawa pada bulan ini. mereka hanya mengangap bulan ramadan hanya sebagai bulan untuk berlapar. mereka juga sudah lupa bahawa bulan ini adalah bulan untuk mengawal nafsu. tetapi apabila kita melihat permandangan bi bazar-bazar ramadan, umat islam seperti hilang kawalan diri dan membeli makanan lebih dari yang sepatutnya dan apabila makanan itu tidak dihabisi, makanan itu dibuang. ini bukankah satu bentuk pembaziran dan bukankah orang yang menbazir itu adalah saudara syaitan laknatullah.
umat islam zaman sekarang juga tidak menggunakan bulan ini dengan sepenuhnya. sepatutnya surau dan masjid penuh dengan jemaah yang hadir untuk menggandakan amalan tetapi apa yang kita lihat, hanya golongan tua sahaja yang berteleku memohon keredhaan dari Yang Maha Esa.
mengapa ini terjadi???
sepatutnya kita mesti menggunakan bulan ini sebagai satu medium untuk kita lebih bersedia menemui Allah di alam yang seterusnya. mungkin kita tidak dapat bertemu dengan ramadan padan tahun depan.
saya juga tidak terlepas dari melakukan perkara yang menbuang masa seperti bermain permainan komputer dan saya mengharapkan agar kita semua saling berpesan ke arah kebaikan dan saya berharap agar setiap muslim mengetahui tentang kebaikan setiap arahan dan larangan dari Nya kerana sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui apa yang tidak diketahui oleh manusia.
dan bersama-samalah kita berpesan-pesan...



Nazreen Abd Latif @ Yaacob
0013
Bilik JKM KTR

Saturday, August 22, 2009

jumaat (21-08-09)

hari ini mmg banyak cerita. mmg jumaat yang penuh nostalgia...
start dari pukul 12.01 am hingga 23.59 pm, penuh dgn cerita
memula bebudak ini ajak main counter strike, aku x minat men game tu sebab x pandai, helmi jo siap kata aku ni 'lauk'. siot toi dia. aku kata kat akmal yang aku x da mouse tp dia suh pinjam yang din punya lak. tapi din x da time tu so aku buka lari larangan yang ada mouse, mmg aku sorok mouse tu sbb x nak terlibat dengan arena game yang laro. huhuhu. so, bermulalah era peperangan antara yen, akmal, heri dan mie jo. sronok lak men sampai x sedar masa berlalu.huhuhuhu. aku siap boleh tembak diorang sampai budak2 ini terkejut beruk. tapi tu sumer luck jer.
masa main tu, tetiba my very very very very close friend tepon. aku pun sambil main sambil jawab tepon, budak ni masuk bilik, terkejut lagi coz aku dapat tembak diorang sambil menjawab tepon, hahahaha. yang tepon tu, kawan lama, dia mintak pendapat aku sama ada nak ponteng klaz ke pagi jumaat tu sebab dia nak balik umah, aku suh jer dia ponteng, ye la, its better you celebrate 1st ramadhan with your family. ehhehehe. borak dgn dia sampai 4o minit, berasap telinga aku n kpala aku jd pening, terpaksa mintak panadol dgn eri. huhuhuhuhu.
pas abes b'gayut, aku still teruskan peperangan aku menentang budak2 ni. sampai pukul 3 lebih, yang lawaknya pagi nnt ada test mycology. aku baru baca chap 2, ada lagi chap 1, 3 n 4. huhuhuhuhuhuhu
pas sumer dah kembali ke realiti, sumer bdk ni cuak cz x bce paper lagi termasuklah aku, huhuhu. kitorg pulun betoi, baca smpai nak muntah, ble bosan, psg lagu kuat2 tp last2 tido juga dalam kul 4-5 am
bangun dalam kul 7.30 trus aku gelabah cz ada klaz bioetik tapi akmal kata klaz batal. lega la sket, pastu aku terus buka note dan baca dengan penuh perasaan. time mandi pun x tenang sebab teringatkan test ni. sampai last pun x abes sumer chapter aku baca, huhuhu
pastu mula la bergegas pergi klaz, masuk lambat lak tu dengan muka mengantuknya. ss mnjaab soalan pun bermula. memang teruk la, aku x leh nak perform lansung, ada harapan nak extend ni.
huhuhuhuhu
pastu, kamii makan kt s.u.b.
pastu kami pun balik ke bilik, ingatkan nak tido tapi budak2 ni ajak main lagi counter strike, huhuhuhu. so, bermain la kami sampai lupa diri, nasib baik x lupa solat jumaat, uhuhuhuhu.
pas solat, ingat nak main lagi (mmg main pun), tp ada klaz bioenergetic lak, ingat x nak pergi sebab hujan lebat tapi akmal ajak kami naik kereta dia, so, dengan keadaan agak paksa rela, pergi la kami menuju ke kelas bioenergetic kendalian dr razaudeen. tp, seronok gak klaz dia hari ni. aku pun banyak involve dalam lecture dia cuma dia melahirkan perasaan bimbang tentang kami ni.
pas klaz, kami pun balik. petang nanti kena tolong radziah prepare tempat utk solat terawikh. dalam kul 5 pm nnt. aku pun tido dgn nyenyaknya sehingga kul 7.30 pm. huhuhuhu. bersalah gila pada radziah n da geng. huhuhuhuhu. sowi.
pas bangun, aku pun bersiap2 nak g terawikh. so, solatlah aku kat dewan tun rahah.
pastu aku lepak2 dalam bilik jkm dan beramah mesra bersama jkm ktr bersama abg faiz sambil menceritakan isu2 semasa.
perut lak berbunyi, budak ni kata nak makan tapi x msg aku pun. aku pun balik bilik dan alangkah terkejutnya aku apabila mendapati hampir semua kawan2 aku tidak menyedarkan diri, tidur la. aku terus bergegas berjumpa helmi nad menyatakan ketidakselesaan pada perut aku dan dia pun mengalami nasib yang serupa. kami pergi menemui din dan dengan sedikit tenaga yang ada, kami berupaya mengejutkan din yang sekian lama tidak menyedarkan diri. din pun ingin makan. selepas itu, kami ingin mengejut mey jo dan ery tapi alangkah sedihnya kerana tidak mendapat respon yang diharapkan.
kami menuju ke meranti kerana menyangkakan bahawa kafe ktr sudah tutup, apabila mendapati bahawa kafe ktr masih dibuka, miey nad mahu makan di situ sahaja dan kami menunggu din di bahu jalan tetapi kelibat din lansung tidak muncul, mungkin dia dah sampai ke meranti. kami pun segera ke meranti tetapi sekali lagi kami terkejut kerana dina tiada di situ. atas desakan perut aku, aku terus ke kedai dan mengambil sepinggan nasi bersama ayam untuk d makan. di situ, aku berjumpa junior2 aku dan juga klasmate aku. tapi, dimana din????
aku risau dia jatuh motor sebab dia kata x berapa sihat. setelah menunggu sekian lama, din pun muncul dan setelah makanan diorder, kami pun makan.
setelah makna, kami pun balik dan setiap orang menbuat kerja masing2. aku pulak, cuma berbaring di depan laptop untuk meng'update' blog untuk hari ini.

Thursday, August 20, 2009

Anugerah Merdeka.



di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang2 anugerah merdeka terutamanya pemenang dari UTM iaitu NC kita, Prof Datuk Dr Zaini B Ujang, Prof Dr Halimaton Hamdan dan Y. Amat Bhg Tun Fatimah Hashim.
diharap kemenangan mereka ini akan menaikkan martabat UTM di persada dunia dan meransang warga UTM agar menerima anugerah seperti mereka atau lebih tinggi dari mereka.

Wednesday, August 19, 2009

hari bertuah bagi aku

pada 17 ogos 09 (ahad) adalah hari paling bertuah bagi aku. pada hari itu, JKM KTR telah menganjurkan majlis perasmian penutupan SOREM 09, program di bawah arahan saudari Tay Ke Yin.
walaupun aku agak penat untuk datang, tapi demi semangat JKM, aku gagahi jua diri ini. ok gak majlis ini walaupun penglibatan pelajar lelaki agak kurang, besa la tu, laleki kan makin pupus di IPT, huhuhuhu.
tapi, di program ini la, 1st time aku dapat hadiah cabutan bertuah, no 20 mmg no bertuah aku pada malam itu. seronok gila. heheheheh.
ingat sampai situ juga tetapi aku x sngka yang nama aku disebut oleh pembantu felo sebagai siswa terbaik kem pemamtapan mahasiswa 09. walaupun sampai sekarang aku pelik kenapa aku dapat anugerah itu.
huhuhuhuhu
malam itu mmg hari yang bertuah.

Monday, August 17, 2009

Tahniah...

di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan kepada graduan UTM yang telah berjaya menamatkan pembelajaran dan mendapat sijil dalam bidang masing2.

Thursday, August 13, 2009

Penggunaan tenaga nuklear di Malaysia.

saya ingin menyentuh sedikit mengenai isu tenaga nuklear di Malaysia. pengatahuan rakyat malaysia mengenai tenaga nuklear amat sedikit dan kebanyakan daripada mereka menyatakan bahawa tenaga nuklear menbawa bencana kerana nuklear sering kali dikaitkan dengan senjata 'super weapon'.
nuklear sebenarnya boleh membawa beribu manfaat jika digunakan dengan betul. secara analoginya, parang boleh digunakan untuk menbunuh dan merompak orang tetapi jika digunakan dengan betul, parang dapat menbantu manusia mengerat atau memotong sesuatu seperti menyembelih dan melapah haiwan. begitu juga dengan tenaga nuklear.
tenaga nuklear adalah tenaga yang dihasilkan melalui tindak balas nuklear iaitu pembelahan nuklear dan pelakuran nuklear. aktiviti ini akan manghasilkan tenaga yang besar dan boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik.
dalam menghasilkan tenaga nuklear, uranium adalah antara bahan mentah utama dalam menghasilkan tindak balas nuklear. uranium akan terbelah dan menghasilkan tindakan rantaian yang dikenali nuclear chain fussion. tindakan ini yang menghasilkan tenaga tetapi jika tidak dikawal, akan menyebabkan malapetaka. untuk mengawal tindakan ini, biasanya rod boron digunakan. perbezaan antara reaktor nuklear untuk senjata dan keamanan adalah kehadiran rod boron ini. reaktor nuklear untuk senjata tiada rod ini.
tenaga nuklear sebenarnya dapat menjana lebih tenaga elektrik dari sumber lain dan lebih murah. pengguunaan tenaga nuklear juga mengurangkan pergantungan kepada tenaga berasakan fosil dan arang batu.
di Malaysia, agensi yang bertanggungjawab dalam berkaitan tenaga nuklear adalan Nuklear Malaysia dan sebenarnya Malaysia sudah ada reaktor nuklear iaitu TRIGA-Puspati. reaktor ini digunakan untuk penyelidikan mengenai nuklear.
Malaysia bercadang menbina reaktor nuklear untuk menghasilkan tenaga elektrik dalam tempoh masa 15-20 tahun lagi dan kertas kerja mengenai perkara ini mungkin akan dihantar pada ogos 2009 oleh kementerian MOSTI.
bagi saya, penggunaan tenaga nuklear amat perlu supaya sumber fosil tidak berkurang dengan cepat. dengan undang2 yang telah diperuntukkan oleh NATO dan PBB, diharap agar teknologi nuklear khususnya di Malaysia akan menbawa seribu manfaat kepada rakyat jelata. langkah ini juga dapat menunjukkan kita tidak ketinggalan dalam apa jua teknologi kerana Indonesia telah mengkaji mengenai nuklear lebih lama dari kita. adakah kita masih ingin menggunakan cara lama dalam menghasilkan tenaga elektrik dan ketinggalan di belakang jiran serantau kita.



Nazreen B Abdul Latif @ Yaacob
Universiti Teknologi Malaysia

penularan wabak H1N1

umum sudah tahu mengenai wabak merbahaya yang boleh mengancam nyawa iaitu Influenza A atau lebih dikenali sebagai H1N1.
mengapa wabak ini tersebar dengan sebegitu pantas sekali. memang la wabak ini disebar oleh virus yang sukar di bendung tetapi dengan semua langkah pencegahan yang telah dilakukan, wabak ini terus merebak tanpa dapat dikawal lagi dan kes jangkitan dan kematian meningkat dari hari ke hari.
di sini, cuba kita renung mengapa wabak ini tersebar dengan pantas sekali. ya, memang betul kerana ia adalah disebabkan virus; satu entiti terkecil di dunia yang kadar pembiakan sangat pantas dan sangat susah untuk dihapuskan.
tapi, sikap dan kesedaran orang ramai juga menjadi punca kepada permasalahan ini. walaupun kerajaan melarang keras penduduk mengunjungi negara2 yang banyak kes H1N1, tetapi penduduk masih melakukan perjalanan dan memandang remeh larangan kerajaan ini. dan apabila mereka dijangkiti, mereka membawa virus itu ke dalam negara ini.
kerajaan juga menegah rakyat negara ini supaya tidak menghadiri perjumpaan2 besar tetapi dari apa yang saya perasan, konsert2, festival2, sukan2 dll yang dihadiri beribu orang masih lagi dianjurkan dan ini akan meningkatkan lagi kadar penularan wabak ini. sepatutnya kerajaan melarang perkara2 sebegini dengan tadak memberi permit kepada penganjur2.
walaupun wabak ini telah meragut puluhan nyawa di Malaysia, kebanyakan orang masih mengabaikan lankah keselamatan seperti menjaga kebersihan diri dan memakai topeng muka. walaupun cara ini tidak dapat menbendung sepenuhnya wabak ini, tapi sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko untuk wabak ini tersebar dengan pantas.
dan, yang paling lucu adalah apabila wabak ini tersebar di IPT, IPT akan ditutup dan pelajar diarahkan pulang ke rumah. adakah kerajaan sedar bahawa dalam proses pelajar pulang ke rumah dari IPT, mereka akan berhubung dengan orng ramai sama ada dalam LRT, bas, keretapi, dll dan ini akan menyababkan virus ini tersebar dengan pantas sekali. sepatutnya pelajar mesti dikuarantin di dalam IPT untuk mengurangkan penyebaran wabak ini.
walau apapun, kita seharusnya berusaha dan berdoa agar wabak ini dapat dihentikan dari menbunuh orng ramai lagi.


Nazreen Abdul Latif @ Yaacob
Fakulti Biosains & Biokejuruteraan
Universiti Teknologi Malaysia

Tuesday, August 11, 2009

masuk lab

hari ini sungguh bersejarah kerana aku telah memulakan langkah pertama menbuat PSM, yeah.
sebenarnya dr shafinaz x suruh lagi masuk lab tapi selagi aku x start, hati ini x keruan
tido pun x lena
huhuhuhu.
tadi pun walaupun ada buat mistake sikit, tapi x besar sgt la. hehehehe
kak belinda pun banyak tolong aku, tq
aida, aza n zara pun bnyak gak menolong
aku pun banyak bertanay dgn diorg, mesti diorg tensen kan
huhuhuhuhu.
tp, x per la
asalakan projek aku siap
n dapat grad dgn jayanya
gud luck to yen

Saturday, August 8, 2009

Webometric Iktiraf UTM Universiti Terbaik Malaysia

Utusan Malaysia (Dalam Negeri), Sabtu 1 Ogos 2009

JOHOR BAHRU 31 Julai - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) muncul sebagai universiti terbaik di negara ini berdasarkan penarafan Webometric yang dikeluarkan, di sini hari ini.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang berkata, melalui penarafan itu, ia menjadikan UTM sebagai universiti terbaik di Malaysia meninggalkan Universiti Sains Malaysia (USM) di tempat kedua.

Beliau berkata, penarafan tersebut dibuat dua kali setahun oleh Cybermetric Lab iaitu sebuah kumpulan penyelidik terbesar dari Sepanyol berdasarkan analisis kuantitatif laman web sesebuah universiti dan kandungan yang diperoleh daripada Internet.

''Kejayaan UTM disebabkan inisiatif serta sokongan semua pihak bagi menaik taraf dan melancarkan laman web baru dengan paparan yang yang lebih menarik, mudah diakses dan pantas.

''Di samping itu, banyak laman pengkayaan maklumat dan bahan yang bersesuaian dibangunkan setiap kakitangan akademik di fakulti dan pusat kecemerlangan menggunakan domain yang sama dalam usaha menyumbang ke arah peningkatan kedudukan dalam penarafan Webometric,'' katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Zaini berkata, penarafan terbaru itu menunjukkan UTM berjaya menduduki tempat ke-10 di kalangan universiti di Asia Tenggara.

Beliau berkata, antara universiti tempatan yang tersenarai dalam kedudukan 100 universiti terbaik di Asia ialah Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Turut tersenarai, katanya, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Beliau berkata, UTM turut memperkenalkan rangkaian laman web sosial yang boleh diakses secara terus daripada laman web universiti berkenaan sebagai salah satu kaedah untuk mendekati golongan sasaran.

''Langkah itu bagi membolehkan UTM memperkenalkan perkhidmatan dan produk yang ditawarkan kepada golongan sasaran seperti remaja, mahasiswa serta penyelidik berkaitan program pembelajaran, kepakaran penyelidikan termasuk jaringan kerjasama antarabangsa,'' katanya.

UTM Ranked the Highest Among Malaysian Universities

MY HEARTIEST CONGRATULATIONS TO ALL THE STAFF AND STUDENTS OF UTM
I am pleased to announce that UTM has once again lived up to its mark of excellence after being ranked the highest among all Malaysian universities in the Web Ranking of World Universities. UTM has made us all proud after being ranked 642, leading all other Malaysian universities with USM trailing behind at 675, UniMAP at 745, UM at 878, UKM at 963 and UPM at 979. With this outstanding achievement, UTM is now the top ten in South East Asia and top 100 at 89th place in Asia in the Web Ranking of World Universities.
This remarkable success is the result of your strong commitment and relentless effort to aspire and achieve the best for the university. With your dedication, teamwork, hardwork and strong spirit of togetherness, you have proven that we can be the best if we put our hearts and mind to achieve our goals and aspiration. We have made it once again. My sincere appreciation and utmost gratitude to all of you. Together we can make a difference. WELL DONE!!!


Vice-Chancellor
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)



w
ah, bangga gila aku cz UTM dapat ranking tertinggi
ye la, walaupun aku amek biosains course yang x seberapa popular di UTM
tapi bangga gak la
tahniah pada NC UTM, Prof Datuk Dr Zaini Ujang
dan semua warga UTM semua
semoga kita dapat jadi top 5 dalam universiti terbaik dunia
x mustahil kalau semua orang berusaha
apa yang penting....
KERJASAMA

final year.... arggghhhh diriku masih muda

dah sebulan aku masuk semester baru
tapi baru sekarang aku sedar aku dah masuk tahun ke-3
ataupun final year
sedar x sedar dah 2 tahun aku belajar kat UTM ni
aku ingat aku muda lagi tapi mengenangkan mentee aku pun dah tahun dua
membuatkan aku terasa tua
entah lar, x lama lagi aku akan terjun ke dunia realiti
sekarang ni hanyalah fantasi
bila dah keluar u nnt
kena berdikari, dah x boleh depend pada lectr, pada kawan or family lagi
aku pun sekarang nak cari kerja
sebab dah x mampu nak belajar
tapi kalau ada kesempatan,
aku akan teruskan belajar sampai taraf PhD
tapi tu la
bila aku muhasabah diri semula
aku ada rasa aku ni x matang lagi la
kalau nak dibandingkan dengan coursemate aku yang lain
nak kata muda
ada cosmate aku yang lebih muda dari aku
huhuhuhuhu.....
mungkin aku x bersedia untuk menjadi matang kot
huhuhuhu
huhuhuhu
huhuhu

Monday, August 3, 2009

say no to bonceng








Mahasiswa adalah golongan yang terpilih dikalangan masyarakat. Kepakaran dan intelektual men jadi simbolik yang tidak dapat dipisahkan dari pandangan masyarakat terhadap mahasiswa. Daya pemikiran yang tinggi dan jauh juga menjadikan mahasiswa golongan yang istimewa dan dikagumi. Disebabkan itulah mahasiswa diberi tempat yang istimewa iaitu ditempatkan disebuah institusi yang dipanggil sebagai universiti. Segala kemudahan dan prasarana yang pelbagai disediakan kepada mahasiswa untuk memastikan proses perkembangan intelektual menjadi pesat dan tepat.

Persoalan utama yang perlu diselesaikan adalah adakah mahasiswa sekarang seperti yang dinyatakan. Kehidupan mahasiswa sekarang tidak menggambarkan budaya intelektual fungsi. Mahaiswa lebih suka membudayakan budaya luar seperti hedonisma, berpasangan , melepak dan sebagainya. Perkara ini amat membimbangkan bagi golongan yang mengambil berat. Oleh itu, kedengaran baru baru ini, proses transformasi telah dilancarkan untuk mengambalikan mahasiswa ke tempat yang sepatutnya.

Pelbagai pihak yang mempunyai kesedaran telah memainkan peranan mereka untuk mengizzahkan kembali mahaiswa. Antaranya Persatuan Mahasiswa Islam University Teknologi Malaysia. Persatuan ini telah melakukan banyak usaha untuk menjadikan mahasiswa benar- benar sedar tentang peranan sebenar seorang mahasiswa .Program seperti seminar intelektual dan projek “Say No To Bonceng”. projek “Say No To Bonceng” adalah salah satu projek yang dirangka dengan cukup teliti dalam membanteras kejatuhan moral dikalangan mahasiswa akibat tidak mempunyai pemikiran yang panjang. Projek ini mempunyai nilai yang cukup tinggi dalam membangunkan kembali nilai seorang mahasiswa.

Pencegahan budaya membonceng adalah amat perlu dalam menangani masalah gejala social yang parah sekarang ini. Membonceng adalah salah satu proses dalam gejala sosial yang akhirnya akan membawa kepada keruntuhan akhlak . Secara logiknya, apabila sesuatu pasangan yang bukan mahram bebas melakukan perkara yang tidak bermoral akan menyebabkan berlakunya perkara perkara maksiat seperti zina, mengandung luar nikah dan sebagainya. Ini akan menjatuhkan maruah sebagai golongan intelektual.

Dengan itu, Persatuan Mahasiswa Pendidikan dengan sepenuh hati menyokong usaha yang dilakukan oleh Persatuan Mahasiswa Islam dan akan cuba membantu jika memerlukan bantuan dalam menjayakan program ini. Kami juga menyeru kepada seluruh masyarakat kampus supaya memberikan sokongan dan kerjasama yang baik dalam menjayakan usaha yang dilakukan oleh Persatuan Mahasiswa Islam ini.

Oleh :
Presiden Persatuan Mahasiswa Pendidikan utm
http://penunggangdunia.blogspot.com/

Saturday, August 1, 2009

bakuman


saja nak share. korang taw x pasai bakuman.
bakuman adalah manga (komik) terbaru yang dihasilkan oleh obata sensei yang telah menghasilkan death note, hikaru no go, blue dragon.
cerita bakuman bagi aku sangat menarik sebab dia lain dari yang lain. cerita ini mengisahkan remaja2 cuba mencapai matlamat dan cita2 mereka. watak utama, saiko dan takagi cuba menjadi mangaka terhebat dan bersaing dengan mangaka genius, nizuma eiji. saiko juga ingin mencapai impian pakciknya untuk mendapa ranking pertama dalam questionaire JUMP yang sangat susah dicapai. dia juga berjanji pada kekasihnya. diorang boleh berjumpa sekiranya diorang dah capai impian masing2. gf saiko (x ingat nama) nak jadi voice actor (seiyuu dalam japanese) dan berharap agar dapat jadi seiyuu dalam anime saiko. ironiknya, mak si gf saiko ni adalah gf pakcik saiko tapi diorang x dapat bersama kerana pak cik saiko ni pemalu, so, untuk menunjukkan kemajuan or apa ntah pada mak gf saiko, pak cik saiko menjadi mangaka dan sampai mati, dia menbujang, huhuhu.
plot cerita ini semakin berkembang dan makin banyak pesaing muncul. kebanyakan pesaing adalah kawan mereka sendiri dan setiap watak menpunyai impian masing2 dan berusaha mencapai impian tu
cerita ni macam ada banyak kaitan dengan aku
huhuhu
aku ni kiranya macam pak cik saiko la
cerita ini pun banyak bagi motivasi kat ak
macam kita mesti berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat kita
walaupun terpaksa korban masa dan tenaga
dan, kadang2 musuh tu adalah kawan kita yang paling baik
best la cerita ini, walaupun banyak dialog macam death note, tapi kalau korang hayati betul2, banyak moral value dalam cerita ni. komik x semestinya menbawa kepada kelalaian.

16S rRNA identification of cyanide degrading microbe and its application in degradation

ni la tajuk Projek Sarjana Muda (PSM) aku. huhuhuhuhu. sekarang ni aku berhempas pulas nak siapkan proposal, yup, proposal pun x siap lagi camner nak masuk lab. tapi supervisor aku, Dr Shafinaz Shahir banyak tolong. dia ada bagi method, bagi jurnal dll. alhamdulillah la sebab aku dapat supervisor yang prihatin. hahahaha.
pasal tajuk aku ni, aku kena test bacteria yang boleh degrade cyanide kepada kompound yang x berapa toksik sangat. ye la, kita kan taw yang cyanide ni sangat toksik dan akan menyebabkan gangguan pada sistem pernafasan kita. tapi yang peliknya, orang masih guna cyanide terutamanya dalam industri emas, perak dan cooper. x da benda lain ke diorang boleh guna, isk3.
bacteria tu senior aku dah jumpa, Marina nama dia, kiranya aku sambung tajuk dia la. tapi dia x kenal spesies bacteria tu, so aku la yang kena identify dengan menggunakan 16S rRNA. pastu aku kena tengok keupayaan bacteria tu degrade cyanide.
dalam proses aku nak siapkan proposal untuk PSM ni, berlambak jurnal aku kena baca, berdarah otak aku ni, huhuhu. nasib baik aku present proposal lambat sket, klu x, mesti kelam kabut.
huhuhu. paper pn, pada semua yang tengah struggle menyiapkan projek masing2, good luck to all of u.
see u next time.