Islamic Widget

Al Quran

Sunday, February 28, 2010

apabila manusia tidak mengikut manual kehidupan

symposium maulidur rasul anjuran MSI, UTM
satu program yang amat menarik,
ak ada datang forum pada hari jumaat (26 feb 10) yang menbicarakan mengenai isu sunnah dan hadis Rasulullah dan dihadiri oleh ahli panel (x ingat nama) yang sangat arif.
tapi ak suka satu statement ahli panel tu,
dia kata, hidup kita mula porak peranda kerana kita tidak mengikut manual bagaimana kita sepatutnya menjalani kehidupan ini,
analogi yang dia bagi,
kalau kita beli mesin basuh yang paling power pun,
kalau kita x ikut manual atau aturan, mesin basuh itu akan rosak.
mesti korang tertanya kan, apa manual hidup kita ni???
Rasulullah pernah bersabda bahawa
kita takkan sesat selagi kita mengamalkan apa yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah...

yea.. manual hidup kita adalah Al-Quran dan As-Sunnah...
bila kita mula meninggalkan Al-Quran dan As-Sunnah
kita mula menuju kehancuran
tengoklah remaja-remaja kita
isu mat rempit
penagihan dadah
pembuangan bayi
zina
dalam pentadbiran pula
dengan rasuah
pecah amanah
perpaduan berpecah belah
keadilan dipermainkan
dan macam perkara lagi

jadi, kalau kita nak maju dan berjaya macam zaman salafus soleh
kita mesti hidup berpandukan manual yang telah diberi

Tuesday, February 23, 2010

Menghampiri fantasi...

alhamdulillah,
setelah enam hari ak tidur dalam lab,
akhirnya graf yang ak impi-impikan telah ak genggam jua,
walaupun masih ada cacat cela dan tidaklah sempurna,
tapi melihat pada reaksi supervisor ak,
ak berada pada landasan yang benar.

mungkin masih agak jauh untuk ak menghabiskan PSM ini,
tapi dengan kejayaan ini, harap ia boleh menberi sedikit motivasi,
tapi, memori di dalam lab agak sukar dilupakan,
tidur di dalam lab yang dikatakan berhantu,
mencari air sehingga FKSG,
balik ke bilik dalam pukul 0600am
dan macam2 lagi
huhu
mungkin selepas ini,
akan ak ceritakan pada generasi ak
betapa susahnya ak ingin mendapat segulung ijazah
hahaha...

P.S: pasni ak kena buat biochemical test dan analisis, mungkin pastu siap dah wet lab ak kot.

Monday, February 22, 2010

marah betul ak

sapa la yang x belajar bioetik nih
buat tumpah air manis kat depan lab
nasib baik ak x jatuh
(jatuh gak td)
dua kali lak tu.

dah la ak tensen dgn psm
tmbah tensen dgn air tu lak
huhu

Sunday, February 21, 2010

PSM. Kepenatan tahap dewa

PSM...
FYUP...
atau walau apapun namanya...
ak sangat penat,
penat gila,
bayangkanlah, hidup ak dah terumbang-ambing kerana benda neh,
kalau dulu, cuti dari isnin sampai ahad,
ak leh balik UTM pada hari isnin,
tapi disebabkan PSM,
ak kena balik UTM hari rabu,
pastu kena bergegas masuk lab,
buat kerja,
kalau x jadi, kena ulang semula,
minggu nih,
ak balik UTM hari rabu, 0500am sampai
pukul 1000am terus ke lab
tiga hari berturut-turut tido dalam lab,
tapi result x ok,
kena buat semula.
huhuhu

Thursday, February 18, 2010

marah...

bagi ak,
marah tu umpama api,
sebab bukan hanya kita je yang akan terbakar,
tapi juga akan menbakar orang lain,
dan selalunya hubungan yang terjalin akan renggang
atau putus apabila kemarahan menguasai diri.
bagi ak, ak x suka marah,
ak lebih suka pendam dalam hati.

tapi, kadang kala,
marah itu perlu.
jika orang buat salah tapi kita x marah,
nanti kita merana kerana sakit hati,
tapi jika orang yang buat kita marah tu,
orang yang lebih tua atau
orang yang patut kita hormat,
patutkah kita marah.

macam ak,
kalau orang tu patut kena marah,
memang kita patut marah,
tapi ak,
x pandai nak marah orang,
huhu,
mungkin ak patut belajar marah orang kot,
tapi nak belajar dengan sapa???
kat UTM ni x da lak subjek
bagaimana nak marah orang???

hidup ini cuma sementara...

hari selasa yang lalu,
ak ada ziarah kubur kawan kepada kawan ak,
arwah raheedah namanya,
walaupun ak x sempat berkenalan dengan dia,
tapi, kalau mengikut cerita dari kawan2 ak,
dia memang seorang yang sangat baik tapi pendiam,
al-fatihah kepada arwah...

pada hari yang sama,
ak dapat merasai kesedihan seorang ibu yang kehilangan anaknya,
anak yang paling dia sayang,
pergi selama-lamanya,
ak terfikir,
ak x nak mak ak menangis kalau ak pergi dulu,
adakah ak perlu jadi anak yang nakal,
supaya mak ak x menangis jika ak yang pergi dulu.

pada hari yang sama juga,
semasa ak melawat kubur arwah,
ak rasa, hidup kita macam terlalu rapuh,
tak tahu bila kita akan pergi,
ak dahla x da banyak pahala sebagai bekalan,
cita2 pun banyak x tercapai lagi,
cuma ak harap, kalau ak mati pun,
biarlah selepas ak dapat ijazah.
huhu...

Monday, February 15, 2010

upin ipin




upin ipin
sejujurnya, ak ni bukanlah seorang warga malaysia yang menyokong industri hiburan tempatan.
nak2 animasi tapi upin dan ipin banyak merubah persepsi ak tadi,
bayangkan lah, ak leh bergelak sakan bila tengok satu cerita yang dikhususkan kepada budak yang x baligh lagi,
tapi jalan cerita upin ipin memang sangat kelakar,
gila kentang betul ak nih.
tapi bagi ak yang paling lawak masa episod pasal gosok gigi,
lawak tengok doktor gigi india tuh
hahaha
hilang stress sekejap...

bercuti bersama keluarga...

cuti raya cina
ingatkan cuti ni nak jumpa kawan2 sekalian
yang merindui diri ini
tapi
cuti ini ak banak menghabiskan msa dengan famili ak
hahak
seronok gak
dah lama x menbuang masa dengan famili
dengan sepupu denagn adik2
buang masa dengan kawan2 dah selalu dah
cuma kawan2 sek men je la ak jarang buang masa
huhu

ilmu

semasa cuti kat rumah,
ak ada menonton satu cerita yang menberi kesedaran kepada ak
sebagai seorang muslim dan pelajar.
"what ancient did for us" saluran History (astro 555) pada sabtu lpas ada menceritakan sumbangan orang muslim kepada masyarakat sekarang.

sarjana2 islam seperti ibnu sina DLL ada dinyatakan antara pemberi sumbangan paling beranfaat bukan hanya kepada masyarakat muslim tapi juga kepada seluruh orang di dunia ini.

jam pertama yang paling tepat dan kompleks dibina oleh orang islam dinamakan astrolab.
jam ini digunakan supaya kita dapat menentukan waktu solat dan waktu berbuka puasa.

industri minyak dan bahan api pun berhutang budi pada orang islam kerana sistem @ mekanisme penapisan dicipta oleh orang islam. dengan sistem ini, kita dapat menapis minyak (penyulingan berperingkat) dan menukarkan petroleum asli yang tak berguna kepada satu bahan yang sama nilai dengan emas (emas hitam = petroleum)

kincir angin pun berasal dari ciptaan orang islam yang berdasarkan penghancur gandum.

alatan perubatan ibnu sina masih digunakan atau dimodifikasi sedikit dan digunakan sampai sekarang. buku beliau al qanun fil al-tib (lupa nama tapi betul kot nih) atau dalam bahasa inggeris - canon of medicine masih lagi digunakan oleh bakal doktor di negara2 barat.
dan banyak lagi....

ini menbuatkan ak terfikir, ilmuan islam dahulu telah banyak berjasa pada generasi kita tapi apa jasa kita kepada generasi akan datang. pada masa dahulu, orang islam berebut2 mencari ilmu demi memajukan agama dan diri tapi kita sekarang berebut2 memusnahkan diri sendiri.

sesuatu tamadun ada bangun dan runtuh dan mungkin kerana ada generasi seperti kita yang malas mencari ilmu merupakan pengakhiran kepada tamadun islam yang sangat gah pada masa dahulu.

mungkin kita terlalu berbangga dengan masa silam sehingga terlupa tugas kita kepada generasi masa depan.
teringat ada kata2 ak sendiri pada seorang teman

jangan terlalu memikirkan masa silam,
kerana ia adalah kenangan yang sudah lepas,
jangan juga terlalu memikirkan masa depan,
kerana ia adalah satu cita2 yang x pasti,
tapi fikirlah tentang masa sekarang,
kerana masa sekarang adalah penentu masa depan yang cemerlang dan masa silam yang gemilang,

Saturday, February 13, 2010

kekejaman tanpa batasan

minggu lepas kita dikejutkan dengan kematian bayi akibat diliwat oleh ibu bapanya
selepas itu kes bayi ati digigit semut selepas dibuang
dan tadi kes bayi dibakar di dalam tong sampah...

tak sangka ek,
manusia yang begitu berbangga kerna dikurniakan akal,
bertindak seolah-olah tiada akal
sanggup menbunuh anak sendiri
memang diorang manusia yang bersifat kebinatangan betul
malahan lagi teruk dari binatang kerana
binatang pun tahu menjaga dan menghargai anak2 nya.

ak berdoa agar golongan2 ini akan dihukum oleh Allah
di dunia dan di akhirat

Thursday, February 11, 2010

kapsul masa

kapsul masa adalah tradisi yang biasa dilakukan oleh orang barat
dan tradisi ini masih baru atau tidak pernah dibuat di Malaysia
apa dia kapsul masa???
kapsul masa boleh dikatakan satu bekas yang diisi dengan pelbagai barang2
dan ditanam atau disimpan selama puluhan tahun,
biasanya dilakukan oleh pelajar sekolah atau pertubuhan dan akan dibuka semasa pertemuan semula (reunion).

ak tiba2 berminat mengenai benda ini semasa berborak dengan kawan ak selepas makan tengah hari.
rasa macam nak buat lak,
dalam kapsul masa tu, leh ak taruk gambar ke, surat ke atau apa2 jer dan masa reunion, buka semula dan kenang semula nostalgia tuh. macam seronok.

PeKaN

Alhamdulillah...
selepas lama ak x menjejakkan kaki ke bumi Pekan,
akhirnya semalam ak telah berjaya sampai ke Pekan Bandar DiRaja...
ak yang sepatutnya balik pada hari jumaat telah terbalik awal
berikutan ketiadaan tiket pada hari khamis, jumaat dan sabtu.
rasa bersalah memang ada tapi memang dah ditakdirkan ak balik pada hari rabu, huhu...

ak sampai kat stesen shell pekan dalam kul 1100pm dan terpaksa menapak ke rumah ak yang lebih kurang 1km jauhnya,
nasib baiklah ada seorang abang CBK 294 sudi menberi tumpang, heheh
kalau tak, terpaksalah ak menempuh halangan seperti
1. lalu di depan rumah mayat, huhu, takut sket.
2. lalu di depan pokok besar depan sek, men ahmad.
3. risiko di kejar anjing liar.
4. risiko berjumpa lagi kepala terbang (hari tu cuma nampak rambut dia jer)
5. dll

kesimpulannya, ak telah berjaya sampai di rumah dengan jayanya dan memang dah agak dah ayat pertama mak ak. "naper tak tepon long dulu, boleh dia amek kat situ" hahak.

ok lah, nak pergi pasar. nak beli barang untuk masak tengah hari nanti.

Tuesday, February 9, 2010

sallahuddin al-ayyubi

kalau baca kat tajuk atas ni mesti korang terfikir pasal panglima perang islam tu kan...
sangkaan korang memang tepat...

hari ahad hari tu ak, heri dan mijo jalan2 kat Johor Jaya dan kami singgah kat Plaza Angsana, lalu singgah lah kami ke kedai buku.
demi menyahut seruan dasar negara, ingin melahirkan generasi suka menbaca, ak dengan mijo pun menbeli buku sirah tokoh islam, ak beli mengenai salahudin al ayubbi.
gila pula bila terpikir semula sebab selama ni ak asik beli novel cerita fantasi, buku dari gempakstarz dan lain2 buku. huhu.
tapi, ak beli buku tu sebab nak bagi kat anak saudara ak.
nama dia pun salahuddin al-ayubi, tapi umur dia baru setahun bulan sembilan nanti, camner ek nak suh dia baca???
dan
masa ak jadi ahli usrah Kelab Surau Tun Razak dulu, naqib ak ada tanya mengenai idola masing2 dan tanpa segan silu ak bagi tahu yang salahuddin al-ayyubi adalah idola ak tapi secara jujurnya, ak tak tahu lansung mengenai sirah beliau. huhu.

P.S:
*pape hal pun, ak nak habiskan baca buku ery tuh, Yakjuj dan Makjuj...
** x sabar nak lengkapkan koleksi buku Le Gardenie, hheehe

mimpi

ornag kata mimpi tu hanyalah mainan tidur
mimpi juga adalah pengulangan dari apa yang kita buat pada siang hari
mimpi menandakan bahawa otak kita sentiasa bekerja walaupun kita tengah tidur
ada juga mimpi yang datang dari iblis
ada juga mimpi datangnya dari Yang Maha Esa

bagi ak, ak jarang bermimpi
sebab ak ni adalah jenis tidur mati
cuma, 2 kali ak ada pengalaman pelik berkaitan mimpi

alkisahnya....
2 kali ak bermimpikan Dr Shafinaz (supervisor PSM ak)...
dalam mimpi tuh, ak bermimpi tengah berbincang mengenai PSM ak...
memang macam betui2...
bangun tidur ak anggap macam x da apa2 pun...
tapi lepas sejam dua pastu,
Dr Shafinaz sms ak suh jumpa sebab nak bincang pasai PSM
huhuhuhu
2 kali kena macam nih...
tapi mungkin kebetulan kot...

P.S
* sangat takut pada lipan sebab pernah bermimpikan lipan gergasi....

Friday, February 5, 2010

enterpreneurship karnival

assalamualaikum dan salam sejahtera....
dah lama x update blog ni sehinggakan ramai peminat blog N@2RE3N tertanya-tanya mengenai penulis yang amat mereka kasihi ini. ak sihat, thanx 4 ur careness.

alhamdulillah,
dah habis pun salah satu tugasan yang sangat memeningkan kepala. karnival usahawan...
rabu lalu (04-02-10) telah berlansungnya jualan oleh para pelajar FBB di atas nama subjek entrepreneurship dan anjuran di bawah HEP UTM dan SYSBIOSIS.
kumpulan ak telah berjaya menjual cendol, hot dog dan buah dan pada pengakhirannya, hampir semua produk kami telah habis di pasaran.
walaupun barang habis, tetapi kerugian tetap tak dapat dielakkan kerana kumpulan kami telah mencatatkan kerugian yang agak teruk, huhuhu.
tetapi tugasan ini memberi kami pengalaman dalam bidang perniagaan dan pengurusan perniagaan.
pujian yang amat tinggi harus diberikan kepada mariani, zurairah dan goh yi ning kerana usaha mereka yang sangat2 komited dalam merealisasikan tugasan ini.
sabtu nanti, terpaksa pergi ke program yang dianjurkan en. ishak (HEP UTM) berkaitan perniagaan. mungkin akan belajar sesuatu yang baru....