Islamic Widget

Al Quran

Tuesday, October 6, 2015

Pandangan Mata Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dulu trainer ak masa ak menyertai satu program, pernah cakap pada ak

"Nazreen, you are judgmental" 
(lebih kurang macam tu la ayat dia), terjemah dalam bahasa melayu lebih kurang
 "Nazreen, awak seorang menghakimi" 
(hahahaha... ak lupa maksud "judgmental" dalam bahasa melayu tetapi maksudnya lebih kurang macam bila tengok seseorang tu, kita terus jatuh hukum yang orang tu macam tu la... macam ni la... huhu...

Ak tak ambil pusing pasal teguran trainer ak tu...

Tapi...

Tahun lepas atau tahun ini, ak ada menemani kawan ak berjumpa seorang yang boleh mengubat orang melalui perubatan alternatif...

Sebelum balik, dia ada tegur ak...
"kita ni kalau selalu pandang guna mata kasar, nanti akan buta"

Okay... sampai sekarang ak tak paham maksud dia,
Ak cuba tafsir... kemungkinan besar ak selalu pandang pada zahir seseorang tanpa mengambilkira faktor dalaman...

Tapi...

Tapi...

Tapi...

Entah lah... Ak rasa ak tak macam tu... Ak boleh dikira sebagai baik.. Hahahahahaharam........

Jarang kutuk kawan bila dorang buat masalah... Ak selalu cakap... Mungkin ada sebab kenapa dia buat macam tu....

Tapi... (banyak pula perkataan 'tapi' dalam post kali ini)

Kebelakangan ni... Ak dah susah nak pikir sudut pandang macam tu dah...

Penat untuk bersikap husno dzon (astargfirullah)...

Sebab bila kita buat salah sekali... itu adalah kesilapan...
Bila dah buat dua kali... tiga kali... empat kali... sampai berkali-kali...
Dan untuk nak ak percaya yang perbuatan tu bukan sengaja...
Entah la... ak bodoh sangat la kalau percaya...
Sebab bagi ak... tu dah bukan kesilapan... itu adalah sikap...

Sebenarnya ak pun tak tahu nak tulis apa...

Tadi minum cappucinno... sekarang macam tak boleh nak tidur...
Sekarang tengah minum Teh...
Kafein terlalu banyak...
Kenapa ak minum teh kalau ak tahu ak x boleh nak tidur...
ARGHHHHH...

Kesimpulannya...
Ak pun tak sempurna... Ak pun banyak buat salah... Ak pun ada sikap yang orang tak suka...
Jadi, untuk ak benci pada sikap orang lain... Macam tak adil sebab ak nak orang suka semua sikap ak...

Cuma... kita manusia... Ak yakin tak ada haiwan yang sedang baca blog ak sekarang ini...
Bila rasa sikap itu adalah sikap yang salah... berubahlah menjadi lebih baik...
Bak kata orang yang selalu bekerja dengan Sistem Kualiti... ada terma Penambahbaikkan atau Continual Improvement...
Itu sahaja...

Semoga kita dapat menjadi seorang yang mampu melihat kelebihan/kebaikan orang walaupun semasa mereka sedang dalam kekurangan/kejahatan mereka...

Dan semoga kita sabar dalam menghadapi mereka semasa mereka dalam kekurangan/kejahatan mereka...

Hanya coretan sebab tak boleh tidur...

Papepun... Jumpa lagi...

p.s: Mengumpat adalah salah satu dosa besar... tapi dalam sesuatu keadaan... macam terpaksa mengumpat demi meleraikan tekanan di dalam jiwa... tapi... sia-sia amalan sebab pahala kita akan dapat pada orang yang kita umpat tu... takut jadi manusia yang muflis di akhirat kelak... Semoga kita semua dijauhkkan dari hobi suka mengumpat... Amin...


Sunday, October 4, 2015

Memories & Perancangan Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kalau ikutkan blog ni, artikel terakhir ak adalah dalam bulan september 2014,
sekarang dah bulan oktober 2015,
Selama setahun setengah ak x buat artikel baru,
Mungkin sibuk, mungkin malas, mungkin keghairahan dalam menulis blog ni dah kurang...
Hahahahaha...

Jadi, artikel ini adalah artikel pertama tahun ni...
Banyak dah yang berlaku dalam tahun ni...

Korang tahu x dalam masa blog ini x update,
Facebook ada buat perubahan baru dalam sistem dorang...
sistem yang ak panggil memories...

Mula-mula bila diperkenalkan... ak rasa macam x perlu...
Tapi bila lama-lama... ak suka dengan sistem ni...
Secara x lansung, ak dapat mengimbau memori lama...
Dan secara x lansung... ak dapat tahu sekurang-kurangnya ada perubahan dalam hidup ak...
Walaupun ada orang cakap, biasanya orang tua yang suka mengimbau memori-memori lama ni...
Mungkin la... mungkin la... ak dah tua...
 Huhuhuhuhu

Dalam Al Quran, Allah SWT banyak berfirman berkaitan orang-orang yang berfikir...
Orang yang berjaya adalah orang yang berfikir...
Orang yang beriman adalah orang yang berfikir...
Dan banyak lagi...
Dan... korang pernah x berfikir berkenaan perancangan Allah...

Ak tahu... keupayaan diri kita x mampu untuk berfikir berkenaan perancangnan  Allah...
Kita hanya hambaNya, digalakkan untuk berusaha  sedaya upaya...
Dan perancangan Allah tu maha sempurna...
Kita perlulah beriman, redha dan pasrah atas semua ketentuan Allah...

Korang mesti pening kan...
Apa kena mengena memories dalam facebook dan perancangan Allah...
Benda ni la ak nak kasi korang berfikir...
Hahahahaha...


Cerita dia macam ni... sekrang ni dah masuk Sesi mari bercerita lak...
Dulu... lebih kurang pada 2 tahun dulu... Ak masih bekerja di Raub...
Waktu tu adalah waktu yang agak kritikal... x perlu la ak bercerita secara panjang lebar cuma dalam perjalanan karier seseorang... akan ada pasang surut...
Dan yup... Sebelum-sebelum tu ak banyak berdoa agar diberi kekuatan untuk teruskan pekerjaan di Raub atau minta diberi rezeki bekerja di tempat lain...
Dan mudah kata... doa ak pada waktu tu seperti tidak dimakbulkan... Astarfirullah...

Dan... ak pun bekerja seperti biasa... menjalankan tugas seorang eksekutif yang cekap dan berdedikasi...
Dan pada 17 september 2013... Ak diperintahkan oleh majikan ak untuk menghadiri latihan oleh BPFK...
Sepatutnya dari syarikat ak... ak kena pergi berdua...

ok... ada pop kuiz... 16 September adalah hari apa???

Betul... 16 september adalah hari Malaysia dan merupakan hari cuti dan ak bercadang nak balik kampung...
Jadi... ak dan kawan ak akan pergi berasingan...
Dan... ak x pasti macam mana... samada komunikasi x jelas ataupun ada sebab-sebab lain...
Kawan ak x dapat datang...
Yup memang kawan ak... Tapi kalau ikut jawatan... dia adalah anak buah ak...
Ak bukan jenis ketua diktator tapi macam x boleh terima kalau korang dah bagi komitmen dan korang batalkan komitmen tu pada last minit dan alasan yang x masuk akal...
Sebab... benda ni ak nanti ak perlu perjelaskan pada boss ak di headquarters...
Jadi... akhirnya... ak pergi ke training ni berseorangan... Dengan perasaan agak x puas hati... Dengan ada beberapa halangan seperti sesat dan lain-lain lagi...
Pada waktu tu... Ak mungkin (sebab x ingat) benda-benda ni adalah dugaan...

Manusia secara psikologinya...
Ini berdasarkan pemerhatian ak la...
Bila ada kawan yang dia kenal dalam sesuatu acara... manusia secara psikologinya akan banyak bersama kawan yang dia sudah kenal itu...
Berbanding cuba mencari kenalan baru...

Tapi bila dia berseorangan... secara automatik... Dia terpaksa mencari kenalan baru...

Dan itu yang terjadi pada diriku...
Dalam dua hari training tu... ak berkawan dengan seorang manager sebuah syarikat pharmaceutikal terkenal di Malaysia...
Dia pun keseorangan dari syarikat dia...
Dalam masa makan bersama... Training bersama...
Kami bertukar Bussiness Card dan dia mengatakan ada kerja kosong di syarikat dia...

Selepas training selesai... seminggu selepas tu... Ak pun hantar resume ak...
Dan BOOOM...
Tanggal 6 Jan 2014... ak secara rasminya bekerja di satu syarikat pharmaceutical di Sungai Petani Kedah...

Itu lah rezeki...
Itu lah perancangan Allah...
Itu lah qada' dan qadar ak...

Dan ak mengambil masa dua tahun untuk ak sedar...
Perancangan Allah sengat menakutkan...
Maksud ak... sangat hebat...
Doa ak bukan x dimakbulkan... cuma masa yang tepat belum datang pada masa ak berdoa...

Sebab tu bila permintaan kita belum dimakbulkan...
Jangan  putus asa...
InsyaAllah...
Allah tengah merancang untuk kita...
Allah sangat suka bila manusia meminta dari Nya...
Kita perlu sabar...
Allah tahu yang terbaik untuk kita...

Maaf... artikel kali ini agak panjang...
Setahun lebih ak x menulis/menaip...
mungkin artikel baru tahun depan...
atau mungkin bulan depan...

Papepun... jumpa lagi... InsyaAllah

Monday, September 8, 2014

Pergi tak kembali...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Antara perkara yang ak takut adalah tiba-tiba dapat panggilan telefon...
Dari keluarga ataupun mak ak...
Pada waktu yang janggal...
Maksud ak, waktu yang jarang diorang telefon, tapi tiba-tiba diorang telefon...
Secara automatik, ak akan terbayangkan perkara buruk...

Dan pagi ini ak dapat lagi panggilan macam itu...
Ak pula jenis x akan angkat panggilan ketika mesyuarat...
Melainkan mesyuarat tu ak rasa x penting...
Ak dapat panggilan dari mak ak... semasa mesyuarat...
Dan mak ak x akan telefon ak waktu ak kerja...

Mak ak telefon...
Memaklumkan yang saudara rapat kami meninggal...
Mak saudara belah abah ak...
Ak panggil dia Makngah...

Makngah yang duduk belah kanan tuh
Makngah antara saudara belah abah ak yang paling rapat...
Mungkin sebab dia duduk di Pekan, Pahang...
Sementara saudara belah abah ak banyak menetap di KL...

Makngah memang baik...
Selalu bagi duit raya pada ak...
Selalu bagi nasihat...

Al Fatihah...
Innalillah...
Semoga rohnya dicucuri rahmat...

Monday, December 16, 2013

Ilmu perkahwinan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Wuish... ish... Lama betul x menulis dalam blog neh...
Sampai lupa kewujudan blog yang x berapa nak penting neh...

Semenjak dua menjak ni ak suka lak dengar ceramah-ceramah Ustaz Hasrizal,
Ni lepas baca buku "Di Hamparan Shamrock" la...
Suka sebab dia pakar (lebih kurang la) dalam sejarah... Dan dia juga ustaz...
Jadi, dia boleh ulas agama dari sudut sejarah... (p.s: ak suka sejarah... ni lepas banyak tengok History Channel la neh)...

Ak x pasti ceramah dia yang mana tapi ada satu ayat tu ak ingat sampai saat ini...
Bukan pasal sejarah tapi pasal remaja...
Ye la, ak kan remaja belia lagi...

Dia ada kata yang (lebih kurang... ingat ingat lupa neh)...
Kos perkahwinan yang tinggi menyebabkan remaja sekarang tumpukan masa untuk kumpul duit untuk kahwin...
Dan kebanyakan orang lupa kumpul ilmu mengenai perkahwinan...
Jadi, berlakulah perkahwinan yang x kekal lama... Sebab kurangnya ilmu...

Jadi ak pun sibuk nak bagi hipotesis ak... (nak aplikasikan ilmu sains yang dah lama x guna)...
Punca penceraian yang kian menaik bukan sebab kahwin muda... (sebab ada sedara/famili ak ada cakap... kahwin muda sangat nanti x kekal)...
Tapi... remaja tu x da ilmu nak pastikan perkahwinan tu kekal lama...

Ilmu ni termasuklah la... apa bidang tugas suami dari sudut syariat dan sunnatullah...
apa bidang tugas isteri dari segi syariat dan sunnatullah...
Macam mana didik anak dari sudut agama, psikologi, sunnatullah DLL...

Banyak lagi cabang ilmu untuk mendirikan rumah tangga ni...
Bukan belajar ilmu malam pertama jek (sebab teringat ada kawan sibuk tanya berkenaan malam pertama pada kawan yang lain... ak pun duduk mendengar sambil mencatat je... T_T)...
Sebab kahwin bukan sehari dua... makan tahun tahun dan ada sampai puluh puluh tahun...

Jadi, nasihat ak yang x pernah kahwin ni...
Tuntutlah ilmu...
Ada ilmu boleh amal...
InsyaAllah... Amal dari ilmu yang betul boleh mendatangkan kebahagiaan...
Hua3...

Papepun... jumpa lagi...


Thursday, October 24, 2013

impian dan cita-cita

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
rasanya lama gila tak menulis dalam benda alah ni...

Semalam ada tengok How I Meet Your Mother...
Episod yang Kapten (bekas suami zoe) nak jumpa Robin tu...
X boleh cerita banyak-banyak, tengok sendiri...
Dan ada satu scene berkenaan Lily rasa dia terlalu tua untuk capai cita-cita dia...

Pernah x korang terasa???
Suatu hari nanti kita akan terperangkap dalam satu keadaan...
Buat kerja yang kita x suka...
Berkomunikasi dengan orang x suka...
Stress setiap hari...
Dan bila dah tua... Kita akan menyesal kenapa kita x cuba nak capai cita-cita dan impian kita...
Dan waktu tu dah terlambat... Hahahak...

Entah lar...

Papepun... Jumpa lagi

p.s : antara cita-cita ak... ak nak realisasikan penghasilan Kamen Rider dengan memcampurkan genetik manusia dan genetik belalang... ini pun selepas ak belajar genetik modification...

Thursday, May 30, 2013

Bercuti di terengganu

As salamualaikum dan salam sejahtera,

Hari wesak hingga ke ahad lepas ak baru menghabiskan cuti bersama kawan yang ak kenal dan baru kenal dia terenggangu...

Sangat seronok walaupun banyak cabaran yang terpaksa dihadapi...

Kami ada melawat Pulau Perhentian... Cantik giler pulau tu... rasa nak duduk situ je...

Pertama kali mencandat sotong... Ingatkan mabuk laut sebab ubat xda... Tapi x mabuk... alhamdulilllah...

Pertama kali naik bot laju... Seriusly

pertama kali makan meggi sotong dan meggi ketam... sedap tapi x kena dengan perut ak...
Setiap kali teringat ketam ni masuk ke tekak ak... rasa nak muntah... hahak

Pertama kali minum tuak... ataupun bahasa mudah dia adalah air nira... sedap kalau x masam lagi...

Seronok gila perjalanan ak walaupun plan nak snorkeling x jadi... huhu...
Tapi x per... nanti cadang nak pergi Langkawi atau Krabi untuk snorkeling...

Pergi ke Rantau Panjang... Hurm... banyak orang berjual beli tapi agak lebih kurang sama macam Padang Besar...
Xda la beli banyak sangat barang...
Ingat lepas itu nak ke Golok tapi dah tutup.... huhu...

ni masa baru sampai ke terengganu... singgah rumah dann dan dijamu dengan nasi dagang

lagi peserta yang join percutian ni

dah habis makan... tiba masa ke laut...

ini adalah speed boat... sangat laju... gila takut... lagi cuak dari naik roller coaster

yen dalam speed boat

permandangan pulau perhentian... klik pada gambar untuk lebih jelas

nak menunjukkan yang air ni jernih...

camtik x???

hujan masa ni...

menunggu speed boat untuk balik ke tanah besar

menyediakan koyan untuk mencandat

ambil gambar sebelum meneruskan aktiviti

bot kami... usang tapi berfungsi

pang, sahak, dann dan resat

pang relek dulu...

yeah... mangsa pertama...

hari terakhir... iezahar memang jahat giler... dia rakam orang berdengkur... 

pantai keluang... masa ni orang lain berdengkur lagi

kat situ ada haliza dan liza... x nampak...
Papepun... jumpa lagi...



Thursday, May 23, 2013

Ak pemarah ker???

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dulu ak rasa... rasa la... ak ni susah nak marah...
Biar la orang buat apa dekat ak... Jarang marah...
Kalau marah pun sekejap jek...
Dan kalau marah... ak rasa... rasa lagi... ak boleh sorok reaksi marah ak...

Ak ingat ak macam dulu lagi...
Tapi ada kawan ak cakap... 2-3 orang dah cakap...
Bila ak marah... memang nampak ak marah... ak memang x boleh sorok lansung muka marah ak...
Risau juga ni... sebab ak banyak berurusan dengan orang...

Ak pernah rasa marah dengan auditor, marah boss, marah rakan sekerja...
Tapi macam ak kata... ak rasa ak boleh sorok...
Kalau betul ak x boleh sorok...
Kena kurangkan marah la...
Sebab marah boleh merenggangkan hubungan yang terjalin... oh yeah...

rasanya macam ni la kot muka ak... muka marah macam rimau tapi cuba senyum untuk tutup marah tu...
Papepun... jumpa lagi

p.s: Bosan ni... sebab tu menulis tajuk entah apa2