Islamic Widget

Al Quran

Monday, February 15, 2010

upin ipin




upin ipin
sejujurnya, ak ni bukanlah seorang warga malaysia yang menyokong industri hiburan tempatan.
nak2 animasi tapi upin dan ipin banyak merubah persepsi ak tadi,
bayangkan lah, ak leh bergelak sakan bila tengok satu cerita yang dikhususkan kepada budak yang x baligh lagi,
tapi jalan cerita upin ipin memang sangat kelakar,
gila kentang betul ak nih.
tapi bagi ak yang paling lawak masa episod pasal gosok gigi,
lawak tengok doktor gigi india tuh
hahaha
hilang stress sekejap...

bercuti bersama keluarga...

cuti raya cina
ingatkan cuti ni nak jumpa kawan2 sekalian
yang merindui diri ini
tapi
cuti ini ak banak menghabiskan msa dengan famili ak
hahak
seronok gak
dah lama x menbuang masa dengan famili
dengan sepupu denagn adik2
buang masa dengan kawan2 dah selalu dah
cuma kawan2 sek men je la ak jarang buang masa
huhu

ilmu

semasa cuti kat rumah,
ak ada menonton satu cerita yang menberi kesedaran kepada ak
sebagai seorang muslim dan pelajar.
"what ancient did for us" saluran History (astro 555) pada sabtu lpas ada menceritakan sumbangan orang muslim kepada masyarakat sekarang.

sarjana2 islam seperti ibnu sina DLL ada dinyatakan antara pemberi sumbangan paling beranfaat bukan hanya kepada masyarakat muslim tapi juga kepada seluruh orang di dunia ini.

jam pertama yang paling tepat dan kompleks dibina oleh orang islam dinamakan astrolab.
jam ini digunakan supaya kita dapat menentukan waktu solat dan waktu berbuka puasa.

industri minyak dan bahan api pun berhutang budi pada orang islam kerana sistem @ mekanisme penapisan dicipta oleh orang islam. dengan sistem ini, kita dapat menapis minyak (penyulingan berperingkat) dan menukarkan petroleum asli yang tak berguna kepada satu bahan yang sama nilai dengan emas (emas hitam = petroleum)

kincir angin pun berasal dari ciptaan orang islam yang berdasarkan penghancur gandum.

alatan perubatan ibnu sina masih digunakan atau dimodifikasi sedikit dan digunakan sampai sekarang. buku beliau al qanun fil al-tib (lupa nama tapi betul kot nih) atau dalam bahasa inggeris - canon of medicine masih lagi digunakan oleh bakal doktor di negara2 barat.
dan banyak lagi....

ini menbuatkan ak terfikir, ilmuan islam dahulu telah banyak berjasa pada generasi kita tapi apa jasa kita kepada generasi akan datang. pada masa dahulu, orang islam berebut2 mencari ilmu demi memajukan agama dan diri tapi kita sekarang berebut2 memusnahkan diri sendiri.

sesuatu tamadun ada bangun dan runtuh dan mungkin kerana ada generasi seperti kita yang malas mencari ilmu merupakan pengakhiran kepada tamadun islam yang sangat gah pada masa dahulu.

mungkin kita terlalu berbangga dengan masa silam sehingga terlupa tugas kita kepada generasi masa depan.
teringat ada kata2 ak sendiri pada seorang teman

jangan terlalu memikirkan masa silam,
kerana ia adalah kenangan yang sudah lepas,
jangan juga terlalu memikirkan masa depan,
kerana ia adalah satu cita2 yang x pasti,
tapi fikirlah tentang masa sekarang,
kerana masa sekarang adalah penentu masa depan yang cemerlang dan masa silam yang gemilang,

Saturday, February 13, 2010

kekejaman tanpa batasan

minggu lepas kita dikejutkan dengan kematian bayi akibat diliwat oleh ibu bapanya
selepas itu kes bayi ati digigit semut selepas dibuang
dan tadi kes bayi dibakar di dalam tong sampah...

tak sangka ek,
manusia yang begitu berbangga kerna dikurniakan akal,
bertindak seolah-olah tiada akal
sanggup menbunuh anak sendiri
memang diorang manusia yang bersifat kebinatangan betul
malahan lagi teruk dari binatang kerana
binatang pun tahu menjaga dan menghargai anak2 nya.

ak berdoa agar golongan2 ini akan dihukum oleh Allah
di dunia dan di akhirat

Thursday, February 11, 2010

kapsul masa

kapsul masa adalah tradisi yang biasa dilakukan oleh orang barat
dan tradisi ini masih baru atau tidak pernah dibuat di Malaysia
apa dia kapsul masa???
kapsul masa boleh dikatakan satu bekas yang diisi dengan pelbagai barang2
dan ditanam atau disimpan selama puluhan tahun,
biasanya dilakukan oleh pelajar sekolah atau pertubuhan dan akan dibuka semasa pertemuan semula (reunion).

ak tiba2 berminat mengenai benda ini semasa berborak dengan kawan ak selepas makan tengah hari.
rasa macam nak buat lak,
dalam kapsul masa tu, leh ak taruk gambar ke, surat ke atau apa2 jer dan masa reunion, buka semula dan kenang semula nostalgia tuh. macam seronok.

PeKaN

Alhamdulillah...
selepas lama ak x menjejakkan kaki ke bumi Pekan,
akhirnya semalam ak telah berjaya sampai ke Pekan Bandar DiRaja...
ak yang sepatutnya balik pada hari jumaat telah terbalik awal
berikutan ketiadaan tiket pada hari khamis, jumaat dan sabtu.
rasa bersalah memang ada tapi memang dah ditakdirkan ak balik pada hari rabu, huhu...

ak sampai kat stesen shell pekan dalam kul 1100pm dan terpaksa menapak ke rumah ak yang lebih kurang 1km jauhnya,
nasib baiklah ada seorang abang CBK 294 sudi menberi tumpang, heheh
kalau tak, terpaksalah ak menempuh halangan seperti
1. lalu di depan rumah mayat, huhu, takut sket.
2. lalu di depan pokok besar depan sek, men ahmad.
3. risiko di kejar anjing liar.
4. risiko berjumpa lagi kepala terbang (hari tu cuma nampak rambut dia jer)
5. dll

kesimpulannya, ak telah berjaya sampai di rumah dengan jayanya dan memang dah agak dah ayat pertama mak ak. "naper tak tepon long dulu, boleh dia amek kat situ" hahak.

ok lah, nak pergi pasar. nak beli barang untuk masak tengah hari nanti.

Tuesday, February 9, 2010

sallahuddin al-ayyubi

kalau baca kat tajuk atas ni mesti korang terfikir pasal panglima perang islam tu kan...
sangkaan korang memang tepat...

hari ahad hari tu ak, heri dan mijo jalan2 kat Johor Jaya dan kami singgah kat Plaza Angsana, lalu singgah lah kami ke kedai buku.
demi menyahut seruan dasar negara, ingin melahirkan generasi suka menbaca, ak dengan mijo pun menbeli buku sirah tokoh islam, ak beli mengenai salahudin al ayubbi.
gila pula bila terpikir semula sebab selama ni ak asik beli novel cerita fantasi, buku dari gempakstarz dan lain2 buku. huhu.
tapi, ak beli buku tu sebab nak bagi kat anak saudara ak.
nama dia pun salahuddin al-ayubi, tapi umur dia baru setahun bulan sembilan nanti, camner ek nak suh dia baca???
dan
masa ak jadi ahli usrah Kelab Surau Tun Razak dulu, naqib ak ada tanya mengenai idola masing2 dan tanpa segan silu ak bagi tahu yang salahuddin al-ayyubi adalah idola ak tapi secara jujurnya, ak tak tahu lansung mengenai sirah beliau. huhu.

P.S:
*pape hal pun, ak nak habiskan baca buku ery tuh, Yakjuj dan Makjuj...
** x sabar nak lengkapkan koleksi buku Le Gardenie, hheehe