Islamic Widget

Al Quran

Wednesday, June 22, 2011

anime yang paling legend...


Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Kalau tanya cerita kartun yang paling korang suka…
Mesti kebanyakannya dari Jepun kan…
Shuin Chan, Doraemon, Atashinchi, Naruto, Bleach dan sebagainya…
Ak pun sama… suka kartun dari jepun tapi yang paling ak suka adalah…
Honey and Clover…

Cerita ni dah lama… ak dah khatamkan 3 tahun yang lepas…
Bukan sekali… bukan 2 kali tapi lebih dari 3 kali ak tengok…
Dan minggu lepas ni ak download semula sebab yang ak punya dulu x tahu hilang ke mana… huhu…
Tapi musim ke-2 x habis download sebab ada masalah internet… huhu…

Honey and Clover…
Cerita dia xda kot lawan2… kuasa2…
Tapi cerita dia berkisarkan kepada remaja2 yang masih belajar…
Setiap watak ada kekuatan cerita tersendiri…
Takemoto… Morita… Hagu… Mayama… Yamada… dan lain2…
Musim pertama kita akan gelak bila tengok cerita ni tapi dah tengah2… baru ada konflik…
Musim kedua lebih serius…
Banyak konflik dan banyak persoalan yang terjawab…
Ak suka cerita ni sebab dia macam menceritakan tentang diri ak… nak2 watak Takemoto dan Morita…

Cerita ni memang sangat sesuai untuk remaja…
Dan sejujurnya orang yang tengok cerita ni… korang akan perasan yang korang pun pernah melalui pengalaman macam watak2 ni… (macam ak dan ada sesetengah kawan ak)…
Macam mana kalau kita suka pada seseorang… samada nak pendam atau nak luah…
Orang yang selalu gembira dan gila2 biasanya mempunyai kesusahan yang kita x tahu…
Orang yang ada anugerah biasanya disisihkan…
Dan orang yang tiada bakat disisihkan tapu bagaiman  diorang cuba untuk menyerlah…
Macam mana bila cinta kita x dilayan… cinta 3 segi…
Hubungan antara kawan2…
Hubungan antara adik beradik… perasaan bila kita disisihkan oleh keluarga tanpa diorang sedar…
Dan macam2 lagi…

Kekuatan cerita ni juga pada lagu dia…
Biasanya lagu dia sangat sesuai dengan mood situasi…
Bukan lagu OST tapi lagu sampingan…
Kalau korang dapat download yang ada terjemahan lagu tu…
Korang tahu la apa maksud ak…

Bagi ak cerita ni memang sangat legend la…
Walaupun ending dia sangat sedih…
Tapi betul la… x semestinya apa yang kita nak… kita akan dapat…
Yang penting usaha… kalau kita usaha…
Mesti ada yang lebih baik menunggu kita…

Apa2 pun… jumpa lagi…

p.s: suka pada ayat mayama… kalau kita sukakan seseorang… orang tu akan Nampak lagi cantik…

Wednesday, June 15, 2011

sedikit pemerhatian ak mengenai strategi Najib Tun Razak...


Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Dah lama ak x menulis pasai politik… hurm… rasanya nak tulis pasal politik sikit la…
Isu apa ek??? Tunggu jap… otak ak tengah loading…
10%...... 20%....... 50%...... 80%...... 100%....... ok…
Pasal Najib…. Sebab dia orang Pekan…
Ak nak tulis berdasarkan perspektif ak la…

Siapa tu Najib Tun Razak…
Ak kenal dia… dulu kami pernah bertemu 2 3 kali…
Tapi dia x kenal ak… hua3…

Xda la… sejak 2 3 menjak ni… ak agak kagum sikit dengan pemikiran dia…
Dalam memancing undi dari golongan muda…
Kalau korang buat pemerhatian secara mendalam (ak dilatih sebagai penyelidik, jadi selalu belajar untuk memerhati)…
Korang akan perasan yang najib ni cuba untuk memancing undi remaja remaji…

Contohnya…
Banyak remaja main facebook… najib pun ada facebook…
Remaja ada blog dan tweeter… najib pun sama….
Dan tahun ni siap buat Perhimpunan sejuta belia dan youth job fair…
Dia tahu remaja suka dengar Hot FM… dia pun memunculkan diri dalam konti Hot FM…
Dan peminat M.U agak ramai di Malaysia… dia pun peminat M.U juga… (ak pun suka M.U)

Ni dari pemerhatian ak la…
Agak semat cara dia di situ…
Sebab kalau dia hanya bergantung pada undi orang tua (yang mungkin x sempat hidup untuk PRU 13)…
Jadi dia cari undi dari orang muda (insyaAllah peluang hidup lama lagi)…
Ni dari pemerhatian ak la… belum jadi hipotesis lagi…
Tapi kalau betul la strategi ni berkesan…
BN yang makin malap lepas pemerintahan Pak Lah… mungkin akan agak bersinar sikit la…
Cuma… pengundi kena la bijak sikit…kena pandai pilih pemimpin

Apa2 pun… jumpa lagi…

blog lama ak


Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Dah agak lama ak x menulis, agak sibuk 2-3 hari ni…
Dalam  sebulan kebelakangan ni ak selalu dapat e-mail…
Antaranya adalah mengenai blog lama ak…



Blog ni (N@2re3n) adalah blog kedua ak…
Sebelum ni ak ada blog… blog dari Friendster… apa nama dia ek…
X silap ak N’s Blog…
Ak dah lama abaikan blog ni tapi baru2 ada dapat komen…
Antara yang ak ingat… ada sorang makcik ni kata suka dengan blog ak dan akan follow…
Hua3… maaf la makcik… blog tu xda sapa nak jaga dah…



Kiranya ak ni memang suka menulis ek…
Tapi apahal bila dapat tugasan esei… jiwa ini memberontak…
Tapi dalam blog tu ak banyak copy dan paste dari hasil tulisan orang lain…
Jadi blog tu bukanlah blog yang ak bangga2kan…
Tapi selain dari blog tu…
Ak juga penulis untuk blog adenovirus (telah diabaikan), kebab-kelab biosains dan biokejuruteraan (status x dapat dikenal pasti) dan bebudak STCA TPM Raub (aktif)…

Apa2 pun… jumpa lagi…
p.s: tengah dalam proses macam mana nak jadi penulis yang bagus dan ada identiti sendiri…

Wednesday, June 8, 2011

kenapa??? (sedikit tazkirah)

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Hari tu ak ada tebaca satu artikel dari blog islamik…
Dan ak sangat tertarik dengan satu ayat Al-Quran yang artikel tu petik…
Dari surah Al-Anbiya, ayat 33 yang bermaksud…
“ Dan Dialah (Allah) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan: tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing”
Ayat ni ditunjukkan oleh kawan ak masa ak matrik…
Muadzam nama dia, ak panggil azam jek…
Dia  tunjuk  masa ak bagi tahu dia yang ada kajian mengatakan matahari tak duduk statik…
Tapi matahari juga berputar pada paksinya…
Dan terus dia tunjukkan terjemahan ayat 33, surah Al Anbiya tu dan dia kata…
Benda ni Allah dah bagi tahu lama dah…
Terbukti la Islam tu memang agama yang benar… banyak bukti yang disediakan dalam Al-Quran…

Ak pun ada terbaca dalam Solusi isu 32…
Pasal dulu saintis mempertikaikan kesahihan satu ayat Al-Quran…
Surah Al-Naml ayat 17-19…
Mengenai kisah semut yang berkata pada kaumnya agar berlindung dalam sarang supaya tidak dipijak oleh Raja Sulaiman dan tentera baginda…
Saintis mengatakan semut berkomunikasi bukan dengan suara tapi pheromone…
Tapi…
Kajian yang telah dibuat oleh pakar semut dari University Oxford….
Mengatakan bahaya semut berkomunikasi menggunakan bunyi dan suara…

Dan banyak lagi…
Tapi walaupun Allah dah tunjukkan bukti yang jelas…
Kenapa masih ramai yang mempertikaikan agama islam…
Undang2 islam…
Masih ramai yang x menutup aurat…
Berzina…
X solat…
Dan pelbagai lagi kemungkaran…
Kenapa ek???

Sunday, June 5, 2011

kalau ak mati... ak akan mati sebab

assalamualaikum dan salam sejahtera...
hari ni nak berbicara mengenai kematian sikit...
hua3... macam serius je kan... xda la...
cuma ak rasa kalau ak mati...
kemungkinan besar ak akan mati sebab...
TERKENA KEJUTAN ELEKTRIK...

sebab selama ni... ak selalu hampir2 dikejutkan oleh elektrik...
dan sikap ak yang x berhati2 bila menggunakan barang2 elektrik...
contohnya macam semalam...
ak baru balik dari bandar dan bila masuk bilik...
terlanggar la lampu tidur...
ak betulkan mentol sekadar saja dan ak tekan la suis... nak tengok molek ke x???
pomp... lampu meletup... dan ak nampak sikit percikan elektrik betul2 dekat dengan mata ak... mata pinar kejap... gila lah...

dulu pun masa ak dan abang ak perbetulkan litar rumah nenek ak...
ak terpotong wayar hidup dengan pemotong besi...
alhamdulillah nasib baik ak x kena renjatan... kalau x... mesti ak bersama bidadari syurga sekarang ni...

ak pun suka tutup lampu bilik air dengan tangan yang basah...
pikir2 semula... memang bahaya la...
sebab kalau korang perasan... bila kita tutup suis... kita akan perasan sedikit percikan elektrik...
dan bayang kan kalau percikan tu tangkap tangan ak yang basah tu...
mesti lah rambut ak yang mayang mengurai ni akan  jadi macam rambut mohawk... huhu

apa2 pun... berhati2 lah dengan benda2 yang berbahaya....
jangan bila dah kena... baru nak menyesal (peringantan untuk ak)...
jumpa lagi...

Wednesday, June 1, 2011

arachnophobia...

assalamualaikum dan salam sejahtera...
percaya atau x...
sekarang ni ak tengah menaip di atas sofa...
sambil kaki atas sofa...
macam gadis sunti yang naik atas kerusi bila nampak lipas...
sebab...
td ak tertengok ada satu labah2 besar... besar beb... x tipu punya...
takut beb... walaupun ak pernah dikejar anjing...
hampir dikejar babi...
mengejar ular...
dikacau hantu...
dikejar lebah...
main2 dengan tikus (sampai kena gigit)...
tapi bagi ak labah2 adalah binatang yang paling menakutkan...
ni la orang kata arachnophobia...



wikipedia ada menyatakan...
arachnophobia adalah phobia yang spesifik, ketakutan kepada labah2 dan arachnid yang lain seperti kala jengking...

tapi ak terpaksa duduk di sini...
mempertaruhkan nyawa...
sebab nak tengok cerita House...
dan ada tugasan yang perlu diselesaikan...



apa2 pun...
jumpa lagi

format otak

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Dah hampir sebulan ak dekat TPM (technology park Malaysia), Raub ni…
Banyak benda baru ak belajar… benda2 yang ak x tahu pun kewujudan ia selama ni…
Hua3…

Tapi dalam banyak2 benda baru tu…
Ak kena ulang benda (ilmu) lama yang dah lama ak tinggalkan…
Bukan lama tapi macam mana nak cakap ek…             
Korang pernah x lepas habis ujian akhir sem… korang format otak korang… kasi kosong untuk terima ilmu sem depan…
Ak dah amalkan prosedur ni sejak dari zaman matrik lagi…
Tapi bila pelajaran sem depan tu ada kena mengena dengan sem lepas…
Mampos la ak… terkulat2 la nak paham benda yang sepatutnya ak paham…
Tapi otak kan macam computer… ada lgi folder ilmu tu dalam recycle bin…
Cuma korang jangan kosongkan recycle bin tu…
Kalau dikosongkan juga… besar natijahnya…



Nak dijadikan cerita…
Kelmarin ak ada kelas phytochemistry…
Program STCA ni la…
En Hassan ajar lak pasal organic chem Sikit2 dicampur dengan HPLC dan digaul dengan pengiraan macam mana nak cari mol, molar, conversion unit dan macam2 lagi…
Huhu… terkesima kejap ak…
Memang dah pernah belajar tapi ak dah delete/format semua ilmu pasal tu…
Folder dalam recycle bin kepala otak ak pun ak x pasti ada ke x???... huhu…
Tapi nasib baik bila masa kuiz… boleh berbincang dengan budak2 ni… kalau x…
Ke laut la ak (eh, dah lama x guna perkataan ‘ke laut’ teringat lak pada azam dan an)…



Jadi… moral daripada pengalaman ni…
Janganlah korang pandai2 ikut cara ak…
Format2 otak…
Ak mungkin sebab otak ak berkapasiti 1G je kot…
X leh simpan banyak2….
Tambah lagi ada banyak virus dan corrupted file… huhu



Apa2 pun… jumpa lagi