Islamic Widget

Al Quran

Friday, September 16, 2011

hari raya + hari merdeka + hari malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Agak dah lama ak x menulis kan… blog ni pun dah macam hidup segan mati x mahu… huhu
Biasalah… kadang2 banyak idea nak menulis tapi malas gak la…
Rasanya belum terlewat untuk ak mengucapkan selamat hari raya kepada korang semua…
Macam mana raya korang… mesti banyak dapat duit raya kan…
Ak pun boleh tahan banyak gak la… ada la RM3.00… hehe
Dan duit tu ak simpan sampai sekarang… mengenangkan tahun ni adalah tahun terakhir ak akan terima duit raya….
Tahun depan ak pula yang akan bagi duit raya…



Raya ni agak istimewa sebab disamping beraya, kita sambut merdeka ke-54 sekali kan…
Tapi mungkin ak sorang perasan, ataupun korang pun perasan sekali…
Merdeka tahun ni macam x meriah kan… mungkin sebab kita lebih utamakan raya kot… huhu
Lagipun generasi Y macam ak ni mungkin x menghargai sangat kot sambutan kemerdekaan ni…
Sebab x pernah merasai kesusahan zaman sebelum merdeka… huhu…

Dan sekarang ni (hari ni) kita sambut Hari Malaysia ke-48… maknanya dah 48 tahun Malaysia ditubuhkan…
Hurm…  Tanah Melayu + Sabah + Sarawak – Singapura = Malaysia… hehe…
Lebih kurang la…
Hari ni juga ulang tahun ke-2 anak saudara ak, Sallahuddin Ay-Ayyubi… disini Pakteh Yen ucapkan selamat hari jadi… hehe

Akhir sekali… ak harapkan semoga Malaysia tetap aman…
Walaupun kita banyak ideology politik…
Tapi kalau boleh… keamanan tetap kita jaga…

Ok lah… papepun
Jumpa lagi…

Monday, August 15, 2011

kenapa ak senyap selama 3 bulan nih???

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Dah lama sangat ak x menulis dalam blog ni kan…
Agak sibuk… macam korang tahu (tahu ker???) ak menuntut ilmu sikit…
Ye la… selagi kita x mati… selagi tu kena menuntut ilmu…
Ilmu apa??? Hurm… ilmu pasal macam nak menghasilkan produk menggunakan herba tempatan…
Tiga bulan ak menuntut ilmu ni… banyak juga la yang kami belajar…
Pengalaman pun banyak yang kami dapat… hehehe… tapi dah habis dah…
Kitorang pun ada blog… selama ni ak menulis dalam blog nila… siap ada gambar lagi…

Oklah… ak Cuma nak cuci2 sawang kat blog ni… nanti ak tulis post terbaru… hehe…
Owh… lupa lak… selamat berpuasa kepada yang berpuasa…
Semoga di bulan yang penuh barakah ni… kita semua dapat keredhaan dari Nya…
Jangan jadi hamba ramadhan… tapi jadilah hamba Allah…
Pape pun… jumpa lagi…

ni antara aktiviti ak masa praktikal dalam STCA Program... Herbal Extraction Plant and Production..

ni ruang tamu ke-2 dalam rumah kitorang... kitorg jd kan sbg tmpat solat... n tmpat ak tdo klu katil sepah sgt... pernah 2 hari ak tdo kt ruang tamu sbb bilik ak dh tahap tmpat plupusan sampah... uhuhuhu

ni bilik air... kecik jek tp ada heater... ak jarang guna tp bila tiba hari yg sejuk tuh... terpaksa la...

 
ni sebenarnya bilik iqbal pada bulan pertama n ke-2... bulan ke-3 ak tukar bilik... so, jd bilik ak la... kecik sket dr bilik ak yg sblm ni tp ak suka sbb ada 2 tingkap... hehehe

Ni adalah aktiviti pertama kitorang... mengenal herba dan kami kena merentas hutan rimba untuk mencari dan mengenal herba... huhu...

halangan pertama... sebenarnya sampai sekarang ak pelik dengan gambar nih... ak tengah pikir apa tu ek??? ak pun x tahu... mungkin la... tahan ke jambatan tu tampung berat ak... hehe

ni haliza... jadi model jap... masa ak praktikal dekat sini... ak adalah bapak dia n dia adalah anak ak... haha... tp dia lagi tua dr ak...

mendengar penerangan sambil berposing... nampak macam kusyuk dengar kan... tipu je ni... depan kamera jek macam ni

ni la trainer + penunjuk arah kitorang... abang wahid... dah kahwin ek... korang x leh ngorat2

Norlida dan kacip fatimah... hehe... korang pernah pegang kacip fatimah... hahahak

ni la nazreen... hahak...

turun bukit... sempat lg berposing tuh...

hahahak... sungguh bahaya... turun bukit
aktiviti dalam kelas... haha... sungguh akademik sekali budak2 nih

punya la bersepah meja... penuh dengan nota2...

kena present something kot... ktorang dekat sini banyak kali kena present

berbincang...

dan berbincang...

dan menulis...

seriusnya muka dorang nih

cari maklumat... tgk kertas atas meja tuh... x leh tahan... entah apa bnda ak tulis...

carik maklumat or tgk cter???

suasana kalau dalam kelas... mmg nmpak mcm pelajar harapan...
.
tapi kehidupan ktorang bukan dalam kelas jek... kami banyak buat aktiviti hands-on tapi... gambar2 agak rahsia la... ak cari gambar yang x berapa rahsia ek...

mikrobiologist dkat TPM Raub...

buat Gram Stain kalau x silap... huhu

tengok kualiti udara dalam GMP...

masa ak praktikal... kenderaan rasmi kitorang adalah lori... haha... sonok gk naik lori tiap2 ari nih...

yang baju brown tu salah sorang trainer kitorang... along nama dia...

yup... korang x salah pandang... time ni ak kena mesin rumput... huhu... dah lama x pegang mesin rumput... ni tengah tengok berapa max rpm dia... sebenarnya kitorang kena harvest serai wangi tuk proses penyulingan... bahasa omputih... distillation

ni la tong disstilaation, n dalam plastik tu adalah serai wangi...

dan... salah seorang peserta STCA Raub telah gugur syahid...

sebenarnya banyak proses yang kitorang jalankan... macam dalam gambar adalah distillation... kami ada juga buat..
extraction...
spray drier...
fluid bed drier...
waste water treatment...
belajar sai boiler...
electrical...
cooling water...
dan macam2 lagi...

tapi kalau 3 bulan asik belajar jek kan... mampos la...
jadi, jikalau ada masa terluang... kami akan menganjurkan aktiviti2 di sekitar bandar raub... huhu...
antaranya...
yeah... menbeli belah...

makan KFC... huhu...

mandi sungai...

main congkak... masa ni lepak dekat rumah perempuan...

makan adalah aktiviti utama kitorang... besanya pompuan masak...

selain main congkak... main kad pun ada juga... yg duduk atas lantai tu tgh main kad

memetik lada... huhu...

membela burung... tp kerana tiada tauliah dalam memelihara burung... kami lepaskan... huhu
dan terlampau banyak gambar dan aktiviti kami di sini...
pergi ke cameron highland...
pergi ke kuala gandah...
pergi ke deerland
aktiviti bbq...
lata lembik...
lata jarum...
joging...
dan macam2 lagi...

selama 3 bulan ni la yang ak buat... sebab tu xda masa nak update blog...
isnin-jumaat penat dengan praktikal...
hari minggu penat dengan aktiviti...
huhu

Friday, July 1, 2011

Perhimpunan

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Sejak 2-3 minggu ni berita yang paling sensasi adalah mengenai perhimpunan BERSIH…
Tiap2 pagi dan malam dalam berita dekat tv banyak bincang pasal isu ni…
Ak pun nak nyibuk sama la nak bincang pasal isu ni…



Tapi kan… ak pelik la…
Kenapa la orang suka berhimpun ek???
Ak dulu masa sekolah, seboleh2 nya nak mengelak sangat dari terlibat dari sebarang perhimpunan…
Antara perhimpunan yang ak sangat benci adalah perhimpunan mingguan sekolah…
Alar… yang setiap hari isnin tu…
Memang benci gila2 la…
Sebab kita kena berdiri pastu mendengar cikgu2 berleter x ingat dunia…
Kalau tiba giliran Guru Besar dan GPK Kanan lagi ak benci…
Macam x nak berhenti diorang cakap…
Kitorang yang dekat bawah2 ni la yang terseksa dan merana kepenatan… tambah dengan panas lak…
Huhu… nanti kalau ak jadi menteri pendidikan…  akan ak mansuhkan perhimpunan mingguan…
Hua3…

Ok2… melalut lak… apa yang ak nak cerita ek???
Hah… pasal perhimpunan BERSIH…
Ak x sokong dan ak x bangkang benda nih…
Sebab ak x tahu benda ni betul atau x…

Mungkin dari pandangan orang yang sokong…
Cara ni adalah yang terbaik untuk ekspreskan rasa hati diorang…
Dan berharap agar kerajaan akan tahu yang diorang betul2 serius…

Pada yang bangkang lak…
Mungkin sebab dengan perhimpunan tu akan melumpuhkan sistem ekonomi di tempat tu…
Ye la, peniaga akan bercuti (yahhhoooo…. Jerit pekerja2 di gerai2 yang terbabit)… jadi peniaga x dapat untung hari tu…
Dan kemungkinan berlakunya insiden2 yang melibatkan keganasan…

Hurm… setiap benda ada baik dan buruk…
Cuma, setiap dari kita ada akal kan…
Boleh beza apa yang baik dan buruk…

Korang pikir2 kan lah…

Apa2 pun… jumpa lagi…

Monday, June 27, 2011

rakyat Malaysia dan pembaziran


Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Dulu cikgu ak pernah cakap…
“rakyat Negara lain mati sebab kebuluran, tapi rakyat Malaysia mati sebab kekenyangan...”
Perkara ni memang diakui ramai…



Kenapa ak cakap pasal benda ni???
Pagi tadi ak ada tengok Malaysia Hari Ini (MHI)…
Diorang ada bincang pasal statistik yang surat khabar (NST kalau x silap- tarikh hari ni)…
Diorang kata… Kita rakyat Malaysia memang ada satu ‘penyakit’…
Suka sangat buang makanan…



Dianggarkan bahawa kita rakyat Malaysia menbuang puluhan ribu kilo makanan…
Dan jika ditukarkan kepada beras…
Kita menbuang lebih 93 kilo kampit beras (x diberi tahu lak kampit 5 kilo atau 10 kilo)…
Yeah… RAKYAT MALAYSIA MEMBUANG 93,000 KILO KAMPIT BERAS SETIAP HARI…
Gila kan…

Dan memang melalui pemerhatian ak…
(kenapa la ak ni suka sangat perhati orang ek???)
Kita memang suka buang makanan…
Ambil nasi banyak kan main… makan sikit jek… buang banyak… (buang nasi ek… bukan ‘buang’ kat tandas…)
Nak2 perempuan… (ni pada pemerhatian ak… korang kaum perempuan jangan marah lak…)
Inferens ak… diorang nak diet kot… hipotesis x jumpa lagi…

Ak bukan nak kata ak baik sangat (tapi ak rasa ak baik kot… hua3)…
Tapi ak cukup x suka membazir makanan…
Memang dari kecik abah dan mak ak dah ajar kot…
“Makan biar bertambah… jangan buang nasi”…
Dan mungkin sebab tu la ak jadi besar macam ni…
Sebab ak akan cuba akan habiskan nasi yang ak ambil walaupun banyak gila…
(sekali jek yang ak ingat ak buang nasi- sebab _______________________________r.a.h.s.i.a)…
Dan kadang2… kawan2 (dan termasuk kelaurga ak) ak suka bagi nasi yang diorang x habis…
(sebab tu kadar tumbesaran perut ak terlalu drastik kot)…

Tapi pikir2 semula…
Kita rakyat Malaysia terlalu mewah…
X kisah untuk buang makanan…
Mungkin betul kata orang dulu…
“kita x kan menghargai sesuatu selagi kita x kehilangannya”
Mungkin kita perlu jadi seperti negara2 miskin… yang rakyatnya kebuluran…
Selepas itu mungkin kita akan tahu menghargai nikmat makanan…
Pikir2 kan lah…

Apa2 pun… jumpa lagi…

Wednesday, June 22, 2011

lelaki suka pendam???

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Dalam 2-3 hari ni ak banyak berborak mengenai soal hati dan perasaan…
Dan antara isu besar yang kami bincangkan adalah ‘kenapa lelaki suka pendam perasaan???’

Betul ke lelaki suka pendam???
Ak x nafikan sebab ak pun tergolong dalam spesis ini…
Tapi, x semua lelaki macam ni…
Ada juga lelaki yang akan ekspreskan perasaan diorang…
Tapi ak x gemar sangat… nak2 yang cepat sentap dan emo semacam jek…

Kenapa perlu pendam???
Kadang2 kamiorang memang nak luahkan…
Tapi… korang ingat senang ke???
Bukan semua orang yang boleh diceritakan masalah…
Kena cari orang/motivator yang betul2 dapat mendengar dan memberi sedikit sebanyak panduan…
Dan dalam proses ini… segala isi cerita kena diambil serius…
Kalau kita cakap betul2 tapi pendengar tu buat lawak lak… memang ak rendam dorang dalam cerek…

Lagi satu…
Kamiorang x pasti perkara tu perlu di cerita atau x???
Kadang2 bagi kami masalah tu terlalu kecik…
Walaupun beri kesan yang besar…
Kadang2 bagi kami masalah tu terlalu peribadi…
Kena bagi tahu hanya kepada orang2 tertentu…
Kadang2 bagi kami… kami boleh selesaikan masalah itu…
Walaupun kenyataannya kami lansung x da idea untuk selesaikannya…
Dan kadang2 kami berharap biarlah masa menjadi penawar…
Walaupun masa bertahun2 tidak mencukupi sebagai ubat…

Isu yang selalu dipendam???
Biasanya berkaitan cinta…
(ni memang masalah remaja remaji)…
Kadang2… bila terlalu mencintai seseorang…
Lidah akan terkelu… hati akan berdegup kencang… dan mulut akan terkunci…
Nak diluah takut x diterima… nanti hubungan (biasanya kawan2) akan jadi janggal…
Langkah yang paling selamat… pendam…
(tapi akhirnya… kecewalah kamu)…
Hal2 berkaitan keluarga…
Benda ni privasi sikit…
Terutama kalau yang sedih2 dan agak ironi…
Biasanya perlukan orang yang betul2 berpengalaman sebagai motivator…
p.s: ak pernah sorokkan berita pasal abah ak dah xda… sampai kawan ak yang agak rapat (masa matrik, kawan2 azam… nama x ingat) dapat tahu semasa hari terakhir kitorang dekat KMPh…

kesimpulannya???
Yeah… lelaki akan pendam… tapi kebiasaannya…
Mereka akan luahkan kepada orang yang rapat dan mereka percaya…
Tapi bukan bermakna diorang x percaya dekat korang…
Cuma memberi kepercayaan adalah proses yang memakan masa…
Dan harga kepercayaan adalah sangat mahal… kalau diorang percaya pada korang…
Jangan khianati kepercayaan tu…
Pasal cinta pulak…
Korang kena jumpa Doc Cinta… ak x tahu nak bagi tahu apa…

Tapi… segala masalah ada jalan penyelesaiannya…
Mintalah petunjuk dari Yang Maha Kuasa…
Sesungguhnya Dia Maha Bijaksana…
Dan walau apapun masalah yang korang hadapi…
Ingatlah bahawa beriman kepada qada’ dan qadar adalah sebahagian dari rukun iman…
Dan sesuatu yang lagi baik akan muncul apabila kita sabar…
Positif… positif… dan terus positif…

Apa2 pun…
Jumpa lagi

peristiwa mistik...

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Pada hari sabtu yang lepas…
Ak ditinggalkan keseorangan di rumah TPM Raub…
Sebab kawan serumah ak banyaknya ada hal… (wan balik rumah, iqbal pergi kl)…
Hanya netbook ni yang menjadi teman setia…

Tapi, bagi memeriahkan suasana…
Ak dan rakan2 STCA (kaum wanita yang x pergi kl) buat la aktiviti memasak…
Tengok tv beramai2…
Tapi… ada sesuatu yang mengganggu konsentrasi ak…
Ada bunyi yang pelik…

Sebenarnya ak dah 2-3 hari berturut2 diganggu oleh bunyi yang pelik…
Dan kesannya sangat mendalam… ak tidur dengan lebih lena…
X berani nak pergi ke tandas…
Tapi bunyi yang kami dengar ni macam… ak pun x tahu nak terangkan macam mana…
Sangat pelik…

Dan korang tahu x???
Semalam pekerja senior kami (nama dirahsiakan)… bagi tahu yang…
Pada sabtu hari tu… ada orang ternampak penanggal…
Yea… betul… PENANGGAL (x pasti berapa huruf ‘G’)…
Di kawasan kami… di BLOK A… kami duduk dekat Blok C…
kemungkinan besar bunyi yang kami dengar tu adalah bunyi penanggal...

Ak Cuma hanya mampu berdoa…
Tipulah kalau ak kata ak x takut…
Tapi abah ak dah pernah ajar ak…
Jangan takut selain dari Allah…
Sebab kita dicipta sebagai Khalifah/ketua… x kan ketua kena takut kot…
Dan kita kena sedar yang bukan kita sahaja yang ada di dunia ini…
Tapi pelbagai lagi makhluk yang kita tidak nampak…
Hidup bersama kita…

teringat pula kes masa ak kerja guard dulu... huhu

Apa2 pun… jumpa lagi…

p.s: berborak dengan pekerja senior mengenai perkara mistik… ak dapat tahu satu rahsia yang agak mengejutkan… tapi x boleh diceritakan di sini pada masa ini… mungkin selepas program ak tamat (STCA program) dan kalau ak ingat…

p.s.s: ayatul kursi sangat membantu...