Islamic Widget

Al Quran

Tuesday, January 17, 2012

Bagusnya jadi single

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Ak dapat gambar/kata2 ni dari FaceBook...
Bagi ak sangat menarik...
Dan apa yang dia kata sangat betul...

Nak2 bahagian mengorat (flirt)...
Bukan maksud ak leh mengorat sapa2 jek...
Cuma ak x perlu risau ada orang jelez atau terasa bila ak rapat dengan kawan2 perempuan...

papepun... jumpa lagi...

Sunday, January 15, 2012

Mahasiswa dan Politik


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
2 3 minggu lepas kan riuh pasal mahasiswa dan politik...
kalau ikut video ni, sebelum2 ni mahasiswa memang dah berpolitik...
video ni ak tengok dalam blogserius...

mahasiswa dan politik... ada buruk... ada baik...


sebenarnya ak x larang sangat mahasiswa berpolitik...
cuma pelajaran jangan diabaikan... 

ak juga x suka mahasiswa yang terlalu fokus pada belajar...
sampai x hiraukan keadaan semasa...

seimbangkan lah... belajar dan berpersatuan...

papepun... jumpa lagi

Monday, January 9, 2012

Azam 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selama ni ak berazam tapi kebanyakannya x tercapai... sebab apa???
sebab hanya berdasarkan lisan semata2... tiada rancangan tindakan...
jadi, untuk tahun ni, ak ada 4 azam dan senaraikan harga, due date dan tindakan...
(berdasarkan sistem SMART)...

1. Lesen kereta L & P...
- harga: RM 975.00 (kalau berjalan lancar tanpa gagal)
- due date : akhir bulan dua mesti dapat
- tindakan : dah daftar...
                : guna duit OT untuk bayar yuran...
                : simpan cuti tahunan untuk test JPJ (hari bekerja)...
                : korbankan hari sabtu (untuk rehat dan tengok kartun) untuk ke kelas...

2. Samsung Galaxy Note
- harga : lebih kurang RM 2,300.00
- due date : akhir bulan ogos mesti dah beli...
- tindakan : kumpul duit setiap bulan (RM300.00/bulan)...
                : catu makanan (kurangkan makan biskut cap ping-pong dari sebungkus setiap 2 hari kepada .    .  ..                sebungkus/minggu)...
                : kurangkan berhibur (yang melibatkan duit)

3. Pangkat QA Executive
- harga : kerja keras dan bersungguh2 dalam belajar skil menjadi QA...
- due date : selewat2nya pertengahan bulan oktober (cukup setahun setahun sebagai kontrak Management                                         .                 Trainee)...
- tindakan : terpaksa menekankan diri (tertekan) dalam mempelajari hukum hakam QA...
                : OT... bukan sekadar mengumpul duit tapi juga mengumpul pengalaman...
                : menggilap semula bakat2 terpendam (ada ke selama ni) terutama bakat kepimpinan dan .           .   .                komunikasi (x boleh jadi pendiam dah)...
                : mengekstrak semua pengalaman dan ilmu senior QA (Kak Muni) sebelum dia ke TPM Perlis...

4. Mencari bakal bini a.k.a awek... (tiba2 tergedik lak... hahak)
- harga : (ada harga ker??? hurm... mungkin women = money X time), jadi duit dan masa la...
- due date : rasanya akhir tahun... bila azam2 kat atas tu tercapai terutama nombor 3 tuh...
- tindakan : kena gilap bakat2 mengorat yang dah lama tidak digunakan...
                : kena ada duit kot... tapi kalau azam no. 3 dah tercapai... rasanya xda masalah...
                : nak dapat wanita muslimah, kena jadi lelaki yang muslim dulu, jadi kena jadi baik... x boleh jahat2 .                 dah...

p.s: SMART adalah
S untuk Specific
M untuk Measurable
A untuk Achievable
R untuk Realistic
T untuk Time-line

papepun... jumpa lagi...

Sunday, January 8, 2012

Masterchef Malaysia Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera

MasterChef Malaysia musim pertama....
Ms Ezani menang...

MasterChef America Musim Pertama...
Ms Whitney menang....

Junior MasterChef Australia Musim Pertama...
Adik Issabella menang...



dunia chef dikuasai oleh wanita...
ayoh lelaki... bangkit...
dapur rumah dah dikuasai wanita...
x kan dapur profession nak dikuasai mereka juga...

papepun... jumpa lagi

Saturday, January 7, 2012

Imbas Kembali 2011 (episod terakhir)


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
bersambung lagi...

Oktober – Disember 2011

Alhamdulillah, tanggal 14 oktober 2011… setelah lebih kurang dua bulan menunggu selepas di temuduga oleh Human Resource di TPM...
Nazreen Abdul Latif @ Yaacob secara rasminya adalah Quality Assurance (Management Trainee) bagi TPM Raub…

Tempoh kontrak adalah setahun… MT (Management Trainee) adalah tempoh percubaan…
Sebelum diserap jadi QA Executive…

Seminggu di TPM KL kami belajar prosedur bagi unit2 di KL…
Dan minggu lepas tu…

Ak diajar mengenai bidang tugas dan kuasa seorang QA…
Dan sampai sekarang ak masih dalam proses belajar…
Dan yang seronoknya…

Walaupun ak x dapat bekerja di kawasan GLP pertama di Malaysia… di IMR
Kemungkinan besar tahun depan (2012)… 

Ak akan bekerja di kawasan GMP Extraction pertama di Malaysia… di TPM Raub…
Betullah keputusan ak menyertai STCA…



Kesimpulan...
apa yang ak boleh kata... ak hanya boleh rancang perjalanan hidup ak tapi perancangan yang paling sempurna adalah dari Allah... yang penting, kena beristikharah...
kalau ak tolak STCA... ak x kan dapat kerja QA...

bagi ak... tahun 2011 adalah tahun yang paling gembira... tahun ni paling banyak ak kumpul kawan2 dan pengalaman... daripada BeST -> STCA -> MT dan mungkin tahun 2012 ak akan dapat tetap di sini... doakanlah...

cuma dunia kerja sangat lain dari dunia belajar... harap ak boleh bersabar...

papepun... jumpa lagi...

Imbas Kembali 2011 (episod ketiga)

Assalamualaikum dan salam sejahtera
sambungan dari isu lepas...
sebenarnya ak dah taip lama benda ni tapi blogspot ak macam ada masalah... 

Mei – Julai 2011

Setelah meninggalkan IMR dan tikus2 ak... 
dan setelah menerima dan menandatangani kontrak...
Maka secara rasminya ak adalah peserta STCA Program…

STCA adalah lanjutan dari BeST program… kiranya kronologi dia adalah BeST -> STCA…
STCA adalah nama pendek dari perkataan Specific Training for Critical Area

Raub… dalam fikiran ak memang adalah tempat pedalaman…
Dan memang betul… sangat3 pedalaman… dalam bas ak dah mula risau…
Mana ATM Mesin??? mana kedai makan??? mana kedai runcit???

Dalam masa yang sama… ak masih keliru kenapa ak masuk program ni padahal dekat IMR kedudukan ak dah agak terjamin???

Tapi tiga bulan di Raub mengubah segala2nya… xda la teruk sangat duduk dekat sini…
Walaupun kedai jauh… hiburan xda… tapi di sini amat nyaman…

Rumah yang pihak TPM sediakan pun sangat selesa… lebih dari selesa…
Makan ada di kedai Mak Teh… cukuplah untuk menghilangkan rasa lapar…
Hari minggu warga perempuan masak… makan ramai2… ada sekali warga lelaki masak…

Hari minggu selalunya ada program berjalan2…
Hari bekerja sangat seronok… belajar benda baru juga… berkenaan pemprosesan herba…
Pekerja di sini okay, sangat baik… x rasa pun 3 bulan…
Kami semua sangat rapat… antara peserta2 STCA (10 orang)… macam dah jadi adik beradik…
Tapi tu la masalahnya… bila tiba waktu perpisahan… semua sedih… sangat sedih…
X tahu bila boleh berjumpa lagi…

ada 10 org peserta STCA di raub... ni adalah sebilangan saja...

biasanya setiap hujung minggu akan diadakan upacara makan ramai2... time ni makan sate... x taw sempena apa lak...

hidup dalam hutan... dlm perjalanan balik... jumpa nangka... hehe

antara aktiviti hujung minggu... di Lata Jarum, Ulu Dong

aktiviti menangkap ikan di petang hari.... huhu... umpan guna roti jek

ni kami pergi ke kuala gandah... tgk gajah... huhu

kuala gandah

peserta STCA wanita bukan calan2 orang... ni masuk hutan cari buluh ni... untuk buat nasi buluh... masa ni jejaka2 gagah berani xda sebab ada interview di PureCircle... huhu

singgah ke rumah opah along sebelum ke aktiviti berikutnya... mandi di sg sia... hehe...


Dalam tempoh masa ni... ak dan Iqbal ada datang temuduga untuk Program TRTF (Training at Real Time Facility) di Nilai, Negeri Sembilan... 
Syarikat PureCircle... syarikat yang menfokuskan penghasilan stevia...
kiranya program lanjutan selepas STCA
kronologi dia... BeST -> STCA -> TRTF
kalau korang perasan... mesti ada huruf T... untuk Training... x habis2 training ak nih...
huhu

dalam masa ni juga... ada upacara konvo untuk peserta2 BeST... tema ungu...
puas ak cari baju kaler ungu... huhu...
seronok... walaupun penat...
dapat jumpa kawan2 lama... bekas ahli kumpulan lama... hehe...

Ogos – September 2011…

Ini adalah waktu menganggur tahap dewa2...
Duduk rumah membesarkan perut…
Memang nak cari kerja sementara… pekerja dekat tempat kerja la… Stesen Minyak Shell memang nak pakai orang tapi… malas tu menguasai diri... huhu

Sewaktu dalam bas menuju ke UTM…
Yup, ak melawat kawan2 dekat UTM… masa tu bulan Ramadhan kalau x silap…
Dalam bas tu… ak dapat telefon dari En Emirul yang mengatakan ak dapat temuduga untuk jawatan Management Trainee… gila suka ak…

Lupa nak bagitahu yang ak dah dapat program TRTF (Training at Real Time Facility) dekat PureCircle selama 2 tahun…

Terus ak tolak TRTF walaupun PureCircle menawarkan elaun yang tinggi berbanding TPM...
Mungkin sebab ak dah biasa dengan TPM dan pekerja2 dia...

Dalam tempoh ak melepakkan diri di UTM...
Lebih kurang dalam seminggu kalau x silap...
Seronok juga berpuasa di UTM... mengimbau kenangan lama...
lepas tu ada budak ni ajak makan steam bot secara buffet...
gler kenyang... huhu...
tapi ak paling suka nasi ayam penyet dekat satu kedai kat baazar tu...
huhu...

lepas tu balik rumah... menyambung misi membesarkan perut lagi...
dan misi membesarkan perut menjadi sangat rancak pada hari raya...
hahak... gila...
memang hidup untuk makan...

tapi raya ni agak x seronok...
dah la duit raya x dapat... dengan alasan ak dah besar...
bukan x dapat.... ak dapat RM3.00 (Tiga Ringgit Malaysia Sahaja)...
dan duit tu ak simpan sampai sekarang...
menandakan duit raya yang terakhir ak dapat...

lagi satu raya tahun ni x seronok sebab...
kena berhadapan dengan soalan saudara mara dan sahabat handai...
"kerja apa??", "buat apa sekarang???" dan sebagainya...
huhu... nak jawab pe lagi... mesti la tanam anggur...

tapi bulan depan bakal merubah segala2nya...

papepun...
jumpa lagi...

Tuesday, January 3, 2012

Imbas Kembali 2011 (episod kedua)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

sambungan dari episod lepas... hahak

Mac – April 2011

Sambungan dari BeST Program tapi praktikal modul…
Kami diminta mencari tempat2 berkaitan sains atau biologi untuk belajar secara hands-on…
Sebenarnya lepas habis kelas modul… ak x jumpa tempat yang ak nak…
Ada beberapa tempat yang terima ak tapi ak tolak secara mentah2 sebab masa ni ak nak cari bidang berkaitan clinical research… hahak…
Cuma ak hampir2 nak terima tawaran dari Prof. Barjoyai…
Berkenaan bisnes air nira… tapi x jadi sebabnya…
Ak telah diterima di IMR (Institute for Medical Research)… di bawah seliaan Dr Noor Rain…
Ak dan Din… kemudian Seha dan Lina… dalam unit yang sama (Toxicology)… ak dan din masuk dulu...
lepas tu baru Seha dan Lina menyusul... dan yang lawaknya... ak ditugaskan untuk temuduga diorang...

Yang seronoknya di IMR ni… kami ditugaskan sebagai perintis pertama dalam menjalankan/menubuhkan fasiliti GLP (Good Laboratory Practice) pertama di Malaysia…tapi kami kena bersaing dengan SIRIM yang juga nak menubuhkan fasiliti GLP...

Dapat korang bayangkan betapa seronoknya dapat bekerja dalam GLP… sangat banyak benda baru ak belajar…
Dan dapat kawan yang gila (walaupun ada sesetengah yang skema)…
Kak Raja dan Kak Rozi adalah kawan baru… hahak… banyak kenangan manis… ada kenangan manis tapi x boleh cerita kot sebab..... rahsia...

Sepatutnya ak kena 3 bulan tapi ak dapat tawaran untuk STCA (Specific Training for Critical Area) Program…
Dapat di Raub dalam bidang Herbal Plant Extraction and Production… dan sejujurnya 90% dalam fikiran ak…
Ak nak tolak tawaran ni…
Ak bincang dengan ramai orang… ak solat istikharah… dan ak bermonolog dalaman…
Tapi lepas solat istikharah… ak terus kemas beg dan bagi tahu makcik ak… ak akan ke Raub… sampai sekarang ak x percaya kenapa ak buat macam tu...

Mungkin itu jawapan dari istikharah ak… pagi sebelum ke Raub… ak singgah IMR, jumpa Dr Noor Rain… bagi tahu dia dan dia pun kata itu antara keputusan terbaik…

tikus2 kami... ak sayang tikus ni... walaupun dia sangat garang... tikus perempuan adalah yang paling garang... mungkin sebab dia marah lelaki yg bukan mahram pegang dia kot... tikus pun tahu marah... tapi (sesetengah) perempuan (manusia) x marah lansung bila lelaki bukan mahram pegang2 diorang... tazkirah sekejap

macam ganas kan... ni efek lampu jek... nak beza tikus lelaki n perempuan adalah... tikus perempuan lagi bersih dan putih... tikus lelaki ni pengotor sket... malas mandi... tbe2 ak ase macam ak jek...

saintis bakal penerima anugerah nobel...

antara tikus yang ak kena jaga...

ni la din... sekarang masih di IMR... sekarang jaga nyamuk lak...

seha dan lina... seha ak x tahu buat apa sekarang... lina masih di IMR bersama tikus2 beliau...
akan bersambung...

papepun... jumpa lagi;...