Islamic Widget

Al Quran

Saturday, November 20, 2010

banjir...

salam dan selamat sejahtera...
disebabkan sekarang adalah musim tengkujuh...
dan tempat ak pun dah mula hujan tiap2 hari...
ak pun nak tulis pasai ak dan banjir...

rumah ak yang banjir...

seingat ak, ak x pernah main air banjir sangat pun...
sebab rumah ak dulu dekat kawasan tinggi...
bila ak pindah ke rumah sekarang ni...
baru merasa main air banjir...
tapi....
masa banjir hari tu... tahun 2006 atau 2007 kalau x silap...
ak kena kerja...
huhu...

yen si orang minyak


masa tu ak baru lepas menghabiskan perjuangan di matrik...
dan menunggu jawapan untuk masuk U...
dan ak jenis x suka buang masa...
lalu bekerjalah ak menjadi orang minyak...
di stesen minyak Shell, Pekan...

ak bersama jr ak
x sangka tahun tu Pahang akan banjir...
mula2 ak ingat kalau banjir... kami dapat la cuti bergaji...
seronok gak sebab agak tertekan pergi kerja dalam keadaan hujan lebat...

tapi...
tenaga kami dikerah sehingga keakhirnya...
ak terpaksa pergi kerja dalam keadaan banjir...
dan kaki ak disengat oleh anak lipan...
dan bila terkena air banjir (air hujan + air longkang + kotoran + bakteria + dll)...
kaki ak telah mengalami parut yang agak tak dahsyat... kekal sampai sekarang...
dah x hensem kaki ak...

bila kerja mesti ada pelanggan tanya...
minyak x bercampur dengan air ker???
ak jawab xda la... penyelia baru je buat ujian tadi...
cara dia buat???
dia guna bahan kimia kot lepastu celup dalam tangki minyak...
melalui perubahan warna... dia tahu la air dah masuk atau x dalam sistem tangki minyak...
selalu gak dia check... ye la, rosak beb kereta orang kalau air masuk dalam tangki kereta...

air mula melimpah

air makin naik..


masa ni orang kedai kena pindahkan barang

dah x boleh duduk dah... kena berdiri jek

kereta x banyak masuk... boleh rehat2



pagi esoknya...

selepas bekerja dalam banjir dalam dekat seminggu...
kami pun dibenarkan bercuti tanpoa gaji... huhu...
sebab lori minyak yang bawa minyak x dapat lalu dah...
x silap jalan pekan kuantan dah putus...
entah siapa yang potong??? ak pun x tahu...

tapi seronok juga la bekerja dalam banjir...
kiranya kami ni penting juga la...
kalau xda orang minyak macam kami...
lumpuh sistem pengankutan di dunia ni...
hua3...

dah gemuk ak masa ni ek...
ok... jumpa lagi...
sekian...

Thursday, November 18, 2010

MUIP vs AMBANK

salam dan selamat sejahtera...
sejujurnya ak ni bukan suka sangat tengok orang main bola...
kadang2 naik pelik bila tengok orang beriya-iya nak tengok pasukan kegemaran dekat stadium...
kali pertama ak tengok bola dekat stadium adalah masa SUKMA dekat Pahang...
masa tu Pahang lawan Selangor kalau x silap...
kali ke-2 lak... dalam minggu lepas...
MUIP lawan AMBANK...

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)




saja je ak nak tengok... nak sokong kawan2 ak...
orang MUIP suruh ak main tapi x nak la... semput ak kat tengah padang nanti...
belum mula lagi, orang MUIP risau gila...
ye la, pemain MUIP separuhnya terdiri dari warga emas dan pemain AMBANK kebanyakkannya orang muda remaja...
tapi pemain MUIP banyak pemain simpanan...

pemain MUIP...



pemain AmBAnk


perlawana mula




bila dah mula...
separuh masa pertama pasukan MUIP berjaya mendahului dengan 3-1...
ak nak suka sangat pun x boleh sangat sebab masa tu ak terjumpa kawan lama...
Fazilah masa ak sekolah menengah... abang dia orang AMBANK...
dah la ak lepak dekat tempat orang AMBANK... jerit suka sangat kang takut terjadi apa2 lak dekat ak...

proses merebut goal
separuh masa kedua lak ak tukar tempat duduk...
tapi yang sedihnya...
MUIP kalah 7-5...
silapnya sebab terlampau banyak tukar pemain...
lebih dari 5 orang kalau x silap...
formasipun jadi kelam kabut...
yang masuk pun banyak warga emas...
nak dekat habis masa baru formasi nampak okey...
tu pun lepas beberapa pertukaran dibuat...
huhuhu....


perlawanan persahabatan jer... jadi xda gaduh2...
tapi seronok gak tengok bola ni...
nak2 ada penyokong gila2...
entah apa2 diorang jerit...

MUIP jaringkan goal.... GOAL

papepun... jumpa lagi...huhu

Wednesday, November 17, 2010

internet line buat hal...

salam dan selamat sejahtera...
selamat meyambut hari raya eidul adha...
dah lama x menulis...
internet line x berapa ok...
banyak nak tulis tapi nanti2 ek...
huhu...
jumpa lagi

Saturday, November 6, 2010

ambil masa untuk rehat...

salam dan selamat sejahtera...
di pagi sabtu nan indah ni... ak nak bercerita sikit...

pada suatu masa dahulu di sebuah hutan terpencil di sebuah negara yang besar....
ada seorang pendita yang baru bertapa... nama pendita itu adalah Pendita Zoffy...
dalam masa dia bertapa... dia selalu terlihat seorang pemotong kayu bernama En. Taro...
En. Taro memotong kayu hutan dengan kapak untuk menyara hidupnya...

minggu pertama... En. Taro menebang 20 batang pokok setiap hari...
masuk minggu ke-2, En Taro berjaya menebang 15 batang pokok setiap hari walaupun menggunakan kekuatan yang sama pada minggu pertama...
minggu ke-3 pula En. Taro hanya berjaya menebang 10 batang pokok walaupun menggunakan segala tenaga...

Pendita Zoffy pun pergi menyapa En. Taro...
"berehatlah anakku" kata si pendita...
"tidak boleh wahai orang tua, jikalau saya berehat, kerja saya akan menjadi lambat"... balas En taro...
" sungguh malang wahai tuan hamba kerana tidak mahu berehat sekadar untuk mengasah mata kapak", kata si pendita...
En Taro terdiam sambil melihat mata kapaknya yang sudah tumpul....

ak bercerita bukan sebab apa...
sekarang ni kan musim periksa...
SPM la, Ujian akhir tahun la, Ujian memandu la dan ujian hidup... haha
dalam kita belajar... sangat penting untuk berehat...
selalu ak perhatikan...
bila masuk minggu study... pelajar akan belajar sampai nak mati...
sampai x cukup tidur... x makan... x main... x mandi...
duduk mengadap buku dan nota jer...

bukan x boleh... cuma kalau penat sangat kena la berehat juga...
tidur ke, jalan2 ke... barulah otak x tertekan...
sian kat otak korang...

masa ak belajar dekat matrik dulu...
ak penah tidur 2 jam jer dalam masa 2 hari...
setiap masa diisi dengan belajar (lebih kurang la)...
berjaga malam hampir tiap2 hari...
mengantuk punya pasal, nyaris2 terlanggar pasu bunga masa nak pergi kelas...
tapi keputusan... agak mengecewakan...

duduk dekat U...
ak x nak tertekan sangat...
ak belajar hari isnin sampai jumaat jer (melainkan ada test hari isnin atau assignment)...
hari sabtu ak baca komik dari pagi sampai petang...
ahad hari ak tidur...
lepas tu ak ada sertai kelab dan persatuan...
keputusan masih mengecewakan tapi apa yang ak belajar...
hampir semuanya ak ingat sampai sekarang... (asas2 je la)...

ak pernah tonton satu dokumentari...
bila kita tidur... otak kita akan proses segala apa yang kita belajar atau buat masa siang hari...
jadi, segala ilmu akan disimpan dalam otak dengan lebih selamat...
melainkan korang ngada2 nak hantuk kepala korang dekat dinding...

rehat x semestinya tidur...
bersolat juga dikira sebagai rehat...
kalau dah penat sangat... buat la solat sunat...
rehat untuk roh... huhu...
jangan belajar sampai tinggalkan solat wajib...
kompom masuk neraka...
dan x da keberkatan.... hihik

jadi... belajar belajar gak...
rehat jangan lupa...
dan selamat berjaya untuk segalan ujian yang mendatang...

Wednesday, November 3, 2010

kecewa dengan media...

salam dan selamat sejahtera...
kurang dari 9 jam...
Malaysia akan mengadakan 2 pilihanraya serantak...
di dun Galas, Kelantan dan Dun Batu Sapi, Sabah...

ak bukan nak suruh korang undi BN @ PAS di Galas...
ataupun BN @ PKR di Batu Sapi...
sebab ak x suka politik...
sekurang2nya sampai sekarang ak x suka politik...

cuma, sekarang ni ak x suka media di Malaysia...
dalam setiap berita mesti akan siarkan pasal pilihanraya ni...
bukan ak x suka tapi yang buat ak menyampah...
semua nak menonjolkan betapa bagusnya BN...
dan betapa hampehnya pengbangkang...

kalau dekat Galas... diorang akan tunjukkan tiada kemajuan di Galas atau Kelantan....
mundur la...
projek x siap la...
banyak masalah la...
tadi diorang siarkan MB Kelantan bagi duit dekat muallaf... kononnya macam nak beli undi...

di Batu Sapi lak diorang tonjolkan batapa bagusnya BN mentadbir...
kemajuan berada dimana2...
BN disenangi rakyat.... pemimpin dikasihi...

nampak sangat macam media nak bodek kerajaan (BN)...
ye la, ak x pernah sampai ke Galas da ak x tahu tahap kemajuan tempat tu...
tapi jangan la gambarkan macam teruk sangat...
lagi satu... masa pilihanraya ni la baru nak ambil tahu pasal penduduk Galas...
masa lepas pilihanraya... haram dibiarkan jer...
nak kata penduduk Kelantan banyak yang miskin...
macam orang Johor, Pahang, Selangor semuanya kaya???
ada juga yang susah...
kenapa x disiarkan juga... (harap pada bersamamu jer tapi nampak sangat lepas keluar berita, baru wakil rakyat terhegeh2 nak tolong)...
kenapa dalam seminggu ni golongan yang susah dan tertindas difokuskan kepada penduduk Kelantan...

lagi satu...
malam tadi ada disiarkan video MB Kelantan bagi duit kepada muallaf...
lepastu dikatakan mungkin untuk beli undi...
cuba tanya MB tu... tu duit apa???
kalau lah tu duit zakat.... memang la patut bagi kepada muallaf... jangan la nak tuduh2... dosa taw...
okey la, kononnya MB tu x bagi duit pada muallaf tuh...
mesti media akan kata...
mana duit zakat yang sepatutnya diberi kepada muallaf???...

dekat Sabah lak...
berjaya sangat ke BN tuh...
ramai je ak tengok penduduk yang miskin...
x semua pun kaya...
dan mengikut web ni, Sabah pun ramai jua orang miskin...

ak tulis bukan bermotifkan politik tapi ak nak media lebih adil dalam menyampaikan berita....
kalau dah tunjuk kebolehan dan kehebatan ahli2 BN...
tunjukkan juga kebolehan dan kehebatan ahli2 pembangkang...
kalau tunjukkan kelemahan pembangkang...
tunjukkan juga kelemahan BN...
x yah la pilih2 berita mana yang patut disiarkan...

lagi satu ak nak tekankan...
ak tulis ni bukan berdasarkan pengaruh politik mana2...
cuma x suka sistem macam ni...
media sepatutnya x terkonkong dengan tekanan politik atau mana2 pihak...
sampaikan yang mana benar...
baru orang hormat...

sekian, terima kasih...

Friday, October 29, 2010

HIKAYAT NAMA TEMPAT DI NEGERI PAHANG (TEMERLOH)

TEMERLOH.

Bandar Temerloh lahir daripada pekan Kuala Semantan. Dahulu, Kuala Semantan merupakan sebuah pekan yang penting di tebing Sungai Pahang. Kawasan pekan itu berkembang hingga lama-kelamaan pusat kegiatan penduduk di situ berpindah jauh dari kuala sungai. Kawasan baru yang menjadi tumpuan penduduk tempatan itu ialah Temerloh.

Menurut cerita, nama Temerloh dikatakan berasal daripada perkataan ‘mereloh’. Perkataan ‘mereloh’ adalah perkataan loghat tempatan yang bermaksud ‘tidur’. ‘Te’ pada pangkal nama Temerloh ialah asalnya ‘ter’ yang menunjukkan perbuatan tidak sengaja, yakni ‘tertidur’.

Perkataan ‘temerloh’ itu timbul berikutan satu peristiwa yang berlaku di situ. Pada masa dahulu ada seorang penghulu yang amat kaya dan mempunyai dusun durian yang luas di sekitar Kuala Semantan. Penghulu itu telah menggaji seorang penduduk tempatan untuk menjaga dusunnya itu apabila tiba musim durian. Orang upahan itu ditugaskan untuk berjaga pada malam hari agar tidak ada pencuri yang masuk ke dusun untuk mencuri buah durian. Pada paginya dia ditugaskan untuk mengutip dan mengumpulkan buah durian yang telah gugur untuk dijual.


Pada suatu hari, seperti seperti biasa penghulu itu pergi ke dusunnya untuk mengambil buah durian yang dikumpulkan untuk dijual. Akan tetapi, penghulu mendapati jumlah jumlah buah yang dikutip itu kecil berbanding dengan kutipan hari-hari sebelumnya. Penghulu itu pun bertanya kepada orang upahannya. “Mengapakah hasil yang dipungut kali ini berkurangan?”

Orang itu menerangkan, “Durian Orang Kaya telah dicuri orang malam tadi.”

“Mengapa jadi begitu?”

“Maafkan saya, Orang Kaya. Saya temereloh.”

Lalu penghulu itupun memecat lelaki tersebut dan menggantikan dengan orang lain. Namun perkara yang sama juga berlaku. Mereka sering menjawab “Temereloh” ketika menjaga dusun penghulu itu pada waktu malam. Sehinggalah beberapa orang telah bertukar ganti untuk menjaga dusun Penghulu tersebut dan perkara dan ayat yang sama akan berulang lagi.

Sejak itu, kawasan dusun penghulu tersebut dipanggil Temerloh. Temerloh semakin membangun dan menelan pekan Kuala Semantan. Kini bandar Temerloh merupakan bandar yang kedua terbesar di Pahang dan merupakan tempat persinggahan yang penting bagi pengguna lebuhraya dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur Semenanjung.


Wallahu a’lam.

sources: i love pahang (facebook fan page)
p.s: love tu simbol hearts tu ek... x pandai la nk wat... hihi

HIKAYAT NAMA TEMPAT DI NEGERI PAHANG (JENGKA)

JENGKA.

Gugusan Jengka merupakan gugusan FELDA terbesar di Malaysia yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Gugusan Jengka juga dikenali sebagai Segitiga Jengka kerana kedudukannya meliputi tiga daerah iaitu Temerloh, Jerantut dan Maran. Dengan adanya tanah rancangan-tanah rancangan FELDA ini, maka muncul sebuah bandar baru yang dikuasai oleh masyarakat Melayu seratus peratus iaitu Bandar Pusat Jengka.

Bandar Jengka adalah satu inspirasi bekas perdana menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul Razak untuk mengujudkan satu bandar 100 peratus orang melayu.Tapi kini Bandar Jengka tidak lagi dimonopoli oleh orang melayu sahaja,kerana di kawasan Jengka 15 terdapat satu deret kedai telah ditembusi oleh peniaga bukan melayu.


Gugusan Jengka terdiri daripada 25 buah rancangan FELDA yang menjadi pengeluar kelapa sawit dan getah. Terdapat 25 kawasan penempatan di Jengka yang dinamakan dengan nombor 1 hingga 25. Di samping nombor yang diberikan berdasarkan kawasan yang lebih awal dibuka, Jengka-jengka tersebut juga diberikan nama mengikut nama bunga.

Pemilihan nama bunga juga adalah mengikut abjad bagi mengenalpasti kawasan yang lebih awal dibuka. Oleh itu satu-satu Jengka itu dinamakan sebagai Jengka 1 (Anggerik), Jengka 2 (Cempaka), Jengka 3 (Dahlia),Jengka 4 (Kemboja), Jengka 5 (Kekwa), Jengka 6 (Keembong), Jengka 7 (Kenanga), Jengka 8 (Kesidang), Jengka 9 (Kesumba), Jengka 10 (Mawar), Jengka 11 (Melati),Jengka 12 (Melor), Jengka 13 (Putri Malu), Jengka 14 (Bunga Raya), Jengka 15(Semarak), Jengka 16 (Sena), Jengka 17 (Seri Pagi), Jengka 18 (Seroja), Jengka 19(Siantan), Jengka 20 (Tanjung), Jengka 21 (Teratai), Jengka 22 (Terkis), Jengka 23(Tonkin), Jengka 24 dan Jengka 25. Jengka yang pertama dibuka ialah Jengka 1 manakala Jengka yang terakhir dibuka ialah Jengka 25. Di dalam kawasan jengka juga terdapat Tanah Rancangan Felda yang tidak menggunakan nama Jengka, kerana ia di tubuhkan lebih dahulu dari Jengka itu sendiri. Antaranya Felda Kampong Awah (1963), Felda Ulu Jempol (1965) dan Felda Sungai Nerek (1967).


Ada juga di kalangan penduduk Jengka membuat jenaka dengan mengatakan terdapat Jengka 26. Jengka 26 yang dimaksudkan ialah Kampus UITM Cawangan Pahang yang berkeluasan 1000 ekar yang terletak di Bandar Pusat Jengka (Kini dikenali sebagai Bandar Jengka).

Secara umumnya nama Jengka diambil daripada sebatang sungai yang mengalir di dalam kawasan Jengka iaitu Sungai Jengka. Terdapat dua versi yang menceritakan asal usul nama 'Jengka' iaitu:

Versi Pertama - Diceritakan oleh orang-orang tua, bahawa terdapat sepasang suami isteri Orang Asli yang tinggal di sebuah teratak berhampiran dengan sebatang sungai yang mengalir deras. Si suami memang bijak memburu, setiap hari beliau akan keluar berburu di hutan. Setelah lewat senja barulah ia pulang ke pondok dengan membawa hasil buruan.

Manakala si isteri pula, sambil menunggu kepulangan suaminya, bertenun kainlah sepanjang hari. Adapun alat yang digunakan oleh isterinya dipanggil jangka . Entah bagaimana pada suatu hari jatuhlah jangka itu ke dalam air, menangislah si isteri sehingga kepulangan suaminya. Mencarilah si suami apabila pulang, namun tidak menjumpainya, dan akhirnya ia dinamakan Sungai Jengka berdasarkan peristiwa ini.

Versi Kedua - Adapun pada suatu hari, seorang perempuan asli telah terkena kerasukan yang amat teruk. Dia langsung tidak boleh menjejak tanah. Lantaran tok batin tempat tersebut berusaha untuk mengubatinya. Maka, dalam tafsirannya pesakit tadi perlu di bawa ke sebatang sungai tidak bernama untuk dimandikan. Lantaran itu, sebatang sungai yang mengalir deras telah dipilih di tengah rimba. Apabila mencecahnya kaki pesakit tadi ke air, ternampaklah orang ramai satu kelibat di dalam air. Maka berkatalah orang ramai “Jin ke tu?”. Kononnya dari sinilah Jengka mendapat nama.


Wallahu a’lam.

sources: i love pahang (facebook fan page)
p.s: love tu simbol hearts tu ek... x pandai la nk wat... hihi