Islamic Widget

Al Quran

Saturday, January 29, 2011

ak datang kembali

as salam dan selamat sejahtera...
ak ada baca satu artikel,
penulis dia kata jangan sebut smekom, askum, salam pun x berapa digalakkan,
sebab ada maksud len,
ak tak tahu boleh percaya atau x,
tapi dari artikel ni, ak guna as salam,
dalam artikel tu kata leh guna.

ok, cukup bahagian intro,
dah lama ak x menulis kan,
nak kata sibuk, x sibuk,
cuma malas nak menulis,
vitamin M banyak sangat.

ak dekat program BeST dah masuk bulan ke-3,
lagi sebulan ak akan berpisah dengan peserta BeST yang sangat best,
agak sedih tapi setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan kan.
ak redha dan terima jer.

sekarang ni ak dekat UTM, Skudai.
cuti tahun baru cina.
seminggu kot ak lepak dekat sini,
jumpa kawan2 lama,
sama2 berjuang dulu nak dapatkan sekeping ijazah,
dah dapat, tertinggal lak ijazah ak dekat rumah. huhu.

agaknya ni jer dulu tulisan ak,
ak dah hilang minat untuk menulis,
nanti kalau ada pape yang menarik,
ak kongsi dekat sini.

Wednesday, January 5, 2011

Ais kosong: bahaya atau tidak???

salam dan salam sejahtera,
memang gila dah bersawang laman sesawang ak ni...
xda masa la nak menulis,
kalau nak tulis pasal BeST Program,
dah ada wwwkebab.blogspot.com

jadi, ak nak tulis pasal air,
ada orang kata ais kosong,
ada orang kata air wap,
ada orang kata air berpeluh
dan macam2 lagi,
bahaya ke air ni,
sebab tok ak dulu memang anti bila ak minum air ni,
lupa nak bagi tahu,
ak memang ketagih minum ais kosong ni,
x lengkap hidup tanpa ais kosong.

tapi, ada orang kata bagus minum air sejuk ni (ais kosong),
ada juga pandangan yang mengatakan bahaya,
x tahu mahzab mana yang betul,
jadi ak akan beri pandangan ak.

sebenarnya x bahaya pun minum air sejuk ni
(pandai sangat ak ni, mentang2 la ak suka minum air sejuk)
tapi bila kita minum tu yang menjadi bahaya atau x...

macam mana tu???
kalau boleh (ak memang x boleh pun),
jangan minum air sejuk selepas makan,
sebab apa???
dalam perut kita ada enzim kan,
dan setiap enzim ada suhu optimun,
bila kita minum air sejuk,
suhu perut kita dah x optimun,
jadi, kadar enzimatik aktiviti dalam perut akan kurang,
jadi, makanan akan menbusuk dalam perut dan membebaskan toksik,
tu ada yang kata minum air sejuk boleh melemahkan badan.

jadi, lepas makan,
jangan amalkan minum air sejuk,
minum la air suam.

sekian dari ak
penyelidik yang x diiktiraf dari mana2 pusat penyelidikan
hohoho

Friday, December 31, 2010

sangat benci kepada azam

salam dan selamat sejahtera.
kepada yang bernama azam tu.
jangan la marah sagat. bukan ak benci dekat korang.
ni azam tahun baru tu

ak dulu agak x suka bila orang tanya apa azam tahun baru ak.
sebab ak x pernah pun terpikir untuk masa depan.
ak hanya pentingkan masa sekarang jer.
kalau orang tanya ak.
ak jawab "nak tunaikan azam tahun lepas"
biasanya tu jer.

tapi, ada seorang pengajar bagitahu ak.
orang yang yang ada cita2 dan azam lebih berjaya dari yang tiada azam.
jadi, sebelum tahun 2010 meninggalkan ak.
ak akan cuba mencari azam untuk tahun 2011.
huhu

* tiba2 teringat dekat azam masa ak matrik dulu.
apa la dia buat ek, dulu ak kawan dengan dengan dia sebab saspek dia curi hp ak.
kiranya nak kumpul maklumat la
tapi bukan dia, dia seorang yang sangat baik.
hahaha

sekian, jumpa lagi

Pecah Mental

salam dan selamat sejahtera...
dah sebulan ak mengikuti kursus anjuran Biotechcorp.
BeST program la.
singkatan untuk Biology Entrepreneurship Special Program.
rumusan untuk sebulan ni.
sangat2 best.

kami yang berjumlah lebih dari 70 orang dan dibahagikan kepada 9 kumpulan.
dari pukul 9am hingga 5pm berjumpa dan menadah telinga hingga ada yang berdarah telinga.
demi menuntut ilmu untuk masa depan.
ada yang terpaksa merantau dari pelbagai negeri dan ada yang berasal dari Sabah Sarawak demi untuk menjadi BeST.
ada yang terpaksa menumpang rumah kawan, sedara mara, mencari rumah sewa dan ada yang terpaksa beralaskan tilam yang agak x tebal.
hahahak, jangan marah ek kepada yang terasa tu.
begitulah semangatnya kami semua, semoga pertemuan dan perpisahan kami diberkati Allah.

macam yang ak kata tadi.
bagi ak program ni sangat best.
belajar banyak benda baru.
jumpa kawan baru (harap dapat berjumpa bakal bini juga).
jumpa makanan baru (hahahak, makan 3 kali sehari tuh).
dan x tahu apa yang akan ak jumpa lagi.

kumpulan ak lak bernama Pecah Mental.
diketuai oleh bakal pemerintah Malaysia.
Mr Nazreen.
dan dianggotai oleh lapan orang yang bersemangat waja.
bersedia mengorbankan diri demi ketua tercinta (dan comey).
Farok (tapi dah keluar demi meneruskan perjuangan di universiti)
Nadiah
Dhiya
Yatt
Jannah
Jalilah
Aien
Sabrina (dah keluar untuk bekerja)

logo kumpulan yang ak cuba reka disebabkan kebosanan yang melampau


sebenarnya ak bosan ni.
sebab tu ak mengarut entah papebenda ni.
tapi betul la, program ni memang best.
ak telah buat benda yang ak x pernah terpikir pun ak akan buat.

ak menyanyi depan kelas. hahaha. serius gila.
public speaking yang menyentuh isu sensitif, seks.
mencuba jadi jutawan dengan cuba untuk menghasilkan artificial petroleum.
cuba menjadi kreatif dengan mencadangkan kereta yang tanpa enjin, tangki minyak dan stering.
belajar untuk makan secara beretika.
berdrama.
dan macam2 lagi la.
nak tahu kena melawat
wwwkebab.blogspot.com

ok lah.
tapi ak sangat bosan.
terlalu bosan
bosan melampau.

dan ak akan terus mengarut.

jumpa lagi dalam karutan akan datang

Saturday, December 18, 2010

tiga minggu di kolompoo

salam dan selamat sejahtera...
dah bersawang laman sesawang ak ni kan...
sibuk beb... lagi sibuk dari masa ak bergelar mahasiswa...
ingatkan bila dah bergelar maha-si-tua ni... xda la sibuk sangat...

pejam... celik... pejam... celik....
dah 3 minggu ak bermastautin di K.L ni...
sekejap je kan masa berlalu...
tapi, ak agak x suka la kehidupan di K.L ni...
sesak sangat... semua kena pantas... kalau x pantas... nescaya dikau akan ketinggalan...

sesak tu satu hal pula...
ak ni dah la x suka tempat yang sesak...
tapi di K.L ni... semua tempat nak sesak...
dalam tandas pun ramai orang... huhu
teringat ak masa solat jumaat dekat Masjid Jamek semalam...
masa nak keluar... x nampak jalan depan...
orang je ak tengok...
jadi, bab kata kawan ak (lupa sapa cakap)... kita ikut arus orang je la...

tapi setiap ada con, mesti ada pro kan...
yang ak suka pasai K.L ni satu jer...
sistem pengankutan awam dia...
macam LRT, Monorail...
kalau guna... cepat sampai la...
dan ak rasa... lebih baik naik pengankutan macam ni daripada ko memandu....
huhuhu

ok la... tu sahajalah coretan ak...huhu

jumpa lagi

Monday, December 13, 2010

perempuan memang kompleks... sebab mereka suka pergi 'shopping kompleks'

salam dan selamat sejahtera....
dah agak lama blog ak ni bersawang kan...
sibuk la 2 3 menjak ni...

ingat nak sambung kisah ak tersesat di Taman Melawati dan sekitar Dang Wangi...
tapi malas la... dah basi pun cerita tu...
biarlah ia menjadi kenangan ak... hua3...

semalam sepupu ak bertunang...
tahniah kepada kak jah... semoga berbahagia...

ye la, bila hari perkahwinan...
mesti ada orang tanya ak...
"yen bila pulak???" dan soalan yang sewaktu dengannya...
ak kata la... "awek pun xda lagi"...
diorang balas... "cari la, muka comey (ni ak tokok tambah) macam tu, x kan xda awek kot"...
dan ak pun balas... "x nak la, perempuan ni kompleks sangat la"... pastu ada suara belakang kata...
"sebab tu diorang suka ke shopping kompleks"...

habis sudah mukadimah...
ak bukan x suka berkapel atau x mahu cari awek...
tapi ye la... kalau ak kata perempuan ni kompleks... diorang marah...
tapi diorang memang agak kompleks la... dari pandangan ak...
atau, mungkin ak ni x biasa sangat dengan perempuan kot...

ye la, ak mula boleh selesa berkawan dengan perempuan bila ak tingkatan 4...
tu pun masih x berapa biasa lagi...
dan ak hanya boleh selesa dengan perempuan bila ada lelaki lain...
ak ingat lagi masa ak praktikal...
ak sorang2 je laki2...
memang terseksa jiwa raga la... huhu...

lagi satu...
ak sangat selesa berkawan dengan perempuan yang ganas lagi sadis...
kiranya boyish sikit la...
yang ayu2 ni kurang sikit la...
tapi x la seteruk dulu... sekarang dah boleh berinteraksi sikit2 dengan spesis2 ayu ni...
nasib baik kumpulan pecah mental ak ni ahli kumpulannya x berapa ayu sangat...
bolehla ak buat gila2 sikit...
rindu lak pada farouk...
farok... kenapa ko meninggalkan daku...
sekarang ni ak menjadi rebutan... takotttt.....

tapi ni la yen...
kadang2 orang kata ak sombong dengan perempuan...
tapi ak macam ni la...
cuma bagi masa jer... nanti ak akan biasa la...
hahahaha...

nak kahwin nanti...
ak suruh mak ak je carikan...

papehal... jumpa lagi....

...(mengarut je ak nih)...

Wednesday, December 8, 2010

Pengumuman...

salam dan selamat sejahtera...
di sini saya mengumumkan bahawa segala tulisan mengenai kehidupan saya di BeST program akan dipindah ke blog baru iaitu di alamat http://wwwkebab.blogspot.com/.

ini adalah untuk memudahkan pencarian dan pengelasan kategori bagi pihak admin...
kepada semua follower saya... anda digalakkan menekan butang follow di blog tersebut...

bersama2 kita berkongsi ilmu, pendapat serta pandangan dalam isu2 yang berkaitan...

sekian, terima kasih...

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob