Assalamulaikum dan salam sejahtera…
Apa khabar korang sumer… sihat dak???
Rasanya dah lama ak x menulis kan??? Sibuk???
Entah la… mungkin lebih kepada malas kot… sebab ak bukan dilahirkan untuk menulis (atau menaip)… bukan bakat la senang cerita…
Alhamdulillah… sekarang ni hampir 3 minggu ak meninggalkan pekerjaan lama ak…
Penanam anggur tegar (penganggur)… sangat x okey jadi penganggur korang tahu x…
Ye la… kalau pikir dari sudut positif… selama ak jadi penganggur… ak berjaya mengorek ilmu dari mak ak…
Dalam bidang masakan…
pernah masak nasi lemak… sambal kentang… sambal telur… masak belacan kacang panjang… kiranya asas memasak tu ak ada la… tapi belum sampai tahap peserta Masterchef la…
Tapi tekanan menjadi penganggur adalah sesi soal jawab…
“lama x Nampak… kerja ker???”
“ekh… cuti ke hari ni???”
“ko ni relek jek… kerja budak degree memang senang ker???”
Dan pelbagai soalan dari kenalan dan orang yang ak x kenal pun… macam mana nak jawab tuh???
Jadi, ak buat muka kesian lalu terkeluarlah fakta2 dan statistik2 yang ak pun x tahu bersumberkan bukti yang sahih atau x…
Di samping mengutuk kerajaan sedia ada…
Jawapan biasa “ekh, x kerja lagi… biasala, zaman sekarang susah nak cari kerja… orang berdegree pun susah dapat kerja”
X pun kalau nak jadi islamik sikit… “belum rezeki la, ada rezeki nanti ada la tuh… doakan la saya dapat kerja ek”… huhu
Tu belum soalan2 dari sedara mara lagi… lagi haru ak nak jawab… huhu…
Jadi, pengalaman beraya tahun ni memang sangat sadis la…
Tapi yea la… hidup mesti ada perubahan kan…
Dari buruk ke baik… dan dari baik dari ke lebih baik…
Dulu ak pernah kerja dekat stesen pam minyak… nilai diri ini hanya RM2.00 sejam…
Pikir semula… sedih kan… dua ringgit jek… nak dapat RM400 sebulan ak terpaksa bermandi keringat…
Kerja masa banjir… OT hampir setiap hari… balik malam terus tidur dengan x mandi sebab pukul 0700 nanti terus nak kerja…
Tapi pengalaman jumpa lebih dari 1000 orang berlainan dengan beribu karenah sangat hebat…
Rindu pada sorang pelanggan perempuan ni… mata kuyu naik skuter Ego merah… hihik…
rindu juga dekat pam ak... pam 5/6... huhu
Lepas tu kerja sebagai pengawal keselamatan… ok la… RM 900 tu memang x lari la… 12 jam sehari kerja…
Tapi mana cukup kan… nak juga merasa HP baru…
Nak juga bayar PTPTN (tapi sampai sekarang x bayar lagi)…
Nak juga bagi duit pada mak…
Selalu juga buat OT… dapat la HP baru…
(tapi jatuh dan dicuri orang)…
Kerja pengawal keselamatan juga menberi pengalaman yang sangat bermakna… susah rupanya jadi penguatkuasa ni… ramai orang x suka tapi kita terpaksa buat sebab dah tugas kita…
Masa ni selalu usha pegawai IT baru… nama dia Azie kalau x silap… hahahak…
ni bukan gambar ak masa jadi pengawal keselamatan cuma ak lebih kurang macam ni la cuma ak x pakai helmet dan cermin mata... hehe...
Sekarang ak bergelar QA management trainee…
Alhamdulillah… kali pertama dalam sejarah hidup kerja ak…
Ak dapat offer letter… sain kontrak… rasa gembira sangat…
Kerja dari 0900 ke 1730… dapat la RM1350…
Sebagai QA… kuasa ak agak besar… tapi bak kata pakcik spiderman…
Kuasa besar datang bersama tanggungjawab yang besar…
Yeah… nilai tandatangan ak sangat besar… hehehehe… selalu kena sahkan dokumen2 dalam syarikat…
Dan bila ak jadi QA exec nanti (insyaAllah dalam tahun depan kalau prestasi ak ok)…
Gaji MT ak tu didarab dengan 2… hehehe…
antara sebahagian dokumen yang ak samada kena checked, approve atau verified... hehe
Panjang sikit ak tulis kali ni sebab x tahu bila lagi ak nak buka blog ak nih…
Mungkin esok… minggu depan… atau tahun depan…
Cuma papepun… jumpa lagi…
Islamic Widget
Al Quran
Monday, October 31, 2011
Monday, September 19, 2011
sombong
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Semalam ak ada menonton (tertonton sebenarnya) satu
rancangan islamik la sikit…
Muhasabah diri dekat TV Al-Hijrah… dalam pukul 2330 kalau x
silap… (macam nak promote lak)…
Tajuk dia ak lupa tapi lebih kurang “ditarik dari masuk
syurga”…
Berdasarkan satu hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim…
Rasulullah S.A.W bersabda…
“tidak masuk syurga bagi sesiapa yang dalam hatinya ada
sifat sombong walaupun sebesar zarah”
“sombong itu adalah menolak kebenaran dan menghina orang”…
Contoh yang ustaz tu bagi dalam rancangan tadi macam,
Isteri ajak suami baca Al-Quran tapi si suami tolak dan
kutuk2 si isteri…
Tiba2 ak teringat zaman ak belajar dekat U dulu…
Dulu selalu ada orang tabligh (ak panggil KRT – Kelab Rakan
Tabligh)…
2-3 kali seminggu, lepas Asar, 2 3 orang akan melawat setiap
bilik dan memberi sedikit tazkirah…
Dan tidak dilupakan mengajak kami bermalam (x ingat term dia
apa… tapi ada 3 hari, 30 hari dan 4 bulan) di surau2 ataupun destinasi2
tertentu…
Dan sudah semestinya ak yang berjiwa agak bebas dan tidak
berapa gemar program2 islamik ni akan menolak… tapi cara yang sopan la… masih
ada sisa2 keimanan dalam diri ini…
Selalunya alasan ak x nak menyertai dorang adalah ak dah
beli tiket balik kampung (biasanya program dorang waktu cuti) walaupun ak x
beli tiket lagi…
Kalau dapat kesan dorang nak masuk dalam blok ak… ak akan
buat macam bilik ak xda orang… menyorok macam nak lari dari hantu… (padahal ak
la hantu tu)
Dan yang paling ak ingat… pernah sekali dorang ketuk pintu
bilik, ajak solat subuh tapi ak pura2 tidur… huhu…
Bila ak bandingkan contoh yang ustaz tu beri…
Adakah ak tergolong dalam manusia yang sombong berdasarkan
hadis Rasulullah tu…
Sebab kadang2 mungkin dalam hati ak…
Ak ada terkutuk atau termengata orang2 tabligh tu secara
sengaja atau x sengaja…
Astargfirullah…
Saturday, September 17, 2011
Proposal Daisakusen
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Hari ni ak nak cerita sikit pasal satu drama yang ak rasa
sangat berbaloi untuk di tengok…
Proposal Daisakusen ataupun dalam bahasa omputihnya…
Operation Love… lebey kurangnya… hehe…
Dulu kan selalu orang cakap, kita hanya akan menghargai
seseorang bila kita kehilangannya…
Tapi apa korang akan buat jika korang diberi peluang ke-2
untuk cuba memiliki orang itu…
Macam tu la drama ni…
Mengisahkan Iwase Ken (hero) ataupun digelar Kenzo oleh
Yoshida Rei (heroin) yang kecewa gila sebab Rei ni akan berkahwin dengan
pensyarah dia, Tada Sensei.
Kenzo ni sangat suka pada Rei dan yang ironiknya, Rei pun
suka pada Kenzo.
Tapi kenzo ni jenis lelaki yang ego, x paham perempuan, x sensitif,
x da lansung sifat2 lelaki romantis tapi dia ni agak baik la. Biasanya laki2
macam ni x diminati perempuan (ak pun x paham, perempuan ni suka sangat laki2
mulut manis, romantic dll.).
Kenzo ni suka pada Rei tapi Rei akan berkahwin
dengan Tada sensei.
Masa upacara perkahwinan tu, Kenzo ni kecewa gila la dan ada
la sorang angel ni, dapat merasai kekecewaan si hero ni dan menawarkan
pertolongan…
Kenzo boleh merentas masa
silam melalui gambar dalam slideshow (macam gimik kot, ak ingatkan program2 U
ak jek ada gimik wat slideshow, orang kahwin pun ada ek).
Jadi, bagi setiap gambar, bermulalah perjalanan Kenzo untuk
mengubah masa depan dan memenangi hati Rei, ada sembilan gambar tapi nanti ada
sepuluh gambar sebabnya…… korang tengok sendiri…
Secaranya kasarnya, setiap episod drama ni adalah berkaitan
dengan cerita di sebalik setiap gambar yang dipancarkan…
Dan watak dia x banyak tapi setiap watak ada kekuatan
tersendiri…
Yang jadi seronoknya cerita ni sebab banyak unsure saspen
yang buat kita geram…
Selalunya Kenzo akan cari peluang untuk bagi tahu Rei tapi
selalunya x dapat…
Bila dah dapat selalu dikacau oleh watak2 lain…
Dan kadang2 selalu ada peristiwa yang menyebabkan dia x
boleh bagi tahu…
cakap pasal watak dia... yang utama macam ak kata ada Rei dan Kenzo... lepas tu ada...
Tada sensei... dia ni bekas cikgu sekolah menengah... mengajar memang x ok tapi berubah lepas Rei marah dia... lepas tu jadi pensyarah...
Mikio... kawan rapat Ken... antara yang agak matang... memainkan peranan yang agak penting terutamanya episod 10 dan 11
Eri... kawan baik Rei... selalu bagi nasihat... agak gedik sebab beriya nak cari pakwe... padahal ada orang dekat yang betul2 suka dia...
Tsuru... kawan rapat dorang gak... sangat suka pada Eri... perangai cam budak2 tapi kadang2 agak matang dari Ken...
watak tambahan...
Etoh Sensei... bekas cikgu (sangat garang) tapi jadi pelajar dekat U sama dengan Ken... tapi lawak la sebab selalu terpesong jek dari tujuan asal masuk U...
Socrates... kawan budak2 ni tapi x berapa rapat... ada bakat yang kita x jangka... hehe
![]() |
| Yoshida Rei dan Iwase Ken |
| Tada sensei... dulu mamat ni nerd gila tapi berubah lepas kena marah dengan Rei |
| antara watak utama... ni kawan2 rapat Kenzo dari kanan: Tsuru, Kenzo, Rei, Mikio dan Eri |
| ni la angel tu... suka makan mamat neh |
Dalam cerita ni ada juga diselit dengan pengajaran2…
Antara yang ak suka…
Atuk Rei cakap, “orang yang selalu mengatakan esok masih ada
adalah orang yang bodoh”. Maksudnya, jangan bertangguh dalam melakukan suatu
perkara… dan lain2…
Korang tengok la drama ni… bagi ak sangat menarik… rasa x
sabar nak tahu Rei kahwin dengan Tada sensei ataupun x jadi… tapi pikir2
semula, kesian juga dekat Tada sensei sebab dia ni baik… hurm…
Papepun… jumpa lagi…
p.s: cerita ini mengingatkan ak pada sorang kawan ak, dia
selalu kata, kenapa laki2 susah nak ekspres kan apa yang dorang rasa… Kenzo
adalah laki2 macam tu…
p.p.s: bila tengok cerita ni korang akan rasa macam nak ber’couple’,
tapi nasihat ak… janganlah… ak suka cerita ni sebab plot jek… jodoh memang dah
ditentukan… sebagai Muslim dan Muslimah, redha je la pada takdir ek… nanti ada
la tuh…
Friday, September 16, 2011
hari raya + hari merdeka + hari malaysia
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Agak dah lama ak x menulis kan… blog ni pun dah macam hidup
segan mati x mahu… huhu
Biasalah… kadang2 banyak idea nak menulis tapi malas gak la…
Rasanya belum terlewat untuk ak mengucapkan selamat hari
raya kepada korang semua…
Macam mana raya korang… mesti banyak dapat duit raya kan…
Ak pun boleh tahan banyak gak la… ada la RM3.00… hehe
Dan duit tu ak simpan sampai sekarang… mengenangkan tahun ni
adalah tahun terakhir ak akan terima duit raya….
Tahun depan ak pula yang akan bagi duit raya…
Raya ni agak istimewa sebab disamping beraya, kita sambut
merdeka ke-54 sekali kan…
Tapi mungkin ak sorang perasan, ataupun korang pun perasan
sekali…
Merdeka tahun ni macam x meriah kan… mungkin sebab kita
lebih utamakan raya kot… huhu
Lagipun generasi Y macam ak ni mungkin x menghargai sangat
kot sambutan kemerdekaan ni…
Sebab x pernah merasai kesusahan zaman sebelum merdeka…
huhu…
Dan sekarang ni (hari ni) kita sambut Hari Malaysia ke-48…
maknanya dah 48 tahun Malaysia ditubuhkan…
Hurm… Tanah Melayu +
Sabah + Sarawak – Singapura = Malaysia… hehe…
Lebih kurang la…
Hari ni juga ulang tahun ke-2 anak saudara ak, Sallahuddin
Ay-Ayyubi… disini Pakteh Yen ucapkan selamat hari jadi… hehe
Akhir sekali… ak harapkan semoga Malaysia tetap aman…
Walaupun kita banyak ideology politik…
Tapi kalau boleh… keamanan tetap kita jaga…
Ok lah… papepun
Jumpa lagi…
Monday, August 15, 2011
kenapa ak senyap selama 3 bulan nih???
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Dah lama sangat ak x menulis dalam blog ni kan…
Agak sibuk… macam korang tahu (tahu ker???) ak menuntut ilmu sikit…
Ye la… selagi kita x mati… selagi tu kena menuntut ilmu…
Ilmu apa??? Hurm… ilmu pasal macam nak menghasilkan produk menggunakan herba tempatan…
Tiga bulan ak menuntut ilmu ni… banyak juga la yang kami belajar…
Pengalaman pun banyak yang kami dapat… hehehe… tapi dah habis dah…
Kitorang pun ada blog… selama ni ak menulis dalam blog nila… siap ada gambar lagi…
Oklah… ak Cuma nak cuci2 sawang kat blog ni… nanti ak tulis post terbaru… hehe…
Owh… lupa lak… selamat berpuasa kepada yang berpuasa…
Semoga di bulan yang penuh barakah ni… kita semua dapat keredhaan dari Nya…
Jangan jadi hamba ramadhan… tapi jadilah hamba Allah…
Pape pun… jumpa lagi…
ni antara aktiviti ak masa praktikal dalam STCA Program... Herbal Extraction Plant and Production..
| ni bilik air... kecik jek tp ada heater... ak jarang guna tp bila tiba hari yg sejuk tuh... terpaksa la... |
| ni sebenarnya bilik iqbal pada bulan pertama n ke-2... bulan ke-3 ak tukar bilik... so, jd bilik ak la... kecik sket dr bilik ak yg sblm ni tp ak suka sbb ada 2 tingkap... hehehe |
| Ni adalah aktiviti pertama kitorang... mengenal herba dan kami kena merentas hutan rimba untuk mencari dan mengenal herba... huhu... |
| halangan pertama... sebenarnya sampai sekarang ak pelik dengan gambar nih... ak tengah pikir apa tu ek??? ak pun x tahu... mungkin la... tahan ke jambatan tu tampung berat ak... hehe |
| ni haliza... jadi model jap... masa ak praktikal dekat sini... ak adalah bapak dia n dia adalah anak ak... haha... tp dia lagi tua dr ak... |
| mendengar penerangan sambil berposing... nampak macam kusyuk dengar kan... tipu je ni... depan kamera jek macam ni |
| ni la trainer + penunjuk arah kitorang... abang wahid... dah kahwin ek... korang x leh ngorat2 |
| Norlida dan kacip fatimah... hehe... korang pernah pegang kacip fatimah... hahahak |
| ni la nazreen... hahak... |
| turun bukit... sempat lg berposing tuh... |
| hahahak... sungguh bahaya... turun bukit |
| aktiviti dalam kelas... haha... sungguh akademik sekali budak2 nih |
| punya la bersepah meja... penuh dengan nota2... |
| kena present something kot... ktorang dekat sini banyak kali kena present |
| berbincang... |
| dan berbincang... |
| dan menulis... |
| seriusnya muka dorang nih |
| cari maklumat... tgk kertas atas meja tuh... x leh tahan... entah apa bnda ak tulis... |
| carik maklumat or tgk cter??? |
| suasana kalau dalam kelas... mmg nmpak mcm pelajar harapan... |
tapi kehidupan ktorang bukan dalam kelas jek... kami banyak buat aktiviti hands-on tapi... gambar2 agak rahsia la... ak cari gambar yang x berapa rahsia ek...
| mikrobiologist dkat TPM Raub... |
| buat Gram Stain kalau x silap... huhu |
| tengok kualiti udara dalam GMP... |
| masa ak praktikal... kenderaan rasmi kitorang adalah lori... haha... sonok gk naik lori tiap2 ari nih... |
| yang baju brown tu salah sorang trainer kitorang... along nama dia... |
| ni la tong disstilaation, n dalam plastik tu adalah serai wangi... |
| dan... salah seorang peserta STCA Raub telah gugur syahid... |
sebenarnya banyak proses yang kitorang jalankan... macam dalam gambar adalah distillation... kami ada juga buat..
extraction...
spray drier...
fluid bed drier...
waste water treatment...
belajar sai boiler...
electrical...
cooling water...
dan macam2 lagi...
tapi kalau 3 bulan asik belajar jek kan... mampos la...
jadi, jikalau ada masa terluang... kami akan menganjurkan aktiviti2 di sekitar bandar raub... huhu...
antaranya...
dan terlampau banyak gambar dan aktiviti kami di sini...
pergi ke cameron highland...
pergi ke kuala gandah...
pergi ke deerland
aktiviti bbq...
lata lembik...
lata jarum...
joging...
dan macam2 lagi...
selama 3 bulan ni la yang ak buat... sebab tu xda masa nak update blog...
isnin-jumaat penat dengan praktikal...
hari minggu penat dengan aktiviti...
huhu
extraction...
spray drier...
fluid bed drier...
waste water treatment...
belajar sai boiler...
electrical...
cooling water...
dan macam2 lagi...
tapi kalau 3 bulan asik belajar jek kan... mampos la...
jadi, jikalau ada masa terluang... kami akan menganjurkan aktiviti2 di sekitar bandar raub... huhu...
antaranya...
| yeah... menbeli belah... |
| makan KFC... huhu... |
| mandi sungai... |
| main congkak... masa ni lepak dekat rumah perempuan... |
| makan adalah aktiviti utama kitorang... besanya pompuan masak... |
| selain main congkak... main kad pun ada juga... yg duduk atas lantai tu tgh main kad |
| memetik lada... huhu... |
| membela burung... tp kerana tiada tauliah dalam memelihara burung... kami lepaskan... huhu |
pergi ke cameron highland...
pergi ke kuala gandah...
pergi ke deerland
aktiviti bbq...
lata lembik...
lata jarum...
joging...
dan macam2 lagi...
selama 3 bulan ni la yang ak buat... sebab tu xda masa nak update blog...
isnin-jumaat penat dengan praktikal...
hari minggu penat dengan aktiviti...
huhu
Friday, July 1, 2011
Perhimpunan
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Sejak 2-3 minggu ni berita yang paling sensasi adalah mengenai perhimpunan BERSIH…
Tiap2 pagi dan malam dalam berita dekat tv banyak bincang pasal isu ni…
Ak pun nak nyibuk sama la nak bincang pasal isu ni…
Tapi kan… ak pelik la…
Kenapa la orang suka berhimpun ek???
Ak dulu masa sekolah, seboleh2 nya nak mengelak sangat dari terlibat dari sebarang perhimpunan…
Antara perhimpunan yang ak sangat benci adalah perhimpunan mingguan sekolah…
Alar… yang setiap hari isnin tu…
Memang benci gila2 la…
Sebab kita kena berdiri pastu mendengar cikgu2 berleter x ingat dunia…
Kalau tiba giliran Guru Besar dan GPK Kanan lagi ak benci…
Macam x nak berhenti diorang cakap…
Kitorang yang dekat bawah2 ni la yang terseksa dan merana kepenatan… tambah dengan panas lak…
Huhu… nanti kalau ak jadi menteri pendidikan… akan ak mansuhkan perhimpunan mingguan…
Hua3…
Ok2… melalut lak… apa yang ak nak cerita ek???
Hah… pasal perhimpunan BERSIH…
Ak x sokong dan ak x bangkang benda nih…
Sebab ak x tahu benda ni betul atau x…
Mungkin dari pandangan orang yang sokong…
Cara ni adalah yang terbaik untuk ekspreskan rasa hati diorang…
Dan berharap agar kerajaan akan tahu yang diorang betul2 serius…
Pada yang bangkang lak…
Mungkin sebab dengan perhimpunan tu akan melumpuhkan sistem ekonomi di tempat tu…
Ye la, peniaga akan bercuti (yahhhoooo…. Jerit pekerja2 di gerai2 yang terbabit)… jadi peniaga x dapat untung hari tu…
Dan kemungkinan berlakunya insiden2 yang melibatkan keganasan…
Hurm… setiap benda ada baik dan buruk…
Cuma, setiap dari kita ada akal kan…
Boleh beza apa yang baik dan buruk…
Korang pikir2 kan lah…
Subscribe to:
Posts (Atom)




