Islamic Widget

Al Quran

Friday, July 1, 2011

Perhimpunan

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Sejak 2-3 minggu ni berita yang paling sensasi adalah mengenai perhimpunan BERSIH…
Tiap2 pagi dan malam dalam berita dekat tv banyak bincang pasal isu ni…
Ak pun nak nyibuk sama la nak bincang pasal isu ni…



Tapi kan… ak pelik la…
Kenapa la orang suka berhimpun ek???
Ak dulu masa sekolah, seboleh2 nya nak mengelak sangat dari terlibat dari sebarang perhimpunan…
Antara perhimpunan yang ak sangat benci adalah perhimpunan mingguan sekolah…
Alar… yang setiap hari isnin tu…
Memang benci gila2 la…
Sebab kita kena berdiri pastu mendengar cikgu2 berleter x ingat dunia…
Kalau tiba giliran Guru Besar dan GPK Kanan lagi ak benci…
Macam x nak berhenti diorang cakap…
Kitorang yang dekat bawah2 ni la yang terseksa dan merana kepenatan… tambah dengan panas lak…
Huhu… nanti kalau ak jadi menteri pendidikan…  akan ak mansuhkan perhimpunan mingguan…
Hua3…

Ok2… melalut lak… apa yang ak nak cerita ek???
Hah… pasal perhimpunan BERSIH…
Ak x sokong dan ak x bangkang benda nih…
Sebab ak x tahu benda ni betul atau x…

Mungkin dari pandangan orang yang sokong…
Cara ni adalah yang terbaik untuk ekspreskan rasa hati diorang…
Dan berharap agar kerajaan akan tahu yang diorang betul2 serius…

Pada yang bangkang lak…
Mungkin sebab dengan perhimpunan tu akan melumpuhkan sistem ekonomi di tempat tu…
Ye la, peniaga akan bercuti (yahhhoooo…. Jerit pekerja2 di gerai2 yang terbabit)… jadi peniaga x dapat untung hari tu…
Dan kemungkinan berlakunya insiden2 yang melibatkan keganasan…

Hurm… setiap benda ada baik dan buruk…
Cuma, setiap dari kita ada akal kan…
Boleh beza apa yang baik dan buruk…

Korang pikir2 kan lah…

Apa2 pun… jumpa lagi…