Islamic Widget

Al Quran

Tuesday, January 31, 2012

Fiksyen 302.... jangan percaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Tepat jam 2101, 31 Januari 2012...
Aku telah tamat membaca novel RAM terbaru...
Fiksyen 302...

Fiksyen 302 yang disign oleh RAM... hehe


Cerita pasai pembunuhan...
Penyiasatan...
Konflik rumah tangga...

Kalau secara sinopsis...
Lebih kurang mengisahkan Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar, dan Farid Ja'ah terlibat dalam pembunuhan... (pada tahun 2012)
Tapi yang misterinya... pembunuhan tu dirancang secara Psikologi oleh Zonan...
Dan pembunuhan ini mungkin ada kaitan dengan kes Datuk Mahali membunuh Zarina Mustapha... tapi Datuk Mahali disabitkan x bersalah oleh mahkamah...
Peguam Lan Lani adalah Noorhafiza Izura...
Dan kes ini disiasat oleh Alias (polis) dan Hazmudin (polis pencen)...
Dan pada pertengahan cerita.. muncul watak Rita Yuzalina (peguam) pada tahun 2032...

Siapa sebenarnya Zonan???
Apa hubungan Zonan dengan Zarina???
Adakah Zarina dibunuh oleh Datuk Mahali???
Siapa Rita???
Adakah Rita berjaya menyelesaikan kes ini selepas 20 tahun berlalu???
Bacalah kalau nak tahu... (dah macam iklan lak)

Bagi ak novel ni okey...
Masih mengekalkan gaya RAM sebagai novelis thriller Malaysia...
Cuma,
Konsep dia lebih kurang sama dengan novel2 terdahulu...
Cuma diolah lain sedikit...

Macam Lan, Jimmy, Prakash dan Farid adalah pesakit mental...
Lebih kurang macam Novel Rahsia Perindu oleh RAM juga...

Rahsia Perindu... bagi ak novel yang sangat bagus untuk dibaca... antara karya terbaik RAM

Pembunuhan dan penyiasatan...
Lebih kurang macam Novel Mikhail oleh RAM...

mikhail...


Peguam dan mahkamah...
Lebih kurang macam Novel Mandatori oleh RAM...

novel RAM pertama yang ak baca


Ni pendapat ak la... korang mungkin ada pendapat lain...
Cuma keseluruhannya... RAM berjaya membuat ak nak habiskan novel ni secepat mungkin...
Nak tahu semua rahsia...
Unsur saspen adalah kebolehan RAM...

Novel seterusnya oleh RAM adalah SUNAN MUSAFIR...
Siri terakhir dalam Heksalogi (sebab nak masuk 6 novel dah)...
x tahu samada Sunan dapat jumpa Sang Ratu ke x???
huhu...

ni la Laksamana Sunan a.k.a Saifuddin
Senarai novel yang Laksamana Sunan jadi hero, ak dah baca semua tapi yang ak beli dari Hijab Sang Pecinta hingga ke Sutera Bidadari


papepun...
jumpa lagi...

Wednesday, January 25, 2012

Rahsia Pembunuh Ekonomi Dunia


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semalam ak baru habis baca satu buku...
Rahsia Pembunuh Ekonomi Dunia yang dialih bahasa dari tajuk asal dia...
Confessions of An Economic Hit Man...



Ditulis oleh John Perkins... salah seorang Economic Hit Man (EHM)...
Buku ni ditulis dalam bentuk cerita dan ada fakta... mungkin untuk menarik minat pembaca kot...
Jadi, lebih kurang macam baca novel... perjalanan hidup John Perkins sebagai EHM...



ni la John Perkins... bekas EHM

Apa dia EHM ni...
EHM ni lebih kurang seorang lelaki atau perempuan yang dilatih untuk meruntuhkan ekonomi sesebuah negara...
Amerika yang menggunakan sistem EHM ni...
EHM ni mungkin seorang penganalisis ekonomi, CEO syarikat2 besar, pegawai2 eksekutif dan lain2...
Tapi tugas sebenar adalah yang macam ak cakap tadi... biasanya dibayar dengan gaji yang sangat tinggi..



Cara EHM ni...
Bila Amerika jumpa satu negara yang ada sumber berharga... contohnya minyak...
Dia akan menghantar EHM2 untuk memujuk dengan apa jua cara kepada pemimpin negara itu...
Untuk meminjam duit dari bank dunia untuk membangunkan negara diorang...
Tapi, diorang mesti menggunakan khidmat2 syarikat dari Amerika untuk proses pembangunan itu...

logo bank dunia


contohnya...
Pahang tiba2 ada sumber minyak... (ak pilih Pahang sebab negeri ak... huhu)...
Amerika pun hantar EHM... pujuk MB Pahang untuk laksanakan pelan2 pembangunan yang dirancang oleh EHM tu...
Tapi Pahang hanya boleh mengupah pekerja2 dan syarikat2 yang Amerika senaraikan...
Bank dunia boleh bagi pinjaman...
Dan bila kita fikirkan... duit itu akan kembali semula ke Amerika... Amerika x rugi apapun... malah dia untung sebab syarikat2 negara dia dapat bisnes...

gambar pelantar minyak... sekadar gambar hiasan


Jadi, macam mana ekonomi boleh runtuh???
Kita kan tahu setiap pinjaman ada bunga/interest...
Jadi, EHM akan memujuk pemimpin untuk meminjam dalam wang dalam bentuk yang besar dalam tempoh yang lama... jadi bunga pun makin besar...
Dan EHM juga bertanggungjawab menyebabkan negara yang terlibat untuk muflis... ada la kot cara dia...

Apa faedah dorang buat camtu???
Bila suatu negara muflis dan berhutang dengan Bank Dunia...
Secara x lansung negara ini akan menjadi kuda kepada Amerika... kiranya macam hamba la...
Dan Amerika akan mempunyai hak untuk serap dan ambil semua sumber alam negara itu...

Macam gitu la lebih kurang...

Sekarang ni nak mula baca buku "Fiksyen 302" hehe...

Jangan percaya... tagline dia


papepun... jumpa lagi...

Friday, January 20, 2012

Pensijilan Halal

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sekarang ni ak tengah tengok Khidmat Syariah (TV Al-Hijrah)...
cerita pasal Sijil Halal...

Sebelum ni memang ak pernah dengar pasal orang kata Sijil Halal Malaysia diperakui seluruh dunia...
Kiranya kalau dapat kalau dapat Halal Malaysia... boleh gunakan tanpa was-was la...

Bila ak dah masuk dalam industri yang menyebabkan ak kena terlibat dengan sijil halal...
Nak dapat sijil Halal Malaysia memang susah... bukan susah sebab apa... auditor tu bertanggungjawab memeriksa SETIAP bahan yang digunakan dalam penghasilan sesuatu produk...
Secara downstream dan upstream...

Downstream tu dia kena tahu apa kandungan bahan mentah... ada unsur2 najis atau x???
process flow dia macam mana???
syarikat pembekal ada sijil halal yang diikhtiraf JAKIM x???

upstream lak macam mana kita hasilkan produk tu...
Daripada segi kebersihan dan cara kita hasilkan...
Pekerja kita macam mana...
Dan macam2 lagi...



Jadi mungkin sebab tu sijil halal dari JAKIM bernilai kot...
Sebab tu selalu ada kes penyalahgunaan logo sijil halal...
Tapi kalau ikut Akta Perihal Dagangan 2011...
Sesiapa yang guna logo halal tanpa kebenaran oleh JAKIM boleh didenda sehingga RM 5 juta...

papepun... jumpa lagi...

Selamat Tahun Baru Cina...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada sesiapa sahaja yang menyambutnya...
Tahun ni tahun naga... dalam berita TV3 tadi... tahun ni tahun naga air...


Naga adalah satu2nya zodiak bersifat mitos dalam kalendar lunar cina...
Ak pun dilahirkan dalam tahun naga... 1988...





papepun... jumpa lagi...

Wednesday, January 18, 2012

Memori Baju Hitam

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Hari ni ak pergi kerja pakai baju hitam...
Sempena musim hujan ni tiba2 ak teringat...
Satu memori yang ak ingat sampai sekarang...

Suatu masa dulu (dalam tahun 2008-2010)...

Masa ak belajar di Uni dulu...
Kalau nak tnggu bas depan blok... alamatnya x dapat naik sebab selalu penuh...
Biasanya didominasi oleh kaum wanita dan perempuan...
Sebab bas tu lalu depan blok perempuan dulu...

Jadi, sebagai alternatif...
Ak menapak la dalam 5 minit dari blok ak ke depan blok perempuan untuk tunggu bas...
X kisah la apa orang nak cakap... asalkan ak dapat naik bas...
Berhimpit dengan perempuan pun ak x kisah... darurat kan...

Tapi pada suatu hari... hujan renyai2... cuaca pun sejuk...
Terdapat seorang lelaki yakni ak... di tempat menunggu bas yang dipenuhi wanita yakni perempuan...
Sedang menunggu bas...
Tiba-tiba...
Hujan pun turun dengan lebatnya...

Satu kenangan yang ak x dapat lupa sampai hari ni walaupun dah bertahun berlalu...
Ada seorang perempuan ni sanggup memayungkan ak... (lupa nak bagi tahu... ak berdiri di tempat yang xda atap)...
Yang buat ak terharu... dia sanggup basah tu... dia pun xda atap juga dekat tempat dia berdiri...
Dia x basah sangat juga la (basah separuh badan terutama bahagian lengan) sebab dia berpayung dengan kawan dia...
Senang cerita... dia berkongsi payung dengan kawan dia, payung dia lak dia payungkan ak...

Masa kejadian tu berlaku... ak pakai baju kemeja hitam ni la...
Masa tu ak terkesima gila... x tahu nak buat apa... ak senyap je sampai bas sampai...
Dan... ak lansung x pandang muka dia tapi dari tinggi dan cara dia bercakap... mungkin sebaya ak...
Seminggu lepas tu pada waktu yang sama... ak pergi semula ke tempat menunggu bas tu agar berjumpa dia...
Tapi x jumpa (mungkin sebab ak x kenal dia kot)...
Tapi kenangan tu masih kekal...

Sekadar kenangan...

Papepun, jumpa lagi...

Tuesday, January 17, 2012

Mighty Servant 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Ak tengah tengok National Geographic dalam TV1 sekarang ni...
Pasal Pelabuhan Rotterdam...

Suasana di Rotterdam Port... macam menarik kan...

Sangat kagum dengan salah satu kapal...
Mighty Servant 3...
Sebab kalau selama ni kita dengar kapal bawa kargo... bawa jet (destroyer)...
Tapi kapal ni bawa pelantar minyak... gila la...

Design Mighty Servant 3... nampak leper kan...

dia bawa pelantar minyak... tapi macam mana pelantar tu terbalik ek???
papepun... jumpa lagi

Bagusnya jadi single

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Ak dapat gambar/kata2 ni dari FaceBook...
Bagi ak sangat menarik...
Dan apa yang dia kata sangat betul...

Nak2 bahagian mengorat (flirt)...
Bukan maksud ak leh mengorat sapa2 jek...
Cuma ak x perlu risau ada orang jelez atau terasa bila ak rapat dengan kawan2 perempuan...

papepun... jumpa lagi...

Sunday, January 15, 2012

Mahasiswa dan Politik


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
2 3 minggu lepas kan riuh pasal mahasiswa dan politik...
kalau ikut video ni, sebelum2 ni mahasiswa memang dah berpolitik...
video ni ak tengok dalam blogserius...

mahasiswa dan politik... ada buruk... ada baik...


sebenarnya ak x larang sangat mahasiswa berpolitik...
cuma pelajaran jangan diabaikan... 

ak juga x suka mahasiswa yang terlalu fokus pada belajar...
sampai x hiraukan keadaan semasa...

seimbangkan lah... belajar dan berpersatuan...

papepun... jumpa lagi

Monday, January 9, 2012

Azam 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selama ni ak berazam tapi kebanyakannya x tercapai... sebab apa???
sebab hanya berdasarkan lisan semata2... tiada rancangan tindakan...
jadi, untuk tahun ni, ak ada 4 azam dan senaraikan harga, due date dan tindakan...
(berdasarkan sistem SMART)...

1. Lesen kereta L & P...
- harga: RM 975.00 (kalau berjalan lancar tanpa gagal)
- due date : akhir bulan dua mesti dapat
- tindakan : dah daftar...
                : guna duit OT untuk bayar yuran...
                : simpan cuti tahunan untuk test JPJ (hari bekerja)...
                : korbankan hari sabtu (untuk rehat dan tengok kartun) untuk ke kelas...

2. Samsung Galaxy Note
- harga : lebih kurang RM 2,300.00
- due date : akhir bulan ogos mesti dah beli...
- tindakan : kumpul duit setiap bulan (RM300.00/bulan)...
                : catu makanan (kurangkan makan biskut cap ping-pong dari sebungkus setiap 2 hari kepada .    .  ..                sebungkus/minggu)...
                : kurangkan berhibur (yang melibatkan duit)

3. Pangkat QA Executive
- harga : kerja keras dan bersungguh2 dalam belajar skil menjadi QA...
- due date : selewat2nya pertengahan bulan oktober (cukup setahun setahun sebagai kontrak Management                                         .                 Trainee)...
- tindakan : terpaksa menekankan diri (tertekan) dalam mempelajari hukum hakam QA...
                : OT... bukan sekadar mengumpul duit tapi juga mengumpul pengalaman...
                : menggilap semula bakat2 terpendam (ada ke selama ni) terutama bakat kepimpinan dan .           .   .                komunikasi (x boleh jadi pendiam dah)...
                : mengekstrak semua pengalaman dan ilmu senior QA (Kak Muni) sebelum dia ke TPM Perlis...

4. Mencari bakal bini a.k.a awek... (tiba2 tergedik lak... hahak)
- harga : (ada harga ker??? hurm... mungkin women = money X time), jadi duit dan masa la...
- due date : rasanya akhir tahun... bila azam2 kat atas tu tercapai terutama nombor 3 tuh...
- tindakan : kena gilap bakat2 mengorat yang dah lama tidak digunakan...
                : kena ada duit kot... tapi kalau azam no. 3 dah tercapai... rasanya xda masalah...
                : nak dapat wanita muslimah, kena jadi lelaki yang muslim dulu, jadi kena jadi baik... x boleh jahat2 .                 dah...

p.s: SMART adalah
S untuk Specific
M untuk Measurable
A untuk Achievable
R untuk Realistic
T untuk Time-line

papepun... jumpa lagi...

Sunday, January 8, 2012

Masterchef Malaysia Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera

MasterChef Malaysia musim pertama....
Ms Ezani menang...

MasterChef America Musim Pertama...
Ms Whitney menang....

Junior MasterChef Australia Musim Pertama...
Adik Issabella menang...



dunia chef dikuasai oleh wanita...
ayoh lelaki... bangkit...
dapur rumah dah dikuasai wanita...
x kan dapur profession nak dikuasai mereka juga...

papepun... jumpa lagi

Saturday, January 7, 2012

Imbas Kembali 2011 (episod terakhir)


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
bersambung lagi...

Oktober – Disember 2011

Alhamdulillah, tanggal 14 oktober 2011… setelah lebih kurang dua bulan menunggu selepas di temuduga oleh Human Resource di TPM...
Nazreen Abdul Latif @ Yaacob secara rasminya adalah Quality Assurance (Management Trainee) bagi TPM Raub…

Tempoh kontrak adalah setahun… MT (Management Trainee) adalah tempoh percubaan…
Sebelum diserap jadi QA Executive…

Seminggu di TPM KL kami belajar prosedur bagi unit2 di KL…
Dan minggu lepas tu…

Ak diajar mengenai bidang tugas dan kuasa seorang QA…
Dan sampai sekarang ak masih dalam proses belajar…
Dan yang seronoknya…

Walaupun ak x dapat bekerja di kawasan GLP pertama di Malaysia… di IMR
Kemungkinan besar tahun depan (2012)… 

Ak akan bekerja di kawasan GMP Extraction pertama di Malaysia… di TPM Raub…
Betullah keputusan ak menyertai STCA…



Kesimpulan...
apa yang ak boleh kata... ak hanya boleh rancang perjalanan hidup ak tapi perancangan yang paling sempurna adalah dari Allah... yang penting, kena beristikharah...
kalau ak tolak STCA... ak x kan dapat kerja QA...

bagi ak... tahun 2011 adalah tahun yang paling gembira... tahun ni paling banyak ak kumpul kawan2 dan pengalaman... daripada BeST -> STCA -> MT dan mungkin tahun 2012 ak akan dapat tetap di sini... doakanlah...

cuma dunia kerja sangat lain dari dunia belajar... harap ak boleh bersabar...

papepun... jumpa lagi...

Imbas Kembali 2011 (episod ketiga)

Assalamualaikum dan salam sejahtera
sambungan dari isu lepas...
sebenarnya ak dah taip lama benda ni tapi blogspot ak macam ada masalah... 

Mei – Julai 2011

Setelah meninggalkan IMR dan tikus2 ak... 
dan setelah menerima dan menandatangani kontrak...
Maka secara rasminya ak adalah peserta STCA Program…

STCA adalah lanjutan dari BeST program… kiranya kronologi dia adalah BeST -> STCA…
STCA adalah nama pendek dari perkataan Specific Training for Critical Area

Raub… dalam fikiran ak memang adalah tempat pedalaman…
Dan memang betul… sangat3 pedalaman… dalam bas ak dah mula risau…
Mana ATM Mesin??? mana kedai makan??? mana kedai runcit???

Dalam masa yang sama… ak masih keliru kenapa ak masuk program ni padahal dekat IMR kedudukan ak dah agak terjamin???

Tapi tiga bulan di Raub mengubah segala2nya… xda la teruk sangat duduk dekat sini…
Walaupun kedai jauh… hiburan xda… tapi di sini amat nyaman…

Rumah yang pihak TPM sediakan pun sangat selesa… lebih dari selesa…
Makan ada di kedai Mak Teh… cukuplah untuk menghilangkan rasa lapar…
Hari minggu warga perempuan masak… makan ramai2… ada sekali warga lelaki masak…

Hari minggu selalunya ada program berjalan2…
Hari bekerja sangat seronok… belajar benda baru juga… berkenaan pemprosesan herba…
Pekerja di sini okay, sangat baik… x rasa pun 3 bulan…
Kami semua sangat rapat… antara peserta2 STCA (10 orang)… macam dah jadi adik beradik…
Tapi tu la masalahnya… bila tiba waktu perpisahan… semua sedih… sangat sedih…
X tahu bila boleh berjumpa lagi…

ada 10 org peserta STCA di raub... ni adalah sebilangan saja...

biasanya setiap hujung minggu akan diadakan upacara makan ramai2... time ni makan sate... x taw sempena apa lak...

hidup dalam hutan... dlm perjalanan balik... jumpa nangka... hehe

antara aktiviti hujung minggu... di Lata Jarum, Ulu Dong

aktiviti menangkap ikan di petang hari.... huhu... umpan guna roti jek

ni kami pergi ke kuala gandah... tgk gajah... huhu

kuala gandah

peserta STCA wanita bukan calan2 orang... ni masuk hutan cari buluh ni... untuk buat nasi buluh... masa ni jejaka2 gagah berani xda sebab ada interview di PureCircle... huhu

singgah ke rumah opah along sebelum ke aktiviti berikutnya... mandi di sg sia... hehe...


Dalam tempoh masa ni... ak dan Iqbal ada datang temuduga untuk Program TRTF (Training at Real Time Facility) di Nilai, Negeri Sembilan... 
Syarikat PureCircle... syarikat yang menfokuskan penghasilan stevia...
kiranya program lanjutan selepas STCA
kronologi dia... BeST -> STCA -> TRTF
kalau korang perasan... mesti ada huruf T... untuk Training... x habis2 training ak nih...
huhu

dalam masa ni juga... ada upacara konvo untuk peserta2 BeST... tema ungu...
puas ak cari baju kaler ungu... huhu...
seronok... walaupun penat...
dapat jumpa kawan2 lama... bekas ahli kumpulan lama... hehe...

Ogos – September 2011…

Ini adalah waktu menganggur tahap dewa2...
Duduk rumah membesarkan perut…
Memang nak cari kerja sementara… pekerja dekat tempat kerja la… Stesen Minyak Shell memang nak pakai orang tapi… malas tu menguasai diri... huhu

Sewaktu dalam bas menuju ke UTM…
Yup, ak melawat kawan2 dekat UTM… masa tu bulan Ramadhan kalau x silap…
Dalam bas tu… ak dapat telefon dari En Emirul yang mengatakan ak dapat temuduga untuk jawatan Management Trainee… gila suka ak…

Lupa nak bagitahu yang ak dah dapat program TRTF (Training at Real Time Facility) dekat PureCircle selama 2 tahun…

Terus ak tolak TRTF walaupun PureCircle menawarkan elaun yang tinggi berbanding TPM...
Mungkin sebab ak dah biasa dengan TPM dan pekerja2 dia...

Dalam tempoh ak melepakkan diri di UTM...
Lebih kurang dalam seminggu kalau x silap...
Seronok juga berpuasa di UTM... mengimbau kenangan lama...
lepas tu ada budak ni ajak makan steam bot secara buffet...
gler kenyang... huhu...
tapi ak paling suka nasi ayam penyet dekat satu kedai kat baazar tu...
huhu...

lepas tu balik rumah... menyambung misi membesarkan perut lagi...
dan misi membesarkan perut menjadi sangat rancak pada hari raya...
hahak... gila...
memang hidup untuk makan...

tapi raya ni agak x seronok...
dah la duit raya x dapat... dengan alasan ak dah besar...
bukan x dapat.... ak dapat RM3.00 (Tiga Ringgit Malaysia Sahaja)...
dan duit tu ak simpan sampai sekarang...
menandakan duit raya yang terakhir ak dapat...

lagi satu raya tahun ni x seronok sebab...
kena berhadapan dengan soalan saudara mara dan sahabat handai...
"kerja apa??", "buat apa sekarang???" dan sebagainya...
huhu... nak jawab pe lagi... mesti la tanam anggur...

tapi bulan depan bakal merubah segala2nya...

papepun...
jumpa lagi...

Tuesday, January 3, 2012

Imbas Kembali 2011 (episod kedua)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

sambungan dari episod lepas... hahak

Mac – April 2011

Sambungan dari BeST Program tapi praktikal modul…
Kami diminta mencari tempat2 berkaitan sains atau biologi untuk belajar secara hands-on…
Sebenarnya lepas habis kelas modul… ak x jumpa tempat yang ak nak…
Ada beberapa tempat yang terima ak tapi ak tolak secara mentah2 sebab masa ni ak nak cari bidang berkaitan clinical research… hahak…
Cuma ak hampir2 nak terima tawaran dari Prof. Barjoyai…
Berkenaan bisnes air nira… tapi x jadi sebabnya…
Ak telah diterima di IMR (Institute for Medical Research)… di bawah seliaan Dr Noor Rain…
Ak dan Din… kemudian Seha dan Lina… dalam unit yang sama (Toxicology)… ak dan din masuk dulu...
lepas tu baru Seha dan Lina menyusul... dan yang lawaknya... ak ditugaskan untuk temuduga diorang...

Yang seronoknya di IMR ni… kami ditugaskan sebagai perintis pertama dalam menjalankan/menubuhkan fasiliti GLP (Good Laboratory Practice) pertama di Malaysia…tapi kami kena bersaing dengan SIRIM yang juga nak menubuhkan fasiliti GLP...

Dapat korang bayangkan betapa seronoknya dapat bekerja dalam GLP… sangat banyak benda baru ak belajar…
Dan dapat kawan yang gila (walaupun ada sesetengah yang skema)…
Kak Raja dan Kak Rozi adalah kawan baru… hahak… banyak kenangan manis… ada kenangan manis tapi x boleh cerita kot sebab..... rahsia...

Sepatutnya ak kena 3 bulan tapi ak dapat tawaran untuk STCA (Specific Training for Critical Area) Program…
Dapat di Raub dalam bidang Herbal Plant Extraction and Production… dan sejujurnya 90% dalam fikiran ak…
Ak nak tolak tawaran ni…
Ak bincang dengan ramai orang… ak solat istikharah… dan ak bermonolog dalaman…
Tapi lepas solat istikharah… ak terus kemas beg dan bagi tahu makcik ak… ak akan ke Raub… sampai sekarang ak x percaya kenapa ak buat macam tu...

Mungkin itu jawapan dari istikharah ak… pagi sebelum ke Raub… ak singgah IMR, jumpa Dr Noor Rain… bagi tahu dia dan dia pun kata itu antara keputusan terbaik…

tikus2 kami... ak sayang tikus ni... walaupun dia sangat garang... tikus perempuan adalah yang paling garang... mungkin sebab dia marah lelaki yg bukan mahram pegang dia kot... tikus pun tahu marah... tapi (sesetengah) perempuan (manusia) x marah lansung bila lelaki bukan mahram pegang2 diorang... tazkirah sekejap

macam ganas kan... ni efek lampu jek... nak beza tikus lelaki n perempuan adalah... tikus perempuan lagi bersih dan putih... tikus lelaki ni pengotor sket... malas mandi... tbe2 ak ase macam ak jek...

saintis bakal penerima anugerah nobel...

antara tikus yang ak kena jaga...

ni la din... sekarang masih di IMR... sekarang jaga nyamuk lak...

seha dan lina... seha ak x tahu buat apa sekarang... lina masih di IMR bersama tikus2 beliau...
akan bersambung...

papepun... jumpa lagi;...

Monday, January 2, 2012

Imbas Kembali 2011 (episod pertama)

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Seringkali dalam media elektronik dan media cetak…
Bila tiba tahun baru, akan ada satu segmen dalam mengimbas kembali apa yang berlaku sepanjang tempoh tahun dulu…
Jadi, ak pun nak tulis perjalanan hidup ak sepanjang tahun 2011… hehe…

Disember 2010 – Februari 2011…

Dalam tempoh 3 bulan  ni ak menyertai BeST (Biotechnology entrepreneurship Special Training) Program…
Sebab utama ak ikut program ini adalah kerana…

Ak bosan sebab menganggur… x menganggur sangat sebenarnya sebab ak memang dah kerja masa tu (pegawai keselamatan)…

Tapi ak suka program ni sebab hanya dengan duduk, belajar, bersosial, dan macam2 lagi…
RM 1000.00 masuk kedalam akaun setiap bulan… hahak… x masuk lagi kemudahan2 sampingan… 

Alhamdulillah, ak jangka macam tu tapi selama tiga bulan tu…
Terlampau banyak input yang ak dapat… yang sangat seronok…

Dapat gilap beberapa skil (generic skill) contohnya…
Skil kepimpinan… sebab ak kena jadi CEO kumpulan Pecah Mental… dan bulan2 terakhir ak jadi penghuluwati (penolong ketua) untuk BeST Unirazak batch ni…

Skil komunikasi… sebabnya ada modul komunikasi dan kena banyak bercakap dekat kelas… dalam BeST program ni ak kena present Business Proposal kepada orang yang memang dalam bidang perniagaan… sangat seronok… ak juga disuruh (diminta) menyanyi  dalam kelas… hahak… kena berlakon drama, sketsa, iklan DLL…

Dan banyak lagi skill yang ak perolehi dan banyak ilmu yang ak dapat… terlampau banyak pendedahan…
Kawan2 pun ramai yang sekepala (gila2)…

Hari pertama... orientasi dekat Hotel Istana (4 bintang)... ni 1st time ak pakai baju tuala neh... jakun betoi... roomate ak... Halmi dan Ezwan...

Permandangan luar dari bilik kami... cun beb...

Dewan dimana ak asik mengantuk... huhu...

Ni la tempat ak menjalani BeST Program selama hampir 3 bulan... hehe

Yat, Jannah, Nazerah dan Aien... yat, jannah dan aien adalah beberapa ahli kumpulan ak... kumpulan pecah mental...

masa ni modul intervew... ak tgk sumer org serius... mcm intervew btoi2...

semua org study untuk intervew... hahak

kami juga diajar memasak... hehe... modul kreatif klu x silap

ada juga aktiviti doddling... ni sumer lukisan ahli kumpulan ak... setiap lukisan ada maksud tersendiri melalui psikologi... ak punya yang gambar laut tuh... per maksud dia ek...


aktiviti last kitorang... makan2... main2... bagi hadiah... huhu... sangat seronok

dalam tempoh yang sama...
ak ada juga melawat kawan2 dekat UTM...
saja menghilangkan rasa rindu...
masa ni cuti apa ek???
ak pun lupa tapi lama juga ak lepak dekat UTM...
huhu

berjogging menyihatkan badan...

penat jogging... kita rehat2

kawan2 UTM ak... SSG n SSB

ni Lim... roommate kawan ak... muallaf

safwan...

meor n hafiz

ni ak nak memasak bersama rakan... ni la bahan2 nya

potato crisps tu sbg pembuka selera

masak nasi... asas kepada memasak

goreng telur... asas juga

godel2 sket

nak kasi lembut... taruk mayonis sket

Ta... Da... telur goreng...

ak x tahu apa nih... ikan bilis kot...

keropok sebagai pencuci mulut... agak hangus di situ


makanan orang2 bujang... sardin... hehe...

ni la makanan yang boleh dikatakan mewah bagi seorang pelajar/bujang... hand made... do it yourself...

ni makan dekat restoren... agak terkenal tp ak lupa dkat mna...


menu...

ABC ak... hua3.... besarnya

aktiviti memasak lagi... apa ni... tepung... yeah

letak air dan dalam proses buat jemput

pemprosesan jemput...

Ta... Da.... jemput leper

memasak lagi... xda sardin dah... kali ni... ikan bilis goreng+sip sayur+smething cam benda hangus...


air teh dalam periuk nasi... haha

cecah dgn biskut... nikmat toi...


sebenarnya dalam BeST program...
ada satu aktiviti terakhir iaitu presentation...

ni presentation bussiness plan... yg 3 orang ni adalah juri2



rayyan dapat hadiah...

kumpulan fadirul menang besar...

ni adalah presentation Think Tank... dekat Hotel Sheraton

Presenter Pecah Mental a.k.a AgPet sedang meneliti hujah2 terakhir

Kumpulan pecah mental kumpulan ke-18 untuk present... go..go..


akan bersambung....

papepun... jumpa lagi...