Islamic Widget

Al Quran

Wednesday, April 29, 2009

sedikit nasihat

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:

* Rasa hormat pada diri sendiri;
* Rasa hormat kepada orang lain;
* Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

17 comments:

Anonymous said...

suka dgn ayat ke-8.:-)

Anonymous said...

ayat ke-3.

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

sgt x percaya pd ayat ke-7...

Anonymous said...

kenapa?

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

entah... based pada pengalaman rakan taulan...
bercinta pandang pertama...

sejujurnya... berapa peratus org yg kahwin dgn bf/gf pertama dorg...
sgt sedikit...

Anonymous said...

there s diffrent dude! love at first sight n like someone in da first sight..
mybe there just like each other..
that's why they cannot love each other after married..

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

no... what i mean is love at the first sight...
but mybe you have a point...
just, i dont know... mybe i reaaly dont believe something called love, couple, lover n etc...

Anonymous said...

aha? means u never fall in love?

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

x tahu la wahai anon...
pernah suka gak pada smeone... tp juz minat gtu2 je la... x serius...

tp klu nk kata officially declare dan berpakwe makwe tu...
x pernah lagi la...

*still dalam proses mencari cinta pertama dan terakhir... mode: gedik...

Anonymous said...

ok,just a crush with someone..

x pernah couple..eh,aq x silap baca kn?

*susah nk percaya..
mode: ???

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

yea... x pernah...
ko mmg x salah baca...
selama lebey kurg 24 tahun ak hidup ni...
x pernah lg berkapel...

Anonymous said...

ok dude, I think u should b proud of urself cz still blh tahan godaan dr member2..:-)confirm susah. well done sebab 24 tahun x hidup dlm komitmen.
*mati2 ingat owner blog ni dlm lgkungan 27-28..kira baru abis dgree rupanya.

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

ssh wei... penah nk terjerumus gak dalam dunia tu tp dpt nasihat dari certain kawan....

*nmpak tua sgt ke ak neh???

Anonymous said...

agknya nasihat yg mcm mana yg membuatkan tiba2 xnk terjerumus dlm benda tu?

nope! aq agak dr segi pemikiran..
sorry dude!

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

hurm... bnyak tu... ak pilih salah satu ek...

"couple boleh jadi satu permit untuk orang bermaksiat... sbb kalau orang asing pegang tangan kita... kompom kita marah... tapi atas lesen couple, bukan setakat boleh pegang tangan... berpelukan, berdua2an, hatta berzina pun boleh terjadi, semuanya bermula dari couple"...

xda... sbb ramai org ckap cmtu...
dulu penah g pasar...
pastu makcik tu kata... untuk anak2 ek??? ak kata x kawen lg...
pastu dia kata... muka awak mcm bapak yg ada 5 anak... huhu

Anonymous said...

Yup!benda 2 x blh dinafikan..kdg2 muslihat syaitan manusia susah nk detect. klu detect pun buat x tahu..
*seorg lelaki lebih baik ditusuk dgn besi drp memegang seorg perempuan.

ok la tu, muka matured..so, org pun x berani nk usik.,:-)
agk2 bape umur time dia kata mcm tu?

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

tu la...
setan ni kreatif gk...
dia xkan trus suh kita wat maksiat...
dia akan wat scra slow2 dan halus2...
huhu...

time tu umo dalam 21-22... bru pas grad klu x silap