Islamic Widget

Al Quran

Monday, April 26, 2010

Pengakuan Berani Mati (PBM)

Assalamualaikum dan salam sejahtera
dalam post ini,
saya bernama seperti tertera dalam kad pengenalan
Nazreen Bin Abdul Latif @ Yaacob
ingin membuat satu pengakuan berani mati...
pengakuan ini berkaitan dengan/semasa saya sedang/telah menyiapkan PSM saya...

pertama-tama kali, saya ingin memohon maaf kepada Dr Shafinaz Shahir dan En. Asrul Ishak kerana saya dengan sengaja telah melanggar hampir semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak yang bertanggungjawab. antara peraturan yang telah/sedang/akan dilanggar adalah
1. tidak memakai kasut ketika bekerja di lab
2. selalu tidak memakai lab coat ketika membuat kerja
3. selalu tidak memakai hand glove ketika menbuat kerja di lab
4. sentiasa memasuki lab selepas waktu bekerja secara haram
5. menyepahkan lab (sekarang dah kemas semula)

dan kepada rakan-rakan lab saya terutama saudara meor fikri kerana
1. ada tercuri/terambil MSM tanpa kebenaran
2. terambil dan tidak memulangkan alat radas
3. selalu mengacau ketika kamu membuat kerja
4. selalu menggunakan alatan radas tanpa kebenaran
5. selalu meyepahkan laci dan meja dengan alatan radas saya

dan kepada semua warga FBB sekalian, saya tahu saya ada terbuat salah.

disini, saya menyusun 20 jari memohon maaf dan keampunan moga semua dosa-dosa saya dapat diampunkan. mohon sangat keampunan daripada pihak yang terlibat.

Kesian, terima kasih.


yang benar


____________(ini adalah cetakan komputer, tandatangan tidak diperlukan)
NAZREEN BIN ABDUL LATIF @ YAACOB
3SSG

Saturday, April 24, 2010

diriku sebagai dr cinta

kadang kala ak terfikir
dulu x fikir sangat
tapi entah tiba2 terfikir
betul ke ak ni dr cinta
maknanya pakar dalam cinta
serius mengarut gila

entah la
sejak dari sek men kot
ramai gak kawan2 minta pendapat ak dalam soal cintan cintun ni
padahal
ak dah bagu tahu,
ak mana ada pengalaman dalam hal ni
tapi, ak terangkan juga sikit2
campur dengan falsafah, falsampah, teori dan lain2

dari sek men, sampai matrik hinggalah dekat u ni
ada jer orang yang minta nasihat
bukan nak berlagak
bukan nak mengungkit
tapi pelik la
kenapa ak yang sehingga sekarang (24 april 2010, 2.27am)
ak masih tiada awek...
hahahaha

tapi, masa ak buat PSM,
ak malas nak masuk campur hal2 ni
kalau orang mintak pendapat pun
ak agak malas nak layan

tapi, tiba2 jer
lepas PSM siap,
Thesis pun nak dekat siap
ada lak orang minta pendapat pasai cintan cintun ni
padahal, budak tu ak baru jer kenal
tapi dia cerita masalah dia macam kitorang ni kawan rapat

ada satu kes tu
ak tahu kisah cinta dia
lebih cepat dari kawan rapat masa dia kecik

ada tanya dengan kawan ak
kenapa ak???
dia cakap, ak senang diajak berbincang

ye ker????
entah la...
tapi, terima kasih kepada diorang
sebab ak jenis dapat pengalaman dari pengalaman orang lain
jadi
walaupun ak x pernah ada awek
tapi pengalaman ak setanding dengan sesiapa yang ada awek

jadi, jangan la kata
ak x paham apa yang korang rasa
ataupun, yang seangkatan dengannya...

hanya nukilan dari insan yang baru hantar binding thesis

entahla... x tahu macam mana nak kata

dalam minggu ni ak ada tertengok tv
guna hp (teknologi dari china)
tertengok satu rancangan realiti tv
yang agak popular la

ada proses penyingkiran
yang x boleh diterima akal
peserta itu menangis macam berjaya dalam siri itu
adalah hidup mati diorang

kadang2 sampai meraung
kenapa la orang jadi sampai begini ek
x paham
dok pahe kawe...

ni la pengaruh media massa kan
pengaruh hiburan
pengaruh budaya barat
yang bisa menghancurkan dunia, agama dan masyarakat

Thursday, April 22, 2010

Jiwa terasa kosong

Dr Shahir Shamsir dalam kelas Phycology yang terakhir pernah cakap
lepas kamiorang jawab final paper, final exam, final sem,
kami akan rasa ada satu perasaan kosong lepas keluar dewan periksa,
dan, pukul 11.10 minit pagi pada 21hb April 2010,
ak telah keluar dewan periksa,
dan maknanya
ak telah berjaya menjawab final paper, final exam, final sem.
heheheh

tapi x rasa pun perasaan kosong tuh,
tapi, bila bangun pagi esoknya,
ak terpikir,
apa nak buat hari ni ek???
dah x da apa nak study???
baru ak rasa ada benda yang hilang,
benda yang ak pegang selama 16 tahun dah hilang
belajar...

dari ak PASTI, Sek Ren, Sek Men, Matrikulasi dan akhirnya, Universiti
dah 16 tahun ak belajar
dan semalam hari terakhir
hahaha
pada yang akan sambung belajar,
semalam bukan hari terakhir bagi mereka,
pada ak,
ak dah melangkah kaki ke alam baru,
bukan alam belajar dah.

perasaan yang ak rasa ni lebih kurang macam
satu cerita
hero tu memperhambakan diri untuk balas dendam
bunuh orang jahat
selama 16 tahun hero tu merantau
meredah onak duri
mengabaikan kesenangan
akhirnya, hero tu dah bunuh orang jahat tu
lepas tu, hero tu nak buat apa????
jadi, hero tu terpaksa mencari matlamat baru

ni la secara analoginya perasaan ak
huhuuh

Sejarah Ibu Negeri Pahang...

Khabarnya, ibu negeri Pahang yang pertama ialah Pekan. Ini kerana bandar tersebut dijadikan tempat bersemayam DYMM Sultan Pahang. Bandar Pekan yang bersejarah itu terletak kira-kira 10 kilometer dari muara Sungai Pahang. Sasterawan terkenal Munsyi Abdullah pernah singgah di Pekan sekitar tahun 1840-an dan mencatatkan keadaan bandar itu di dalam Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura sampai ke Kelantan (1254H/1838M). Sebelum menjawat jawatan sebagai Residen British pertama di Pahang sekitar Oktober 1888, J.P. Rodger pernah singgah di Pekan.

Dalam laporannya bertarikh 15 Oktober 1885 Rodger menyebut bahawa Pekan hanyalah merupakan sebuah kampung sederhana yang mengandungi satu deretan tidak lebih daripada 100 pondok kepunyaan orang-orang Melayu dan Cina, yang kebanyakannya dijadikan kedai. Bangunan di bandar diperbuat daripada buluh dan beratapkan daun nipah; sementara di seberang sungai (Sungai Parit) terdapat bangunan batu yang terdiri daripada sebuah masjid, dua atau tiga buah rumah kepunyaan Sultan dan beberapa buah rumah papan yang agak besar bagi kegunaan isteri-isteri Sultan dan keluarga serta pembantu terdekat baginda. Bilangan penduduk di sekitar tempat tersebut tidak melebihi 5,000 orang.

Dikatakan juga, antara tugas awal yang difikirkan oleh Rodger pada masa itu ialah memindahkan ibu negeri Pahang ke suatu kawasan yang lebih functional terletak lebih ke kawasan pedalaman untuk menjadikan urusan pentadbiran lebih efektif. Keadaan ekonomi dan politik negeri Pahang dalam zaman itu tidak mengizinkan cadangan ini terlaksana.

Penemuan dan pembukaan lombong emas dan bijih timah di Ulu Pahang dan langkah Sultan Ahmad al-Muadzam Shah memberikan banyak konsesi melombong, khususnya kepada pengusaha-pengusaha Cina, menyebabkan lebih bersemaraknya hasrat British untuk mencari tempat baru sebagai ibu negeri.

Sultan Bersemayam di Pulau Tawar
Perpindahan kuasa yang berlaku di Pekan iaitu daripada tangan raja Melayu (corak pemerintahan tradisional) kepada Inggeris sememangnya menimbulkan ketegangan. Menyedari kemungkinan berlakunya kemelut politik ini, terutama gejala kuasa pemerintahan baginda diatasi oleh Inggeris, Sultan Ahmad melantik putera sulung baginda Tengku Mahmud sebagai Tengku Mahkota di samping memberikannya kuasa sebagai wakil Sultan di Pekan, sementara baginda sendiri berundur kira-kira 200 batu ke ulu Sungai Pahang di suatu kawasan yang bernama Pulau Tawar dan membina istana di sana. Baginda dikatakan bersemayam di Pulau Tawar selama 3½ tahun (Disember 1889 hingga Mei 1893) dan meninggalkan bandar Pekan, ibu negeri Pahang, di bawah jagaan Tengku Mahmud.

Ada beberapa rentetan peristiwa yang membantu cepatnya campur tangan Inggeris di Pahang. Salah satunya ialah peristiwa pada suatu malam bulan Februari tahun 1888: seorang Cina yang berkedai di Pekan, Go Hui namanya, telah kena tikam tentang mulutnya pada suatu tempat berhampiran dengan istana Sultan Pahang. Hal ini telah heboh diketahui orang. Oleh sebab orang Cina yang kena tikam itu dikatakan seorang rakyat British di Singapura, maka Clifford telah masuk campur menyiasat siapakah yang telah menikam orang Cina itu. (Ada pendapat yang mengatakan Goh Hui bukannya rakyat British tetapi rakyat China, kerana dia datang terus dari negeri China). Bendahara Pahang iaitu Hakim Besar dalam negeri itu mengatakan pada perasaannya perbuatan itu ialah perbuatan hantu syaitan; tetapi Clifford tidak mahu percaya kepada cakap Bendahara itu. Dalam pada itu ada khabar angin mengatakan yang menikam Go Hui itu ialah seorang ketua hulubalang penjaga Sultan Pahang bernama Tuan Muda iaitu dengan titah Sultan Pahang kerana beginda telah jatuh berahi kepada isteri Go Hui itu yang bernama Ah Chu. Clifford telah meminta Sultan Pahang supaya baginda menawarkan hadiah kepada barang siapa yang dapat menangkap orang yang menikam itu. Oleh sebab permintaan Clifford itu, maka Sultan Pahang pun mengeluarkan surat titah menawarkan hadiah sebanyak seratus ringgit kepada barang siapa yang dapat membukakan rahsia itu. Tetapi surat itu tiadalah ditandatangani atau dicap dengan mohor baginda. Clifford telah berusaha hendak menyelesaikan hal itu. Ia bercadang menghantar Go Hui dan isterinya balik ke Singapura. Sultan Pahang mengatakan baginda tiada hendak menahan perbuatan Clifford itu, tetapi hendaklah Ah Chu itu terlebih dahulu menjelaskan hutangnya kepada baginda sebanyak $3,200.00. Dalam hal yang demikian, kira-kira pada bulan Mac tahun itu juga, Go Hui mati. Adapun ikhtiar Clifford (dan mungkin pihak yang terkemudian daripadanya) hendak mengetahui orang yang menikam Go Hui itu belumlah berhasil sehingga ke saat ini! Tiada berapa lama selepas itu iaitu pada 23 Jun 1888 Gabenur Negeri-Negeri Selat datang ke Pahang.

Pahang diperintah sepenuhnya mengikut sistem Residen pada tahun 1889. Bagi menyenangkan memerintah, Pahang dibahagikan kepada lima daerah pentadbiran iaitu Pekan, Kuala Pahang, Kuantan, Rompin, Temerloh dan Ulu Pahang. Dua jawatan penting pada masa itu iaitu Pemungut Hasil dan Pegawai Daerah diwujudkan di setiap daerah. Pada masa itulah juga dirasakan perlu diwujudkan suatu pusat pemeritahan di Ulu Pahang, yang kira-kira sama jaraknya dengan tempat Sultan bersemayam di Pulau Tawar dengan ibu negeri di Pekan.

Kuala Lipis Sebagai Ibu Negeri
Kedudukan Kuala Lipis pada masa itu dianggap amat strategik, terutama sebagai tempat pertemuan dua batang anak sungai terpenting, iaitu Sungai Jelai dan Sungai Lipis. Kedua-dua sungai ini adalah menjadi alat perhubungan yang utama dan amat penting dalam strategi peperangan terbuka. Pada masa itu, pembesar Lipis ialah Orang Kaya Maharaja Setia Raja Haji Wan Daud, yang lebih dikenali sebagai Orang Kaya Haji. Perhubungan W. C. Mitchell (yang menggantikan Clifford) dengan Orang Kaya Haji meruncing, yang berakhir dengan pembunuhan Mitchell oleh Haji Wan Daud. Disebabkan Orang Kaya itu terus mengamuk membuta-tuli, Tengku Mahmud memerintahkan supaya dihantar angkatan bagi menenangkan keadaan, yang menyebabkan Orang Kaya Haji terbunuh. Peristiwa inilah yang menjadi penyebab utama Kuala Lipis dijadikan ibu negeri Pahang menggantikan Pekan; meskipun pada permulaannya perpindahan itu dianggap sebagai sementara sahaja bagi menenangkan keadaan politik semasa. Sementara tak sementara pun, Kuala Lipis kekal menjadi ibu negeri Pahang selama 64 tahun!

Khabar tentang kawsasan Ulu Pahang kaya dengan emas dan bijih timah ternyata tidak dapat dibuktikan. Usaha untuk menggalakkan pengusaha dan peniaga Cina dari Singapura membuka lombong dan perniagaan di sana tidak begitu berjaya. Raub pula sebaliknya lebih berjaya menarik peniaga dan pengusaha untuk membuka kawasan perniagaan berbanding Lipis, malah dikatakan boleh menandingi ibu negeri itu pada bila-bila masa sahaja. Beberapa pejabat kerajaan negeri telahpun dipindahkan dari Kuala Lipis ke Raub, antaranya termasuklah Pejabat Pelajaran yang dipindahkan ke bangunan rumah Guru Besar Sekolah Mahmud di Jalan Lipis yang terletak di atas bukit pada tahun 1927. Stor kereta dibina di kawasan Sekolah Kebangsaan Raub sekarang. Bangunan Pejabat Pelajaran Pahang itu kemudiannya menumpang pula di Pejabat Daerah Raub sebelum berpindah ke Jalan Temple. Setelah Pejabat Pelajaran berpindah ke Kuantan bangunan itu dijadikan Pejabat Pelajaran Pahang Barat sebelum diroboh dan dipindahkan ke Bangunan DTC di Jalan Tras.

Tahun 1901 timbul sekali lagi cadangan memindahkan ibu negeri Pahang dari Kuala Lipis. Residen British pada masa itu mencadangkan supaya ibu negeri dipindahkan ke Jerantut. Potensi Jerantut untuk menjadi ibu negeri lebih baik, kerana kedudukannya agak di tengah-tengah negeri, di samping adanya hubungan melalui Sungai Pahang dan jalan kereta api. Cadangan ini tergendala semasa Edward Brewster menjadi Residen kerana baginya projek pembinaan jalan kereta api mestilah disempurnakan terlebih dahulu.

Banjir besar yang dikenali oleh orang-orang Pahang sebagai Bah Keruh melanda Pahang pada 1926 menyebabkan seluruh bandar Kuala Lipis tenggelam. Peristiwa ini ada kesannya kepada pencarian ibu negeri baharu. Dato’ Mahmud Mat mencatatkan di dalam memoirnya Tinggal Kenangan bahawa banjir yang airnya keruh seperti air teh susu itu hampir mencecah loteng kebanyakan kedai di Kuala Lipis khasnya di kawasan tebing Sungai Jelai yang dikenali dengan nama Jelai Street itu. Banjir itu juga menyebabkan banyak bangunan kerajaan runtuh dan hanyut.

Semasa C. F. J. Green memangku jawatan Residen Pahang timbul pula cadangan memindahkan ibu negeri ini buat kali ketiganya, tetapi lokasi yang baru ialah di suatu kawasan yang letaknya di antara Karak dengan Mentakab. Kawasan ini meliputi kawasan hutan simpan Kemasul yang ada sekarang dan dikatakan tidak terlibat dengan peristiwa banjir 1926. Cadangan ini kemudiannya dibawa ke pengetahuan ketua-ketua jabatan untuk diminta pandangan. Jawapan yang diterima amat dingin dengan hanya dua orang yang menjawab dan salah seorangnya tidak bersetuju. Cadangan yang sama juga pernah dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Undangan Negeri dalam bulan Oktober 1948, tetapi sebagaimana biasa, tiada tindakan yang diambil. Keadaan slump dan inflasi yang berlaku pada 1929 hingga akhir 1945 merupakan faktor yang mendorong ketiadaan tindakan ini.

Pemilihan Kuantan
Pada tahun 1952 Kerajaan Persekutuan meluluskan satu peruntukan yang agak besar untuk membina rumah kediaman bagi pegawai kerajaan di Pahang. Kerajaan negeri pula menghadapi masalah mendapatkan tanah di Kuala Lipis untuk projek ini; kalau ada pun terpaksa melaksanakan kerja-kerja tanah iaitu mengorek bukit dan menambun lembah yang tentunya memakan biaya yang cukup besar. Ekoran daripada masalah ini, timbullah pula sekali lagi cadangan untuk memindahkan ibu negeri dari Kuala Lipis dan kali ini perhatian tertumpu kepada dua lokasi baru iaitu kawasan sepanjang jalan Mentakab-Temerloh dan Kuantan. Lokasi pertama dikatakan sesuai kerana terletak di tengah-tengah negeri di samping boleh dihubungi melalui jalan kereta api; meskipun terpaksa pula menyelesaikan isu tanah yang berbukit-bukau yang tentunya menambahkan kos penyelenggaraan. Kuantan pula dikatakan lebih ideal sebagai ibu negeri kerana:
(a) Mempunyai kawasan tanah datar yang luas, tidak terlalu berbukit-bukau;
(b) Tidak terlibat sangat dengan banjir;
(c) Bandar ini sahajalah yang mempunyai lapangan terbang di negeri Pahang;
(d) Kedudukannya yang tidak berapa jauh dari bandar diraja Pekan;
(e) Terdapat pantai yang indah yang boleh dijadikan pusat tarikan pelancong;
(f) Kuantan juga merupakan satu-satunya bandar di Pahang yang mempunyai pelabuhan dan ada perkhidmatan kapal yang menghubungi bandar ini dengan Singapura.

Terdapat dua buah kapal penumpang yang berulang-alik Kuantan-Singapura iaitu Resang dan Renggam. Jemaah haji dari Pahang Timur dan kawasan sekitarnya menggunakan kapal inilah untuk ke Singapura dan seterusnya ke Mekah menggunakan kapal Ansun dan Bunga Raya.

Maka terpilihlah Kuantan menjadi ibu negeri Pahang yang baru. Keputusan muktamat memindahkan ibu negeri dari Kuala Lipis ke Kuantan hanya dicapai pada 2 Mac 1953.

Meskipun keputusan muktamad telah dibuat, masih ada lagi halangan untuk urusan selanjutnya. Masalah yang besar ialah menunggukan keadaan kewangan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pahang yang lebih mengizinkan. Masalah kedua pula ialah pada masa itu kerajaan terpaksa juga menumpukan kepada usaha memerangi pengganas komunis di hutan Pahang yang memakan banyak belanja.

Tunku Tan Sri Dato’ Shahriman bin Tunku Sulaiman dalam sebuah rencana yang disiarkan dalam Journal of Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society Jilid LXXVI Part 2 Disember 2003 memberikan kredit khas kepada kedua-dua tokoh yang telah bersunguh-sungguh berusaha memindahkan ibu negeri Pahang dari Kuala Lipis ke Kuantan, iaitu Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad ibni al-Marhum Sultan Ahmad dan Orang Kaya Indera Shahbandar Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussein.

Ibu Negeri Pahang yang Baharu
Ibu negeri Pahang telah dipindahkan secara rasmi ke Kuantan pada hari Sabtu 27 Ogos 1955. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar Riayatuddin al-Muadzam Shah ibni almarhum Sultan Abdullah. Perayaan selama dua hari dua malam berturut-turut telah diadakan di sekitar bandar yang diisi dengan persembahan kebudayaan, sukan (termasuk sukan air) di Sungai Kuantan dan perarakan kereta berhias pada sebelah malamnya.

Dengan perpindahan ibu negeri ini turutlah berpindah pegawai dan kakitangan kerajaan serta kaum keluarga mereka dari Kuala Lipis dan Raub (Pejabat Pelajaran Negeri Pahang dan beberapa pejabat kerajaan lain terletak di Raub) ke Kuantan. Pada masa itu kawasan perumahan pegawai kerajaan yang dikenali sebagai Transit Quarters telah siap untuk diduduki.

Bagi kebanyakan penduduk asal Kuantan, kedatangan penghuni baru ke bandar ini turut membawa kejutan, baik dalam bentuk sosial, ekonomi mahupun lingusitik. Kalau dahulunya loghat yang dituturkan oleh penduduk Kuantan merupakan campuran loghat Riau-Johor yang dipengaruhi oleh loghat Terengganu, kini wujud pula fenomena loghat baru yang dibawa oleh orang-orang Lipis dan Raub. Bidang ekonomi juga banyak yang berubah. Harga barangan pengguna melambung, terutamanya ikan dan sayur-sayuran. Sewa rumah kediaman pun demikian juga. Ikan aya (ikan kayu) yang dahulunya tidak begitu digemari oleh orang-orang Kuantan dan Pekan kerana kononnya boleh menyebabkan gatal tubuh badan, sehingga harganya berada di bawah 10 sen sekati; dengan ketibaan saudara-saudara dari ‘kawasan ulu Pahang’ ini harganya turut meningkat, meskipun tidaklah sebanding harga ikan tenggiri. Penjualan ikan yang dahulunya dibuat dalam bentuk 'secocok' dan 'segugus' (bagi ikan kecil seperti kembung, selar, kerisi dan sebagainya) atau 'seekor', 'sebelah', 'sekarat belah' (bagi ikan besar seperti tenggiri, gerung, jemuduk, senangin dan sebagainya) kini ditetapkan mengikut timbangan kati dan tahil. Harga daging dan ayam-itik juga turut naik.

Mengatasi masalah pengangkutan pada masa itu, Majlis Bandaran Kuantan mula mengadakan perkhidmatan bas bandar di bawah nama Kuantan Town Bus. Bas yang digunakan ialah bas yang bersaiz pendek, yang boleh bermuat sekitar 20 orang sahaja. Harga tiketnya juga relatif murah – di antara 5 sen hingga 15 sen. Ramailah penduduk Kuantan pada masa itu yang ingin untuk merasa menaiki bas ini dengan hanya bersiar-siar di sekitar bandar kecil ini!

Meskipun telah menjadi ibu negeri, ciri-ciri tradisional Kuantan masih kelihatan pada pertengahan tahun 1950-an itu. Kalau kita rajin, membawa pelita minyak tanah dan serampang, kita boleh dengan mudah mendapat satu tin minyak tanah ketam dengan hanya menyusuri pantai dari Tanjung Api ke kawasan Kastam hingga ke kawasan bangunan MPK sekarang. Ketam dan pelbagai jenis siput, kepah dan lokan banyak terdapat di pantai Teluk Cempedak. Di kawasan hujung Teluk Cempedak menghala ke Tanjung Gelang terdapat sebuah anak air yang sejuk dan tawar airnya.

Di kawasan tebing anak sungai menghala ke Taman Gelora sekarang (sungainya telah lama tertimbus) banyak dijumpai tengkorak manusia, kesan zaman pemerintahan Jepun dan zaman Bintang Tiga yang menjadi igauan yang mengerikan suatu masa dahulu. Tengkorak manusia juga boleh dijumpai di kawasan anak air di bahagian hujung Teluk Cempedak yang disebutkan tadi.

Suatu Tempoh yang Lama
Proses memindahkan ibu negeri ini dikatakan mengambil masa yang cukup lama, yang meliputi tempoh pemerintahan 4 orang Sultan dan 16 orang Residen Inggeris. Tidaklah diketahui dengan pasti mengapa tempoh yang lama untuk satu usaha yang penting ini berlaku. Mungkinkah masalah kekurangan dana? Sebab yang tidak boleh dikesampingkan begitu sahaja adalah kemungkinan masalah cita rasa dan kepentingan orang-orang atau kelompok tertentu yang mempunyai nilai nostalgik terhadap sesuatu bandar. Peristiwa yang berbangkit dan kemudiannya menjadi masalah politik dan sosial turut mempengaruhi kelewatan perpindahan ibu negeri Pahang ini.

Walaupun peperangan saudara yang berlaku tidak menuntut secara langsung perpindahan ibu negeri, tetapi kewujudan kuasa pembesar negeri selepas peperangan itu sedikit sebanyak mencorakkan citra politik negeri ini. Para pembesar kawasan yang ditetapkan, memerlukan masa untuk membuka langkah bukan sahaja bagi memakmurkan wilayah di bawah tadbiran mereka, malah mengukuhkan kedudukan mereka sendiri di kalangan anak buah dan rakyat di bawah tadbiran mereka.

Era pemerintahan Jepun mempunyai cirinya yang tersendiri dalam stail pemerintah. Pemerintah Jepun bukan sahaja tidak berminat untuk mewujudkan sistem desentralisasi peringkat negeri bahkan mereka telah mewujudkan sistem pemerintah yang sangat sentralisasi dengan memasukkan Singapura dan Sumatera di dalam Malaya demi mencapai hasrat politik peperangan mereka yang bercogankan Kemakmuran Asia Timur Raya. Undang-undang Darurat yang berlaku selepas campur tangan Inggeris di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu memang merupakan salah satu faktor penting yang mendorong pemerintah untuk tidak memikirkan langsung tentang perubahan ibu negeri. Namun begitu, kemerdekaan mampu mengubah semuanya ini; dan perubahan itu tentunya menghala ke arah kebaikan dan kesejahteraan penduduk sebuah penempatan yang bernama KUANTAN.

Monday, April 19, 2010

kawan2 ak...

tinggal lebih kurang seminggu lagi
lepas ni semua budak SSG akan ikut haluan masing2
lepas ni memang kami akan sangat susah nak jumpa
ak buka blog ni
mesti gambar pertama ak pandang
gambar kami ramai2 tangkap gambar
untuk gambar kelas

dalam 3 tahun ni
terlampau banyak gila kenangan ak bersama diorang
ada yang manis
tak kurang yang pahit

tapi kami selalu bersatu
walaupun x sebulu
kadang2 ada konflik
tapi kebanyakkan dah selesai
walaupun ada konflik yang masih x selesai
tapi, lantak lah

cuma, bila lagi ek dapat jumpa diorang lepas ni???
lepas ni x da la main pakau sama2...
ngumpat budak tertentu...
makan sama2...
tidur sama2...
main badminton sama2...
pergi berjalan2 sama2...
buat assignment sama2...
stay up sama2...

haha, tiba2 emo lak post ak nih
tapi, walau apa pun
nanti kena buat reunion gak...
sekarang ni,
ak kena bersiap untuk balik ke Pekan,
Pekan, yen akan balik x lama lagi

ni adalah prinsip ak, hahak




dah lama gila ak x update blog ni
dah bersawang dah
tengah layan manga monster
http://www.onemanga.com/Monster/
tiba2 teringat topik yang selalu ak borak dengan coursemate ak

tinggal kurang dari seminggu lagi ak akan keluar dari UTM ni,
kawan ak selalu tanya
"x cari makwe ke yen???"
"bila ko nak confess yen???"
"sedih kan hidup kita ni yen??? still x da awek"
dan macam2 lagi.

secara jujurnya memang ak ada perasaan nak cari awek
dah secara jujurnya nak juga jadi remaja macam kat luar dan dalam ni
ada seseorang yang boleh di sayangi
dan boleh menyayangi kita
dan secara jujurnya ak agak macam dah jumpa seseorang

tapi,
ak cuba pikir2 semula,
ak selalu berborak dengan kedua2 pihak
yang menyokong budaya couple
dan menentang budaya ni
ak rasa, ak di pihak yang menentang budaya ini

bukan nak kata semua couple tu jahat
ada yang baik, islamik lagi...
cuma
ak x yakin dengan diri ak, hahak
ak ni jahat gila
entah apa akan jadi kalau ak berkapel
tunggu la bila iman dah mantap, kental dan kuat
sampai iblis pun takut nak jadi orang ke-3
barulah ak berkapel
yeah....






ada juga bila ak betul2 rasa nak berkapel
tapi, naluri ni kuat mengatakan
"x yah la yen, x da maknanya"
dan bila ak dengar khutbah solat jumaat (16-04-10)
oleh Ustaz Dr Azhar Mohammad di Masjid Sultan Ismail, UTM
menguatkan lagi prinsip ak ni,
dan menentang budaya couple adalah prinsip ak sejak dulu lagi,
walaupun mungkin ak akan berubah suatu hari nanti
tapi, buat masa sekarang
ni ak masih berpegang kepada prinsip ak.
'katakan tidak kepada couple'

ak rasa,
buat masa sekarang
ak nak sayang mak ak
adik beradik ak
dan keluarga ak

lepas tu
ak mungkin akan ambil tugas abang ak
tolong bantu hal2 berkenaan pelajaran adik2 ak

lepas tu
baru ak nak pikir pasal benda lain

sekarang ni
ak nak cari kerja
nak dapat duit tiap2 bulan
lepas tu nak beli kerete BMW...




Thursday, April 8, 2010

Loghat Pahang... (banyak yg ak x taw)

A
Aok - awak
Ampuh - sempat
___________________________________________________________________

B
Babir - degil
Berderau - gotong royong
Bahan - pukul (Contoh: bahan kuat sket..bior mampuih.)
Berlengging - tak pakai baju, pakai suar jer
Berlemin - berminyak
Biroh - gatal
Buas - lasak
Buboh - letak
Boyaih - boroi
Berambi - berhati-hati,berwaspada
Borok - borak
Berte’eih - bertungkus-lumus,usaha gigih
Beraluih/beralus - perangai yang sopan santun,berbudi bahasa (Contoh: mak suka benor ngan si tipah tu..beralus budaknya)
Bela - repair (Contoh: Bila aok nok bela TV tu?)
Beringor - memberitahu
Bersalai - disebut bersalei- maksud : tak mandi pagi
Berahi - suka (lebih kpd barang ye bukan org…kekkeke…disebut)
Bergodok - menghentak kaki ke batang lesung secara bersama/serentak serta dengan kadar yang cepat masa mengempin
Bertonyeh - gaduh mulut
___________________________________________________________________

C
Ce - awalan pada beberapa perbuatan..seperti..awok ce cuba dulu
Cemuih - bosan
Cenekang - kuku cekam tu le
Cekut - cakup/beritahu
Celau - hari ribut..sebab melakukan sesuatu luar biasa/tabie..seperti laga kucing
Chika - mual/muntah/perut memulas
Cokei - cukai
Cokeng - tegak
Cakner -tak amek peduli, tak kisah. (Contoh: sebab pagi tadi aku lupa gi keja gosok baju.. lalu mak aku kata bebudak sekarang ni tok cakne langsung)
___________________________________________________________________

D
Dan - sempat (Contoh: la napenye tak makan lagi?tak dan ker?)
Doh - sudah (Contoh : awok doh makan ker?)
Dema - (awak,biasanya utk ramai) (Contoh: dema ni takde keja lain ke)
Daur - sebaya,berkaitan dgn usia
Dedor - suam-suam kuku
___________________________________________________________________

G
Gohek - kayuh
Godei - kacau kacau air, dodol
Goge - hingar bingar
Gebor - selimut
Gonyoh - Sental kuat2
Getik - geli,meluat
Gamoknye - agaknya
Gasok - suka hati awaklah
Gonggot - rambut yang digunting tak sekata
___________________________________________________________________

H
Habat/habad - pengotor
Hantoi - lembap,slow pergerakan
___________________________________________________________________

J
Jabir - plastik
Jenih - jenis
Jenuh - puas (Contoh: ntoh ler..jenuh dah koi nunggu)
Juwei - dahan pokok yang yang mencecah permukaan sungai (kalau tak silap la)
Jelun - biasanya kalau demam ambil tuala.celup ngan air asam jawa. jelun kepala
___________________________________________________________________

K
Koi - saya,aku (biasa pakai belah temerloh je)
Kair - (ke air) maknanya..pergi ke sungai.ngail
Kome - kami
Kulo - warna kelabu tahi anjing
kehut,kehot,kehak - letih..sengal
Kerang - menangis dengan sepenuh hati
Keri - ketawa teramat sangat.gelak guling-guling
Kupik - kedekut
Kerapoh - sisa2/bersepah (Contoh: Boh ke kawan kerapoh tulang2 ikan tu yek)
Kecah - Lecak
Karang - nanti,sebentar lagi (Contoh: karang lah mok koi kupas nyour tu)
Kelat - tipu *nie bukan kelat buah tau (Contoh: tak aci sungguh main kelat)
Kememe - sama cam tembe gak
Kekalu - emping dibuat dari padi pulut
Komeng - sinonim ngan nyiur/kelapa
Kuit/menguit - biase nye menunjukkan sesuatu yang banyak/ramai
Komoih - Gomol. (Contoh: Jgn le komoih budak tu nak tido weh)
Kobek - belek2…menyiasat ( bukan menyiasat org ye )
Kepok - tempat simpan padi
Kehem - berkehem, bersungguh-sungguh/keterlaluan
Kodi/kudi? - ketinggalan zaman
Keknya - tetapi
Ketnyer - lebih kurang walobagaimana..heee.. kipai - letih /lenguh tangan
Kenit - kecil
Kederat - upaya
___________________________________________________________________

L
Lat - tenggang/jarak masa
Lantak - suka hati awak
Lacuh - tempat yang banyak dilalui atau digunakan
Lehet - dipakai bagi bagi buah labu
Lece - Tilam
lengit - kalah teruk
ledut - pekat
Lejut - basah teruk(lencun)
Lepe - cuai
Lecoh - becak
Leweh - lemah longlai (cakap atau utk perbuatan)
Lembang (berlembang) - sepah, berterabur
___________________________________________________________________

M
Moh - jom,mari
Mok - mak
Mengelice- mengelupur
Menikei/kenikei - buah tembikai
Meleweh - bercakap mcm nak tak nak
Mereloh - tido
Meronoh - buang air besar
Membute - tido
Mencayak tu - laju sangat bawak moto
Mengelentat - mengada2 seksi
Merohong - wangi sangat
Melantong - busuk sangat
Merebang/mengerebang - rambut tak terurus
Merening - benda yang nak pecah(bulat)
Meraban - tak tentu hala
Menginding - kita dekati pihak lain secara diam-diam, juga bermaksud berdampingan
Mengekelan - tercekik (berkaitan dengan makan)
Mengkone - kemana-mana
Merarau - tanya orang tembeling..makna
Menggeledeng - (Susah la nak explain maknanya), tp something yg merujuk kpd pergerakan badan.Bakper menggeledeng ngat ni?
Masam menaung - Masam Sesangat
Masam mencekut - masam sesangat
Merepih - mencangkul rumput
Mengopeh - suka pegang sana..pegang sini..tangan tak duduk diam
Merepau -jalan dalam hutan tanpa tujuan
Melengger - apa ye perkataan sesuai.contohnya perahu yang hampir nak dimasuki air
Merabung -kuantiti yang banyak.nasi sepingan rabung
Mengoteh, meroteh - tgn tak dok diam
Melukah - (kain yang dipakai terbuka)
Menganjing - mengada
Motong - (menoreh getah)
Mamai - emosi tak stabil (betul ke guna makna ni?)
Manis meleting - teramat manis
Mengekot - tubuh berbaring dengan bengkok..ala cam asam gelugur kedudukanya.
Mengaran,menajau - menangkap ikan dengan cacak tiang tgh sungai ikat tangsi dan mata kail.untuk pemberatnya tampat botol bersama.
Merawei - satu lagi cara menangkap ikan.
Mengoloh - tolak balik/undur
Mencelabak - benda jatuh dalam jumlah yang banyak atau berat
Melepam - pahit/.masin/masam sangat
Mencanak -laju sangat(mencayak?)
Mek nye(matnya) - kenapanya
Malaih - malas
Mombong - penuh
Mengkane - telekung sembahyang
___________________________________________________________________

N
Nyayup - tinggi sangat diatas atau bawah sangat
Nyuluh - operasi buru binatng hutan pada mlm hari
Ngilir - menghala kehilir sungai.(dengan bot/perahu) secara perlahan.
Ngonyoh - gosok dengan kasar
Nyeraya - suruh
___________________________________________________________________

O
Oteing - Pening!Pah palih! Oteing paler kawan nak buat mende ni!
___________________________________________________________________

P
Pedooh’ - tipu
Paluh - air sungai yang terkepung dek pasir (air tak mengalir)
Pundung/safa - rumah kecik yang dibuat untuk berehat seperti tepi sawah,kebun durian dsb
Pepalih - maksudnya macam…ishh…teruknye. cthnye : pepalih awok nyape buat gitu
Podot - sumbat (Contoh: kadir,kalau tok muat jugek aok podot je la baju tu dlm beg ni)
Perintan - Keadaan,masa
Polok - gelojoh
Palor - Biar
___________________________________________________________________

R
Rodong/ghodong - kengkawan (Contoh: mok..koi nok keluor kejak jumpa ghodong)
Racik - jerat ayam hutan
Rhebas - hujan dah mula turun renyai2..
Ralit - kusyuk
Rege - harga
___________________________________________________________________

S
Sesemut - kebas kaki
Senyour- kebas kaki juga
Seronyih - serabut, tak kemas, tak seperti keadaan asal
Sangei - tudung saji
Sengkelen - duit siling/pulas tangan kebelakang
Sempelet - kotoran di badan
Se’eh - Kenyang yg teramat sgt. (Contoh : Se’ehnya perot kawan ni.rase macam tok leh nok bangun doh!)
Sokmo - selalu (Contoh: ler..sokmo nye aku yang kena buat..pemalas betul budak nie!)
Setoho - di sana,
Seman (sebutan dengan seiman) - terkena badi/kenan.
sepolit - tinggal sedikit
Sekeceng - tidor sekejap sangat
Sokmo - selalu
Sakat - kandas/tersekat pergerakan perahu/bot.dalam air dek kerana pasir
___________________________________________________________________

T
Tatin - angkat jemuran
Taruk - letak
Tekeh - sekeh/ketuk/pukul dengan belakang gemgaman tangan.
Tawor Hebe - Tawar Sesangat (Air)
Tekeih - sikit lagi. tekeih dah no kena ikan tadi.(sikit lagi nak dapat tangkap ikan itu)
Tohor - cetek (Contoh: lor..mek nya tohor ngat air sungei nie)
Tertomos - jatuh tersembam, tersungkur
Tembe - lembek, lemah, manja
Tok - tidak (Contoh: tok makan lagi la..kawan lapo nie)
Tebal bakut - sangat tebal ( bak kata org pahang ckp bahse KL tebal giler!)
___________________________________________________________________

W
Wabe/bala/papalih - lebih kurang le makna tiga perkataan tu.

[Source from http://blogs.iium.edu.my/bsukry/2008/05/09/pahang-communications-manual-for-dummies/]

Thesis punya format




format thesis
masa baca komik ni
teringat ak masa hari nak hantar thesis
jumaat kalau x silap
kamiorang satu blok sibuk perbetulkan format thesis kami
memang kelam kabut betul hari tu
dengan dapat email dari 'most inspiring lecturer' berkenaan penghantaran thesis lagi

ak ingat format ak dah betul
rupa2 nya ada jer perubahan
haha
siap lepas print,
kena ukur dengan pembaris....

pastu bila nak hantar
ak telefon supervisor ak dulu
pastu dia kata
jangan hantar lagi
sebab dia x check lagi
huhu

tapi,
biar hantar lambat
asalkan berkualiti
hehe

Hidupku di UTM dengan komik

masa ak bosan2, ak tertarik dengan satu link yang Dr Shahir bagi dalam facebook,
http://www.phdcomics.com/
baca2, banyak lak cerita dalam komik tu yang berkaitan dengan ak
cerita dalam komik tu berkaitan budak PhD, kursus engineering dekat Universiti Stanford....
antara yang menarik adalah komik strip nih



hahak
teringat lak thesis ak yang macam haram tu
bila hantar kat Dr Shafinaz
banyak gila dia betulkan
haha

pastu ada main chat2 dengan Dr Madihah
dia pun kata tengah tertekan baca thesis budak2 nih
huhu...

p.s: 2-3 artikel pasni akan berkaitan dengan komik juga...

Tuesday, April 6, 2010

PSM

dah lama ak x menulis dalam blog ni
blog ni pun dah x hot macam dulu
dah sejuk macam cool blog, hahak

dalam post ini, ak nak ceritakan sikit mengenai PSM
PSM adalah Projek Sarjana Muda
ataupun di kenali
FYUP = Final Year Undergraduate Project

PSM ak bertajuk
'screening and identication of cyanide tolerant microbes from effective microorganisms'
dulu, tajuk ak lain
tapi telah ditukar kerana ada masalah teknikal

Dr Shafinaz Shahir la paling banyak tolong ak
walaupun ak ni pelajar dia paling malas
malas tahap gaban
huhu... kesian dekat beliau
mesti dia tertekan dapat pelajar macam ak

tapi, walaupun bnyak masalah
terutamanya ketiadaan laptop
memang mencabar kewibawaan la

dulu masa present proposal
ada masalah slide x boleh buka
masa symposium PSM hari tu
Slide x siap2 lagi
x bagi pun kt Dr shafinaz untuk edit
hahaha

nasib baik soalan dari Dr Shaza Eva dan Cik Nor izati tu boleh ak jawab
kalau tak
jadi macam kes phycology la
huhuhu
tapi betul ke jawapan tu
ak pun x tahu

tapi alhamdulillah
semuanya dah habis
ops...
dah habis ker
ak kne edit semula thesis tu untuk dijilidkan
tapi, thesis ak telah diserang virus
habis semua hilang
huhuhu

tapi, setiap masalah ada penyelesaiannya
kalau ada masalah, jangan fikir sangat
fikirkan macam mana nak selesaikannya
hahak