Islamic Widget

Al Quran

Monday, September 19, 2011

sombong


Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Semalam ak ada menonton (tertonton sebenarnya) satu rancangan islamik la sikit…
Muhasabah diri dekat TV Al-Hijrah… dalam pukul 2330 kalau x silap… (macam nak promote lak)…
Tajuk dia ak lupa tapi lebih kurang “ditarik dari masuk syurga”…
Tapi isi utama dia lebih menjurus pada sombong dan takabbur…


Berdasarkan satu hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim…
Rasulullah S.A.W bersabda…
“tidak masuk syurga bagi sesiapa yang dalam hatinya ada sifat sombong walaupun sebesar zarah”
“sombong itu adalah menolak kebenaran dan menghina orang”…

Contoh yang ustaz tu bagi dalam rancangan tadi macam,
Isteri ajak suami baca Al-Quran tapi si suami tolak dan kutuk2 si isteri…

Tiba2 ak teringat zaman ak belajar dekat U dulu…
Dulu selalu ada orang tabligh (ak panggil KRT – Kelab Rakan Tabligh)…
2-3 kali seminggu, lepas Asar, 2 3 orang akan melawat setiap bilik dan memberi sedikit tazkirah…
Dan tidak dilupakan mengajak kami bermalam (x ingat term dia apa… tapi ada 3 hari, 30 hari dan 4 bulan) di surau2 ataupun destinasi2 tertentu…
Dan sudah semestinya ak yang berjiwa agak bebas dan tidak berapa gemar program2 islamik ni akan menolak… tapi cara yang sopan la… masih ada sisa2 keimanan dalam diri ini…
Selalunya alasan ak x nak menyertai dorang adalah ak dah beli tiket balik kampung (biasanya program dorang waktu cuti) walaupun ak x beli tiket lagi…
Kalau dapat kesan dorang nak masuk dalam blok ak… ak akan buat macam bilik ak xda orang… menyorok macam nak lari dari hantu… (padahal ak la hantu tu)
Dan yang paling ak ingat… pernah sekali dorang ketuk pintu bilik, ajak solat subuh tapi ak pura2 tidur… huhu…


Bila ak bandingkan contoh yang ustaz tu beri…
Adakah ak tergolong dalam manusia yang sombong berdasarkan hadis Rasulullah tu…
Sebab kadang2 mungkin dalam hati ak…
Ak ada terkutuk atau termengata orang2 tabligh tu secara sengaja atau x sengaja…
Astargfirullah… 

Saturday, September 17, 2011

Proposal Daisakusen


Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Hari ni ak nak cerita sikit pasal satu drama yang ak rasa sangat berbaloi untuk di tengok…
Proposal Daisakusen ataupun dalam bahasa omputihnya… Operation Love… lebey kurangnya… hehe…

Dulu kan selalu orang cakap, kita hanya akan menghargai seseorang bila kita kehilangannya…
Tapi apa korang akan buat jika korang diberi peluang ke-2 untuk cuba memiliki orang itu…
Macam tu la drama ni…

Mengisahkan Iwase Ken (hero) ataupun digelar Kenzo oleh Yoshida Rei (heroin) yang kecewa gila sebab Rei ni akan berkahwin dengan pensyarah dia, Tada Sensei.

Kenzo ni sangat suka pada Rei dan yang ironiknya, Rei pun suka pada Kenzo.
Tapi kenzo ni jenis lelaki yang ego, x paham perempuan, x sensitif, x da lansung sifat2 lelaki romantis tapi dia ni agak baik la. Biasanya laki2 macam ni x diminati perempuan (ak pun x paham, perempuan ni suka sangat laki2 mulut manis, romantic dll.).
Kenzo ni suka pada Rei tapi Rei akan berkahwin dengan Tada sensei.
Masa upacara perkahwinan tu, Kenzo ni kecewa gila la dan ada la sorang angel ni, dapat merasai kekecewaan si hero ni dan menawarkan pertolongan… 
  Kenzo boleh merentas masa silam melalui gambar dalam slideshow (macam gimik kot, ak ingatkan program2 U ak jek ada gimik wat slideshow, orang kahwin pun ada ek).
Jadi, bagi setiap gambar, bermulalah perjalanan Kenzo untuk mengubah masa depan dan memenangi hati Rei, ada sembilan gambar tapi nanti ada sepuluh gambar sebabnya…… korang tengok sendiri…
Secaranya kasarnya, setiap episod drama ni adalah berkaitan dengan cerita di sebalik setiap gambar yang dipancarkan… 

Dan watak dia x banyak tapi setiap watak ada kekuatan tersendiri…
Yang jadi seronoknya cerita ni sebab banyak unsure saspen yang buat kita geram…
Selalunya Kenzo akan cari peluang untuk bagi tahu Rei tapi selalunya x dapat…
Bila dah dapat selalu dikacau oleh watak2 lain…
Dan kadang2 selalu ada peristiwa yang menyebabkan dia x boleh bagi tahu…

cakap pasal watak dia... yang utama macam ak kata ada Rei dan Kenzo... lepas tu ada...

Tada sensei... dia ni bekas cikgu sekolah menengah... mengajar memang x ok tapi berubah lepas Rei marah dia... lepas tu jadi pensyarah...

Mikio... kawan rapat Ken... antara yang agak matang... memainkan peranan yang agak penting terutamanya episod 10 dan 11
Eri... kawan baik Rei... selalu bagi nasihat... agak gedik sebab beriya nak cari pakwe... padahal ada orang dekat yang betul2 suka dia...

Tsuru... kawan rapat dorang gak... sangat suka pada Eri... perangai cam budak2 tapi kadang2 agak matang dari Ken...

watak tambahan...

Etoh Sensei... bekas cikgu (sangat garang) tapi jadi pelajar dekat U sama dengan Ken... tapi lawak la sebab selalu terpesong jek dari tujuan asal masuk U...

Socrates... kawan budak2 ni tapi x berapa rapat... ada bakat yang kita x jangka... hehe



Yoshida Rei dan Iwase Ken
Tada sensei... dulu mamat ni nerd gila tapi berubah lepas kena marah dengan Rei


antara watak utama... ni kawan2 rapat Kenzo
dari kanan: Tsuru, Kenzo, Rei, Mikio dan Eri
ni la angel tu... suka makan mamat neh


Dalam cerita ni ada juga diselit dengan pengajaran2…
Antara yang ak suka…
Atuk Rei cakap, “orang yang selalu mengatakan esok masih ada adalah orang yang bodoh”. Maksudnya, jangan bertangguh dalam melakukan suatu perkara… dan lain2…

Korang tengok la drama ni… bagi ak sangat menarik… rasa x sabar nak tahu Rei kahwin dengan Tada sensei ataupun x jadi… tapi pikir2 semula, kesian juga dekat Tada sensei sebab dia ni baik… hurm…

Papepun… jumpa lagi…

p.s: cerita ini mengingatkan ak pada sorang kawan ak, dia selalu kata, kenapa laki2 susah nak ekspres kan apa yang dorang rasa… Kenzo adalah laki2 macam tu…

p.p.s: bila tengok cerita ni korang akan rasa macam nak ber’couple’, tapi nasihat ak… janganlah… ak suka cerita ni sebab plot jek… jodoh memang dah ditentukan… sebagai Muslim dan Muslimah, redha je la pada takdir ek… nanti ada la tuh…

Friday, September 16, 2011

hari raya + hari merdeka + hari malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Agak dah lama ak x menulis kan… blog ni pun dah macam hidup segan mati x mahu… huhu
Biasalah… kadang2 banyak idea nak menulis tapi malas gak la…
Rasanya belum terlewat untuk ak mengucapkan selamat hari raya kepada korang semua…
Macam mana raya korang… mesti banyak dapat duit raya kan…
Ak pun boleh tahan banyak gak la… ada la RM3.00… hehe
Dan duit tu ak simpan sampai sekarang… mengenangkan tahun ni adalah tahun terakhir ak akan terima duit raya….
Tahun depan ak pula yang akan bagi duit raya…



Raya ni agak istimewa sebab disamping beraya, kita sambut merdeka ke-54 sekali kan…
Tapi mungkin ak sorang perasan, ataupun korang pun perasan sekali…
Merdeka tahun ni macam x meriah kan… mungkin sebab kita lebih utamakan raya kot… huhu
Lagipun generasi Y macam ak ni mungkin x menghargai sangat kot sambutan kemerdekaan ni…
Sebab x pernah merasai kesusahan zaman sebelum merdeka… huhu…

Dan sekarang ni (hari ni) kita sambut Hari Malaysia ke-48… maknanya dah 48 tahun Malaysia ditubuhkan…
Hurm…  Tanah Melayu + Sabah + Sarawak – Singapura = Malaysia… hehe…
Lebih kurang la…
Hari ni juga ulang tahun ke-2 anak saudara ak, Sallahuddin Ay-Ayyubi… disini Pakteh Yen ucapkan selamat hari jadi… hehe

Akhir sekali… ak harapkan semoga Malaysia tetap aman…
Walaupun kita banyak ideology politik…
Tapi kalau boleh… keamanan tetap kita jaga…

Ok lah… papepun
Jumpa lagi…