Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Agak dah lama ak x menulis kan… blog ni pun dah macam hidup
segan mati x mahu… huhu
Biasalah… kadang2 banyak idea nak menulis tapi malas gak la…
Rasanya belum terlewat untuk ak mengucapkan selamat hari
raya kepada korang semua…
Macam mana raya korang… mesti banyak dapat duit raya kan…
Ak pun boleh tahan banyak gak la… ada la RM3.00… hehe
Dan duit tu ak simpan sampai sekarang… mengenangkan tahun ni
adalah tahun terakhir ak akan terima duit raya….
Tahun depan ak pula yang akan bagi duit raya…
Raya ni agak istimewa sebab disamping beraya, kita sambut
merdeka ke-54 sekali kan…
Tapi mungkin ak sorang perasan, ataupun korang pun perasan
sekali…
Merdeka tahun ni macam x meriah kan… mungkin sebab kita
lebih utamakan raya kot… huhu
Lagipun generasi Y macam ak ni mungkin x menghargai sangat
kot sambutan kemerdekaan ni…
Sebab x pernah merasai kesusahan zaman sebelum merdeka…
huhu…
Dan sekarang ni (hari ni) kita sambut Hari Malaysia ke-48…
maknanya dah 48 tahun Malaysia ditubuhkan…
Hurm… Tanah Melayu +
Sabah + Sarawak – Singapura = Malaysia… hehe…
Lebih kurang la…
Hari ni juga ulang tahun ke-2 anak saudara ak, Sallahuddin
Ay-Ayyubi… disini Pakteh Yen ucapkan selamat hari jadi… hehe
Akhir sekali… ak harapkan semoga Malaysia tetap aman…
Walaupun kita banyak ideology politik…
Tapi kalau boleh… keamanan tetap kita jaga…
Ok lah… papepun
Jumpa lagi…
No comments:
Post a Comment