Islamic Widget

Al Quran

Saturday, July 14, 2012

Kerana agama...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Setelah lama x layan berita... tadi ak meluangkan masa melihat berita2 dalam dan luar negara...
Hurm... xda yang menarik... sama macam hari2 lain...
Politik, Jenayah, Sukan, Dalam negara, Luar negara dan sebagainya...

Cuma tertarik dengan ucapan PM Najib berkaitan isu jangan gunakan agama dalam berpolitik...
Yup ak tahu dia cakap pasal PAS sebab ada perkataan Negara Islam, Negara Kebajikan, Hudud...
Tapi ak x mahu sentuh isu tu sebab ak x suka trend politik Malaysia sekarang ni...

Yang ak nak cakap... pasal sekarang ni ramai orang suka gunakan agama...
Yup, x salah cuma ia jadi salah bila guna agama untuk kepentingan sendiri...

Dengan nama agama... orang mencarut dan memaki sesama sendiri... buka la mana2 blog yang popular... sesi memaki dan diselang-seli dengan dakwah dicampur-adukkan... perlu ke berdakwah dengan ayat2 cacian???

Dengan nama agama... orang cuba menjual produk entah apa kebenda... benda yang kita boleh dapat dengan harga yang murah tapi bila diletak dengan unsur2 agama... harga jadi berlipat kali ganda...
Contohnya kismis, madu, Nigella sativa dan lain2 lagi...

Dengan nama agama juga... orang gunakan untuk jatuhkan orang... terutamanya keadaan politik sekarang... semua berjuang demi menegakkan agama... tapi masing2 bergaduh sama lain... akhirnya... orang lain ambil kesempatan dan kita semua kalah...

Dengan nama agama juga... orang cuba untuk jadi popular... post benda2 islamik dalam Fb... ak x kisah tapi kadang2 hadis2 yang di post tu x dikaji sahih ke x??? dan kadang2 sampai nak solat pun post dulu dalam Fb... x paham... dan ak x suka dengan benda yang ak x paham...

Hanyalah pandangan peribadi... terima atau x... itu hak korang...

Papepun... jumpa lagi...

Tarah sahaja gunung itu

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dalam ak mengharungi kehidupan ak selama ni...
Dah terlalu banyak ak jumpa ragam orang...
Sampai x terkira...

Dan kali ni ak nak cerita ragam antara ragam orang yang ak jumpa...

Bila diberi masalah... akan ada 2 golongan...
Golongan yang hanya memikirkan masalah tu...
Dan golongan yang cuba menyelesaikan masalah tu...

Ak ada tulis status dalam fb... lebih kurang... "Gunung yang besar pun kalau kita tarah sikit2, akan rata juga"...

Maksud ak dalam Fb tu... masalah walau sebesar mana pun... kalau kita usahakan sikit2... lama2 akan selesai...
Kalau kita x buat apa2 tapi hanya merungut dan mempersoalkan masalah tu... mati hidup semula pun xkan selesai...

Suka kata2 Erra Fazira dalam Filem Cuci... "jangan fokus pada masalah... tapi fokuslah pada macam mana nak selesaikannya" - (lebih kurang la... mungkin x sama)...

Nasihat ak pada korang dan pada diri ak juga...
Setiap kali ada masalah datang dan timbul... sila jangan luangkan masa yang lama tentang masalah tu...
Tapi fikirlah macam mana nak selesaikan masalah tu...

Dan jangan takut kalau kita silap buat keputusan...
Memang lumrah manusia untuk belajar dari kesilapan...

Lagi baik belajar dari kesilapan dari x belajar kerana takut buat silap...

Papepun... jumpa lagi...

Monday, July 2, 2012

Kapel...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Ak x pasti tapi dalam dua tiga menjak ni... ak selalu terlibat dan dilibatkan dengan perbualan berunsur kahwin dan kapel...

Hurm...
Ramai juga orang tanya status ak... ye la kan... dengan muka yang comey nih... mustahil la xda 2-3 orang yang terpikat... ye dak...
Tapi ak tetap dengan status ak selama 23 tahun, 10 bulan ni... ak x pernah dan x da kapel... muktamad...
Dan macam ak cakap... dorang mesti x percaya... sampai nak tengok2 mesej dalam hp ak...
Tengok jek la... x kisah pun...

Ada juga la buat perbincangan serius x seberapa ilmiah... mengenai kapel... hujung minggu hari tu... x da keja kan...
Ak ada satu prinsip dan ak sedar ramai orang x suka dan anggap ak kolot...
Bagi ak... kapel adalah sia2 dan ia boleh menyebabkan ak jatuh ke lembah maksiat... ak nak kahwin tanpa perlu kapel... mungkin kapel 2-3 bulan je...
Dan dalam perbincangan ak tu... ak cuba cari kenapa perlu kapel???
Kalau x kapel memang x boleh kahwin ker???
Dan sistem kapel???

Dan sejujurnya... ak x paham dengan sistem kapel ni...
Dah banyak ak jumpa kawan yang kehidupan dorang yang ceria menjadi x seberapa ceria selepas berkapel...
Dah banyak ak jumpa kawan dan saudara mara ak yang kapel 2-3 tahun, berpisah, jumpa orang lain dan x sampai setahun kahwin...
Tapi ada juga ak jumpa kawan2 ak yang berkahwin dengan kapel2 dorang... x dapat dinafikan lah...

Memang penting ke kapel ni ek???
Sebab kadang2 orang cakap dengan kapel kita boleh berkongsi masalah...
Bagi ak... berkongsi masalah dengan kawan lagi seronok kot... kalau memang kawan kita buat salah tu... kita boleh je 'tiaw' dorang... berani ke korang nak 'tiaw' kapel korang... ada berlaku perang dunia kang...

Lepas tu ada orang kata dengan kapel boleh manja2...
Ni ak x pasti tapi sejujurnya ak benci dengan hubungan geli2 nih...

Dan banyak lagi la keseronokan kapel yang dorang jelaskan tapi ak rasa... ak boleh dapat walaupun x berkapel...
Ye la... memang la ak x dapat pegang tangan orang tapi kornag tahu kan berdosa pegang tangan bukan muhrim tu...

Sebab tu ak x paham sistem kapel ni... kenapa perlu berkapel...

Dan bila ak pikir... bila ak berkapel... hidup ak akan dikonkong...
Pada sesiapa yang kenal ak pasti tahu yang ak (sekarang ni) senang rapat dengan perempuan...
Cuba korang pikirkan bila ak berkapel dan  rapat dengan perempuan lain... sudah semestinya akan berlaku perang... jadi, hidup ak akan terkongkong di dalam penjara yang x berjeriji... huhu...

Entah la... sekarang ni ak selesa dengan kehidupan single ak tapi x seberapa selesa bila tengok orang x selesa yang ak ni single... ak pun dah pening apa yang ak tulis ni...
Tapi ak masih pegang pada prinsip yang ak sendiri reka... berkapel akan menyebabkan korang melakukan maksiat... korang nak marah ak x kisah sebab ni prinsip ak... bukan prinsip korang...

Cuba korang pikir semula... nak ke korang biarkan orang asing pegang tangan korang... x kan...
Tapi bila doranag adalah kapel korang... cepat atau lama... kornag akan saling berpegangan tangan...
Dan manusia ada satu sifat yang x mudah puas hati...
Dari pegang tangan... nak juga merasa pegang bahu... bila dapat pegang bahu nak juga merasa pegang pinggang... lepas tu pegang la apa yang sepatutnya x boleh dipegang...

Tapi ak percaya... korang boleh jaga diri... InsyaAllah korang x kan terlanjur...
Tapi ak adalah spesis manusia yang bernafsu besar... dan percayalah... ak x percaya pada diri sendiri...

kesimpulannya... ak memilih untuk tidak berkapel...
Sila jangan pertikaikan prinsip ak ni...

Papaepun... jumpa lagi...