Islamic Widget

Al Quran

Saturday, July 14, 2012

Kerana agama...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Setelah lama x layan berita... tadi ak meluangkan masa melihat berita2 dalam dan luar negara...
Hurm... xda yang menarik... sama macam hari2 lain...
Politik, Jenayah, Sukan, Dalam negara, Luar negara dan sebagainya...

Cuma tertarik dengan ucapan PM Najib berkaitan isu jangan gunakan agama dalam berpolitik...
Yup ak tahu dia cakap pasal PAS sebab ada perkataan Negara Islam, Negara Kebajikan, Hudud...
Tapi ak x mahu sentuh isu tu sebab ak x suka trend politik Malaysia sekarang ni...

Yang ak nak cakap... pasal sekarang ni ramai orang suka gunakan agama...
Yup, x salah cuma ia jadi salah bila guna agama untuk kepentingan sendiri...

Dengan nama agama... orang mencarut dan memaki sesama sendiri... buka la mana2 blog yang popular... sesi memaki dan diselang-seli dengan dakwah dicampur-adukkan... perlu ke berdakwah dengan ayat2 cacian???

Dengan nama agama... orang cuba menjual produk entah apa kebenda... benda yang kita boleh dapat dengan harga yang murah tapi bila diletak dengan unsur2 agama... harga jadi berlipat kali ganda...
Contohnya kismis, madu, Nigella sativa dan lain2 lagi...

Dengan nama agama juga... orang gunakan untuk jatuhkan orang... terutamanya keadaan politik sekarang... semua berjuang demi menegakkan agama... tapi masing2 bergaduh sama lain... akhirnya... orang lain ambil kesempatan dan kita semua kalah...

Dengan nama agama juga... orang cuba untuk jadi popular... post benda2 islamik dalam Fb... ak x kisah tapi kadang2 hadis2 yang di post tu x dikaji sahih ke x??? dan kadang2 sampai nak solat pun post dulu dalam Fb... x paham... dan ak x suka dengan benda yang ak x paham...

Hanyalah pandangan peribadi... terima atau x... itu hak korang...

Papepun... jumpa lagi...

No comments: