Islamic Widget

Al Quran

Thursday, May 2, 2013

Kerja... untuk apa???

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Rasanya dah lama gila gila gila gila gila ak x menulis dalam blog ni kan...
Bak kata orang zaman sekarang, dah bersawang...
Hurm... banyak cerita sebenarnya tapi malas nak tulis...

Tapi... semalam ak ada jumpa seorang kawan lama ni... agaknya hampir 2 tahun x jumpa dia...
Banyak lah kami berborak tapi ada satu topik ni ak suka... Sampai pagi ni ak terpikir lagi...

"Kita kerja untuk apa ek???"

Bagi yang masih belajar mungkin x faham... cuba tukar soalan tu "Kita belajar untuk apa ek???"...
Kan, topik yang agak menarik...

Masa permulaan ak kerja dulu, ak sebenarnya nak jumpa ramai orang, cari pengalaman dan lain-lain niat yang murni... Senang kata... ak nak berseronok waktu bekerja...
Tapi bila dah bertahun... ak perasan ak kerja semata-mata sebab duit...
Sebab nak bayar bill... nak tampung kos sara hidup... nak tanggung keluarga...
Dan disebabkan itu... kita terpaksa kerja dalam keadaan x seronok... menjadi zombie...

Dan topik menarik selepas itu... sampai bila kita nak kerja macam ni...
Duit bulan2 kita dapat tu... adakah bertahan lama... Paling lama pun tahan 3/4 bulan... itupun dah habis jimat...
jadi... kena kerja tiap2 bulan... kadang-kadang sampai abaikan kesihatan... abaikan emosi diri sendiri... dan yang paling teruk... abaikan famili...
Dan yakin ke dah tua nanti kita boleh rehat??? Aset dah cukup ke untuk kita rehat??? Sebab ada sesetengah orang... umur dah 50-60 pun masih kena kuat bekerja demi untuk sesuap nasi...

Topik yang berat kan... cuba renung-renungkan...

Cuma ak suka nasihat Ustaz Hasrizal dalam wacana secangkir teh pengubat letih...
Waktu muda dan belum berkahwin la sesuai untuk kita merantau melihat negara orang...
Bila kaitkan dengan isu yang ak tulis ni... x kan nak tunggu pencen baru nak merantau... mana ada tenaga dah... hurmmm....

Tapi...
Papepun... jumpa lagi

No comments: