Islamic Widget

Al Quran

Monday, December 16, 2013

Ilmu perkahwinan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Wuish... ish... Lama betul x menulis dalam blog neh...
Sampai lupa kewujudan blog yang x berapa nak penting neh...

Semenjak dua menjak ni ak suka lak dengar ceramah-ceramah Ustaz Hasrizal,
Ni lepas baca buku "Di Hamparan Shamrock" la...
Suka sebab dia pakar (lebih kurang la) dalam sejarah... Dan dia juga ustaz...
Jadi, dia boleh ulas agama dari sudut sejarah... (p.s: ak suka sejarah... ni lepas banyak tengok History Channel la neh)...

Ak x pasti ceramah dia yang mana tapi ada satu ayat tu ak ingat sampai saat ini...
Bukan pasal sejarah tapi pasal remaja...
Ye la, ak kan remaja belia lagi...

Dia ada kata yang (lebih kurang... ingat ingat lupa neh)...
Kos perkahwinan yang tinggi menyebabkan remaja sekarang tumpukan masa untuk kumpul duit untuk kahwin...
Dan kebanyakan orang lupa kumpul ilmu mengenai perkahwinan...
Jadi, berlakulah perkahwinan yang x kekal lama... Sebab kurangnya ilmu...

Jadi ak pun sibuk nak bagi hipotesis ak... (nak aplikasikan ilmu sains yang dah lama x guna)...
Punca penceraian yang kian menaik bukan sebab kahwin muda... (sebab ada sedara/famili ak ada cakap... kahwin muda sangat nanti x kekal)...
Tapi... remaja tu x da ilmu nak pastikan perkahwinan tu kekal lama...

Ilmu ni termasuklah la... apa bidang tugas suami dari sudut syariat dan sunnatullah...
apa bidang tugas isteri dari segi syariat dan sunnatullah...
Macam mana didik anak dari sudut agama, psikologi, sunnatullah DLL...

Banyak lagi cabang ilmu untuk mendirikan rumah tangga ni...
Bukan belajar ilmu malam pertama jek (sebab teringat ada kawan sibuk tanya berkenaan malam pertama pada kawan yang lain... ak pun duduk mendengar sambil mencatat je... T_T)...
Sebab kahwin bukan sehari dua... makan tahun tahun dan ada sampai puluh puluh tahun...

Jadi, nasihat ak yang x pernah kahwin ni...
Tuntutlah ilmu...
Ada ilmu boleh amal...
InsyaAllah... Amal dari ilmu yang betul boleh mendatangkan kebahagiaan...
Hua3...

Papepun... jumpa lagi...


2 comments:

mar yanie said...

perkahwinan bukan untuk sehari dua seminggu dua tp tuk selamanya insyaallah. Proses pembelajaran akan berlaku setiap hari. Semakin lama semakin banyak yg kita akan belajar mengenai pasangan kita. Kalau kita belandaskan syariat, cara Islam yg betul Insyaallah.. Allah berkati dan permudahkan..:)

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

betul tu yanie...
mesti sentiasa kumpul ilmu setiap hari...
tp yea lah... sblum kahwin pun kena penuhkan ilmu didada...
takut jadi kes sekarang...
kahwin cerai kahwin cerai...