ingat nak tulis pasai JKMKTR 09 lama dah
cuma kerana terlalu sibuk dengan PSM, keinginan itu terbantut
ditambah lagi dengan sikap diri ini yang pelupa...
JKMKTR 09
pada 02 jan 2010, berakhirlah secara rasmi jawatan ak sebagai Ketua Exco Gerak Gempur atau ak lebih suka diringkaskan sebagai EGG...
setahun ak menjalani kehidupan sebagai ahli jkm banyak menberi kenangan pahit dan manis, tapi kebanyakannya adalah kenangan manis.
dalam JKM, ak telah diajar bagaimana mengurus orang dan suatu organisasi, program dan acara.
JKM juga membolehkan ak melihat pelbagai ragam manusia, ada yang anti jkm, yang pro jkm, ada jkm yang bersuara besar, ada yang x keluar suara dan macam2 lagi...
walaupun ada ketika ak rasa menyesal sangat masuk jkm, tapi dek kerana janji yang telah dibuat semasa sesi temuduga, terpaksa jua ak gagahi dan setia menjalankan tanggungjawab yang diberi...
dalam jkm, ak ada timbalam yang diberi nama sebagai Ismail b Abu Hassan
dalam jkm, ak rapat dengan semua ahli walaupun pada mulanya ak agak pendiam seperti Alfahisham tapi kemudiannya ak menjadi bising walaupun tidak sebising Sakina, Erni dan Radziah.
walaupun dalam JKM ada insan pelik seperti Daus dan Syazrie, mujurlah ak x jadi seperti mereka.
walaupun dalam JKM selalu ada konflik, tapi konflik tu yang menyatukan kami semua.
teringat ak ada merancang satu komplot dengan Hajar tapi x dapat dilaksanakan, huhu.
terinagt mengenai nak buat program LANCAP (Larian Balai Cerap) bersama Akmal tapi x jadi,
teringat juga mengenai GeJaRi yang sepatutnya diarahkan olah ak tetapi atas sebab2 teknikal, program itu x dapat dijalankan tapi Kem Pemantapan Mahasiswa KTR agak menyerupai program itu.
teringat juga mengenai Program Sambutan Hari Raya arahan Ismail yang menyebabkan sebilangan besar warga KTR sakit perut.
teringat juga mengenai Program Figura arahan Khairuddin yang menyebabkan ak sangat letih dari segi mental dan fizikal.
teringat juga Program Ihya' Ramadhan arahan Erni yang sangat berjaya walaupun peruntukan sangat kurang.
dan banyak lagi program...
dalam JKM, ak banyak mengumpul kenalan,
sampai ak x ingat mana ak jumpa diorang semua, huhu.
banyak juga mengumpul memori.
seronok sangat join JKMKTR 2009
harap walaupun pasni kita bukan dalam satu organisasi
tapi kita masih leh berjumpa dan menbuat program bersama2
P.S
* ari tu ak, daus, ismail, linda pergi mandi kat air terjun pulai. program arahan ismail.
** pastu kami (ak, daus, linda, ismail dan hamizah) mandi kat air terjun kota tinggi. program arahan firdaus.
*** pasni x taw nak mandi kat mner....
No comments:
Post a Comment