Islamic Widget

Al Quran

Wednesday, January 25, 2012

Rahsia Pembunuh Ekonomi Dunia


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semalam ak baru habis baca satu buku...
Rahsia Pembunuh Ekonomi Dunia yang dialih bahasa dari tajuk asal dia...
Confessions of An Economic Hit Man...



Ditulis oleh John Perkins... salah seorang Economic Hit Man (EHM)...
Buku ni ditulis dalam bentuk cerita dan ada fakta... mungkin untuk menarik minat pembaca kot...
Jadi, lebih kurang macam baca novel... perjalanan hidup John Perkins sebagai EHM...



ni la John Perkins... bekas EHM

Apa dia EHM ni...
EHM ni lebih kurang seorang lelaki atau perempuan yang dilatih untuk meruntuhkan ekonomi sesebuah negara...
Amerika yang menggunakan sistem EHM ni...
EHM ni mungkin seorang penganalisis ekonomi, CEO syarikat2 besar, pegawai2 eksekutif dan lain2...
Tapi tugas sebenar adalah yang macam ak cakap tadi... biasanya dibayar dengan gaji yang sangat tinggi..



Cara EHM ni...
Bila Amerika jumpa satu negara yang ada sumber berharga... contohnya minyak...
Dia akan menghantar EHM2 untuk memujuk dengan apa jua cara kepada pemimpin negara itu...
Untuk meminjam duit dari bank dunia untuk membangunkan negara diorang...
Tapi, diorang mesti menggunakan khidmat2 syarikat dari Amerika untuk proses pembangunan itu...

logo bank dunia


contohnya...
Pahang tiba2 ada sumber minyak... (ak pilih Pahang sebab negeri ak... huhu)...
Amerika pun hantar EHM... pujuk MB Pahang untuk laksanakan pelan2 pembangunan yang dirancang oleh EHM tu...
Tapi Pahang hanya boleh mengupah pekerja2 dan syarikat2 yang Amerika senaraikan...
Bank dunia boleh bagi pinjaman...
Dan bila kita fikirkan... duit itu akan kembali semula ke Amerika... Amerika x rugi apapun... malah dia untung sebab syarikat2 negara dia dapat bisnes...

gambar pelantar minyak... sekadar gambar hiasan


Jadi, macam mana ekonomi boleh runtuh???
Kita kan tahu setiap pinjaman ada bunga/interest...
Jadi, EHM akan memujuk pemimpin untuk meminjam dalam wang dalam bentuk yang besar dalam tempoh yang lama... jadi bunga pun makin besar...
Dan EHM juga bertanggungjawab menyebabkan negara yang terlibat untuk muflis... ada la kot cara dia...

Apa faedah dorang buat camtu???
Bila suatu negara muflis dan berhutang dengan Bank Dunia...
Secara x lansung negara ini akan menjadi kuda kepada Amerika... kiranya macam hamba la...
Dan Amerika akan mempunyai hak untuk serap dan ambil semua sumber alam negara itu...

Macam gitu la lebih kurang...

Sekarang ni nak mula baca buku "Fiksyen 302" hehe...

Jangan percaya... tagline dia


papepun... jumpa lagi...

No comments: