Islamic Widget

Al Quran

Friday, January 20, 2012

Pensijilan Halal

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sekarang ni ak tengah tengok Khidmat Syariah (TV Al-Hijrah)...
cerita pasal Sijil Halal...

Sebelum ni memang ak pernah dengar pasal orang kata Sijil Halal Malaysia diperakui seluruh dunia...
Kiranya kalau dapat kalau dapat Halal Malaysia... boleh gunakan tanpa was-was la...

Bila ak dah masuk dalam industri yang menyebabkan ak kena terlibat dengan sijil halal...
Nak dapat sijil Halal Malaysia memang susah... bukan susah sebab apa... auditor tu bertanggungjawab memeriksa SETIAP bahan yang digunakan dalam penghasilan sesuatu produk...
Secara downstream dan upstream...

Downstream tu dia kena tahu apa kandungan bahan mentah... ada unsur2 najis atau x???
process flow dia macam mana???
syarikat pembekal ada sijil halal yang diikhtiraf JAKIM x???

upstream lak macam mana kita hasilkan produk tu...
Daripada segi kebersihan dan cara kita hasilkan...
Pekerja kita macam mana...
Dan macam2 lagi...



Jadi mungkin sebab tu sijil halal dari JAKIM bernilai kot...
Sebab tu selalu ada kes penyalahgunaan logo sijil halal...
Tapi kalau ikut Akta Perihal Dagangan 2011...
Sesiapa yang guna logo halal tanpa kebenaran oleh JAKIM boleh didenda sehingga RM 5 juta...

papepun... jumpa lagi...

No comments: