symposium maulidur rasul anjuran MSI, UTM
satu program yang amat menarik,
ak ada datang forum pada hari jumaat (26 feb 10) yang menbicarakan mengenai isu sunnah dan hadis Rasulullah dan dihadiri oleh ahli panel (x ingat nama) yang sangat arif.
tapi ak suka satu statement ahli panel tu,
dia kata, hidup kita mula porak peranda kerana kita tidak mengikut manual bagaimana kita sepatutnya menjalani kehidupan ini,
analogi yang dia bagi,
kalau kita beli mesin basuh yang paling power pun,
kalau kita x ikut manual atau aturan, mesin basuh itu akan rosak.
mesti korang tertanya kan, apa manual hidup kita ni???
Rasulullah pernah bersabda bahawa
kita takkan sesat selagi kita mengamalkan apa yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah...
yea.. manual hidup kita adalah Al-Quran dan As-Sunnah...
bila kita mula meninggalkan Al-Quran dan As-Sunnah
kita mula menuju kehancuran
tengoklah remaja-remaja kita
isu mat rempit
penagihan dadah
pembuangan bayi
zina
dalam pentadbiran pula
dengan rasuah
pecah amanah
perpaduan berpecah belah
keadilan dipermainkan
dan macam perkara lagi
jadi, kalau kita nak maju dan berjaya macam zaman salafus soleh
kita mesti hidup berpandukan manual yang telah diberi
No comments:
Post a Comment