semasa cuti kat rumah,
ak ada menonton satu cerita yang menberi kesedaran kepada ak
sebagai seorang muslim dan pelajar.
"what ancient did for us" saluran History (astro 555) pada sabtu lpas ada menceritakan sumbangan orang muslim kepada masyarakat sekarang.
sarjana2 islam seperti ibnu sina DLL ada dinyatakan antara pemberi sumbangan paling beranfaat bukan hanya kepada masyarakat muslim tapi juga kepada seluruh orang di dunia ini.
jam pertama yang paling tepat dan kompleks dibina oleh orang islam dinamakan astrolab.
jam ini digunakan supaya kita dapat menentukan waktu solat dan waktu berbuka puasa.
industri minyak dan bahan api pun berhutang budi pada orang islam kerana sistem @ mekanisme penapisan dicipta oleh orang islam. dengan sistem ini, kita dapat menapis minyak (penyulingan berperingkat) dan menukarkan petroleum asli yang tak berguna kepada satu bahan yang sama nilai dengan emas (emas hitam = petroleum)
kincir angin pun berasal dari ciptaan orang islam yang berdasarkan penghancur gandum.
alatan perubatan ibnu sina masih digunakan atau dimodifikasi sedikit dan digunakan sampai sekarang. buku beliau al qanun fil al-tib (lupa nama tapi betul kot nih) atau dalam bahasa inggeris - canon of medicine masih lagi digunakan oleh bakal doktor di negara2 barat.
dan banyak lagi....
ini menbuatkan ak terfikir, ilmuan islam dahulu telah banyak berjasa pada generasi kita tapi apa jasa kita kepada generasi akan datang. pada masa dahulu, orang islam berebut2 mencari ilmu demi memajukan agama dan diri tapi kita sekarang berebut2 memusnahkan diri sendiri.
sesuatu tamadun ada bangun dan runtuh dan mungkin kerana ada generasi seperti kita yang malas mencari ilmu merupakan pengakhiran kepada tamadun islam yang sangat gah pada masa dahulu.
mungkin kita terlalu berbangga dengan masa silam sehingga terlupa tugas kita kepada generasi masa depan.
teringat ada kata2 ak sendiri pada seorang teman
jangan terlalu memikirkan masa silam,
kerana ia adalah kenangan yang sudah lepas,
jangan juga terlalu memikirkan masa depan,
kerana ia adalah satu cita2 yang x pasti,
tapi fikirlah tentang masa sekarang,
kerana masa sekarang adalah penentu masa depan yang cemerlang dan masa silam yang gemilang,
No comments:
Post a Comment