Islamic Widget

Al Quran

Monday, March 29, 2010

presentation




dalam wikipedia. com, presentation didefinisikan sebagai
"Presentation is the practice of showing and explaining the content of a topic to an audience or learner. A presentation program, such as Microsoft PowerPoint, is often used to generate the presentation content"

dan esok ak akan menghadapi presentation yang besar,
memang ada rasa takut sampai kaki menggigil2,
perut pun asyik memulas dan rasa macam nak muntah,
tapi, terpaksa jua ak present projek sarjana muda ak di depan pelajar2, pensyarah2 dan penilai2 ak pada esok.

ini bukan kali pertama ak present,
dan ini juga bukan kali terakhir,
selama ak belajar, beribu2 kali ak present topik2 tertentu,
dari bab agama sampailah sains,
tapi, kenapa rasa takut sangat ni.

mungkin esok adalah Symposium FYUP,
satu hari yang ditunggu2 oleh pelajar tahun akhir,
tapi, ak pernah buat presentation yang agak besar,
presentation projek L.I ak,
kena present depan pegawai penyelidik Bahagian Agroteknologi dan Biosains (BAB),
Agensi Nuklear Malaysia.
masa tu, semua pegawai berpangkat Dr ada,
siap pengarah bahagian lagi,
ada juga budak2 dari Universiti lain,
tapi, semuanya berjalan lancar,
insyaAllah, esok mungkin macam tu juga.
Amin...

Sunday, March 28, 2010

keluarga ak kemalangan...

Khairul Nizam

salam wei...kitorang eksiden.

lala patah kaki dengan lengan

mak berjahit kepala...
7:22pmNazreen

cakap la btoi2

jgn men2
7:22pmKhairul Nizam

betul la....tak caya tanya ngah
7:22pmNazreen

eksiden dgn per

lala ok x???

bler tuh
7:23pmKhairul Nizam

tengah hari tadi

lala kat hosp kuantan

operate malam ni. masuk besi dan sambungkan urat dier yang terputus
7:24pmNazreen

mak lak cmner???

cmner leh eksiden
7:24pmKhairul Nizam

trauma...ader kat umah

20jahitan
7:24pmNazreen

eksiden dgn apa???
7:26pmKhairul Nizam

dengan hilux.....dier masuk jalan kitorang....sempat brek tapi langgar jugak...

aku terbabas langgar divider....

keter hancur
7:26pmNazreen

bdk2 len xda pape lak???
7:26pmKhairul Nizam

takder aper
7:28pmNazreen

nnt la

insyaAllah rabu ni yen balik pekan
7:29pmNazreen

mak x da pape kn, leh cakap n gerak x???
7:41pmKhairul Nizam

bleh....trauma je



ak chat dengan abang ak waktu maghrib tadi,
semalam ak baru berborak dengan kawan2 ak
pasal mak dan adik ak
x sangka dapat berita macam ni

Ya Allah,
dah la ak tengah tertekan dengan Symposium FYUP ni
ingat nak balik sekarang tapi kena tunggu selesai simposium ni

Ya Allah,
Engkau selamatkan adik ak,
Engkau permudahkanlah pembedahan adik ak,
dan Engkau pulihkanlah mak ak dari trauma,
Amin...


...perlukan seseorang untuk bercakap tapi ak bukan jenis orang yang suka meluahkan perasaan. nak post dalam facebook, nanti jadi tersebar sangat. jadi, ak luahkan dalam blog ni sebab follower ak sikit dan mereka jarang buka blog.

Thursday, March 25, 2010

memori masa kecil

semenjak dua menjak ni,
ak selalu terfikir zaman ak kecik2,
lepas tu, kadang2 masa berborak dengan kawan2 ak,
mesti kami tersentuh topik masa zaman kecil2.
rasa macam dah tua walaupun ak masih muda
umur baru nak masuk 22 tahun.

tapi masa ak kecik2,
ak seorang yang cukup lasak dan aktif,
petang ak diisi dengan aktiviti luar,
memang x duduk dalam rumah lansung

teringat bila ak masuk hutan dengan kawan2,
famili ak x tahu pun,
dalam hutan tu kami jumpa ular sawa,
mandi dalam sungai,
tangkap ikan,
jumpa biawak besar,

kadang2 kami main perang2,
tapi pukul betul2,
dulu ada geng angah dan geng faiz,
ak rapat dengan dua2 geng,
jadi kadang2 ak join geng angah n kadang2 join geng faiz,
ak pernah campak budak dalam longkang, budak geng faiz
pernah rejam batu sampai berdarah2
libas budak dengan pedang kayu

kadang2 kami main gak permainan budak perempuan,
main lompat tali,
main tip top (main lompat2)
main tudung radnek (ataupun orang panggil tudung oren)

ak pernah jatuh motor,
pastu tergolek masuk dalam longkang,
memang trauma tapi x menangis,
masuk rumah ikut pintu belakang,
sorok baju pastu mandi,
takut mak dan abah tahu.
peha ni pernah juga terbelah,
kena zink karat,
memang dalam sampai nampat isi daging,
parut ada lagi sampai sekarang,
tapi mak dan abah x pernah tahu pun,
ak balut luka dengan kain buruk jer.

pernah dituduh sebagai perogol
sampai mak budak perempuan tu datang rumah,
tapi setel cara baik, ye la, budak2, mana tahu apa2
bukan rogol la, pikir semula, ak sakat budak tu jer,
pastu ada la pegang sikit2.
mintak2 budak perempuan tu x ingat dah.

lepas ak pindah, ak dah x berapa aktif dah
ak duk taman perumahan,
budak2 pun dah moden sikit,
tiap2 petang main bola dan galah panjang,
selalu juga gaduh2, tapi x ganas macam dulu.

lepas tu pindah lagi,
lepas tu ak terus jadi pendiam,
fokus pada SPM,
aktif pun dengan kawan2 sekelas,
walaupun kadang2 jadi gila sikit

tiba2 teringat memori lama,
teringat perangai lama
kalau lah doraemon betul2 wujud
ak nak balik zaman dulu
tapi, bak kata iklan petronas dulu
jalan jangan ke belakang
tapi ke depan.
huhu

sambung master atau kerja

tinggal lebih kurang sebulan jer lagi,
untuk ak tamat belajar dan menerima ijazah (InsyaAllah),
tiba2 rasa risau pula di hati,
samada nak sambung master atau nak bekerja???
sebenarnya dah lama rasa risau tapi sekarang ni,
rasa tu makin kuat.

ak dah tanya ramai orang tentang benda neh,
kebanyakan orang yang dah berkerjaya suruh ak kerja dulu,
lepas tu baru sambung master,
sebab nanti ak boleh ambil master yang berkaitan dengan kerja ak,

kawan2 ak yang masih belajar lak kata baik sambung master dulu,
sebab kalau dah kerja,
mesti malas nak belajar,
lagipun budak yang ada ijazah ramai yang mengangur,

macam mana ek???
ermm

adakah ak sebegini popular

ak pasti dan yakin bila korang baca tajuk ak, korang akan kata "perasan gila yen nih"
dan ayat2 yang menbawa maksud yang sama,
tapi realitinya memang macam ni,
mengapa dan kenapa ak cakap begitu???
ak rasa ramai orang kenal ak,
dan ak lansung x kenal diorang
macam semalam
lepas ak dan kawan2 tengok filem 'alice in the wonderland'
ak dihampiri oleh seorang wanita dan menegur ak,
ak pun pelik la pastu dia cakap, "eh, x kenal ker"
secara spontan ak pun kata "kenal la, hyee..."
x kan nak kata x kenal lak, malu la dia kan.
sampai hari ni ak tengah fikir, sapa budak tu ek???

sebenarnya sebelum ni memang banyak terjadi kisah macam ni
antaranya ada sorang budak laki tu tegur ak,
dia tahu nama ak tapi ak lansung x tahu pasal dia,
tapi ak jenis senang diajak berborak dan
ak terus berborak dengan dia, pasal kelas la, kehidupan la,
tapi, sampai sekarang x tahu siapakah dia

dekat f.k.e pun banyak juga orang tegur ak,
orang lambai tangan ak pun lambai tangan,
orang hye dengan ak, ak pun hye la dekat dia,
tapi ak x kenal pun kebanyakan dari diorang.

kadang ak terpikir,
macam mana diorang kenal ak???
adakah kerana gambar ak ditampal di sekeliling KTR???
ataupun kerana poster2 yang mengandungi nama dan no hp ak pernah diedarkan???
ataupun kerana nama ak pernah ditaip dalam laman web FBB dan blog evolusi bebas???
ataupun mereka pembaca setia blog ak???
ataupun mereka adalah stalker ak???
pening sungguh ak memikirkannya.

Sunday, March 21, 2010

temuduga pertama

pegawai sains gred c41 (kaji kuman) adalah satu jawatan yang ak mohon dalam spa8. x sangka pula pada 17 mac 2010, ak telah dipanggil menghadiri temuduga di pejabat spa kat k.l.

mula2, memang tak nak pergi sebab thesis x siap lagi, ada assignments lagi, dengan kuiz dan tests nya tapi lepas tanya kawan2 dan lecturers, diorang suruh pergi. family pun beriya suruh pergi.

jadi, mula2 ingat nak terus pergi ke k.l dari johor tapi naluri ini kuat mengatakan perlu balik pekan dulu,
jadi, baliklah ak ke pekan dalam pukul 1100am selepas mendapat pengesahan dari ketua jabatan biosains, Dr Shafinaz Shahir. ak balik tanpa beritahu kawan2 ak, hahak.
sampai pekan dalam pukul 1600 dan selepas menguruskan beberapa dokumen, ak bertolak ke k.l dengan abang ak dalam pukul 2300.
sampai k.l dalam pukul 0600 dan kami terus melangkah ke kotaraya itu dan tiba di tempat tujuan dalam pukul 0800.
lepas tukar baju yang kemas, masuklah ak ke tempat pendaftaran dengan poyonya.
risau juga sebab sepatutnya ak x boleh pohon jawatan tu sebab ak x dapat ijazah lagi,
tapi, kalau kita x pergi temuduga tanpa alasan yang kukuh, nama kita akan di senaraihitamkan oleh spa.
selepas menunggu sejam dalam bilik pendaftaran tu, barulah ak dapat masuk ke bilik temuduga,
masuk jer dalam bilik tu,
ada 2 orang penemuduga yang telah bersedia menghentam ak dengan soalan2 maut mereka,
nasib baik ak telah bersedia sebab ak telah pun menghadiri kursus "how to get yourself employ" oleh Dr Shahir

mula2, penemuduga tu tanya ak kenapa gambar i/c potostat x sama dengan i/c original,
ak pun kata lah, ak ambil salinan masa nak mohon u.p.u dulu, x sempat nak potostat, sebab dapat surat lambat, hahahak.

pastu dia suruh ak bagitahu nama, no i/c dan alamat,
dalam hati ak kata, bacalah kat i/c ak tuh tapi, dengan sopan santunnya ak bagitahu la nama, no i/c dan alamat...

pastu dia tanya mengenai transkrip ijazah ak
ak dengan cuaknya mengatakan ak x grad lagi, tapi akan grad bulan 8 ni dan sekarang ni dalam proses menulis thesis,
pastu dia suruh ak berfikir 'situasi paling buruk' macam mungkin ak gagal dalam thesis dan macam2 lagi
ak pun pertahankan la, ak kata projek dah siap, tinggal nak hantar thesis jer.

pastu dia tanya, kalau ak dah jadi pegawai sains, macam mana ak nak urskan makmal agar sentiasa selamat...
aduh, camna nak jawab neh, ak pun mengarutlah, nasib baik ak ingat peraturan dalam lab, ak kata la, kena letak bahan kimia kat tempat selamat la, berhubung dengan pegawai atasan la, beli safety fume hood la, dll

pastu giliran penemuduga kedua lak bertanya,
dia banyak tanya macam mana nak diagnose penyakit
ak jawab la pasal sampling, uji bacteria dan macam2 lagi
megikut koch postulates
tapi dia nak approaches lain, mane la ak taw, dan ak bagi taw
"ermmm, saya tak tahu" (dengan machonya)
dia pun bagi tahu la guna test antibiotic la, vaccine la etc

pastu dia tanya pasal penyakit kelamin, punca dan macam mana nak diagnose
ak gtaw apa yang ak ingan
gonorrhea dan siplis.
nak diagnose ak gtaw sama macam soalan sebelum ni
pastu dia tanya approach lain,
dengan poyonya ak kata "blood test"
pastu dia angguk, hahahak

pastu penemuduga pertama nak tanya lagi
tolong sebutkan 5 rukun negara...
ni soalan paling susah, tergagap ak menjawab
ada perkataan yang hilang, huhu
pastu dia suruh elaborate 1 rukun negara
ak pilih 'kepercayaan kepada tuhan'
nasib baik ak pernah present dalam assignment hub. etnik
so, ak elaborate dengan jayanya....

pastu dia tanya, ak ada soalan x???
ni la masa yang ak tunggu2...
ak tanya, pasal x grad lagi tu, ada msalah ker???
dia kata, nanti pihak dia akan pikir sebab nanti akan ada banyak orang yang datang temuduga.

pastu ak tanya, ak boleh x dapat kerja ni???
dia kata, dia akan tengok dari segi akademik, teknik, aktiviti dan keyakinan.
dia kata, aktiviti ak okey

pastu ak tanya lagi, daripada reaksi dan jawapan ak tadi, ak berpeluang x dapat kerja nih???
dia kata, boleh kot cuma kena tengok calon lain dulu...

ak pun tanya lagi, soalan untuk diagnose penyakit tu bukan untuk doktor ker???
penemuduga ke-2 jawab, pegawai sains x sama dengan pegawai penyelidik, apa yang ak terang tadi banyaknya mengenai penyelidikan. pegawai sains banyak kepada bahagian admin.

ak nak tanya lagi tapi rasanya cukup la tu, lepas ucap terima kasih, ak pun keluar bilik dengan senyuman, calon lain tengok sumer jadi cuak. hahahak.

pastu, ak naik bus kat pudu dalam pukul 1300 dan sampai UTM dalam pukul 1700.
penat gila dalam masa 24 jam nih...

tiba2 teringat lak kesalahan etika masa temuduga tu
1. ak pergi temuduga tanpa mandi, hahahak. gosok gigi pun x. kalau la diorang tahu, mesti kena rejek.
2. kalau tengok dari atas okey, dengan pakai tie, berkemeja, pakai seluar slack. tapi pakai kasut sukan. fail gila. hahahak

Saturday, March 6, 2010

hidup tanpa laptop

sedar x sedar
dah nak dekat 1 sem ak hidup tanpa laptop
sampaikan kawan2 ak kagum dengan keupayaan ak hidup tanpa laptop
ada juga rasa sunyi tanpa laptop.

ye la,
laptop tu umpama awek atau bini ak,
tempat ak mengisi kekosongan
tempat ak menggembirakan hati yang lara nih
tapi, dia pergi meninggalkan ak
huhuhu, T_T.

laptop tu la harta ak yang paling mahal pernah ak beli,
RM 1900 sebiji
abang ak yang beli masa ak tahun 1
ingat lagi,
time tu banjir dan abang ak terpaksa naik bot sebab jalan Pekan-Kuantan banjir
sebab nak hantar laptop tu
laptop tu pun paling kuat serap wifiutm
laptop tu pun paling kuat
pernah jatuh banyak kali tapi x cedera pun, x keluar darah pun

tapi rosak juga akhirnya
rosak masa ak overnight kat lab microbe
microbes budak2 lab kot masuk dalam laptop tu
nak hantar bela,
mahal sangat, RM 1600
sebab motherboard dan processor yang rosak
jadi, ak hantar laptop tu balik ke pekan, huhu

banyak kenangan ak dalam laptop tu
gambar dari tahun 1 ke tahun akhir
lagu2...
video2...
journal2...
artikel2...
dll...

sekarang ni ak nak tulis thesis pun agak susah
nak hantar result
nak check email
nak balas email
sekarang ni ak banyak guna laptop PSZ
dan bioinfo lab
huhuhu T_T

P.S:
* pada sesiapa yang ada laptop tu, renew la warranty anda asebelum terlambat
** hargailah laptop ketika ia masih ada kerana kita selalu menghargai sesuatu apabila ia telah pergi.
*** harap laptop ak bersama-sama dengan laptop2 yang soleh...

Thursday, March 4, 2010

musim yang dinanti oleh setiap pelajar

dah tiga tahun ak jadi mahasiswa UTM ni,
dan setiap sem mesti ada musim ni.
ada yang seronok bila menyambut musim ni
tapi,
99% x mahu lansung musim ni ada.
musim ni akan muncul selepas cuti pertengahan semester.


musim apa ek???
musim test + kuiz + assignment
masa menyambut musim ni
kita akan lihat muka mahasiswa umpama zombie,
nampak stress,
kadang2 ketawa, kadang2 menangis,
x dilupakan yang histeria di malam hari
ada juga sehingga terdampar di penjuru blok

dah tiga tahun ak menjadi mahasiswa
jadi, ni nak masuk kali ke-6 ak menyambut musim ni
memang agak tension dan stress la
tapi, lepas habis je musim ni
biasanya akan tiba musim holiday
cuti2 malaysia...

Tuesday, March 2, 2010

ulang tahun yang pertama

bila ak periksa semula post ak yang pertama
iaitu hari ak mula2 menjinakkan diri dalam dunia blog ni
x sangka ek
blog ak ni dah menyambut ulang tahun yang pertama

blog N@2RE3N diwujudkan pada 18 feb 2009
dulu, ak cadang dalam blog ni,
ak nak kongsi apa yang ak belaja,
minat ak,
aktiviti ak,
dan juga mengenai isu2 semasa,

sekarang ni, ak rasa blog ni dah jadi macam diari pula,
tapi, setakat ni blog ni x terkeluar dari matlamat asal penubuhan,
lepas setahun blog ni dibuat
ak dah post 133 post,
ak dah ada 13 follower,
ak dah follow 24 bloogers yang lain
dan ada sikit2 komen yang ak terima
serta banyak komen yang ak hantar.

seronok juga menulis blog ni,
di samping menjadi tempat meluahkan perasaan,
boleh juga jadi tempat berkongsi pendapat,
dan macam2 lagi.
kawan2 yang lain pun dan mula menulis blog
nasihat ak pada sesiapa yang ingin berblog
anda bertanggungjawab atas apa yang anda tulis...
huhu