Islamic Widget

Al Quran

Sunday, March 21, 2010

temuduga pertama

pegawai sains gred c41 (kaji kuman) adalah satu jawatan yang ak mohon dalam spa8. x sangka pula pada 17 mac 2010, ak telah dipanggil menghadiri temuduga di pejabat spa kat k.l.

mula2, memang tak nak pergi sebab thesis x siap lagi, ada assignments lagi, dengan kuiz dan tests nya tapi lepas tanya kawan2 dan lecturers, diorang suruh pergi. family pun beriya suruh pergi.

jadi, mula2 ingat nak terus pergi ke k.l dari johor tapi naluri ini kuat mengatakan perlu balik pekan dulu,
jadi, baliklah ak ke pekan dalam pukul 1100am selepas mendapat pengesahan dari ketua jabatan biosains, Dr Shafinaz Shahir. ak balik tanpa beritahu kawan2 ak, hahak.
sampai pekan dalam pukul 1600 dan selepas menguruskan beberapa dokumen, ak bertolak ke k.l dengan abang ak dalam pukul 2300.
sampai k.l dalam pukul 0600 dan kami terus melangkah ke kotaraya itu dan tiba di tempat tujuan dalam pukul 0800.
lepas tukar baju yang kemas, masuklah ak ke tempat pendaftaran dengan poyonya.
risau juga sebab sepatutnya ak x boleh pohon jawatan tu sebab ak x dapat ijazah lagi,
tapi, kalau kita x pergi temuduga tanpa alasan yang kukuh, nama kita akan di senaraihitamkan oleh spa.
selepas menunggu sejam dalam bilik pendaftaran tu, barulah ak dapat masuk ke bilik temuduga,
masuk jer dalam bilik tu,
ada 2 orang penemuduga yang telah bersedia menghentam ak dengan soalan2 maut mereka,
nasib baik ak telah bersedia sebab ak telah pun menghadiri kursus "how to get yourself employ" oleh Dr Shahir

mula2, penemuduga tu tanya ak kenapa gambar i/c potostat x sama dengan i/c original,
ak pun kata lah, ak ambil salinan masa nak mohon u.p.u dulu, x sempat nak potostat, sebab dapat surat lambat, hahahak.

pastu dia suruh ak bagitahu nama, no i/c dan alamat,
dalam hati ak kata, bacalah kat i/c ak tuh tapi, dengan sopan santunnya ak bagitahu la nama, no i/c dan alamat...

pastu dia tanya mengenai transkrip ijazah ak
ak dengan cuaknya mengatakan ak x grad lagi, tapi akan grad bulan 8 ni dan sekarang ni dalam proses menulis thesis,
pastu dia suruh ak berfikir 'situasi paling buruk' macam mungkin ak gagal dalam thesis dan macam2 lagi
ak pun pertahankan la, ak kata projek dah siap, tinggal nak hantar thesis jer.

pastu dia tanya, kalau ak dah jadi pegawai sains, macam mana ak nak urskan makmal agar sentiasa selamat...
aduh, camna nak jawab neh, ak pun mengarutlah, nasib baik ak ingat peraturan dalam lab, ak kata la, kena letak bahan kimia kat tempat selamat la, berhubung dengan pegawai atasan la, beli safety fume hood la, dll

pastu giliran penemuduga kedua lak bertanya,
dia banyak tanya macam mana nak diagnose penyakit
ak jawab la pasal sampling, uji bacteria dan macam2 lagi
megikut koch postulates
tapi dia nak approaches lain, mane la ak taw, dan ak bagi taw
"ermmm, saya tak tahu" (dengan machonya)
dia pun bagi tahu la guna test antibiotic la, vaccine la etc

pastu dia tanya pasal penyakit kelamin, punca dan macam mana nak diagnose
ak gtaw apa yang ak ingan
gonorrhea dan siplis.
nak diagnose ak gtaw sama macam soalan sebelum ni
pastu dia tanya approach lain,
dengan poyonya ak kata "blood test"
pastu dia angguk, hahahak

pastu penemuduga pertama nak tanya lagi
tolong sebutkan 5 rukun negara...
ni soalan paling susah, tergagap ak menjawab
ada perkataan yang hilang, huhu
pastu dia suruh elaborate 1 rukun negara
ak pilih 'kepercayaan kepada tuhan'
nasib baik ak pernah present dalam assignment hub. etnik
so, ak elaborate dengan jayanya....

pastu dia tanya, ak ada soalan x???
ni la masa yang ak tunggu2...
ak tanya, pasal x grad lagi tu, ada msalah ker???
dia kata, nanti pihak dia akan pikir sebab nanti akan ada banyak orang yang datang temuduga.

pastu ak tanya, ak boleh x dapat kerja ni???
dia kata, dia akan tengok dari segi akademik, teknik, aktiviti dan keyakinan.
dia kata, aktiviti ak okey

pastu ak tanya lagi, daripada reaksi dan jawapan ak tadi, ak berpeluang x dapat kerja nih???
dia kata, boleh kot cuma kena tengok calon lain dulu...

ak pun tanya lagi, soalan untuk diagnose penyakit tu bukan untuk doktor ker???
penemuduga ke-2 jawab, pegawai sains x sama dengan pegawai penyelidik, apa yang ak terang tadi banyaknya mengenai penyelidikan. pegawai sains banyak kepada bahagian admin.

ak nak tanya lagi tapi rasanya cukup la tu, lepas ucap terima kasih, ak pun keluar bilik dengan senyuman, calon lain tengok sumer jadi cuak. hahahak.

pastu, ak naik bus kat pudu dalam pukul 1300 dan sampai UTM dalam pukul 1700.
penat gila dalam masa 24 jam nih...

tiba2 teringat lak kesalahan etika masa temuduga tu
1. ak pergi temuduga tanpa mandi, hahahak. gosok gigi pun x. kalau la diorang tahu, mesti kena rejek.
2. kalau tengok dari atas okey, dengan pakai tie, berkemeja, pakai seluar slack. tapi pakai kasut sukan. fail gila. hahahak

9 comments:

dayah_blueberry said...

hahahha..kasut suke..striking x??
:p

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

x berapa striking sgt la, tp nmpak sgt x kne

noraslinda said...

boleh plak ko g interview x mandi..ish2 truk ade ke patut.

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

mmg x sempat as
nek bus dr pekan dr kul 11pm
sampai terminal jalan pekeliling dalam kul 5am
tngu lrt bke dlm kul 6am
pastu m'cri tempat tmuduga tu sampai kul 8am
tmuduga start kul 8am
huhu
x sempat

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

jalan kaki selama lebih kurang 2 jam
huhu
utk mencri tempat tmuduga

Anonymous said...

time aku tengah blog walking, x sangka aku tejumpak plak post ni. Kebetulan awaknya intebiu sma ngan aku time ni jugak. Time ni aku pun x grad lg tp kena panggil intebiu ps kaji kuman ni. Tekejut jugak. Tp redah jugak pegi. Sejam besama para intebiu memang memeningkan. Bnyk soalan diagn0stik. Tp yg paling tekejut boleh lulus plak intebiu ni.pas k0nvo bln lepas trus rep0rt duty. Sekarang dah mula betugas dan kena p0sting kat hospital kuala kubu bharu. Mulalah idup sbg pekeja.haha.
Add me 0n fb reimy arnab hensem untuk bek0ngsi pengalaman :)

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

wah... best la ko ek...
tp tu mmg rezki ko...
nnt ak nk blog search ko
hihik

Intan Nur A'in binti Halim said...
This comment has been removed by the author.
Intan Nur A'in binti Halim said...

Assalamualaikum reimy..sy intan..sy akn iv untk jwatan penolong pegawai sains di jbtan kimia..jd sy nk mintak reimy kongsikan pnglaman iv..