baru 5 minit tadi ak ada tengok satu dokumentari...
berdasarkan kisah benar...
cerita pasal King Henry VIII yang memerintah England pada zaman dulu kala...
menarik juga kisah dia ni...
kisah percintaan dia...
dia kahwin dengan kakak ipar dia...
Katherine of Aragon...
tapi mengikut undang2 zaman tu (undang2 kristian)...
Pope kata Katherine masih dara kerana dia x sempat bersetubuh dengan Arthur (abang Henry)...
jadi, kahwinlah mereka...
masalah nya... Katherine x dapat mengandungkan anak lelaki...
bila mengandung, mesti gugur...
mangandung lagi, gugur lagi...
anak dia yang selamat adalah Mary, tapi perempuan la pulak...
masa ni lah cerita makin menarik...
Henry mula mencari perempuan muda yang lain...
banyak juga kes kecurangan yang berlaku tapi Katherine sabar je la...
tapi pesaing Katherine yang paling hebat...
Anne Boleyn...
disebabkan Henry suka sangat dekat Anne Boleyn...
dia nak tabalkan Anne sebagai permaisuri...
tapi banyak gila halangan...
terutamanya halangan dari Pope Clement (paus waktu tuh)...
Henry kata perkahwinan dia dengan Katherine x sah...
tapi Pope tu terpaksa kata sah sebab anak saudara Katherine pernah tangkap dan takluk vatican city...
lepas beberapa perancangan yang tak menjadi...
Henry memutuskan hubungan dengan Vatican City...
kesan ni sampai sekarang wujud...
rakyat England memang bengkek gila la...
dah la Katherine tu ratu yang paling diorang sayang...
pastu disebabkan Anne Boleyn...
agama diorang dah macam pelik...
memang katolik...
tapi bukan bawah vatican...
ada sampai satu kes...
bila Anne Boleyn pergi jumpa kawan2 dia kat London...
lebih kurang 7000 orang datang nak bunuh dia...
nasib baik dia sempat mencabutkan diri (lari lah)...
dipendekkan cerita...
King Henry VIII cerai la Katherine of Aragon...
dia suruh Katherine duduk kat istana yang suram...
sejuk dan lembap...
tempat dia digantikan oleh Anne Boleyn...
Katherine mati kerana kanser...
sebelum mati...
dia sempat tulis surat cinta pada Henry...
sebab masa tu hp x wujud lagi...
kalau x, mesti dia dah hantar sms cinta...
yang ironiknya...
x sampai setahun Henry dan Anne kahwin...
Henry dah mula minat kat dayang Anne...
Jane Seymour nama dia...
lupa nak bagi tahu...
Anne Boleyn ni dayang Katherine of Aragon dulu...
kiranya...
apa yang Anne buat kena kat dia balik...
sekarang ni...
untuk pertahankan kedudukan Anne...
dia mesti melahirkan anak lelaki...
kelahiran pertama...
gugur...
kelahiran ke-2...
dapat putera tapi gugur...
kelahiran ke-3...
dapat bayi yang comey lote...
nama dia...
Elizabeth... perempuan la maknanya...
punya la bengang King Henry tu...
dia nak ceraikan Anne...
tapi Anne x nak...
jadi, dengan kuasa yan dia ada...
dia tuduh Anne curang dan guna sihir...
akhirnya...
Anne Boleyn dan 5 orang lelaki termasuk abangnya mati kena kapak...
Anne jer dapat layanan istimewa sikit...
dia dipancung oleh pemedang menggunakan pedang...
lepas tu...
King Henry kahwin dengan Jane Seymour...
dapat anak lelaki...
punyalah gembira Henry nih...
putera tu bernama Edward VI...
dikatakan King Henry ada 6 permaisuri...
sepanjang kariernya...
dia telah menbunuh 70,000 orang...
memutuskan hubungan dengan Vatican...
semua ini semata-mata nak dapat putera...
tapi yang ironiknya...
Edward tu x hidup lama...
yang meneruskan Dinasti Tudor (nama ayah Henry)...
adalah Elizabeth (queen Elizabeth)...
mak dia nama Anne Boleyn...
yang kena bunuh...
dan digelar pelacur hebat...
dituduh sebagai ahli sihir...
dilucutkan jawatan sebagai ratu...
tapi cara King Henry mati pun agak sedih gak la...
ni la permainan dunia...
ni semua sumber dari
Icons of Power, History Channel
dalam episod Madness Henry (lupa dah tapi betul kot)
No comments:
Post a Comment