Islamic Widget

Al Quran

Sunday, July 11, 2010

kopi...

salam dan selamat sejahtera...
hari ni ak bangun agak lambat sebab pagi ni x da hal sangat...
bangun pukul 0530 tadi...
tidur semula dan bangun pukul 0700...



pagi ni tiba2 rasa nak minum kopi...
dah lama sangat x minum kopi...
dulu ak ketagih gila pada kopi...
tapi orang kata minum kopi banyak2 sangat bahaya...
jadi, masa bergelar mahasiswa....
ak banyak minum teh...
teh tarik la...
teh o la...
teh o ben la...
teh hijau pun ak minum gak....



cerita pasal kopi...
teringat ada satu cerita ak tengok dulu....
modern marvel kalau x silap...
channel history (555 - astro)...



dia kata.... asal usul kopi adalah dari tanah arab....
dunia arab maju adalah kerana setiap pagi....
orang arab akan minum kopi dan berbincang mengenai ilmu....
dan pada pendapat ak, mereka juga berbincang mengenai agama...
x macam orang kita kot....
duduk kedai kopi sambil mengumpat dan menbuang masa....



lepas tengok budaya orang arab ni...
orang barat cuba la ikut budaya ni...
lalu tercetuslah revolusi perindustrian....
kopi juga penyebab utama tercetusnya revolusi ini...
sebab apa????

dikatakan setiap pagi dan malam...
orang barat selalu minum arak dan yang sewaktu dengannya...
kiranya dah jadi minuman ruji la...
sebab dikatakan diorang x boleh minum air dari sumber lain...
kerana agak kotor....



kalau dah tiap2 pagi minum arak...
kepala pun dah oteng...
macam mana nak bekerja...
jadi, mundurlah diorang....
selepas kopi diperkenalkan, diorang pun mula bersaing dengan orang arab...
jadilah diorang antara negara maju...



iktibar dari cerita ni...
bukan nak suruh korang minum kopi banyak2 untuk jadi maju....
tapi pemilihan makanan dan minuman tu penting...
bukan setakat pada badan...
tapi setiap makanan dan minuman tu penting pada otak...



p.s:
1. fakta pasal kopi sikit. kopi mengandungi dadah cafein yang akan menyebabkan kita lebih segar dan fokus....

2. kopi yang agak berkualiti adalah dari jenis arabica.... sekarang ni hampir semua kopi adalah dari jenis ini...

3. kopi yang paling mahal adalah buah kopi yang dimakan sejenis haiwan dan tahi dia yang mengandungi sisa2 kopi tu diambil dan dibuat kopi.... eiii.... nama dia, kopi luwak....http://most-expensive.net/coffee-in-world

4. nescaffe adalah jenama kopi segera pertama  dunia, asalnya adalah untuk kegunaan para askar...

No comments: