Islamic Widget

Al Quran

Wednesday, June 22, 2011

lelaki suka pendam???

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Dalam 2-3 hari ni ak banyak berborak mengenai soal hati dan perasaan…
Dan antara isu besar yang kami bincangkan adalah ‘kenapa lelaki suka pendam perasaan???’

Betul ke lelaki suka pendam???
Ak x nafikan sebab ak pun tergolong dalam spesis ini…
Tapi, x semua lelaki macam ni…
Ada juga lelaki yang akan ekspreskan perasaan diorang…
Tapi ak x gemar sangat… nak2 yang cepat sentap dan emo semacam jek…

Kenapa perlu pendam???
Kadang2 kamiorang memang nak luahkan…
Tapi… korang ingat senang ke???
Bukan semua orang yang boleh diceritakan masalah…
Kena cari orang/motivator yang betul2 dapat mendengar dan memberi sedikit sebanyak panduan…
Dan dalam proses ini… segala isi cerita kena diambil serius…
Kalau kita cakap betul2 tapi pendengar tu buat lawak lak… memang ak rendam dorang dalam cerek…

Lagi satu…
Kamiorang x pasti perkara tu perlu di cerita atau x???
Kadang2 bagi kami masalah tu terlalu kecik…
Walaupun beri kesan yang besar…
Kadang2 bagi kami masalah tu terlalu peribadi…
Kena bagi tahu hanya kepada orang2 tertentu…
Kadang2 bagi kami… kami boleh selesaikan masalah itu…
Walaupun kenyataannya kami lansung x da idea untuk selesaikannya…
Dan kadang2 kami berharap biarlah masa menjadi penawar…
Walaupun masa bertahun2 tidak mencukupi sebagai ubat…

Isu yang selalu dipendam???
Biasanya berkaitan cinta…
(ni memang masalah remaja remaji)…
Kadang2… bila terlalu mencintai seseorang…
Lidah akan terkelu… hati akan berdegup kencang… dan mulut akan terkunci…
Nak diluah takut x diterima… nanti hubungan (biasanya kawan2) akan jadi janggal…
Langkah yang paling selamat… pendam…
(tapi akhirnya… kecewalah kamu)…
Hal2 berkaitan keluarga…
Benda ni privasi sikit…
Terutama kalau yang sedih2 dan agak ironi…
Biasanya perlukan orang yang betul2 berpengalaman sebagai motivator…
p.s: ak pernah sorokkan berita pasal abah ak dah xda… sampai kawan ak yang agak rapat (masa matrik, kawan2 azam… nama x ingat) dapat tahu semasa hari terakhir kitorang dekat KMPh…

kesimpulannya???
Yeah… lelaki akan pendam… tapi kebiasaannya…
Mereka akan luahkan kepada orang yang rapat dan mereka percaya…
Tapi bukan bermakna diorang x percaya dekat korang…
Cuma memberi kepercayaan adalah proses yang memakan masa…
Dan harga kepercayaan adalah sangat mahal… kalau diorang percaya pada korang…
Jangan khianati kepercayaan tu…
Pasal cinta pulak…
Korang kena jumpa Doc Cinta… ak x tahu nak bagi tahu apa…

Tapi… segala masalah ada jalan penyelesaiannya…
Mintalah petunjuk dari Yang Maha Kuasa…
Sesungguhnya Dia Maha Bijaksana…
Dan walau apapun masalah yang korang hadapi…
Ingatlah bahawa beriman kepada qada’ dan qadar adalah sebahagian dari rukun iman…
Dan sesuatu yang lagi baik akan muncul apabila kita sabar…
Positif… positif… dan terus positif…

Apa2 pun…
Jumpa lagi

No comments: