Islamic Widget

Al Quran

Tuesday, November 1, 2011

perihal kisah roti canai...

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Korang tahu x apa tu roti canai???
Roti canai adalah sarapan ruji bagi rakyat Malaysia yang dipercayai berasal dari India…
Mungkin melalui proses asimilasi… budaya makan roti canai merebak ke seantero Malaysia…




Ak dengan roti canai memang dah sinonim dah…
Kita biasa nampak warga2 veteran (sekarang ni orang muda pun sama) lepak dekat warung sambil makan roti canai dan minum the tarik…
Tapi ak… seawal umur enam tahun dah mengadap roti canai dan the tarik sebelum ke PASTI…
Sebab abah ak penebar roti canai yang berjaya…
Kalau abah ak teruskan perusahaan roti canai beliau… x mustahil warung dia jadi sepopular kedai murtabak mengkasar atau kedai ismaliza (ak lupa ejaan, rasa betul dah) di pekan…




Tapi dulu, hanya ada roti canai… roti telur… murtabak… kalau yang maju sikit… roti sardin…
Lepas 5-6 tahun… ak perasan makin banyak roti yang keluar dari pasaran… seiring dengan budaya kreatif dan inovatif…
Ada roti planta la… roti bawang… roti tampal (evolusi dari roti telur)… roti pisang (ak x leh terima roti ni… rasa dia sebiji macam lempeng pisang)…
Ak pernah juga Nampak menu roti helicopter… roti alkimia dan macam2 masa belajar di johor dulu… tapi x berani nak cuba…

roti pisang... adik bongsu pada lempeng pisang dan cekodok....


Setelah ada kajian mengatakan untuk menbakar kalori sekeping roti canai… kita kena berlari sejauh lima kilometer…
Ak dah kurangkan makan makanan ni… malas nak membulatkan badan ni…
Tapi tadi dalam perjalanan ke TPM Bukit Jalil untuk proses internal audit…
Kami singgah ke warung yang dipercayai menpunyai masakan yang sedap lagi enak… testimoni dari manager TPM Raub…
Ak pesan la roti telur DUA KEPING… DUA KEPING… pelayan tu kata la ROTI TELUR DOUBLE…
Rasanya betul la tapi akhirnya yang dia bawa…
SEKEPING ROTI TELUR YANG ADA DUA BIJI TELUR…
Biasanya dalam roti telur kan dia taruk sebiji telur jek…
Ak pikir… mungkin dia tengok betapa bulatnya badan ak… jadi x perlu ak makan roti sampai dua keping…
Bagus juga warung ni… ambil berat soal kesihatan pelanggan…




Tapi bila nak bayar…
Ye la… ak x mahu la bayar harga dua keeping roti canai kan…
Lagipun kak Munirah belanja… kesian dekat dia bayar lebih… huhu (baik juga ak ni)…
Ak terang la dengan panjang lebar yang ak dapat SEKEPING ROTI CANAI TAPI ADA DUA BIJI TELUR…
Korang tahu apa sebenarnya nama roti tu… ROTI TELUR JANTAN… ak dah terkekek suka… kak munirah x paham…
Korang tahu x kenapa nama dia ROTI TELUR JANTAN…
Sebab…























Saspen x???












Sebab ada DUA BIJI TELUR…
Sebab tu nama dia roti telur jantan…
Macam2 nama roti canai zaman sekarang ni…
Huhu




Papepun… jumpa lagi… huhu

No comments: