Islamic Widget

Al Quran

Monday, November 7, 2011

sabar + redha = ganjaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Selamat menyambut hari raya eiduladha kepada semua muslimin muslimat…
Moga segala pengorbanan kita diterima oleh Allah dan dikurniakan ganjaran yang baik…

Hurm… alhamdulillah, tamat juga perjalanan ak dari Raub > Kuala Lumpur > Pekan > Kuala Lumpur > Raub…
Agak penuh dengan liku2 dugaan dan cabaran…

Raya tahun ni ak dapat pengajaran yang agak bermanfaat…
Kalau dulu ak suka beli tiket lambat…
Masa belajar dekat Johor hari tu… pernah ak lewatkan beli tiket balik kampong (hari raya aidilfitri) tapi dapat juga balik kampong… hehehe…
Tapi raya qurban tahun ni… giler la… ku sangkakan kan tiket ada sampai ke petang… rupanya sudah habis 2 3 hari lepas…

X sangka ak… tiket ke Pahang habis… ramai juga la orang Pahang menetap di KL ek…
Bila ak sampai ke Puduraya untuk beli tiket… dengan perasaan yakin dan konfidennya… ak rasa aka nada tiket untuk ak…
Tapi bila akak kaunter tu cakap tiket ke Pekan habis… malam esok baru ada…
Bagaikan guruh melanda hati ni… x pernah seumur hidup ak akak kaunter tiket bas ekspress melafazkan kata2 keramat macam tu…
Tapi kerana ak penuh dengan semangat motivasi, kalau x dapat balik terus ke Pekan, ak boleh balik ke Kuantan dulu… lepas tu baru ke Pekan… yea dak… pandai sungguh ak nih… anak sapa la ni ek???
Jadi ak pusing la sekitar kaunter tiket dekat stesen puduraya tu tapi apakan daya…
Semua tiket ke Kuantan dah habis dijual… huhu… x per… dunia belum berakhir…
Di KL ni wujudnya satu tempat bernama Jalan Pekeliling… terminal bas khas untuk perjalanan ke Pahang…
Hahahahak… walaupun hati dah lara2 sikit… tapi wujud sinar harapan…
Ak pun tahan la LRT STAR… lepas bayar tambang dekat abang kaunter tu… naiklah ak kedalam LRT dengan perasaan berbunga2…
Bila sampai dekat Jalan Pekeliling… tengok macam meriah… ramai orang… jadi… misi ak bermula…
Tapi…
Kenapa kaunter banyak tutup…
Dan kenapa dekat setiap kaunter ada kertas bertulis lebih kurang macam ni…
“semua tike perjalanan ke Kuantan sudah habis”…
Arrgghhh…. Agak tertekan tapi bak kata orang…
Sabar jek la kan… salah ak juga… redha je la… mungkin ada hikmah tu…

Ak pun tercari2 tempat nak tidur untuk malam tu…
Nak tidur dekat hotel… x mampu pula nak bayar…
Nak tidur dekat kaki lima… takut kena rompak…
Nak tidur dekat puduraya… tutup kot lepas pukul 12 tengah malam…
Jadi ak pilih untuk tidur dekat TBS di BTS… esok ak akan balik Raub semula…
Buat OT kot… sambil2 merenung nasib diri yang beraya jauh dari kampung halaman…
Berseorangan di apartment blok B… bertemankan kucing2 yang selalu mengiau…
Wah… amat sadis dan tragic…
Ak pun mesej la haliza dan iqbal yang ak xda tiket dan akan ke Raub semula…
Mesej juga abang ak supaya tidaklah berjaga malam untuk menjemput adiknya di terminal pekan…
Tapi… kita hanya mampu merancang… Allah menentukan segalanya…

Abang ak kata… kenapa x ikut maklong balik…. Esok diorang akan ke pekan…
Tiba2 awan gelap yang mengiringi ak tadi bertukar jadi sinaran mentari yang memancar…
Dengan hati yang berbunga2… ak telefon la sepupu ak… anak kepada maklong bertanyakan pasal nak ikut balik sama…
Dengan menerangkan situasi yang tiada tiket…
Dengan ala suara manja2…
Ditambah efek sedih2…
Yeah, dapat balik sama…
Dan dapat tempat tidur yang lebih baik… bertilamkan tilam yang empuk… di rumah maklong ak…
Hahahak…

Esoknya ak bertolak ke Pekan menaiki NAZA yang besar… lupa model apa…
Selesa sungguh… kalau naik bas… x merasa keselesaan macam ni…
Sarapan dan makan tengah hari dibelanja oleh sepupu…
Kalau naik bas… kau kebulur macam mana pun… xda nya pemandu bas tu nak belanja kau…

Dan korang tahu x…
Kalau ak berjaya beli tiket pun… kereta dekat rumah ak rosak…
Motor adik ak pun rosak…
Jadi ak akan terpaksa menapak ke rumah…
Tapi disebabkan tiket habis… maklong ak pandu ak terus ke muka pintu rumah ak…
Hehehe…

Eidul adha ni sangat seronok…
Berjumpa kerabat belah ayah ak… kitorang buat tahlil…
Makan nasi dagang… laksa…
Rumah ak ada pulut kuning… nasi impit… rendang ayam…
Malam tu pula kerabat belah mak ak buat BBQ…
Ada ayam… ikan bakar… masak patin… hahahak…
Natijahnya… perut ak sakit… tapi sangat seronok…
Berbaloi ak balik walaupun hanya 24jam lebih jek duduk dekat rumah…

tapi betul la apa orang cakap…
bila kita sabar dan redha atas setiap yang berlaku…
mesti ada kebaikan disebalik keadaan…

papepun… jumpa lagi…

3 comments:

Hazwan Hamdan said...

dan ganjarannya adalah makan yg sodap2

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

hahahak...
tp giler la weh...
makan bnyak sgt ayam... smpai pening kpala...
ni pening lg neh...
huhuhu

Anonymous said...

Great! thanks for the share!