Islamic Widget

Al Quran

Thursday, December 29, 2011

Pengakhiran 2011

assalamualaikum dan salam sejahtera...
hurm... tahun 2011 akan melabuhkan tirai...
tahun 2012 akan menjelang...
alhamdulillah, syukur pada Allah sebab mingu2 terakhir 2011 adalah...

hurm... macam mana nak cakap...
isnin-rabu sangat tertekan...
khamis adalah sangat puas hati... keletihan dan ketertekanan pada awal minggu hilang pada hari khamis...

semuanya adalah kerana Audit GMP...
nanti ak tulis...
apa2 pun... semoga tahun depan adalah lebih baik dari tahun ni...

jumpa lagi...

Saturday, December 24, 2011

Kasino

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Tepat jam 1326 tadi ak baru habiskan novel “kasino”…
Hasil tulisan Saifullizan Tahir…


Menceritakan mengenai Dato Mohd Narcissus (nama dia ak pelik… cam orang putih campur melayu)…
Dalam proses mencari duit, RM 3.4 juta untuk dipulangkan kepada kerajaan tualang…
Dalam novel ni diceritakan perjalanan Dato ni selama 14 hari dalam proses mengumpul duit tu…
Dan juga masalah peribadi dia yang lain…
Berjayakah dia mengumpul duit sebanyak tu dalam 14 hari???
Hurm… sama2 kita pikirkan… hahak…

Ak beli novel ni sebab terpengaruh dari blogserius… dia kata okay…
Bagi ak… hurm… sejujurnya agak suka cara penulis ni menulis…
Dia akan nyatakan setiap jenama yang dato ni guna…
Minuman apa dia minum, makanan apa dia makan, jam apa dia pakai, boxer apa dia pakai, krim pencukur apa dia guna dan sebagainya…
Tapi …
Cerita kasino ni agak ringan… x berat… x memerlukan ak berfikir…
Cuma ada beberapa persoalan berat yang dia kemukakan… tapi x beri jawapan…
Penggunaan bahasa yang agak kasar… ada perkataan mencarut…
Dan yang ak x paham… kenapa penulis ni menunjukkan watak dato ni selalu solat…
Walaupun dato ni berzina, minum arak & wain, berjudi, pukul orang (upah) dan beberapa aktiviti jahat…
Dia tetap x tinggal solat… x faham…
Bukankah solat tu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar…
Hurm…

X kisahlah… yang penting ak dah habis baca…
Dan x ambil serius pun cerita dalam tu, Cuma sebagai bacaan masa lapang…

Lepas ni, nak baca buku
Confession of an economic hitman…
Atau dalam versi melayunya… rahsia pembunuh ekonomi dunia…
Oleh John Perkins…
Dari sinopsisnya… macam menarik… pasal konspirasi dunia melibatkan ekonomi…


Papepun… jumpa lagi…

stress

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Tak tahu kenapa ak nak tulis pasal stress…
Dulu ak jarang stress… memang ak selalu stress tapi ak ada cara nak uruskannya…
Cara yang sangat effisyen…



Dari kecik sampai ak matrik…
Ak x kenal apa tu stress…
Adakah sejenis makanan… minuman… ataupun jenama pakaian…
Hidup ak masa tu sentiasa diselubungi keseronokan…
Ak belajar bila ak nak belajar…
Ak buat kerja rumah bila ak bosan… bila memang ak x tahu nak buat apa…


Ak kenal stress bila bergelar mahasiswa…
Buat assignment…
Kekalkan pointer…
Dengan pelbagai persatuan ak masuk…
Program2 yang ak sertai…


Tapi macam ak cakap tadi…
Ak tahu cara ak urus stress…
Walaupun dari hari isnin sampai jumaat dunia ak dipenuhi stress…
Ak akan pastikan hari sabtu ak adalah untuk melepaskan semua tekanan2 tu…
Supaya x meletup…


System ak…
Pagi2 sabtu ak dah bangun… tatkala kawan2 seblok ak masih diulit mimpi walaupun jam menunjukkan hampir pukul 0900am…
Ak mandi bersiramkan air sejuk… buat tea boh ataupun nescaffe premix… dan x dilupakan air kosong yang menjadi teman setia…
Dalam pukul 0945 ak akan pergi ke PSZ (Perpustakaaan Sultanah Zanariah)…
Fikir2 semula, macam skema kan, hari minggu pun pergi ke perpustakaan…
Dan biasanya ak sangat suka pergi sendiri2…
Yup… sistem pertama ak dalam mengurus stress adalah ak suka bersendirian…
X suka ada teman… biarlah hari sabtu tu hanya untuk ak jek…
Lantak ak nak jalan perlahan ke, jalan laju ke, singgah kafe dulu ke, cari water cooler dulu ke, balik awal atau lambat ker, makan pukul berapa ke…
tanpa perlu pikir pasal orang lain…


Dan sistem kedua adalah hiburan…
Ak suka dalam perjalanan dari blok ke PSZ, ak perhati suasana…
Tengok gelagat orang di hari minggu…
Tengok rekahan jalan… semua tu menghiburkan ak…
Dan hiburan utama adalah baca komik di PSZ…


One manga, bleach exile, manga stream, manga reader… semua ak baca…
Kadang2 manga yang ak x tahu pernah wujud pun ak baca…
Manga utama, naruto, bleach, one piece, hitman reborn, dan beberapa manga sampingan…
Jadi, bila kartunis jepun cuti dan tiada manga minggu tu… hidup ak x lengkap…


Sistem ke-3 adalah tidur…
Biasanya ak tidur dalam MSI (Masjid Sultan Ismail)…
Biasanya lepas zohor…
Untuk hilangkan penat dari isnin-jumaat tu…
Sebab biasanya masa tu ak x cukup tidur…


Dan biasanya ak balik dalam pukul 1600 atau 1700…
Dengan semangat baru…
Tanpa stress…

Tapi kadang2 ak tukar rutin sabtu tu…
Kadang2 kawan2 ak ajak jalan2 sekitar Johor…
Boleh juga hilangkan stress…




Sebab apa ak tulis pasal stress ni…
Ak x tahu la… dalam sebulan dua ni ak rasa sangat stress…
Walaupun suasana persekitaran ak sangat aman dan tenteram…
Tapi rasa stress…
Mungkin perlukan satu sistem untuk uruskan stress…
Sebab dekat sini xda PSZ, xda MSI…
Manga pun x hilangkan stress ak…
Dan selalunya sabtu ak… ak dalam opis… buat kerja atau tengok orang lain buat kerja…




Dan ak harap dengan menulis ni stress ak hilang…
Tapi… mungkin x…

Papepun… jumpa lagi…

Wednesday, December 21, 2011

NoVeL... (tak tahu nak letak tajuk apa)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
macam biasa, ayat pendahuluan ak... dah lama rasanya x menulis kan...
huhu... cuma hari ni ak nak menulis...

pasal apa ek???
hah, novel...

korang suka baca novel???
sejujurnya ak x suka baca novel, sebab kebanyakan novel adalah berkaitan cinta dan jiwang...
jiwang dan cinta...
geli la weh, x cukup ke dalam TV dan filem penuh dengan cerita cinta...
dalam novel pun ada...

tapi ak mula minat baca novel bila terbelek2 novel ex-roomate ak... An Abu Hanifah...
mana dia ek... rindu la... dah lost contact... huhu
berbalik pada cerita novel tu, ak ingat lagi tajuk dia...
"mandatori" ditulis oleh Ramlee Awang Mursyid (RAM)...


tapi x gila2 lagi... tapi sangat suka cara penceritaan dia
mula gila bila baca "bagaikan puteri"...
pinjam dari kawan sekelas ak... as...
novel tu jenis bersambung... lepas tu baca "cinta sang ratu"...
lepas tu ak mula beli novel RAM neh... sekarang dah jadi peminat agak fanatik...

hari ini dalam sejarah sebab novel pertama ak yang telah ditandatangani oleh dia...
beli guna online... zaman maju dah kan... hehe



tapi mungkin x baca lagi kot...
sebab sekarang ni dalam proses nak habiskan novel "kasino" hasil karya saifullizan tahir...
bila dah habis baca... ak tulis sikit review dia ek...


ok la... papepun... jumpa lagi...