Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Tepat jam 1326 tadi ak baru habiskan novel “kasino”…
Hasil tulisan Saifullizan Tahir…
Menceritakan mengenai Dato Mohd Narcissus (nama dia ak pelik… cam orang putih campur melayu)…
Dalam proses mencari duit, RM 3.4 juta untuk dipulangkan kepada kerajaan tualang…
Dalam novel ni diceritakan perjalanan Dato ni selama 14 hari dalam proses mengumpul duit tu…
Dan juga masalah peribadi dia yang lain…
Berjayakah dia mengumpul duit sebanyak tu dalam 14 hari???
Hurm… sama2 kita pikirkan… hahak…
Ak beli novel ni sebab terpengaruh dari blogserius… dia kata okay…
Bagi ak… hurm… sejujurnya agak suka cara penulis ni menulis…
Dia akan nyatakan setiap jenama yang dato ni guna…
Minuman apa dia minum, makanan apa dia makan, jam apa dia pakai, boxer apa dia pakai, krim pencukur apa dia guna dan sebagainya…
Tapi …
Cerita kasino ni agak ringan… x berat… x memerlukan ak berfikir…
Cuma ada beberapa persoalan berat yang dia kemukakan… tapi x beri jawapan…
Penggunaan bahasa yang agak kasar… ada perkataan mencarut…
Dan yang ak x paham… kenapa penulis ni menunjukkan watak dato ni selalu solat…
Walaupun dato ni berzina, minum arak & wain, berjudi, pukul orang (upah) dan beberapa aktiviti jahat…
Dia tetap x tinggal solat… x faham…
Bukankah solat tu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar…
Hurm…
X kisahlah… yang penting ak dah habis baca…
Dan x ambil serius pun cerita dalam tu, Cuma sebagai bacaan masa lapang…
Lepas ni, nak baca buku
Confession of an economic hitman…
Atau dalam versi melayunya… rahsia pembunuh ekonomi dunia…
Oleh John Perkins…
Dari sinopsisnya… macam menarik… pasal konspirasi dunia melibatkan ekonomi…
Papepun… jumpa lagi…
No comments:
Post a Comment