Islamic Widget

Al Quran

Saturday, March 24, 2012

Pelajar masa kini

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kelmarin (hari khamis)... ak baru habis menghadiri bengkel mengenai perubatan herba di KL...
Nanti ak tulis pasai bengkel tu...

Cuma, sebagai seorang yang baru bekerja...
Dan tiada lesen kereta dan juga kereta...
Buat kerja di kawasan jauh agak mencabar...
Terima kasih kepada Abang Awi kerana sudi hantar ak ke Bandar Raub selepas waktu kerja...
Terima kasih kepada Maklong ak kerana sudi menumpangkan semalaman...
Terima kasih kepada Kak Rozi sebab tolong selesaikan hal2 pengangkutan ke tempat bengkel tu...
Dan terima kasih kepada Abang Wahid sebab sudi tumpangkan ak balik ke Raub...

Cuma dalam perjalanan balik...
Banyak juga yang ak borak2 dengan Abang Wahid...
Isu agama, remaja, keluarga, nostalgia zaman muda2 dan lain2...

Kami pelik kenapa dalam 2-3 tahun ni sangat banyak kes2 yang melibatkan kes2 sosial...
Buang bayi, gaduh, x hormat guru, x hormat ibu bapa, gengster dan lain2...
Dan hipotesis awal ak...
Mungkin sebab pendidikan kot...

Tapi kenapa dulu x sebanyak ni...
Ingatkah korang bila dulu kecoh isu guru kena saman la, ibubapa serang guru la dan lain2...
Dan kuasa merotan guru pun dikurangkan...

Jadi, ni mewujudkan pelajar menjadi bertambah degil, nakal dan bebal...
Sebab dorang x kena hukuman...
Dan cikgu pun dah hilang minat nak mendisiplinkan dorang...
Ye la, rotan sikit, kena saman...
Jadi lah dorang generasi bermasalah... pada masa depan...

Bukan ak nak suruh semua cikgu rotan pelajar...
Cuma kalau dorang memang patut kena rotan... mereka perlu dirotan..
Bukan nak kata ak berjaya sangat... tapi boleh la belajar sampai ke Uni...
Itupun selepas selalu merasa dipukul dan dirotan...
Samada di rumah atau disekolah... hehe

Cuma pendapat ak jek...
Ak rasa kuasa mendisiplinkan pelajar x boleh dikurangkan...
Guru2 patut kebal dari disaman dan diserang oleh ibu bapa...
Dorang sepatutnya boleh menghukum selagi hukuman tersebut tidak melampau dan tidak mengancam nyawa...

p.s: abah ak dulu suka kalau ada perjumpaan dengan guru... dia bagi lesen penuh pada cikgu untuk rotan ak... cikgu ak apa lagi... tersenyum lebar la bila dapat permit macam tu...
dan bila ak menggantikan mak ak jumpa cikgu adik2 ak... ak pun terikut perangai abah ak... 

Papepun...
Jumpa lagi...

2 comments:

Anonymous said...

lama mana kursus ko tu?

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

rabu n khamis jek...
dpt arahan dari TPM Corp tuk join bengkel tuh