Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Dulu ak lebih suka jadi pengikut... x suka jadi ketua...
Organisasi pertama ak jadi ketua adalah jadi pengerusi Kelab Agama Islam semasa sekolah rendah...
Tugas utama kami adalah... membersihkan surau sekolah... susun dan lipat semua sejadah...
Seingat ak... hanya sekali je ak buat tugas tu... jahat betul ak...
Disebabkan ak ada muka 'innocent man' atau 'good boy'...
Ak dipilih jadi ketua kelas semasa tingkatan 3...
Memang selalu ak melindungi anak2 buah bila dalam kelas...
Ada sekali kawan ak hisap rokok dalam kelas...
Ada sekali pergaduhan berlaku dalam kelas...
Dan banyak kali peristiwa ponteng kelas...
Semuanya ak dan hampir semua kawan2 sekelas 'cover line' si pesalah...
Dan cikgu percaya...
Tingkatan 5 ak pun dipilih sebagai ketua kelas...
Walaupun ak baru pindah ke sekolah itu...
Banyak dibantu oleh ketua kelas masa ak tingkatan 4...
Masa matrik ak merupakan Presiden kepada Kelab Kembara...
Pernah jadi ketua kelas masa semester ke-2 masa di U...
Dan juga merupakan salah seorang AJK Kolej Kediaman...
Dan CEO untuk kumpulan semasa BeST Program...
Jadi, ini menimbulkan satu perasaan dalam hati yang ak dilahirkan sebagai ketua...
X kisah jika dipilih sebagai ketua...
Tapi persamaan semua orang yang ak ketuai dulu...
Kami semua hampir semua sebaya... kalau tua pun beza 2-3 tahun je...
Tapi bila ak masuk dunia pekerjaan...
Dan jika korang adalah 'degree holder' dan ke atas...
Secara automatik korang kena jadi ketua...
Dan adalah menjadi suatu masalah besar bila korang masuk ke sesuatu organisasi...
Korang adalah orang yang paling muda...
Baru masuk x sampai setahun...
Dan nak mengarah dan membetulkan orang yang lebih tua... dah bekerja di situ bertahun2...
Dan nak buat sesuatu perubahan...
Dan itu adalah perkara yang amat susah...
Amat susah...
Semoga ak dapat hadapi semua dugaan ni...
Tulisan ni hanya satu luahan perasaan...
Papepun... jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment