Islamic Widget

Al Quran

Monday, May 21, 2012

Awek Chuck Taylor...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Awek Chuck Taylor (ACT)...
Sebenarnya ak x pernah letak harapan yang tinggi pada novel ni...
Sebab ak x pernah baca buku yang ditulis oleh Nami (penulis buku ni)...
Yang ak baca... tulisan2 blog dia...
Dan sejujurnya... ada beberapa idea dia yang ak lansung x setuju... tapi ada beberapa idea dia yang ak sangat setuju tapi jarang dikemukakan sebab melanggar norma2 kebiasaan masyarakat kita...




ACT...
Dikatakan kisah benar mengenai percintaan Hafiz dengan beberapa orang gadis sebelum bertemu Mira...
Seorang gadis hipster anarkis yang suka pakai kasut Chuck Taylor...
Mira ni bagi ak jenis seorang yang mencari kebenaran dan x suka mengikut adat2 tanpa mengetahui sebab2nya...
Tapi dia sangat ekstrim kerana mempersoalkan tuntutan2 agama kerana tidak tahu kenapa dia perlu melakukan perkara tersebut...
Tapi dia sangat berdisplin... kehidupan ikut jadual tapi sangat3 ganas... sepak terajang orang ni biasa jek...
Penyokong tegar Celtic...

Abang dia nama Aiman... watak kegemaran ak dalam novel ni...
Perangai gila-sengal-otak masuk air...
Penyokong MU... sama dengan Hafiz...

Adik bongsu Aiman lak nama Nana...
Wanita pendiam yang mula2 dalam novel ni x mainkan peranan yang penting...
Tapi peranan dia makin penting dan konflik yang timbul ada kaitan dengan dia...
Nak kata dia salah tapi x salah juga... sedih juga la watak dia ni...
X sokong mana2 kumpulan bolasepak tapi mungkin cenderung pada MU...

Ayah Aiman adalah seorang ayah yang sengal...
Penyokong tegar Liverpool...

Separuh pertama novel ini akan dipenuhi dengan gelak ketawa...
Dengan perangai Aiman...
Perangai Ayah...
Aksi Mira...

Separuh ke-2 pula, akan disajikan dengan konflik...
Konflik yang x disangka2...
Kadang2 ak x tahu nak sokong siapa... perampas atau mangsa... (bila masuk bahagian ni... memang sangat kompleks...)... ni untuk konflik percintaan...
Ada juga konflik rakan... kawan tikam kawan untuk dapat kekasih kawan... gila la...
Dan macam2 konflik lagi...

Bagi ak la... ending cerita ni sangat sedih... ending macam cerita sedih biasa...
Cuma ending dia jadi sangat sedih bila Hafiz ni hampir2 dapat harapan...
Tapi harapan dia musnah macam tu sahaja...
Sebab apa??? korang baca sendiri la...
Setelah dia berjuang nak dapat apa yang dia nak... terpaksa menempuhi dugaan dan cabaran...
Akhirnya... x dapat apa yang dia nak...

Dan lagi sedih bila cerita ni adalah kisah benar...

Papepun... jumpa lagi




2 comments:

Mar Yanie said...

cam teruja nak baca..beli kat ne?

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

ak beli kt pesta buku... kedai ak x sure la...
mnarek la cter dia tp bahasa dia guna agak kasar la... ada la carut marut tuh