Islamic Widget

Al Quran

Tuesday, October 6, 2015

Pandangan Mata Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dulu trainer ak masa ak menyertai satu program, pernah cakap pada ak

"Nazreen, you are judgmental" 
(lebih kurang macam tu la ayat dia), terjemah dalam bahasa melayu lebih kurang
 "Nazreen, awak seorang menghakimi" 
(hahahaha... ak lupa maksud "judgmental" dalam bahasa melayu tetapi maksudnya lebih kurang macam bila tengok seseorang tu, kita terus jatuh hukum yang orang tu macam tu la... macam ni la... huhu...

Ak tak ambil pusing pasal teguran trainer ak tu...

Tapi...

Tahun lepas atau tahun ini, ak ada menemani kawan ak berjumpa seorang yang boleh mengubat orang melalui perubatan alternatif...

Sebelum balik, dia ada tegur ak...
"kita ni kalau selalu pandang guna mata kasar, nanti akan buta"

Okay... sampai sekarang ak tak paham maksud dia,
Ak cuba tafsir... kemungkinan besar ak selalu pandang pada zahir seseorang tanpa mengambilkira faktor dalaman...

Tapi...

Tapi...

Tapi...

Entah lah... Ak rasa ak tak macam tu... Ak boleh dikira sebagai baik.. Hahahahahaharam........

Jarang kutuk kawan bila dorang buat masalah... Ak selalu cakap... Mungkin ada sebab kenapa dia buat macam tu....

Tapi... (banyak pula perkataan 'tapi' dalam post kali ini)

Kebelakangan ni... Ak dah susah nak pikir sudut pandang macam tu dah...

Penat untuk bersikap husno dzon (astargfirullah)...

Sebab bila kita buat salah sekali... itu adalah kesilapan...
Bila dah buat dua kali... tiga kali... empat kali... sampai berkali-kali...
Dan untuk nak ak percaya yang perbuatan tu bukan sengaja...
Entah la... ak bodoh sangat la kalau percaya...
Sebab bagi ak... tu dah bukan kesilapan... itu adalah sikap...

Sebenarnya ak pun tak tahu nak tulis apa...

Tadi minum cappucinno... sekarang macam tak boleh nak tidur...
Sekarang tengah minum Teh...
Kafein terlalu banyak...
Kenapa ak minum teh kalau ak tahu ak x boleh nak tidur...
ARGHHHHH...

Kesimpulannya...
Ak pun tak sempurna... Ak pun banyak buat salah... Ak pun ada sikap yang orang tak suka...
Jadi, untuk ak benci pada sikap orang lain... Macam tak adil sebab ak nak orang suka semua sikap ak...

Cuma... kita manusia... Ak yakin tak ada haiwan yang sedang baca blog ak sekarang ini...
Bila rasa sikap itu adalah sikap yang salah... berubahlah menjadi lebih baik...
Bak kata orang yang selalu bekerja dengan Sistem Kualiti... ada terma Penambahbaikkan atau Continual Improvement...
Itu sahaja...

Semoga kita dapat menjadi seorang yang mampu melihat kelebihan/kebaikan orang walaupun semasa mereka sedang dalam kekurangan/kejahatan mereka...

Dan semoga kita sabar dalam menghadapi mereka semasa mereka dalam kekurangan/kejahatan mereka...

Hanya coretan sebab tak boleh tidur...

Papepun... Jumpa lagi...

p.s: Mengumpat adalah salah satu dosa besar... tapi dalam sesuatu keadaan... macam terpaksa mengumpat demi meleraikan tekanan di dalam jiwa... tapi... sia-sia amalan sebab pahala kita akan dapat pada orang yang kita umpat tu... takut jadi manusia yang muflis di akhirat kelak... Semoga kita semua dijauhkkan dari hobi suka mengumpat... Amin...


Sunday, October 4, 2015

Memories & Perancangan Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kalau ikutkan blog ni, artikel terakhir ak adalah dalam bulan september 2014,
sekarang dah bulan oktober 2015,
Selama setahun setengah ak x buat artikel baru,
Mungkin sibuk, mungkin malas, mungkin keghairahan dalam menulis blog ni dah kurang...
Hahahahaha...

Jadi, artikel ini adalah artikel pertama tahun ni...
Banyak dah yang berlaku dalam tahun ni...

Korang tahu x dalam masa blog ini x update,
Facebook ada buat perubahan baru dalam sistem dorang...
sistem yang ak panggil memories...

Mula-mula bila diperkenalkan... ak rasa macam x perlu...
Tapi bila lama-lama... ak suka dengan sistem ni...
Secara x lansung, ak dapat mengimbau memori lama...
Dan secara x lansung... ak dapat tahu sekurang-kurangnya ada perubahan dalam hidup ak...
Walaupun ada orang cakap, biasanya orang tua yang suka mengimbau memori-memori lama ni...
Mungkin la... mungkin la... ak dah tua...
 Huhuhuhuhu

Dalam Al Quran, Allah SWT banyak berfirman berkaitan orang-orang yang berfikir...
Orang yang berjaya adalah orang yang berfikir...
Orang yang beriman adalah orang yang berfikir...
Dan banyak lagi...
Dan... korang pernah x berfikir berkenaan perancangan Allah...

Ak tahu... keupayaan diri kita x mampu untuk berfikir berkenaan perancangnan  Allah...
Kita hanya hambaNya, digalakkan untuk berusaha  sedaya upaya...
Dan perancangan Allah tu maha sempurna...
Kita perlulah beriman, redha dan pasrah atas semua ketentuan Allah...

Korang mesti pening kan...
Apa kena mengena memories dalam facebook dan perancangan Allah...
Benda ni la ak nak kasi korang berfikir...
Hahahahaha...


Cerita dia macam ni... sekrang ni dah masuk Sesi mari bercerita lak...
Dulu... lebih kurang pada 2 tahun dulu... Ak masih bekerja di Raub...
Waktu tu adalah waktu yang agak kritikal... x perlu la ak bercerita secara panjang lebar cuma dalam perjalanan karier seseorang... akan ada pasang surut...
Dan yup... Sebelum-sebelum tu ak banyak berdoa agar diberi kekuatan untuk teruskan pekerjaan di Raub atau minta diberi rezeki bekerja di tempat lain...
Dan mudah kata... doa ak pada waktu tu seperti tidak dimakbulkan... Astarfirullah...

Dan... ak pun bekerja seperti biasa... menjalankan tugas seorang eksekutif yang cekap dan berdedikasi...
Dan pada 17 september 2013... Ak diperintahkan oleh majikan ak untuk menghadiri latihan oleh BPFK...
Sepatutnya dari syarikat ak... ak kena pergi berdua...

ok... ada pop kuiz... 16 September adalah hari apa???

Betul... 16 september adalah hari Malaysia dan merupakan hari cuti dan ak bercadang nak balik kampung...
Jadi... ak dan kawan ak akan pergi berasingan...
Dan... ak x pasti macam mana... samada komunikasi x jelas ataupun ada sebab-sebab lain...
Kawan ak x dapat datang...
Yup memang kawan ak... Tapi kalau ikut jawatan... dia adalah anak buah ak...
Ak bukan jenis ketua diktator tapi macam x boleh terima kalau korang dah bagi komitmen dan korang batalkan komitmen tu pada last minit dan alasan yang x masuk akal...
Sebab... benda ni ak nanti ak perlu perjelaskan pada boss ak di headquarters...
Jadi... akhirnya... ak pergi ke training ni berseorangan... Dengan perasaan agak x puas hati... Dengan ada beberapa halangan seperti sesat dan lain-lain lagi...
Pada waktu tu... Ak mungkin (sebab x ingat) benda-benda ni adalah dugaan...

Manusia secara psikologinya...
Ini berdasarkan pemerhatian ak la...
Bila ada kawan yang dia kenal dalam sesuatu acara... manusia secara psikologinya akan banyak bersama kawan yang dia sudah kenal itu...
Berbanding cuba mencari kenalan baru...

Tapi bila dia berseorangan... secara automatik... Dia terpaksa mencari kenalan baru...

Dan itu yang terjadi pada diriku...
Dalam dua hari training tu... ak berkawan dengan seorang manager sebuah syarikat pharmaceutikal terkenal di Malaysia...
Dia pun keseorangan dari syarikat dia...
Dalam masa makan bersama... Training bersama...
Kami bertukar Bussiness Card dan dia mengatakan ada kerja kosong di syarikat dia...

Selepas training selesai... seminggu selepas tu... Ak pun hantar resume ak...
Dan BOOOM...
Tanggal 6 Jan 2014... ak secara rasminya bekerja di satu syarikat pharmaceutical di Sungai Petani Kedah...

Itu lah rezeki...
Itu lah perancangan Allah...
Itu lah qada' dan qadar ak...

Dan ak mengambil masa dua tahun untuk ak sedar...
Perancangan Allah sengat menakutkan...
Maksud ak... sangat hebat...
Doa ak bukan x dimakbulkan... cuma masa yang tepat belum datang pada masa ak berdoa...

Sebab tu bila permintaan kita belum dimakbulkan...
Jangan  putus asa...
InsyaAllah...
Allah tengah merancang untuk kita...
Allah sangat suka bila manusia meminta dari Nya...
Kita perlu sabar...
Allah tahu yang terbaik untuk kita...

Maaf... artikel kali ini agak panjang...
Setahun lebih ak x menulis/menaip...
mungkin artikel baru tahun depan...
atau mungkin bulan depan...

Papepun... jumpa lagi... InsyaAllah

Monday, September 8, 2014

Pergi tak kembali...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Antara perkara yang ak takut adalah tiba-tiba dapat panggilan telefon...
Dari keluarga ataupun mak ak...
Pada waktu yang janggal...
Maksud ak, waktu yang jarang diorang telefon, tapi tiba-tiba diorang telefon...
Secara automatik, ak akan terbayangkan perkara buruk...

Dan pagi ini ak dapat lagi panggilan macam itu...
Ak pula jenis x akan angkat panggilan ketika mesyuarat...
Melainkan mesyuarat tu ak rasa x penting...
Ak dapat panggilan dari mak ak... semasa mesyuarat...
Dan mak ak x akan telefon ak waktu ak kerja...

Mak ak telefon...
Memaklumkan yang saudara rapat kami meninggal...
Mak saudara belah abah ak...
Ak panggil dia Makngah...

Makngah yang duduk belah kanan tuh
Makngah antara saudara belah abah ak yang paling rapat...
Mungkin sebab dia duduk di Pekan, Pahang...
Sementara saudara belah abah ak banyak menetap di KL...

Makngah memang baik...
Selalu bagi duit raya pada ak...
Selalu bagi nasihat...

Al Fatihah...
Innalillah...
Semoga rohnya dicucuri rahmat...

Monday, December 16, 2013

Ilmu perkahwinan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Wuish... ish... Lama betul x menulis dalam blog neh...
Sampai lupa kewujudan blog yang x berapa nak penting neh...

Semenjak dua menjak ni ak suka lak dengar ceramah-ceramah Ustaz Hasrizal,
Ni lepas baca buku "Di Hamparan Shamrock" la...
Suka sebab dia pakar (lebih kurang la) dalam sejarah... Dan dia juga ustaz...
Jadi, dia boleh ulas agama dari sudut sejarah... (p.s: ak suka sejarah... ni lepas banyak tengok History Channel la neh)...

Ak x pasti ceramah dia yang mana tapi ada satu ayat tu ak ingat sampai saat ini...
Bukan pasal sejarah tapi pasal remaja...
Ye la, ak kan remaja belia lagi...

Dia ada kata yang (lebih kurang... ingat ingat lupa neh)...
Kos perkahwinan yang tinggi menyebabkan remaja sekarang tumpukan masa untuk kumpul duit untuk kahwin...
Dan kebanyakan orang lupa kumpul ilmu mengenai perkahwinan...
Jadi, berlakulah perkahwinan yang x kekal lama... Sebab kurangnya ilmu...

Jadi ak pun sibuk nak bagi hipotesis ak... (nak aplikasikan ilmu sains yang dah lama x guna)...
Punca penceraian yang kian menaik bukan sebab kahwin muda... (sebab ada sedara/famili ak ada cakap... kahwin muda sangat nanti x kekal)...
Tapi... remaja tu x da ilmu nak pastikan perkahwinan tu kekal lama...

Ilmu ni termasuklah la... apa bidang tugas suami dari sudut syariat dan sunnatullah...
apa bidang tugas isteri dari segi syariat dan sunnatullah...
Macam mana didik anak dari sudut agama, psikologi, sunnatullah DLL...

Banyak lagi cabang ilmu untuk mendirikan rumah tangga ni...
Bukan belajar ilmu malam pertama jek (sebab teringat ada kawan sibuk tanya berkenaan malam pertama pada kawan yang lain... ak pun duduk mendengar sambil mencatat je... T_T)...
Sebab kahwin bukan sehari dua... makan tahun tahun dan ada sampai puluh puluh tahun...

Jadi, nasihat ak yang x pernah kahwin ni...
Tuntutlah ilmu...
Ada ilmu boleh amal...
InsyaAllah... Amal dari ilmu yang betul boleh mendatangkan kebahagiaan...
Hua3...

Papepun... jumpa lagi...


Thursday, October 24, 2013

impian dan cita-cita

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
rasanya lama gila tak menulis dalam benda alah ni...

Semalam ada tengok How I Meet Your Mother...
Episod yang Kapten (bekas suami zoe) nak jumpa Robin tu...
X boleh cerita banyak-banyak, tengok sendiri...
Dan ada satu scene berkenaan Lily rasa dia terlalu tua untuk capai cita-cita dia...

Pernah x korang terasa???
Suatu hari nanti kita akan terperangkap dalam satu keadaan...
Buat kerja yang kita x suka...
Berkomunikasi dengan orang x suka...
Stress setiap hari...
Dan bila dah tua... Kita akan menyesal kenapa kita x cuba nak capai cita-cita dan impian kita...
Dan waktu tu dah terlambat... Hahahak...

Entah lar...

Papepun... Jumpa lagi

p.s : antara cita-cita ak... ak nak realisasikan penghasilan Kamen Rider dengan memcampurkan genetik manusia dan genetik belalang... ini pun selepas ak belajar genetik modification...

Thursday, May 30, 2013

Bercuti di terengganu

As salamualaikum dan salam sejahtera,

Hari wesak hingga ke ahad lepas ak baru menghabiskan cuti bersama kawan yang ak kenal dan baru kenal dia terenggangu...

Sangat seronok walaupun banyak cabaran yang terpaksa dihadapi...

Kami ada melawat Pulau Perhentian... Cantik giler pulau tu... rasa nak duduk situ je...

Pertama kali mencandat sotong... Ingatkan mabuk laut sebab ubat xda... Tapi x mabuk... alhamdulilllah...

Pertama kali naik bot laju... Seriusly

pertama kali makan meggi sotong dan meggi ketam... sedap tapi x kena dengan perut ak...
Setiap kali teringat ketam ni masuk ke tekak ak... rasa nak muntah... hahak

Pertama kali minum tuak... ataupun bahasa mudah dia adalah air nira... sedap kalau x masam lagi...

Seronok gila perjalanan ak walaupun plan nak snorkeling x jadi... huhu...
Tapi x per... nanti cadang nak pergi Langkawi atau Krabi untuk snorkeling...

Pergi ke Rantau Panjang... Hurm... banyak orang berjual beli tapi agak lebih kurang sama macam Padang Besar...
Xda la beli banyak sangat barang...
Ingat lepas itu nak ke Golok tapi dah tutup.... huhu...

ni masa baru sampai ke terengganu... singgah rumah dann dan dijamu dengan nasi dagang

lagi peserta yang join percutian ni

dah habis makan... tiba masa ke laut...

ini adalah speed boat... sangat laju... gila takut... lagi cuak dari naik roller coaster

yen dalam speed boat

permandangan pulau perhentian... klik pada gambar untuk lebih jelas

nak menunjukkan yang air ni jernih...

camtik x???

hujan masa ni...

menunggu speed boat untuk balik ke tanah besar

menyediakan koyan untuk mencandat

ambil gambar sebelum meneruskan aktiviti

bot kami... usang tapi berfungsi

pang, sahak, dann dan resat

pang relek dulu...

yeah... mangsa pertama...

hari terakhir... iezahar memang jahat giler... dia rakam orang berdengkur... 

pantai keluang... masa ni orang lain berdengkur lagi

kat situ ada haliza dan liza... x nampak...
Papepun... jumpa lagi...



Thursday, May 23, 2013

Ak pemarah ker???

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dulu ak rasa... rasa la... ak ni susah nak marah...
Biar la orang buat apa dekat ak... Jarang marah...
Kalau marah pun sekejap jek...
Dan kalau marah... ak rasa... rasa lagi... ak boleh sorok reaksi marah ak...

Ak ingat ak macam dulu lagi...
Tapi ada kawan ak cakap... 2-3 orang dah cakap...
Bila ak marah... memang nampak ak marah... ak memang x boleh sorok lansung muka marah ak...
Risau juga ni... sebab ak banyak berurusan dengan orang...

Ak pernah rasa marah dengan auditor, marah boss, marah rakan sekerja...
Tapi macam ak kata... ak rasa ak boleh sorok...
Kalau betul ak x boleh sorok...
Kena kurangkan marah la...
Sebab marah boleh merenggangkan hubungan yang terjalin... oh yeah...

rasanya macam ni la kot muka ak... muka marah macam rimau tapi cuba senyum untuk tutup marah tu...
Papepun... jumpa lagi

p.s: Bosan ni... sebab tu menulis tajuk entah apa2

Thursday, May 9, 2013

Pasca PRU 13

As salamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, 5 Mei hari tu dah selamat mengundi...

Kali pertama ak mengundi... Macam-macam perasaan ada...

Keputusan pun dah diumumkan... BN menang walaupun terdapat kemerosotan yang agak mendadak...

Cuma satu la ak minta...

Yup... Ada yang puas hati dan ada juga yang x puas hati...

Minta tolong salurkan ketidakpuasan hati tu secara bertamadun ek...

Ak x suka la keadaan sekarang ni...

Mainkan sentimen perkauman la... Haish...

Kalau x puas hati kalah... Korang ada masa 21 hari dari tarikh pengumuman untuk kemukakan bantahan...

Sepatutnya sekarang ni... Semua wakil rakyat dan YB kena bekerja keras untuk menunaikan manifesto yang dicanang-canangkan dan juga bekerja demi kesejahteraan rakyat Malaysia...

Ak kisah siapa menang... Cuma jalankan tanggungjawab korang... Jangan duk menyusahkan rakyat...

Papepun... Jumpa lagi...

Thursday, May 2, 2013

Kerja... untuk apa???

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Rasanya dah lama gila gila gila gila gila ak x menulis dalam blog ni kan...
Bak kata orang zaman sekarang, dah bersawang...
Hurm... banyak cerita sebenarnya tapi malas nak tulis...

Tapi... semalam ak ada jumpa seorang kawan lama ni... agaknya hampir 2 tahun x jumpa dia...
Banyak lah kami berborak tapi ada satu topik ni ak suka... Sampai pagi ni ak terpikir lagi...

"Kita kerja untuk apa ek???"

Bagi yang masih belajar mungkin x faham... cuba tukar soalan tu "Kita belajar untuk apa ek???"...
Kan, topik yang agak menarik...

Masa permulaan ak kerja dulu, ak sebenarnya nak jumpa ramai orang, cari pengalaman dan lain-lain niat yang murni... Senang kata... ak nak berseronok waktu bekerja...
Tapi bila dah bertahun... ak perasan ak kerja semata-mata sebab duit...
Sebab nak bayar bill... nak tampung kos sara hidup... nak tanggung keluarga...
Dan disebabkan itu... kita terpaksa kerja dalam keadaan x seronok... menjadi zombie...

Dan topik menarik selepas itu... sampai bila kita nak kerja macam ni...
Duit bulan2 kita dapat tu... adakah bertahan lama... Paling lama pun tahan 3/4 bulan... itupun dah habis jimat...
jadi... kena kerja tiap2 bulan... kadang-kadang sampai abaikan kesihatan... abaikan emosi diri sendiri... dan yang paling teruk... abaikan famili...
Dan yakin ke dah tua nanti kita boleh rehat??? Aset dah cukup ke untuk kita rehat??? Sebab ada sesetengah orang... umur dah 50-60 pun masih kena kuat bekerja demi untuk sesuap nasi...

Topik yang berat kan... cuba renung-renungkan...

Cuma ak suka nasihat Ustaz Hasrizal dalam wacana secangkir teh pengubat letih...
Waktu muda dan belum berkahwin la sesuai untuk kita merantau melihat negara orang...
Bila kaitkan dengan isu yang ak tulis ni... x kan nak tunggu pencen baru nak merantau... mana ada tenaga dah... hurmmm....

Tapi...
Papepun... jumpa lagi

Wednesday, February 20, 2013

Petanda sudah matang... ataupun gedik...

As salamualaikum dan salam sejahtera...

Banyak betul sawang kat blog ni kan...

Korang mesti rindu dekat ak???

Hurm...

Hari isnin hari tu ak pernah berborak dengan sorang usahawan gaharu ni...
Mengenai definisi matang....

Bagi ak... Seseorang tu boleh dikira matang kalau dia boleh berfikir secara matang....

Tapi bagi usahawan tu... Matang adalah bila ko dah akil baligh... hurm...
Maknanya ak dah matang la ek...

Teringat masa ak pergi K-Fiqh : Wanita dan Islam...
Ustaz Pahroi pun cakap macam usahawan tu juga...

Hurm...
Dulu ak ingat ak belum matang...
Tapi kebelakangan ni rasa matang...

Sebab keinginan nak naik fasa lain kehidupan tu membuak-buak...

Rasa nak kahwin... hurm... Mungkin ak terlebih gedik kot...

Hormon x stabil... huhu...

Tapi kalau ikut kata2 usahawan tu...
Sebenarnya ak dah matang lebih dari sedekad yang lalu...

Jadi yen... matang la... Jangan jadi macam budak2 lagi...
Ayoh...

Okay...
Papepun... jumpa lagi...


Saturday, February 16, 2013

Impian dan Cita-cita

As salamualaikum dan salam sejahtera...

Boleh dikatakan hidup ak sekarang dah stabil...

Ada kerja... Dapat duit bulan2...

Tapi ada satu cita2 ak yang x tercapai...

X pasti samada ak nak tinggalkan zon selesa ak ni dan cuba atau kejar cita2 ak...

Orang kata... Waktu muda la waktu yang sesuai untuk cuba capai apa yang kita nak...

Hurm...

Samada tinggalkan zon selesa ini dan kejar cita2...

Ataupun abaikan cita2 dan teruskan kehidupan ak sekarang ni...

Hanya ada satu pilihan dan pilihan ak adalah...........................................................

Thursday, February 14, 2013

perempuan...

As salam...

Perempuan ni kadang2 menakutkan kan...
Dulu pernah dengar orang cakap...

Di sebalik kejayaan seorang lelaki... Mesti ada perempuan dibelakangnya... (lebih kurang la)...

Perempuan boleh menjadi punca tercetusnya perang...
Juga punca tamatnya perang...

Kadang2, prinsip yang dipegang oleh seorang lelaki selama berpuluh tahun dilanggar...
Kerana perempuan yang dia kenal x sampai 2 tahun...

Hurm...

Hanya sekadar tulisan tanpa idea...

Papepun... jumpa lagi...

Tuesday, January 1, 2013

Azam 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Apa2 pun... Ak nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun 2013 kepada semua...

Apa azam 2013 korang???

Dan yang paling penting... tertunai ke azam 2012 korang???

Ak... Alahamdulillah... Hampir semua azam 2012 ak tertunai...

Cuma azam no.4 tu belum tertunai lagi... Ye la kan... Susah nak cari pasangan hidup ni...

Dan azam no 2 tu ak tukar... Beli Samsung Galaxy SII sebab bila buat kajian mendalam... Galaxy Note mungkin x sesuai dengan jiwa ak... Terlalu besar sebagai Hp dan Terlalu kecil sebagai Tablet... Ak beli SII dan Galaxy Tab 7.0... Gila betul...

Azam 2013???

hurm...

1. Cari bakal Bini (sighhhhhhhh.........)

due date : biarlah jodoh menentukan

Tindakan : x buat apa2... cuma ak masih berpegang pada prinsip x mahu berkapel... tengok la macam mana nanti...

Cabaran : Entah lar... Biasa la... Nak isteri solehah yang mampu jaga keluarga ni bukan senang... hurm...


2. Nak capai BMI badan yang ideal - dapat report dari Doc yang kata ak ni Obese... huhu... dulu Yen Yang Comey... sekarang Yen Yang Obese... huhu

Due Date : Akhir tahun 2013

Tindakan :
- dah beli Oatmeal tapi x leh nak makan la... gila ko x sedap... tapi kena habiskan juga
- Nanti nak beli basikal la... malas la nak jogging... huhu
- Ada baca satu buku ni... Kalau nak tinggikan metabolize badan kita... jangan tinggalkan sarapan... makan sikit tapi banyak kali... dan ada beberapa petua lagi... kena ikut la kot...
- kena kurangkan tekanan sebab bila ak tertekan... ak kena makan... huhu


3. Barang2 materialistik... Dalam tahun 2013 ni, ak nak beli
- Laptop - laptop ni untuk main... netbook ak tu untuk kerja...
- Mesin basuh - untuk basuh baju... x mahu la ak buat kerja gila sembur naju dengan febreeze dah... huhu
- Oven - Untuk masa bosan2... boleh ak cuba buat kek ke... roti ke... pizza ke... hehe
- Hp baru - giler la... Tapi nak pakai 2 no... tapi ni sangat x penting... kalau nak beli... nak cari jenama HTC lak...
- Baju kemeja - ni pun giler... rupa2nya... ak jarang beli kemeja... kemeja yang ak pakai ada yang dari ak matrik lagi... x pernah tukar... huhu...

Tindakan : Ni masalah duit je... cuma kena kumpul la... kena kaji impian mana yang penting dulu... kita buat dulu... rasanya mesin basuh tu paling penting...

4. Kereta... Sebenarnya ak dah ada kereta sejak 4 tahun yang lalu... Ak adalah 4th hand... huhu... Impian ak tahun depan ak nak ubah kereta ak jadi lebih berkuasa, lebih lawa dan lebih selamat...

Tindakan :
- Ak dah baiki Sistem brek depan... Absorber belakang.... Ganti minyak mana yang bocor dan x cukup...
- Fasa ke-2 - Absorber depan... Brek Drum kat belakang... Upper dan Lower Arm... Alternator... dan wiring sistem...
- Fasa Ke-3 - Nak overhaul enjin
-Fasa ke-4 - Internal accesories... nak cantikkan bahagian dalam...
Fasa ke-5 - External accessories... nak cantikkan badan kereta termasuk cat baru...

Harapnya akhir tahun 2013... sekurang2nya ak dah capai Fasa ke-3...

Rasanya ni azam dan sasaran ak untuk tahun 2013... dan yang paling penting... Ak nak jadi manusia, anak, kawan, pekerja, warganegara dan umat yang lebih baik dari tahun 2012... InsyaAllah...

Apa2 pun... jumpa lagi...

P.s: Selamat hari Jadi mak... maaf sangat yen x dapat balik... bulan feb ni yen balik ek...






Thursday, December 20, 2012

Keseronokan VS Pendapatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kawan ak pernah cakap dulu...
Kerja ak sekarang ni okey... Gaji tinggi...
Tinggi untuk 'Fresg Grad' macam ak...

Masa mula2 ak dengar... Ak x setuju...
Bagi ak... Keseronokan bekerja paling penting...
Bukan nilai gaji... Ni bagi ak la...

Macam ak pernah bagitahu korang dulu...
Ak pernah kerja sebagai attendant pam minyak (orang minyak) dan sekuriti...
Kerja yang paling ak suka... Jadi orang minyak...
Nak kata gaji memang x banyak... Sejam 2 ringgit jer...
Bayangkan lah nilai korang hanya RM2 sejam... Rasanya kalau jual badan kalau sejam... Mahu beratus ak dapat...

Tapi sangat seronok...
Sebab apa ak kata seronok???
Ak sanggup OT hampir setiap hari...
Kerja dari 0700 - 1500 dan kalau kena OT... 1600-2300...
Balik rumah... makan2 dan terus datang kerja untuk OT...
Memang penat tapi x terasa sangat...
Tutup pam dan balik dalam pukul 2330 tapi esoknya 0630 ak dah terpacak dekat stesen minyak tu...
Masa banjir pun ak sanggup redah banjir... Hujan jangan cakap la... Main pakai redah jek...
Mak ak pun pelik...

Kerja ak sekarang ni...
Kadang2 seronok juga... Tapi kerja sekarang ni...
Balik2 terus penat... Hari2 rasa tertekan...
Semalam ak balik rumah... solat maghrib dan terus tidur sampai nak dekat subuh...
Lebih dari 10 jam...
Kawan ak cakap... Mungkin sebab kerja ni ak kena perah otak...
Penat otak lagi teruk dari penat fizikal... Entah ler...

Papepun... Jumpa lagi


Friday, December 14, 2012

Belajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Ak bukan jenis ulat buku yang suka belajar...
Cara ak belajar... Ak akan rajin bila topik tu menarik...
Kalau x menarik... Ak x kan beri perhatian...
Dulu ak suka subjek Genetic Engineering...
Sebab setiap kali dalam kelas... Ak mesti bercita2 nak campur DNA makhluk2 lain...
Impian utama ak... Nak campur DNA manusia dan belalang...
Jadi Suria Perkasa Hitam... Impian yang x kesampaian... 

Ada juga subjek yang ak x gemar...
Ajarlah macam mana pun... Memang x kan masuk...
Buku rujukan subjek tu akan jadi ubat tidur yang paling mujarab sekali...

Zaman belajar secara formal... Nak x nak... kena belajar juga...
Sebab ada periksa... huhu...
Berdarah otak belajar subjek yang susah2 dan bosan2...

Sekarang ni ak bukan dunia belajar secara formal dah...
Walaupun xda periksa... ak kena juga belajar...

Jadi... ak cipta satu formula baru...
Benda ni ak x perasan tapi bila borak2 dengan cikgu ak dulu - sekarang ak jadi orang atasan dia...
Bila kami borak2 mengenai 'compressor' - satu mesin untuk memberi  bekalan angin kepada mesin lain...
Dia kata la... "bukan ak dah ajar ko ke dulu"...
Jadi ak jawab la... "saya kalau benda susah... saya hanya pahamkan konsep asas jek... macam compressor... untuk supply angin... jadi saya x kan hiraukan dari mana angin datang... lalu filter ke???... regulator ker??? tekanan ker???"...

Yup, sekarang ni ak jenis kalau belajar benda baru... ak belajar konsep asas jek...
Mungkin keghairahan ak untuk belajar dah kurang...
x macam dulu... Mungkin sebab dah tua...
Otak dah keras...

Macam mana ek nak dapatkan keseronokan belajar macam dulu...
Macam ak cuba fahamkan ilmu Immunology... jadikan ia macam cerita bersiri...
Kes yang sama bila ak nak pahamkan ilmu Virology... Macam mana virus masuk dalam sel...
Perjalanan yang penuh liku2...
Dan lain2...

Sebenarnya... ak rindu zaman belajar dulu2...
Tu je motif ak tulis sai topik ni...
huhu...



huhu...





Saturday, December 8, 2012

Pindah... Hijrah... Transfer...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hujung bulan 11 dan awal bulan 12 adalah sangat... sangat... tak terkawal...
Macam2 berlaku sampai satu tahap... Ak mengalami sakit kepala di beberapa tempat kt kepala yang berlainan...
Mula2 kat tengkuk... lepas tu naik ke belakang kepala... lepas tu kat atas kepala...
Akhir sekali dekat dahi dan mata kiri... yang ni paling sakit... huhu...

Tapi bulan 12 ni juga ada banyak perubahan bersifat fizikal dan spiritual dan diharapkan perubahan ini akan bersifat holistik... (sejujurnya ak pun x paham ayat ak ni...)...

Antara perubahan fizikal adalah ak kena pindah opis... huhu dan haha...
X tahu nak sedih atau nak gembira...

Ni adalah permandangan setiap hari ak di opis lama yang bakal ditinggalkan... ni pun dalam keadaan bersih selepas dikemas... kalau korang tengok bila bersepah... kepala korang pun boleh jadi serabut...
antara barang2 yang ak dah bawa ke tempat baru... x sampai 30% ni... banyak lagi barang lain akan tiba...
tempat baru ak... boss ak suruh duduk tempat lain tapi ak suka tempat yang ada tingkap walaupun mungkin ak akan mengalami kepanasan akibat dipancar cahaya mentari pagi dan petang...

Biasanya bila kita berpindah secara fizikal...
Mentaliti kita pun akan berubah...
Sebab tu orang kata kalau marah masa berdiri... duduk...
Harap ak akan berubah jadi lebih baik...
Sebab di sebalik perubahan tempat duduk ni... tanggungjawab ak pun agak berubah juga... 
Jadi makin berat... 

Papepun... jumpa lagi...

Monday, November 19, 2012

UPSR dan Blogging

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni keputusan UPSR keluar... Yang dapat banyak A semua post dalam FB...
Yang kurang dapat A tu xda lak ak jumpa status dalam FB...
Mungkin kawan2 ak x ambil UPSR kot...

UPSR...
Bila teringat semula... Keputusan ak 3A2B... Bagi budak2 sekarang... Agak biasa2 jek...
Tapi zaman ak dulu... keputusan ak ni boleh dikira hebat la...
Kira bangga la ak...

Cuma...
Cikgu kelas ak... Pn Rooshayati... macam sangat pelik...
Sebab subjek Bahasa Melayu Penulisan ak dapat B...
Dia kata patutnya ak boleh dapat A...

Ingat2 semula...
Dulu ak memang suka menulis...
Kalau x salah ak... Ak pernah tulis sajak... Kawan ak kata best... x tahu lah ikhlas atau hanya ambil hati jek...
Kalau tulis karangan... Memang xda masalah untuk dapat 360 patah perkataan tu...
Siap ada imaginasi kanak2 lagi... gila la...
Yang x tahan tu...
Pernah ditangkap sebab tulis surat cinta... Giler...
Bukan minat pun minah tu... cuma saja2... Nakal kot...
Tapi memang gila la... Masuk bilik guru... Kena marah lagi... Tapi rasa popular lak...
(sebenarnya ak x kena teruk sebab ak tipu tulisan... hehe... dulu ak ada 2 cara tulis huruf 'k'... x sangka sebab tu ak terlepas)...

Mungkin sebab tu ak berblog kot...
Sebab suka menulis...
Kebanyakan tulisan ak pun panjang2...
Terpikir lak... kenapa cita2 ak bukan novelis ek???
hurm...

Papepun... jumpa lagi...

p.s: terpikir kali kedua lak... kenapa thesis ak pendek ek??? huhu

Sunday, November 11, 2012

Berkhemah & 4x4

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari minggu lepas... Ak ada terlibat dengan satu aktiviti...
Yang mula2 ak ingat senang je...
Rupa2nya memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi...

senyum jek... masa ni still atas jalan tar... ak ikut Abg Indera ni la....
Apa aktiviti tu???
Berkhemah dan jadi co-pilot untuk aktiviti 4X4 a.k.a Four Wheel Drive a.k.a 4WD...
X bawa pun kereta tu tapi duduk sebelah je... Tapi seriau juga la...
Masa nak balik tu... Kena duduk belakang sebab nak bagi tumpang pada makcik RELA...
Lagi gila beb... Bila kereta tu senget... Rasa nak jatuh jek...


Hampir maghrib.... ujung jalan tar... ni jalan orang kampung ke kebun... jalan tanah merah
Aktiviti bersewang oleh orang asli
tempat tidur ak... ak jenis x kisah tidur kat mana tapi masa ni... agas banyak sangat... gigit ak... x leh tidur... dapat tidur 1/2 jam jek...
pagi tu kami nak ke sempadan perak/pahang... ni halangan pertama... tinggi bukit ni

satu kereta x lepas... jadi ni dorang cari jalan macam mana nak lepaskan kereta tu
perasan x belakang kereta tu ada tali... mula2 dorang tambat kereta biru gelap ni pada pokok... dan kereta biru gelap ni akan tarik kereta yang x lepas tadi guna tali (kalau korang perasan kereta macam ni... ada satu sistem tali gulung2)

Abg Indera memerhati proses tarik kereta....
dah lepas halangan pertama... perjalanan diteruskan
ni adalah halangan terakhir... sangat banyak kereta x lepas....

selepas jalan ni di'modified'... alhamdulillah... 3 kereta lepas... tapi ada satu kereta tu... shaft patah... sistem stereng rosak...


dah habis... sebenarnya program ini untuk Jabatan RELA Raub... kami cuma menumpang jek... sambil menolong sikit2...

 Alhamdulillah... lepas habis program ni... banyak pengalaman ak dapat...
Di samping beberapa luka dan hantukan...
Akhir program... yang sempat ak tengok...
1 kereta patah shaft dan sistem stereng dia rosak... 2 kereta putus kabel (yang tali gulung2 dekat depan tu)...
Tapi yang paling bermakna... ak suka tengok dorang bekerjasama...
Kalau ada peluang... ak nak pergi lagi...

Papepun... jumpa lagi...











Friday, November 2, 2012

Sudut pandang berbeza

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Antara sifat manusia yang ak x suka...
Tapi ak pun buat...
Adalah kita selalu pikir diri kita betul...
Orang lain salah...

Kita x mahu lihat sudut pandang yang berbeza...
Bila kita dibuktikan salah...
Kita x mahu terima (yang ni wajib digelar bodoh-sombong-patut-hidup-sorang2)...
Tapi ada juga orang yang terima kebenaran setelah tahu mereka salah
(InsyaAllah mereka akan berjaya terutama kalau suka belajar dari kesilapan)....


Gambar ni ak dapat dari Majalah Apo...
Cerita yang agak menarik...
Bila kita semua pikir kita betul dan orang lain salah...
Kita akan senang bermusuh...

Cuba la buka minda...
Dalam dunia ni bukan anda je cerdik... ada lagi orang yang lebih cerdik...
Dan orang yang betul2 bodoh adalah orang yang x mahu terima kebenaran...

Papepun... jumpa lagi...

Memaksa Tuhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pernah x korang minta sesuatu dari Tuhan...
Dalam Agama Islam...
Umat Islam wajib meminta apa2 dari Allah...
X boleh minta dari makhluk/benda2 lain... Nanti jatuh syirik...

Ak dulu selalu minta dari Allah...
Kadang2 benda2 yang x logik pun...
Pernah juga minta Allah jatuhkan bala pada orang yang ak benci...
Dan yang paling lawak... Ak pernah minta supaya ak terlibat dengan kemalangan masa naik bas...
Sebab x siap kerja sekolah...

Bila dah besar... Dah akil baligh...
Benda yang agak selalu kita semua mintak adalah PASANGAN...
Korang x yah tipu la... Sekurang2nya sekali sebelum ni korang pernah berdoa agar dikurniakan pasangan yang cintakan korang dan korang pun suka pada dia...
X per... X kisah sebab tu adalah fitrah manusia...

Tapi...
Semalam... Berborak la ak dan kawan ak mengenai hubungan geli2 ni (hubungan kapel2 la)...
Dan kesilapan ak... Dan kemungkinan kesilapan kebanyakan dari kita...
Kita suka 'paksa' Allah...
Itu yang silap tu...

Apa maksud 'paksa' Allah... (pada pandangan ak la)
Kita selalu berdoa...
"Ya Allah... Engkau satukanlah ak dengan si polan"...
Yup... x salah... Ini pun salah satu usaha... Tapi bila x dapat...
Kita meratap... menangis... persoalkan Allah kenapa x bagi...
Macam budak2 menangis bila ibu bapa x belikan alat gula2...

Orang macam ni x salah kalau ak cakap dia x yakin sepenuhnya pada perancangan Allah...
Allah tahu siapa yang terbaik untuk kita... Kalau x dapat... Sabar lah... Bersangka baik lah pada Allah...
InsyaAllah... Allah dah sediakan insan yang cukup2 baik dan sempurna untuk kita...
Cuma masanya belum sampai lagi...

Kawan ak tu bagi la cadangan...
Lebih baik berdoa...
"Ya Allah... Engkau kurniakanlah padaku pasangan yang baik, beriman dan soleh/solehah"...
InsyaAllah... Akan dapat yang terbaik...
Asalkan kita dulu kena jadi baik (ni nasihat kawan ak yang lain lak)...

Ak x pandai nak menulis...
Tapi kesimpulannya...
Kita x tahu apa yang terbaik untuk kita... Tapi Allah tahu...
Jangan la paksa2 Allah untuk jodohkan pakwe/awek tu dengan kita...
Kalau betul dia tu untuk kita... terimalah...
Kalau dia bukan jodoh kita... tunggu la... Ada la tu... Cuma masa belum tiba...
Teruskan berdoa dan terimalah keputusan dengan hati yang sabar...

Papepun... jumpa lagi...