Islamic Widget

Al Quran

Saturday, November 28, 2009

9 Nyawa


Oleh Ramlee Awang Murshid
Angka 9 mempunyai makna yang berbeza pada persepsi setiap orang. Sewaktu zaman persekolahan dahulu, saya paling takut kalau mendapat angka 9 pada setiap subjek peperiksaan. Angka 9 sebagai tanda kekalahan atau gagal. Ia paling mendukacitakan. Mujurlah saya mendapat angka 2 untuk sastera dan angka 4 untuk Bahasa Malaysia.

Manakala nyawa pula adalah ‘takungan kehidupan’ pada setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi ini atau mana-mana makhluk yang tidak terlihat oleh mata kasar. Walhal hakikatnya...pada akhirnya nanti...hanya ALLAH sahaja yang akan kekal abadi apabila sangkakala pertama ditiupkan Malaikat Israfil. Hatta...Malaikat Izrail yang ditugaskan mengambil nyawa juga akan turut mati.

Semakin dewasa...kerap terdengar mengenai kucing yang dikatakan memiliki 9 nyawa. Saya mendengarnya sekian lama namun langsung tidak singgah di benak untuk difikirkan. Sehinggalah satu hari...anak saya Muhammad Aizuddin mengatakan bahawa kucing mempunyai 9 nyawa. Bertitik tolak daripada itu, saya mula memikirkannya untuk dijadikan sebuah novel.

Alhamdulilah...novel 9 Nyawa telah selesai dan saya serahkan kepada editor Alaf 21 pada minggu pertama bulan Syawal. Sebenarnya cerita itu boleh ditamatkan pada akhir penghujung ramadan. Bagaimana pun...saya melengah-lengahkannya untuk mencari satu penamat yang tragik. Ia dinoktahkan dengan hukuman mati di Penjara Cipinang Jakarta yang dilaksanakan sepasukan regu penembak.

9 nyawa berkonsepkan drama. Ia mengisahkan cerita dua keluarga yang berada di Kuala Lumpur dan Geylang Singapura. Kehidupan mereka berbeza. Watak utamanya adalah Intan Suryani dan Hakim – seorang lelaki cacat penglihatan. Intan Suryani yang menghidap sakit jantung dipercayai ibunya Azizah memiliki 9 nyawa. Kerap kali menghadapi maut namun ajalnya masih bertahan menunjang jasad. Intan Suryani tetap bernyawa sehinggalah suatu ketika dia terperangkap dalam kehidupan antara hidup dan mati iaitu koma.

Hakim pula dapat mendengar suara Intan Suryani yang bernyawa dalam keadaan halimunan. Tragedi ini berlaku di Singapura. Antara dua kehidupan tidak menghalang untuk Hakim membantu Intan Suryani. Hanya berdasarkan suara sahaja tidak menghalang ‘mata hati’ itu untuk melihat kebenaran. Hakim yang cacat penglihatan juga menggunakan ‘mata hati’ untuk melakukan kebaikan.

9 nyawa saya sifatkan tidak terlalu ganas dari aspek tindakan watak-wataknya. Ia berkonsepkan drama yang mementingkan ‘cara penceritaan’ berbanding ‘tindakan’. Apa pun...9 nyawa masih dalam bentuk thriller. Menumpukan aspek pengorbanan yang seharusnya dilakukan secara tulus ikhlas. Percayalah...kebaikan itu pasti akan dibalas dengan kebaikan juga. Kejahatan pula pasti akan menerima hukuman. Ia dasar biasa dalam aspek penceritaan tradisional mahu pun masa kini. Yang ingin saya tekanan di sini adalah...’Mata Hati Tidak Pernah Berdusta’. Salam hormat...insya-ALLAH...jumpa lagi dalam CINTA SUFI.

Antara dialog yang dikekalkan dalam CINTA SUFI nanti adalah seperti – ‘Maukah kamu mendengar tawaranku?’ dan ‘Sebagai manusia...aku sayang padamu’.

10 comments:

Anonymous said...

suka dgn ayat saifudin dalam cinta sufi..:-)

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

ada satu ayat yg dia tulis mashaf tuk sang ratu... orait gk ayat2 dia tp x hafal la...

Anonymous said...

laksana langit mencengkam purnama..
ibarat mutiara di lautan biru..
saujana mata memandang, seluas langit terbentang..
tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN.
pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan...

mcm ni ep?

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

wah... hebat la ko... tabik spring kt ko...
lebey kurg cmtu la...
tp sgt suka 2 ayat terakhir tuh...

tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN.
pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan...

macam sajak...

Anonymous said...

hA3..BEST ayat2 ni., tp 2 ayat terakhir 2 yg paling aq suka..:-)
memang pandai la org yg reka mashaf ni..
tgi betul daya imaginasi.

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

tu la kan...
rasanya klu nk jd penulis... kena tinggi imaginasi la kot...
bru leh jd penulis berjaya

Anonymous said...

tp RAM ni lain2 dr yg lain..:-)
mx2 watak saifudin x abis lagi..

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

nnt akan ada satu buku lg kan...
tp dngr kata siri last...
pe ek tajuk dia... lupa dah...

Anonymous said...

rasanya musafir sunan kot..:-)
tp., mx2 x abis lagi..
5 star utk saifudin.

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

a'ah... sunan musafir...
tapi kan... sejujurnya...
siri sunan ni mmg 5 star... tp klu RAM wat lg pnjang siri dia ni...
tkot org muak sbb cter akan meleret2...
sebaiknya dia tamatkan siri sunan...
biar siri sunan tamat pd waktu zaman kegemilangannya...