Islamic Widget

Al Quran

Saturday, November 14, 2009

Petanda Kiamat Menurut Islam.

Kiamat adalah hal yang tidak bisa diramalkan oleh semua mahluk ciptaan Allah, namun Allah telah menerangkan akan adanya 10 tanda sebelum hari akhir atau hari kiamat tiba.

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

H.R Muslimi

Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Dabbah-Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerusakan dipermukaan bumi ini, yaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur
8. Gempa bumi di Barat
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab
10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. (Apa ini bahaya Nuklir?)

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merusakkan sistem alam cakrawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

sumber: misteridunia.wordpress.com

11 comments:

Anonymous said...

"I warn you against him (The Dajjal Antichrist)and there was no prophet but warned his nation against him but I will tell you something of which no Prophet has told his nation before me you should know that he is one eyed and Allah is not one eyed"
-Sahih Bukhari, as quoted from Prophet Muhammad(Peace be upon Him).

suka dgn hadis ni, nampak mcm satu clue bila baca dlm bahasa ni.:-)

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

apa klue dia...???

base pd ayat2 terakhir tu...
mybe akan ada org keliru samada dajjal tu adalah Allah...
Sbb tu Rasulullah SAW bg tahu Allah tidak bermata satu...

Anonymous said...

hmm.., klu bagitau org akan kata memandai2 tafsir hadis..
cuba tgk dokumentari the arrival..:-)
+ pendapat fuqaha' zaman sekarang.

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

dah donlod tp baru tgk sampai episod 10...
ngantuk la...
ak saspek video tu guna teknik sampaikan msg melalui teknik hipnosis la...
melalui bunyi2...
huhu

yup... klu nk taw sai bnda2 agama ni...
tanya la org pakar cthnya ulama2...
kita yg x tahu pape x leh kata lebey2...

Anonymous said...

maknanya ada lagi 42 ep..:-)
nk kata video tu buat org lagi mengantuk ep?

tp kdg2, klu nk tanya pasal benda2 ni, ilmu pun kena ada ckit2 klu x confirm confius..sebab kebanyakannya berbeza pendapat.

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

mmg kne taw basic2...
tp kne taw dri sndrik gak...
klu juz taw basic... jgn la dok wat2 pandai berhujah bnda yg yg x sure...

mmg ada perbezaan pndapt... cuma bergantung pd kita la nk ikut mne...
selagi tunjang dia x lari... perbezaan pndapat pd perkara cabang mmg besa... kita pun ada 4 imam utama kan...

Anonymous said...

well,klu berhujah sedangkan kita sendri x tahu memang buang masa..myb lebh baik tanya terus pada org yg lebih pakar.

klu la semua org berfikir mcm tu, cuma kdg2 ad org yg x blh terima perbezaan pendapat,last2 buat ajaran sesat.

Anonymous said...

well,klu berhujah sedangkan kita sendri x tahu memang buang masa..myb lebh baik tanya terus pada org yg lebih pakar.

klu la semua org berfikir mcm tu, cuma kdg2 ad org yg x blh terima perbezaan pendapat,last2 buat ajaran sesat.

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

tu la... sbb tu pelik dgn senario skrg...
cam taun lepas... tnya isu hudud pd artis... mne la artis tu taw sgt... kn dh timbul isu...

n sbb tu zman skrg ni ada istilah ustaz google ustazah wiki... huhu

Anonymous said...

Yup! kdg2 benda ni akan menyebabkan golongan2 yg jahil tentang hudud just ikut apa kata artis2 ni..kdg2 myb antara diorg x sokong hukum ni.

tp, sebenarnya lebih baik bertanya terus pd ustaz2..

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

betul... terus tnya pada pakar...
kesalahan kita zaman skrg...
kita tnya ttg sesuatu isu tu pd org yg salah...
bkn bab agama jek... malah semua bab lain... tnya la pd pakar dia