Islamic Widget

Al Quran

Wednesday, June 2, 2010

hikaru no go


salam...
dalam 2-3 hari ni ak download dan tengok anime jepun...
hikaru no go tajuk dia...
tengok sampai x sedar diri...
sekarang ni dah tengok sampai episod 46...
ada 29 episod lagi...

hikaru no go cerita pasal catur go...
hero utama dia nama Shindou Hikaru...
dia memang x pandai main Go...
tapi kena rasuk dengan pakar Go zaman jepun lama...
masa dia nak jual Goban (papan Go) atuk dia...
dia kena rasuk sebab dia sorang je nampak kesan darah Honinbou Shusaku kat Goban tu...



hantu yang rasuk dia adalah pengajar Go untuk maharaja jepun masa tu...
nama dia Fujiwara No Sai...
dalam cerita ni dia dikenali sebagai Sai...
dia mati sebab terlalu kecewa lepas kalah dengan pengajar maharaja juga...
pengajar tu tipu masa diorang bertanding tapi sebab x cukup bukti,
perlawanan tu diteruskan...
akhirnya Sai kalah sebab x dapat tumpu perhatian...
dia rasuk Honinbou Shusaku sebab Honinbou jer nampak kesan air mata dia pada Goban sai...



lepas Sai rasuk Shindou...
Sai paksa Shindou main Go...
Sai hanya tunjuk jer kat mana nak taruk buah catur tu...
Shindou tukang letak...

masa Shindou mula2 nak main...
dia jumpa Touya Akira...
dia x tahu yang Touya ni memang hebat gila dalam Go...
lepas tu dia kalahkan Touya (sebenarnya Sai)...
lepas beberapa lama...
diorang lawan lagi...
kali ni memang Sai memang ajar Touya betul2...
memang orang kata kekalahan mutlak la...
masa ni la Touya menjadikan Shindou sebagai pesaing utama dia...
Touya nak lepasi tahap Shindou (sebenarnya Sai)
Shindou gak jadi perhatian bila dia tolong sekolah Haze kalahkan pemain Go sekolah Kaio...
tapi penyertaan dia ditarik sebab dia bukan pelajar sekolah sekolah Haze...



Shindou mula minat Go dan dia x nak lawan dengan Touya menggunakan Sai...
dia nak kalahkan Touya dengan kekuatan dia sendiri...
masa ni la Shindou mula nak mengejar tahap Touya...
masa pertandingan Go peringkat sekolah...
Touya lawan Shindou...
tapi Shindou x guna Sai...
Touya memang kecewa gila bila tengok Shindou main macam orang bodoh...

Touya yang kecewa pun dah x anggap Shindou sebagai pesaing dah...
dia ambil peperiksaan untuk jadi pemain pro dan sekarang ni dia dah jadi pemain pro...
antara pemain pro terhebat...
Shindou yang mengejar Touya mula menjadi Insei...
Insei ni pelajar2 yang berkeupayaan dan dilatih untuk jadi pemain pro...
masa dia jadi Insei...
plot cerita ni makin berkembang dan menarik...



dia berkawan dengan insei2 lain macam Waya, Honda, Ijima, Isamu dan ramai lagi...
kehandalan dan bakat Shindou mula berkembang...
sampai Sai pun rasa x selamat...
ironiknya, setiap kali peperiksaan, hanya 3 orang jer dipilih sebagai pemain pro...

semasa peperiksaan, kita boleh tengok semua orang berusaha nak buat yang terbaik...
untuk jadi pemain pro, banyak yang diorang korbankan...
Shindou korbankan kawan2 kelab Go diorang sebab Insei x boleh sertai Pertandingan amatur...
Tsubaki berhenti kerja...
ramai remaja mengabaikan sekolah...
selepas pertandingan, ramai yang kecewa...
Shindou dalam proses mengejar Touya...

ak tengok sampai sini jer...
cuba korang tengok, serius seronok gila...
plotnya sangat3 menarik...

No comments: