Islamic Widget

Al Quran

Wednesday, June 30, 2010

kata2 motivasi daripada pemain tenis

salam dan selamat sejahtera...
korang suka x dengan motivasi...
macam ak, ak sangat suka benda2 yang menberi motivasi...
ak suka segmen bersama pakar motivasi bersama Dr izie (x tahu nak eja) dalam hot fm...
suka rancangan Bersama Dato dan Anjakan Paradigma Bersama Dato Dr Fadzilah Kamsah (Astro Oasis)...
dan macam2 lagi...



semalam ak belek2 Majalah Mastika yang dulu2...
isu keberapa ak x tahu sebab kulit dia dah tercabut...
terbaca satu kisah...
ni ak nak taip semula...
nak buat citation x boleh sebab buku tu pun entah mana ak letak...
tapi ak photostat dia nya kata2...



ketika sedang menderita akibat kanser, pemain tennis terkenal, Arthur Ashe menerima ribuan pucuk surat daripada sahabat handai dan para peminatnya di seluruh dunia. Salah seorang pengirim itu dalam suratnya mengeluh, dan sekaligus bertanya kepada Arthur Ashe, "Mengapakah Tuhan telah memilih kamu untuk menderita penyakit maut ini?"

Kepada pertanyaan itu Arthur Ashe menjawab, " Daripada lima billion kanak-kanak yang bermain tennis, hanya lima juta sahaja yang belajar bagaimana hendak bermain dengan baik. Daripada lima juta kanak-kanak tadi, cuma 0.5 juta sahaja yang belajar untuk bermain tennis secara professional, 50,000 menyertai pertandingan secara serius, 5,000 terpilih menyertai Grand Slam, 50 orang terpilih menyertai Kejohanan Wimbledon, empat orang sampai ke separuh akhir, dua sampai ke final. Ketika saya menjulang Piala Wimbledon, tidak pernah saya bertanya, "Tuhan, kenapa aku yang Engkau pilih?"

kegembiraan membuatkan hidup anda menjadi indah manakala ujian yang datang membuatkan anda menjadi kuat. Tapi Tuhan menberikan segala-galanya.

Mastika (Februari,2007). p 33



renung2 kan dan selamat beramal... 

No comments: