Islamic Widget

Al Quran

Monday, December 6, 2010

sejarah hidup dalam friendster dan facebook...

salam dan selamat sejahtera...
semalam ak ada berborak dalam facebook dengan seorang kawan lama...
dia kata nanti akan ada seorang jejaka yang dia lansung x kenal...
datang nak merisik... berkenan kot dengan dia...
tapi mungkin x kenal dia secukupnya... kalau kenal....
mesti dia pikir 2 3 kali sebelum nak merisik kawan ak tu...
hua3... terkutuk kawan sendiri pula...

nak dijadikan cerita...
ye la... kalau orang nak merisik kita kan...
mestila kita nak tahu siapa dia tu... macam mana rupa dia...
kacak ke x???... baik ke???...
jadi, kawan ak tu menggunakan teknologi yang kita selalu guna....
facebook dan friendster...

lepas dapat nama laki2 yang nak merisik dia tu...
dia cari la dalam laman sosial ni...
kiranya terkejut beruk laksana ungka2 di taman...
bila dia tengok orang yang merisik dia tu muka macam orang gila seks...
ni dia kata... ak x tokok tambah pun...
lepas tu dia tengok gambar2 budak laki2 tu...
dia kata laki2 tu sosial sangat kot...
terus tolak... mak bapa dia yang tengok laman sosial laki2 tu pun turut sama menolak risikan budak laki2 tu...
kesian lak ak dekat budak laki2 tu...
belum datang rumah lagi pun dah kena tolak...
hua3...

tapi betul juga la...
ak pun suka tengok dalam facebook dan friendster kawan2 ak...
yang telah jadi kawan atau belum lagi...
sebab dari situ, kita boleh kenal serba sedikit pasal orang tu...
maksudnya...
kalau orang tu aktif dalam persatuan...
akan ada banyak gambar dia berpersatuan dalam fb (facebook) atau fs (friendster)...
kalau dia ni jenis kaki disko atau dangdut...
banyak atau sikit mesti ada gambar dia juga...
takpun di 'tag' oleh kawan dia...
ak pernah jumpa kawan ak di 'tag' minum arak...
terkejut juga la tapi x kisah... sebab dia bangsa cina...
kalau melayu muslim... sigh...

tapi ak pernah jumpa pengguna laman sosial yang agak bijak...
dan mungkin dia berfikir jauh ke depan...
dalam akaun fb dia... xda lansung gambar dia...
yang ada cuma gambar anime, artis, dan yang x berkaitan dengan diorang lansung...
maknanya, diorang x la menonjolkan dan menunjukkan kehidupan diorang dalam laman sosial tu...

berbalik pada kawan ak tu...
sebenarnya ada kebaikan kot dia cuba siasat pasai laki2 yang cuba risik dia tuh...
tapi, kadang2 FB dan FS tak menunjukkan diri kita yang sebenar...
dan kita perlu bertemu juga untuk tahu samada orang tu ok atau x???
dan untuk kaum laki2...
sebelum anda buat keputusan untuk merisik, meminang anak orang...
periksa dulu akaun laman sosial korang...
buang la gambar yang x senonoh dan kalau boleh...
tambah la gambar yang akan menunjukkan bahawa korang ni baik dan mulia...
hahaha... hipokrit dan keji sungguh cara ni...

sekian... jumpa lagi...

No comments: