Islamic Widget

Al Quran

Monday, May 30, 2011

ak di mini maha, kuantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Hari semalam ak ada melawat Mini MAHA dekat Taman Pertanian, Kuantan…
Sebenarnya ak x nak sangat nak pergi sebab penat lagi beb…
Hari sabtu baru sampai Pekan dan hari ahad dah kena balik Raub… huhu…
Ak ke MAHA sebab trainer ak ada jaga booth dekat sini dan diorang nak balik juga hari ahad tu…
Jadi… ak pun jadi la penumpang… macam parasite la… ambil faedah dari orang lain…
Tapi x bagi faedah kepada orang lain… bunyi macam teruk betul ak ni kan…


Tapi ak spesis parasite yang baik… comey… dan macho…
Ak ada juga menolong bagi risalah pada orang ramai…
Tapi bila ada seorang pak cik tu tanya pasal servis TPM…
Nasib baik En Hassan dah terang sikit2…
Boleh la ak terangkan sikit2… nasib baik ak x terangkan pasal HACCP, ISO, GMP…
Mesti pak cik tu akan pengsan kepeningan nanti…


Dekat MAHA tu pun ak agak tertarik dengan pokok stevia…
Dapat la merasa serbuk gila… memang dan sangat memang…
Manis melampau2…
Dan mak cik tu sambil melihat ke arah aset ak (perut ak la)…
“gula ni pun boleh kuruskan perut taw dik… x da kalori macam gula tebu”…
Cet…  ni gemuk bukan sebarang gemuk… ni gemuk berisi ilmu taw… huhu
Tapi ak beli la 2 anak pokok stevia tuh… tapi sudah ditakdirkan…
Pokok tu tengah nazak sekarang… sebab ak terletak dalam kereta lama sangat…
Panas kot dalam tuh…
Innalillah… dah x lama pokok tu… harap2 bila dia mati… pokok2 ak tu ditempatkan bersama pokok2 yang alim… huhu…


Kami pulang ke Raub dalam pukul 1430…
Dan sampai ke Raub dalam pukul 1900…
Alhamdulillah…
apa2 pun... terima kasih kepada Kak Munirah, Kak Azreen, Abang Nashrul dan En Emirul sebab sudi menumpangkan ak yang agak berat tapi masih dalam julat yang dibenarkan FDA... huhu
Ok lah…
Jumpa lagi…

No comments: