Islamic Widget

Al Quran

Tuesday, April 17, 2012

PTPTN isu yang semakin hangat...

As salam dan selamat sejahtera...

Isu PTPTN boleh dikatakan isu yang sangat panas sekarang ni...
Sehingga dah menenggelamkan isu NFC, Lynas, Hudud dan sebagainya...
Dan kalau mengikut trend sekarang ni... isu ni akan berlanjutan hinggu suku ke-3 bulan ni... hehe...

Dan ak pun kalau boleh nak juga menyibuk dalam membahaskan isu ni...
Seiring dengan nama blog ak, Manifestasi Hidupku... jadi, ak hanya nak bagi pandangan dari sudut fikiran ak jek la...

Dari berpuluh2 artikel dan status FB yang ak baca...
Dan dari beratus2 komen yang meyuarakn pendapat serta sumpah seranah...
Ak dapat simpulkan ada 3 golongan setakat ini...

1. Golongan yang mahu PTPTN diteruskan seperti biasa...
2. Golongan yang mahu PTPTN dihapuskan terus dari muka bumi ini....
3. Golongan yang mahu PTPTN diteruskan tapi kadar faedah mestilah dihapuskan...


Mesti korang tertanya2 ak berada di golongan yang mana kan???
Yup, betul...
Ak adalah golongan ketiga... setakat ni la...
Bukan sebab ak berasal dari Pekan dan ak selalu dikatakan anak buah Najib...
Tapi ak rasa sistem ni dah agak sesuai dan mungkin hanya perlukan pembaikian sistem sikit jek lagi...

Lepas tu mesti korang tertanya2 kenapa ak sokong PTPTN ni kan???
Ok la... walaupun ak sibuk sekarang (perasan sibuk)... ak cuba terangkan...
Kita kena sedar diri bahawa x semua dan sejujurnya ramai remaja2 yang x pandai dalam bidang akedemik di luar sana...
Samada x pandai ataupun pandai cuma malas...
Dan kebanyakan dorang miskin ataupun berada di kelas pertengahan...
Dan korang sepatutnya kena tahu bahawa untuk dapat biasiswa JPA... sekurang2nya pointer 3.5 dan keatas mesti dalam tangan...
Dan juga biasiswa2 lain... semuanya nak orang2 yang cerdik pandai dalam akedemik...
Jadi, apa akan jadi pada orang2 yang x pandai atau pertengahan atau pandai tapi malas tapi miskin...
Sudah tentulah x dapat sambung belajar...
Kalau nak sambung belajar... tu yang dengar kes jual tanah la, jual badan la, dan jual apa2 yang patut dijual...

Sebab itulah jeng... jeng... jeng...
Munculah PTPTN supaya golongan tadi dapat sambung belajar...
Dengan menggunakan duit cukai dari rakyat Malaysia yang bermurah hati untuk melihat remaja2 tidak berpeleseran selepas habis SPM da menyambung sehingga peringkat tertinggi...
Walaupun hakikatnya... hampir separuh duit tersebut (lepas tolak duit yuran) digunakan untuk belanja kawan2, beli hp, berjoli sakan, tengok wayang, karoke dan sebagainya... (pengalaman diri sendiri nih)...

Dan keputusanya... setiap tahun berpuluh ribu orang dapat grad setiap tahun sehingga kerja2 lepasan uni dah xda... huhu...

Korang akan tanya pula... ak x kisah ke keluar dari Uni terus ada hutang puluh2 ribu... muda2 lagi dah ada hutang...
Sigh... hurm... memang betul pun... tapi ye lah... kena sedar diri juga la... dah ak x layak nak dapat biasiswa... dan ak dah tahu awal2... PTPTN adalah pinjaman bukan biasiswa...
Perkara ni ak dah terapkan dalam hati sebab tu ak x mahu sambung master... sebab x mahu tambah hutang...
Cuma, bila dah berhutang, pandai2 lah bayar ek kawan2...
Kalau lah ak x guna PTPTN... mesti ak x dapat masuk Uni, belajar benda yang ak x pernah terpikir pun... dan dari sekeping sijil yang ak dapat... membolehkan ak menyertai program anjuran Biotechcorp dan akhirnya ak terdampar di sini... mencari sedikit pengalaman berkerjaya...

Ok la... jadi apa pendapat ak berkenaan kadar faedah yang tinggi PTPTN tu???
 Sebenarnya ak sangat suka kalau dihapuskan terus kadar faedah tu...
Ye la, mungkin ada sebab kenapa PTPTN mengenakan kadar faedah...
Kalau ikut dalam kontrak... itu adalah sebahagian dari kos pengurusan...
Cuma pihak PTPTN kena terangkan secara terperinci mengenai apa tu kos pengurusan dan berapa sebenarnya kos pengurusan tu...

Jadi... ak x sokong la kalau dapat pendidikan percuma???
Semua orang dalam dunia ni suka benda percuma tapi ye la... benda percuma susah nak dapat...
Kalau dapat pun... kena korbankan sesuatu... macam kalau nak dapat pinggan percuma, kena lah beli ubat gigi saiz besar...
Sebenarnya kalau korang fikir secara mendalam...
Memang Malaysia dah menjalankan pendidikan percuma...
Tengok la biasiswa JPA dan mana2 biasiswa... kan percuma tu...
Yuran dorang bayar dan ada yang baik hati... siap bagi elaun sara diri tu....
Tapi, untuk dapat benda2 ni... kena la rajin belajar sejak dari mula ataupun dilahirkan sebagai orang bijak...

Rasanya... tu je pendapat ak mengenai PTPTN ni...
Ak x harap PTPTN dihapuskan sebab ia akan menyebabkan golongan malas tapi miskin macam ak ni x dapat melanjutkan pelajaran...
Cuma, ak harap perlu diperbaiki dari segi faedah tu...

Papepun... jumpa lagi...

2 comments:

Ray ban Malaysia said...

Dengar cite 1% akan diturunkan lagi interestnya

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

entah... ye ker...
yg terbaru ak dngr sapa dpt result bgus... pinjaman akan convert pd biasiswa...
pada sapa yg result bgus la...
pd sapa yg x bgus tu...
pndai2 la byar ek