Islamic Widget

Al Quran

Saturday, August 28, 2010

pengalaman menyambut merdeka...

salam dan selamat sejahtera...
x sampai seminggu lagi kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan malaysia yang ke-53...
jadi korang macam mana???
dah kibarkan ke bendera Malaysia...
apa rancangan korang malam merdeka nanti???
sambut dekat mana???

ak dulu rajin juga pergi dekat dataran dekat rumah ak (bukan dataran merdeka taw)...
ok la kot... dengar konsert... pergi ke gerai2...
tengok2 remaja yang telah dijajah secara penjajahan minda dan budaya...
kiranya biasa2 je pengalaman ak...
kecuali ada satu nih...

masa ak bergelar mahasiswa (sekarang ni maha-si-tua)...
ak ada sertai program...
Perhimpunan Siswa Merdeka...
x silap masa tu ak 1st year kot...
kalau x silap, memang x rancang nak pergi program tu...
cadangnya nak jadi RA tapi x jadi...
pastu nak pergi program anjuran JKMKTR tapi ak lambat sangat...
kiranya dah sampai U awal (masa ni cuti tengah sem kot)...
lepas tu kawan ak dari kelas biokejuruteraan ajak pergi program nih
jadi, ak dengan kawan ak (kinah ssg) pergi la program nih...
mula2 lokasi dia dekat Unisel tapi dah ditukar kat USIM...

ni sijil ak tapi x tulis nama lagi...

2-3 hari juga la program ni... tapi banyak untuk berlatih jer...
berlatih???
yea... ak jadi unit sokongan (kalau x silap)...
bukan penonton bodo2 jer tapi kena buat formasi (gerak2 tangan ikut rentak)...
sambil pegang alatan yang disediakan (tangan besar, bendera, rambu ramba dan kain perca)...


tengok alatan kami... tangan besar, bendera, rambu ramba

jumpa ramai kawan dan memang seronok la...
cuma yang x seronok ak dikelilingi oleh lelaki yang x berapa lelaki (pondan la senang cter)...
ada sekali tu ak hampir nak menangis sebab takut sangat
masa ni nak dekat waktu tidur......
ye la, ak kan comey... teruna lagi... takut la kalau diorang buat apa dekat ak...
nasib baik hari pertama... bilik tidur kitorang macam dorm asrama... satu bilik dekat 20++ orang...



ak banyak bergaul dengan kaum wanita jer sepanjang program ni...
tapi nasib baik la ak jumpa jejaka2 normal...
yang ak rapat ada la 4 orang laki2 nih...
syukur alhamdulillah...
tapi isu baru muncul lagi...
masa nak tukar bilik/ rumah penginapan (tidur dekat resort tu beb... selesa gler)...
satu bilik kena 4 orang...
ak cepat2 masuk kumpulan jejaka normal tuh...
dan bermakna seorang perlu dikorbankan... (kesian dekat dia)...
tapi dia tidur dekat bilik kami juga.... hahahaha


tengok... ak banyak bersama kaum hawa jer pada mula2

sepanjang program ak jumpa lagi jejaka2 normal...
antara yang ak rapat adalah budak2 ALAM (akedemi laut malaysia)...
diorang ni otak sengal sikit... kerja nak mintak nombor telefon perempuan jer...
ak pun ada juga main2 mintak... dapat la 2 nombor...
tapi dah ilang... hehehe

kalau nak tulis semua dalam ni pasal program ni... memang panjang...
sampai malam merdeka nanti kot baru habis menaip...
jadi... ak nak mengundur diri...
jumpa lagi...

Friday, August 27, 2010

pencerobohan...

salam dan selamat sejahtera...
agak lama x menulis dalam blog ni...
jadi, lepas bersahur tadi sambil2 menunggu subuh...
tergerak hati nak berblog nih...
malas nak tidur dulu sebab nanti berlakunya kejadian subuh gajah atau subuh dinosour...
tu okey lagi... kalau jadi solat subuh pada tengah hari macammana...
maksud ak solat subuh pada pukul 1200 atau 1300...
ye la, selagi waktu zohor x masuk... maknanya waktu subuh ada lagi kan???
(pemikiran sewaktu ak jahil dulu)...
weh, bukan ak sorang jer fikir macam tu, ak pernah tengok orang solat subuh pukul 0800-0900...
mengikut teori beliau...
kalau kita terlewat bangun, waktu kita bangun tu adalah subuh bagi kita... lebih kurang macam tu la ayat dia...
entah la... macam2 la orang zaman sekarang ni... nak mudah jer kerja nyer...



berbalik pada tajuk ak... (panjang betul mukadimah)...
kelmarin ( 2 hari lepas... sesetengah negeri kata kelmarin ni semalam)...
ak kerja syif malam...
tengah seronok duk melayan radio tiba2 terdengar bunyi mercun...
ok la kan, meriah sikit musim dah nak raya nih...



tapi yang x seronok tu...
budak2 yang main mercun tu ceroboh masuk tempat kerja ak...
kalau nak main tu... main je la dekat luar kawasan...
ak apa lagi, ak pergi dekat pagar tembok yang diorang panjat tu pastu terus sergah...
terkejut diorang terus panjat tembok tu dan lompat...
terpeliot kot kaki diorang sebab lepas tu jalan terhencut2...
ak dalam hati nak gelak jer tapi muka kontrol macho lagi la...
ak duk situ dalam 10-15 minit tunggu budak tu pergi dari situ... (skema gila ayat ni)...



lepas tu suasana aman tanpa gangguan kecuali bunyi mercun dari rumah depan nih...
diorang bakar mercun yang meletup macam bunga2 tu...
lepas tu dengar bunyi motor ramai2... ak tengok dekat tembok tempat budak2 tadi ceroboh...
diorang baling2 mercun dekat dalam kawasan jagaan ak...
dalam hati ak... nak balas dendam la budak2 ni...
tapi malas la nak kecoh2... biar je la...



dalam hati ak terpikir gak...
dulu ak nakal2 pun x pernah la nak ceroboh2 tempat orang...
ye ker??? cuba tanya kawan2 ak...
x pernah ceroboh la...
 

tapi pikir2 semula...
pernah gak ceroboh masuk somen (kitorang panggil somen, sawmill kot ejaan dia tapi tempat macam industri nak lupuskan sisa pepejal)...
tapi x kira ceroboh sebab tepat tu macam terbuka jer untuk orang ramai (tapi nak masuk pun kena jaga line juga)...



pernah juga masuk rumah pam air...
ceroboh juga ke ek??? tapi masuk dalam malam2 nak dekat tengah malam la takut pak guard nampak....
hehehe...
 

dulu masa nak siapkan projek tahun akhir...
selalu juga masuk lab tanpa kebenaran yang sah...
tapi tu bukan pencerobohan...
cuma ak gelar.... masuk secara haram jer...
memang haram jadah betul ak nih...
rupa2nya ak pun sama jahat dengan budak2 tuh...

pape pun... nak solat subuh ni...
jumpa lagi....

Wednesday, August 25, 2010

loyang vs goyang...

salam dan selamat sejahtera....
dalam 2 3 hari ni...
ak layan drama Goyang Shafiq...
ala... yang tv3 buat tu...
tp x da masa nak tengok tv...
tengok guna internet... zaman maju la katakan...



teringat lak pada arwah nenek ak...
tapi dia x panggil kuih goyang...
dia panggil kuih loyang...
alasan dia sebab acuan tu diperbuat dari loyang...
loyang ni macam sejenis besi campuran... aloi la senang cerita...
hehehehe...



kadang2 digelar kuig goyang...
sebab bila kita nak tanggalkan campuran doh dari acuan tu...
kita kena goyang2 kan sikit
lebih kurang macam tu lah sejarah nya...




ingat lagi bila ak duk dekat rumah lama...
selalu juga duk kacau nenek ak buat kuih...
di samping menjadi tukang rasa x bertauliah...



sedap lor kuih nenek ak...
resepi turun temurun...
memang kadang2 x sempat untuk dibuat kuih hari raya...
sebab cucu2 beliau menghabiskan tanpa belas kasihan...



cuma yang ak tengah pikir sekarang nih...
biasanya ak duk kacau nenek ak pada waktu siang...
pada bulan puasa...
dan ak menjadi tukang rasa x bertauliah juga pada bulan puasa...
adakah ak x puasa...
tapi ak puasa...
pelik ni...
leh masuk misteri nusantara...



apa2 pun...
selamat berpuasa...
hehehe

Monday, August 23, 2010

mengapa yahudi bijak...

ni ak copy paste dari blog junior kbtr ak....
siti zulaiha
sgt2 bgus...
baca lah...



Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.




Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.



Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.



Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.



Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.






Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.






Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)






Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.






Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.



Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti

.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.



Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!



Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.



Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.



pameran seni di spanyol
dgn berani mmenzahirkan penghinaan
tanda bukti islam makin lemah.
xkira pucuk pimpinan hingga ke bwahan


Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

Friday, August 20, 2010

ak yang penyegan...

salam dan selamat sejahtera...
juga selamat berpuasa dan selamat ponteng puasa...



dalam seminggu bulan puasa ni...
macam2 berlaku dekat ak....
banyak nak tulis tapi x da masa jer...
ni pun baru balik dari o.t...
esok nak kerja lagi pagi2...



alhamdulillah...
kerja ak makin okey...
dapat ramai kawan baru...
dan rupa2nya baru ak tahu yang pekerja2 dekat sini memang otak gila2 ek...
walaupun muka nampak skema...
perangai..... MasyaAllah...


ada satu perangai pekerja yang selalu lepak dengan ak ni...
suka sangat nak kacau orang perempuan...
pantang tengok yang cantik sikit...
kalau diorang yang nak kacau... ok gak...
ni, diorang suruh ak...
macam2 la tips diorang bagi...
muka kena serius la... sebutannya lah...
ak ni sebenarnya penyegan sikit dengan perempuan...
terutama yang cantik2 sikit....
mesti korang x percaya kan... tapi tu la hakikatnya....
dah tiga bulan bekerja dekat sini.... jarang @ x pernah ak bercakap dan berborak dengan pekerja wanita dekat sini....
ada seorang jer sebab dia selalu nak rekemenkan ak dengan pekerja dekat sini...



berbalik pada cerita tadi...
setelah 2 3 hari diorang latih ak cara untuk menegur wanita...
ak praktik la tadi...
ada sorang perempuan ni sama dengan ayah dan kawan ayah dia...
saja lah buat2 macam nak tolong...
tapi cakap dulu dengan ayah dia... (kalau tiba2 cakap dengan anak dia, maw kena parang ak ni kot)...
lepas tu cakap dengan anak dia... tanya la belajar dekat mana dan jurusan apa...
dia belajar dekat Mesir (patutlah macam ustazah rupa dia)...
ambil jurusan medical... (aiseyman, lagi hebat dari ak nih)...
dia datang sini atas urusan nak claim duit tiket kapal terbang....
dengan rasa rendah dirinya ak pun berlalu dari situ...
hahahaha....



tapi hari ni ak banyak berborak la...
ada seorang pakcik ni....
bagus dia....
lepas berkenalan selama 2 3 minit...
terus berbincang mengenai agama, ketuhanan dan hari kiamat...
gila lah.... dalam dekat 1 jam tuh....
dia ceramah bagai nak rak....
insaf la sekejap..... hehehe
dapat juga pahala mendengar ceramah pada hari ni....
x da la asyik dengar karutan orang2 jer...



ok... dah pukul 2.13 am nih....
takot x bangun sahur lak...
jumpa lagi

Sunday, August 15, 2010

diari ramadhan nazreen: ep 4

salam dan selamat sejahtera...
diari ramadhan nazreen ep 3 x dak...
x da apa yang menarik berlaku...
yang ada ep 4....

hari ni entah kenapa...
istimewa sangat...
rezeki datang melimpah ruah....

petang tadi akak ipar ak telefon...
nak belanja nasi beriyani....
dengan murtabak.... waaa....
ini sudah sedap....

tapi hari ini ak kena berbuka dekat MUIP....
ada program sikit....
ada mesyuarat dan majlis berbuka puasa bagi kerabat2 di raja pahang....
Tengku Mahkota pun ada juga....

jadi, ak memilih MUIP sebagai destinasi berbuka puasa...
mula2 segan juga....
tengok semua orang macam datuk2 jer...
bersampin pelbagai....

tapi bila dah tengok rakan2 sekerja ak duduk selamba jer...
ak pe la lagi...
meja ak tu semua bukan kerabat....
bak kata pak cik sebelah ak tu....
kami ni kerabut jer....
hahahaha...

seronok la makan ramai2 macam tu....
tengok gelagat orang....
yang x leh tahan...
rasanya meja ak jer 100% orang pakai tangan....
x formal lansung....
tapi ak suka, ak pun pernah je makan dekat resort 4 bintang....
tapi pakai tangan...

ni sekarang kat rumah...
nak makan nasi beriani lak...
dan juga murtabak...
hahaha

bon apetite...

Friday, August 13, 2010

Friday the 13

salam dan selamat sejahtera...
dalam masa ak melayan blog, layan fb...
ak tengok la jam dekat desktop nih...
rupa2nya sekarang adalah 13hb jatuh pada hari jumaat...
kalau bahasa omputihnya...
friday the 13...



friday the 13 dianggap sebagai hari yang malang di beberapa buah negara di barat...
ini berikutan 13 dianggap sebagai nombor yang malang...
kerana 12 dikatakan nombor yang sempurna...
lepas itu, hari jumaat juga mengikut kepercayaan mereka...
adalah hari yang malang...
maknanya... friday the 13 adalah double suwei la...



ak google dalam wikipedia pasal friday the 13 nih...
antara teori pasal isu ni adalah
1. Jesus mati pada hari jumaat dan ada 13 orang semasa the last supper...
2. keruntuhan pasaran saham pada 1800an adalah pada hari jumaat (black friday).
3. dalam Norse mythology lak, Friday dinamakan sempena namaFrigga, dewa zaman dulu. lepas christian menguasai Norse dan Germanic, Frigga ni dianggap sebagai ahli sihir. jadi, setiap hari jumaat, Frigga + 11 ahli sihir lain + syaitan = 13, akan bermesyuarat untuk merancang plot2 yang x baik.
4. October 13, 1307 - Friday the 13th adalah tarikh dimana Knight Templar ditahan. kalau korang tengok filem The Da Vinci Code, templar knight ni orang yang diarahkan menjaga holy grail.



kalau korang rajin, banyak lagi info yang korang akan dapat...
ak saja jer nak tulis pasal benda ni... kena juga tahu budaya dunia...

tapi sebagai seorang muslim...
kita kena yakin yang hari jumaat tu adalah hari yang mulia...
ia adalah penghulu segala hari...
di mana kiamat akan berlaku pada hari tersebut...



Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu Allah ciptakan Adam a.s, Allah turunkan Nabi Adam a.s ke bumi, Allah mematikan Nabi Adam, dan pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.

Imam Al-Ghazali berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud, sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat. Imam Al-Ghazali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabiin dan ulama Yahudi yang memeluk agama Islam pada zaman Saiidina Abu Bakar) berkata, burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan “Selamat, selamat hari yang baik”

http://pitrie9589.blogspot.com/2010/02/simbol-hari-jumaat-dan-solat-jumaat.html
 
 
 
Nabi bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang meninggal pada hari Jumaat atau malamnya, nescaya dituliskan Allah pahala syahid dan dipeliharakan Allah daripada fitnah kubur."

Di dalam buku Fatwa-fatwa Terkini oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, Syeikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Syeikh Abdullah bin Abdurahman al-Jibrin dan Syeikh Saleh bin Fauzan al-Fauzan ada menyatakan hari raya yang disyariatkan sudah diketahui kaum Muslimin iaitu Aidilfitri dan Aidiladha serta hari raya mingguan.

Hari raya mingguan yang dimaksudkan itu ialah hari Jumaat. Dengan ini tidak ragu lagi Jumaat adalah hari yang cukup besar dalam Islam.
 
 http://isketambolaus.multiply.com/journal/item/45 

 
 
pape hal pun...
semoga entri ni dapat memberi banyak info...
dan sebagai seorang muslim...
percaya tiada hari jumaat yang malang...
dan jumaat x kira tarikh berapa pun...
adalah hari yang penuh dengan kebaikan...
jumpa lagi...

diari ramadhan nazreen: ep 2

salam dan selamat sejahtera...
hari ini agak sedih bagi kami sekeluarga...
sebab hari ini ada yang kehilangan nyawa...
DINI nama dia...
dini seorang anak yang lincah, cergas dan selalu menbuat kami ketawa...
dia selalu bermain bersama adik kembarnya, DINO...
tapi entah x tahu sebab apa...
lepas berbuka puasa tadi, Dini menghembuskan nafasnya yang terakhir...
kami ingat dia sakit biasa jer...
rupa2 nya dia pergi dahulu...
meninggalkan kembarnya, Dino...
itulah kisah riwayat hidup kucing ak bernama Dini...


bukan gambar sebenar dini tapi warna bulu dia iras2 macam kucing ni gak la

tu cerita sedih hari ini...
cerita gembira x berapa gembira adalah ak dapat cuti hari ni...
selama lebih 2 bulan ak kerja, ni la kali pertama ak dapat cuti...
x suka sebenarnya cuti2 ni... x tahu nak buat apa dekat rumah...
agaknya dah taraf workaholic ak nih...
tapi ok juga dapat cuti ni...
x la ak terkejar sana, terkejar sini macam selalu...
hehehe...



hari ni jiga antara hari ak paling lama menghabiskan masa depan komputer...
layan fb...
layan blog...
nak dekat pukul 2am, x mengantuk lagi ni...

ok... jumpa lagi...

Thursday, August 12, 2010

diari ramadhan nazreen: ep 1

salam dan selamat sejahtera...
1 ramadhan dah sempurna...
alhamdulillah dapat ak berpuasa dengan jayanya...
walaupun rasa sangat2 penat hari nih...
hahahak...

x sangka ek...
tadi ak ingat ni la ramadhan ak yang terakhir...
sebab hampir2 dilanggar oleh pelesit...

ceritanya camni...
pada suatu hari di sebuah negeri...
ak yang daripada tempat kerja nak berbuka di rumah...
walaupun dah pukul 7.45 pm...
berkayuh lah ak dengan lemah gemalainya...
sampai dekat satu kawasan...
datanglah 2 ekor pelesit membawa motor kapcai...
dengan kelajuan hampir 200km...
dan memandu secara beriringan...
dan salah satu motor mengambil jalan ak...
dah la xda lampu...
boleh lagi berborak tu...
per lagi, ak sound la...
dia x dengar dan hampir2 nak rempuh ak...
ak dengan machonya mengelak lalu terbabas dekat dengan semak... dh x macho...
sumpah seranah juga la ak tapi dalam hati jer...
ada juga yang terlepas...
sorang pakcik kat belakang ak pun sumpah seranah dekat pelesit2 tu...
pakcik tu pun hampir dilanggar...

tapi pikir2 semula...
nasib baik ak mengelak...
cadangnya x nak mengelak...
nak buat cam filem2 omputih...
biasanya hero diorang x mengelak... x macho la beb...
tapi pikir ak nak cari lailatul qadar...
lepas tu nak konvo...
elak je la...

papepun... selamat menyambut ramadhan...
semoga anda ceria...
kalau ada motor atau kereta nak langgar anda...
jangan lupa elak...

Wednesday, August 11, 2010

puasa di perantauan

salam dan selamat sejahtera....
hari ni dah 1 ramadhan...
bulan dimana segala ibadat akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda...
bulan dimana ada malam lailatul qadar... malam yang 1000 bulan lagi baik...
dan bermacam2 lagi fadhilat...

puasa tahun ini boleh dikatakan puasa ak dengan keluarga...
setelah 4 tahun berpuasa di perantauan...
pertama kali ak berpuasa di tempat orang masa ak duk KMPh...
masa ni ak lah budak paling pelik....
buka puasa dengan air dan nestum jer...
tapi kalau bersahur, nasi tu penuh 1 bekas...
ingat lagi, kalau waktu berbuka, mesti kena beratur ambil air dekat water cooler...
pastu pernah termuntah sebab minum air guava (kalau x silap) yang muz buat...
lepas tu ak terus agak anti dengan minuman berkordial nih...
masa ni tiap2 sahur, mesti ak kejutkan si muz tu...
tensen gak sebab liat betul nak bangun...
yang ada sorang kawan perempuan ni...
kejut pakai hp jer...

lepas tinggalkan dunia matrik...
selama tiga tahun ak sambut puasa dekat UTM...
seronok gak la...
tahun pertama ak teruskan tradisi...
minum air jer masa berbuka...
tapi, masa sahur tu...
sanggup ak berjalan kaki meredah kegelapan untuk membeli sesuap nasi di CP...
budak UTM tahu lah CP tu apa...
macam restoren la, tempat jual makan2...

tahun 2 ak selalu bersahur dengan ery...
kejut dia tiap2 pagi...
kalau x silap, selalu naik motor abang KJ...
lepastu buat bising dekat blok perempuan...
gila la masa tu...

tahun 3 kami bersahur ramai2...
dekat kolej kami jer...
seronok juga la...

kalau buka puasa lak...
masa kami duduk 'single room'...
tetiap waktu berbuka....
selepas menjamah kurma dan juadah...
ak dan mijo akan berperang mulut....
nak menentukan daerah mana paling hebat....
gila lah...

ada satu peristiwa yang agak kelakar...
masa tu ak x bangun sahur...
kiranya tensen la dengan kawan2 sebab x kejutkan ak...
lepas tu diorang marah ak...
diorang cerita la detik2 diorang kejutkan ak....
diorang cerita bilik ak tu macam nak runtuh sebab diorang ketuk...
sampai diorang lambat sahur...
hahakz, tak tahu lak ak leh tidur mati camtu...

tahun ni ak sambut ramadhan dekat rumah...
rindu la bila pikir semula masa sambut ramdhan dekat tempat orang...
tapi, sambut dekat rumah bermakna dapat makan banyak...
hehehe

Sunday, August 8, 2010

kahwin awal....

salam dan selamat sejahtera...dalam minggu lepas, x silap ak samada hari selasa atau rabu...
terdengar satu berita yang mengatakan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membenarkan remaja wanita bawah 16 tahun dan remaja lelaki bawah 18 tahun untuk kahwin....
penetapan ini dibuat kerana kadar pembuangan bayi dan seks di luar nikah semakin berleluasa dan x dapat dikawal lagi....
disebabkan berita ini, ramai yang memberi pandangan....
ada yang setuju kerana ini adalah langkah yang tepat...
x kurang juga yang lantang membantah...
ada juga yang ambil kisah x kisah...



pandangan ak pula...
ak setuju dengan keputusan yang MAIM dan JAIM buat ni...
mesti korang akan kata ak ni gatal...
nak kahwin dengan budak sekolah la tu...
hehehe, kalau ada rezeki, apa salahnya..... huahuahuahua....
bertambah lak seinci tanduk setan ak nih....



x, kalau kita selalu ikut perkembangan berita....
kadar berlakunya seks luar nikah dan pembuangan bayi di negara ni....
macam dah naik mendadak sangat...
semuanya macam dah gatal nak berbini/berlaki...



dan ak yakin pesalahnya adalah dari kalangan remaja bawah umur...
kerana mereka ini masih berfikiran cetek dan tidak dapat berfikir panjang...
buat seks nak tp bila dah mengandung, mula la panik...
buang dalam tong sampah la, bakar la, lemaskan la dan macam2 lagi....
kesian....



tu la bagi ak...
kalau betul2 diorang ni gatal sangat nak bersetubuh...
kahwinkan jer...
sebab kalau kita halang, lagi la diorang nak buat...
kalau kita dah halalkan hubungan diorang...
x kan lah diorang nak buang bayi hasil perhubungan diorang tu...
sebab, diorang buang bayi tu kerana itu adalah hasil perhubungan haram dan terkutuk...
takut malu dan kena hina la tu...
lepas tu, bayi yang x berdosa menjadi mangsa...

cuba kalau pasangan tu dah kahwin...
jadi, bayi tu adalah anugerah...
kelahirannya disambut dengan kegembiraan...
siap nanti buat kenduri 7 hari 7 malam...



ye... ada yang x setuju...
alasannya... diorang muda lagi...
x matang.... masih nak bersekolah....
nanti ganggu pelajaran....



pada ak...
kalaulah diorang masih bersekolah...
lepas tu buat hubungan haram...
lagi mengganggu persekolahan diorang....
terpaksa cuti 9 bulan untuk tutup perut yang besor tu...
pastu kalau bocor...
jadi mangsa hinaan...



x matang???
memang la budak2 x matang lagi...
sebab tu x tahu halal haram...
ibu bapa kan ada...
ajar la sikit...
pergi la kursus perkahwinan....



memang setiap benda ada pro dan kontra...
tapi keputusan MAIM dan JAIM ni bagi ak...
banyak pro...
dan kepada sesiapa yang menentang...
cuba kemukakan usul atau cadangan yang boelh mengurangkan kadar seks luar nikah dan kadar pembuangan bayi....
ok... jumpa lagi...
maaflah kalau tulisan ni macam agak lucah sikit...

Wednesday, August 4, 2010

dikacau sesuatu...

salam dan selamat sejahtera...
agak lama ak x menulis kan...
agak sibuk la semenjak dua ni...
2 hari berturut2 buat o.t, rasa nak pitam dah ni...



hari sabtu hari tu...
hari terakhir syif malam ak pada minggu tu...
pada malam tu, hujan agak lebat...
jadi, ak bercadang nak solat isya' lewat sikit...
layan cerekarama tajuk takdir tu...



dalam pukul 12am camtu lah...
pergilah ak bersolat di masjid dekat tempat kerja nih...
suasana agak suram dan dihiasi dengan desiran air hujan....
bila nak berwuduk tu....
ak rasa macam orang pandang ak dari belakang...
lutut rasa berketar dan ak hampir2 nak jatuh....
rasa x selesa gila....
lepas basuh muka, ak toleh walaupun orang kata jangan pandang belakang....
xda apa2.... jadi, ak selesaikan wuduk....



masa nak solat, ak suka solat tepi pintu kaca tu...
pastu ak macam terpandang sesuatu tengah perati ak....
benda tu kat luar... ak tension dah....
nak baca pun susah, kadang2 tersekat2...



lepas tahiyyat, bagi salam kekanan lama sikit sebab nak tengok benda tu...
xda lak tapi masa solat tadi, nampak cam pocong....
huhuhuhu...
 tapi pikir positif, mungkin sebab penat jer...

esoknya ak syif pagi lak...
datang lak staf nak tumpang basikal dia....
dia tanya la kerja malam2, x kena kacau la...
ak cerita la macam kat atas tadi...
pastu dia buka cerita...



kawasan ni memang bekas kawasan tanah perkuburan cina....
tapi semua mayat dah dipindah cuma...
jeng... jeng... jeng....
ada satu rangka yang x dapat dijumpai sampai sekarang....
rupanya, kawasan surau tu adalah bekas tanah perkuburan cina...
aiseyman....



pastu ak tanya pekerja senior kat situ....
masa ak o.t....
dia kata memang ada....
selalunya benda tu ketuk2 tingkap dan terus berlalu pergi...
tapi dah lama dah benda tu x kacau...
dah hilang....

tapi kenapa benda tu muncul semalam???
misteri nusantara nih...
jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri....

tapi... korang2 jer tahu pasal benda nih dan famili ak...
malas nak cerita2 kat orang lain...
ok... salam...