Islamic Widget

Al Quran

Friday, August 13, 2010

Friday the 13

salam dan selamat sejahtera...
dalam masa ak melayan blog, layan fb...
ak tengok la jam dekat desktop nih...
rupa2nya sekarang adalah 13hb jatuh pada hari jumaat...
kalau bahasa omputihnya...
friday the 13...



friday the 13 dianggap sebagai hari yang malang di beberapa buah negara di barat...
ini berikutan 13 dianggap sebagai nombor yang malang...
kerana 12 dikatakan nombor yang sempurna...
lepas itu, hari jumaat juga mengikut kepercayaan mereka...
adalah hari yang malang...
maknanya... friday the 13 adalah double suwei la...



ak google dalam wikipedia pasal friday the 13 nih...
antara teori pasal isu ni adalah
1. Jesus mati pada hari jumaat dan ada 13 orang semasa the last supper...
2. keruntuhan pasaran saham pada 1800an adalah pada hari jumaat (black friday).
3. dalam Norse mythology lak, Friday dinamakan sempena namaFrigga, dewa zaman dulu. lepas christian menguasai Norse dan Germanic, Frigga ni dianggap sebagai ahli sihir. jadi, setiap hari jumaat, Frigga + 11 ahli sihir lain + syaitan = 13, akan bermesyuarat untuk merancang plot2 yang x baik.
4. October 13, 1307 - Friday the 13th adalah tarikh dimana Knight Templar ditahan. kalau korang tengok filem The Da Vinci Code, templar knight ni orang yang diarahkan menjaga holy grail.



kalau korang rajin, banyak lagi info yang korang akan dapat...
ak saja jer nak tulis pasal benda ni... kena juga tahu budaya dunia...

tapi sebagai seorang muslim...
kita kena yakin yang hari jumaat tu adalah hari yang mulia...
ia adalah penghulu segala hari...
di mana kiamat akan berlaku pada hari tersebut...



Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu Allah ciptakan Adam a.s, Allah turunkan Nabi Adam a.s ke bumi, Allah mematikan Nabi Adam, dan pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.

Imam Al-Ghazali berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud, sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat. Imam Al-Ghazali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabiin dan ulama Yahudi yang memeluk agama Islam pada zaman Saiidina Abu Bakar) berkata, burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan “Selamat, selamat hari yang baik”

http://pitrie9589.blogspot.com/2010/02/simbol-hari-jumaat-dan-solat-jumaat.html
 
 
 
Nabi bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang meninggal pada hari Jumaat atau malamnya, nescaya dituliskan Allah pahala syahid dan dipeliharakan Allah daripada fitnah kubur."

Di dalam buku Fatwa-fatwa Terkini oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, Syeikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Syeikh Abdullah bin Abdurahman al-Jibrin dan Syeikh Saleh bin Fauzan al-Fauzan ada menyatakan hari raya yang disyariatkan sudah diketahui kaum Muslimin iaitu Aidilfitri dan Aidiladha serta hari raya mingguan.

Hari raya mingguan yang dimaksudkan itu ialah hari Jumaat. Dengan ini tidak ragu lagi Jumaat adalah hari yang cukup besar dalam Islam.
 
 http://isketambolaus.multiply.com/journal/item/45 

 
 
pape hal pun...
semoga entri ni dapat memberi banyak info...
dan sebagai seorang muslim...
percaya tiada hari jumaat yang malang...
dan jumaat x kira tarikh berapa pun...
adalah hari yang penuh dengan kebaikan...
jumpa lagi...

2 comments:

Anonymous said...

knight templar = kesatria istana raja sulaiman

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

yea... ada yg ckap cmtu... tp ada gk crita2 yg kata knight templar la yg mewujudkan illuminati...
ak x pasti mana yang betul...