Islamic Widget

Al Quran

Wednesday, September 22, 2010

BMAL1

salam dan selamat sejahtera...
agak lama ak x menulis kan...
talian internet teruk sangat la...
asik putus2 jer...

dulu ak pernah kata orang yang tidur lambat senang gemuk kan...
sebab selalu makan, lepas tu tidur...
2-3 hari lepas ak ada tertengok satu rancangan ilmiah... huhuhu....
rupa-rupanya teori ak agak salah...

mengikut kajian saintifik...
dalam badan kita ada sejenis protein bernama BMAL1...
mengikut saintis jepun dalam rancangan tu...
BMAL1 ni bertindak macam biological clock la...
pada waktu malam kandungan protein ni banyak...
waktu siang lak sikit jer...



fungsi utama protein ni adalah untuk menghasilkan lemak (lipogenesis)...
dan kaitan antara makan lewat malam dengan kegemukan adalah...
waktu malam, badan kita menghasilkan banyak BMAL1 kerana secara fitrahnya...
waktu malam kita kurang menggunakan tenaga... segala makanan akan ditukarkan kepada lemak untuk simpanan masa depan...
berlainan dengan waktu siang... BMAL1 sedikit, jadi sedikit lemak akan dihasilkan daripada makanan yang kita makan...
kerana kebiasaannya waktu siang kita bekerja dan menggunakan tenaga...
jadi, orang yang selalu makan pada waktu malam lebih mudah mendapat lemak dan penyakit yang berkaitan dengannya berbanding dengan orang yang selalu makan siang...



kajian yang dilakukan pada tikus makmal menunjukkan peningkatan berat sebanyak 15% kepada tikus yang makan malam...
kuantiti makanan adalah pembolehubah yang dimalarkan dalam ujikaji ni...



jadi, kalau korang nak kurangkan berat badan...
kurang2 kan lah makan lewat malam ek...
hihihik...

jumpa lagi...

2 comments:

Mar Yanie said...

mesti yen salu makan lewat malam..hua3

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

dulu la
slalu mkan dkat fke n k9
huhu