Islamic Widget

Al Quran

Thursday, October 21, 2010

konflik bangunan 100 tingkat

salam dan selamat sejahtera...
sekarang ni wujud konflik antara rakyat Malaysia...
bukan konflik besar sangat pun...
cuma perbezaan pendapat...
mengenai pembinaan bangunan 100 tingkat...
yang diumumkan dalam bajet negara 2010...
ataupun lebih dikenali sebagai Warisan Merdeka...

ni ak pula nak bagi pendapat ak...
bagi ak la... x salah nak bina bangunan berapa juta tingkat pun...
lagi satu... ak agak setuju dengan pembinaan bangunan ni...

sebab apa???
salah satunya ia dapat meninggikan martabat Malaysia di mata dunia...
ye la... tengok pembinaan Menara Berkembar Petronas...
Terowong SMART...
entah korang tahu ke x yang pembinaan benda2 ni masuk dalam National Geographic...
dan entah korang perasan ke yang satu dunia (biasanya orang2 intelektual) yang menonton rancangan ni...
dan korang perasan ke bahawa indeks populariti Malaysia masih rendah...
kalau nak dibandingkan dengan Singapura, Thailand, Indonesia dll...
sekurang2 nya dengan ada benda2 macam ni... Malaysia akan dikenali....

mesti korang tanya...
penting sangat ke dikenali ni...
ak kata... penting la bai...
korang nak suruh pelabur2 luar negara melabur dekat Malaysia...
mesti dia kena kenal Malaysia dulu...
barulah dia boleh melabur...

penting sangat ke pelaburan diorang tuh???
ak jawab... penting la wahai pembaca budiman...
kalau diorang melabur dalam projek2 ker, perniagaan ker, dan macam2 lagi...
ekonomi Malaysia akan untung...
betul x???

lagi satu...
pembinaan menara yang besar macam tu...
akan memerlukan ramai tenaga kerja...
x kan la nak suruh 10-20 orang jer...
mampus 100 tahun pun x siap...
jadi, ini akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia....
tapi terpulang kepada rakyat Malaysia pula...
kalau korang memilih sangat bekerja...
x dapat la ak nak menolong....

lepas tu korang kata membazir duit rakyat...
cuba baca artikel ni...
ak malas nak ulas panjang2...
betul atau x... tanya si penulis dan orang yang ditemuramah ek...
hihik...

lagi satu ak malas nak komplen2...
sebabnya... tengok dulu orang kutuk bagai nak rak...
kerajaan bina Menara Petronas dll...
tapi bila dah siap...
orang yang mengutuk tu pergi juga...
siap bergambar dan letak dalam laman sosial...
"bestnya pergi twin tower" dan yang sewaktu dengannya...
hipokrit betul la...

ni pendapat ak jer...
kalau korang nak marah...
ak boleh kata ni jer...
"ni blog ak, suka hati la ak nak tulis apa"...
tapi ak x cakap... ak kan baik...
ni pendapat ak dan tidak berdasarkan pada politik mana2...
ak benci politik....

sekian, terima kasih...

2 comments:

Kdin Kudin said...

nak ngomen skit leh??/
pada pendapat aku, mmg tak salah nak bina berapa tgkat bangunan pon, tapi aku cuma terpiki je apa yang rakyat malaysia dapat secara keseluruhannya kalau wat bangunan ni..??

mende ni mmg bley tarik pelabur, mlaysia terkenal, and etc tapi benefit dia semua rakyat maaysia dapat kew??/bukankah mende ni hanya bg keuntungan kpda sesetengah pihak jew....??

kat malaysia ni beribu penoreh getah, beribu pesawah, beribu yang keje makan gaji, beribu yang keje nelayan, beribu yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang, beribu orang hisap dadah, beribu remaja rosak, buang anak,.......nape tak laburkan untuk golongan2 yang macam ni???sbb diorang minority???ke sebb diorang tak penting kew???

ello, bukankah pemimpin kena pikiaq dulu pasal kesejahteraan rakyat dia (keseluruhan bukan sesetengah pihak ja)....

sooryy to say sbenarnya kita ni semakin tak sedar yang kita semakin belumba2 utk mengejar kebendaan sampai lupa diri......semakin dekat melangkah masuk ke dunia MATERIALISTIK!...

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

ok ak paham pe yang ko nak cakap...
mybe cara pemikiran ak lain...
ok la... pe kata kita bagi sama rata duit tu pada rakyat...

5,000,000,000/27,000,000 (rakyat m'sia) = rm 186 ringgit jer...

berapa minggu duit ni akan bertahan...

hisap dadah n remaja rosak nak labur tuk apa... beli dadah tuk diorang... beli kondom atau arak???

ak pernah kerja kat tempat orang mintak bantuan dan kenyataannya... bila kita bg bantuan, diorang akan mintak lg dan x nk berusaha... mmg kita perlu bagi bantuan tapi bukan dah ada JKM, Zakat, NGO2 dan lain2... kenapa x cukup, sebab duit kita makin murah...

sebab apa duit kita murah... sebab aliran tunai dari dalam asik mengalir keluar berbanding masuk ke dalam...

macam mana nak aliran tunai masukke dalam negara agi banyak...
banyakkan pelabur dr luar negara...
banyakkan pelancong...
kurangkan pekerja asing...

ok ko kata bnda ni akan untungkan sesetengah pihak jer...
ak setuju... sebab kita masih x leh lari dari rasuah dll...
tapi sekurang2 nya boleh wat peluang pekerjaan (buruh, kontraktor dll)...

nak bagi tanah untuk diusahakn macam projek felda, kita dh kurang tanah...

huhu